《Pengganti Paling Setia ✔》Epilog
Advertisement
"... Asal kau tak bawak anak-anak kau? Calon-calon menantu aku tu." Aku berseloroh. Gembira sebenarnya terima lawatan daripada Fathina dan suaminya. Bukan selalu Datin Fathina ada kelapangan masa nak melawat tempat kerja aku. Apatah lagi sejak beranak tiga. Ke mana pun serba-serbi tak tenang.
Pap!
Bahu aku dilempang sesedap rasa.
"Merapu tu buang sikit eh. Tak hingin aku nak berbesankan kau. Merana anak-anak aku nanti," sembur Fathina, menjuihkan bibirnya.
Aku mencebik.
"Halah, budak-budak sekarang kena merasa jugak hidup susah. Apatah lagi jenis anak-anak dato datin muda ni. Lahir-lahir dah ada hotel lima bintang."
Fathina tergelak kecil, sebelum memandang aku dengan riak kurang percaya.
"Habis anak Dr Khairul dengan Dr Diana pulak? Lahir-lahir terus ada hospital dengan universiti. Apa cer? Tu aku belum ungkit harta-harta Ismit Ulam Raja yang di luar negeri lagi."
Gelak besar aku meletus tatkala Fathina memetik sepotong kata daripada cerita legenda P. Ramlee, iaitu Tiga Abdul.
"Ehem, tu cerita lain..."
Kami melangkah bersama, ingin mendapatkan suami masing-masing. Masa juga berlalu pantas, sudah tiba masanya untuk aku dan Fathina menjemput anak-anak kami di rumah orang tua. Ngeri pula memikirkan budak-budak itu tengah melaungkan lagu 'Mana mummy daddy?' berulang-ulang kali di rumah ibu.
"Tengoklah diorang, tinggal setengah jam pun dah lencun... Kalau sejam? Dah banjir agaknya universiti ni...," omel Fathina. Bercekak pinggang.
"Why not? Hot apa suami aku..." Aku tersengih. Tertarik melihat sang suami terlompat dan terlari sana sini.
"Ish kau ni, anak dah dua pun macam pengantin baru," sindir Fathina.
"For your information, Datin Fathina, kitorang memang sentiasa pengantin baru."
Aku jelirkan lidah. Tersenyum bangga.
Tatkala ternampak kelibat kami di luar gelanggang bola keranjang, Khairul dan Dato' Uzzam bersalaman dengan beberapa pelajar universiti yang bermain bersama mereka. Sejurus itu, mereka melangkah laju mendapatkan aku dan Fathina.
"Dah habis bergosip?" soal Uzzam terhadap isterinya.
"Dah! Jom, abang mesti penat..."
Peluh yang mengalir ke rahang Khairul, aku lap dengan ibu jari. Rambut cacaknya yang sudah terlondeh pula aku betulkan agar tidak nampak terlalu 'seksa' di mata perempuan lain. Mata aku boleh, orang lain dikira harom.
"Abang..."
Keningnya terangkat. Membiarkan aku membelek-belek wajahnya.
"Fathina cakap kan, best tau ada tiga anak..."
Mulut aku lekas-lekas ditekup dengan telapak tangannya.
Uzzam dan Fathina yang menjadi tukang perhati mulai tergelak rancak.
"Habislah kau, Khai..." Bahu Khairul ditepuk-tepuk Uzzam. Memberi semangat jitu.
Khairul menikam wajah Fathina yang masih mengulum senyum.
"Fathina, please stop influencing her to have more kids. This is not helping at all. Those two are already giving me a headache, including this one!" gerutu Khairul sambil mencubit kemas pipi aku.
"Tak, Didi yang tanya. Saya jawab jujur je. Memang seronok pun ada anak ramai." Fathina mempertahankan hujahnya dengan riak tak bersalah.
"Tengok tu abang...." Aku memeluk lengan Khairul.
"Okay, end of conversation. Bye!"
Khairul menarik tangan aku agar membuntutinya ke tempat parkir kereta.
"Good luck, bro!" laung Uzzam dengan nada mengusik.
"Shut up!"
menghiasi bibir aku, suka melihat anak-anak kecil bermain riang. Tenang rasanya melihat mereka petah bercakap dengan slang masing-masing. Itulah rutin setiap kali bermalam di rumah Grandpa Khalid. Pasti rumah agam itu akan digemparkan dengan gelak tawa mereka.
Grandma Emma dan suaminya yang sudah bersara dari dunia kerjaya hanya melayan perangai seorang demi seorang cicit dengan anggukkan dan jawapan pendek. Tak cukup air liur hendak menjawab persoalan tidak berpenghujung mereka.
Pintu dibuka Khairul dari dalam bilik kami, dia tampaknya sedang bervideo call dengan seseorang menggunakan Ipad.
"Cakap hi dekat wan ayah..." Khairul menyerahkan Ipad tersebut buat Darisa.
Dengan lagak penuh keterujaan, Darisa, sekali gus dengan adik-beradik serta sepupu sepapatnya terus menegur insan di muncul di skrin tersebut.
Advertisement
Kerutan panjang terbentuk di dahi aku. Senyum aku hilang serta-merta. Kurang berkenan mendengar gelaran itu. Sampai sekarang, ia masih kedengaran janggal di telingaku. Aku hanya memandang kosong kesemua kanak-kanak riang itu menuturkan ucapan rindu buat atuk mereka.
Aku bangun dari duduk di sofa, mengorak langkah ke bilik. Tak sempat aku melangkah jauh, Khairul terlebih dulu meragut jari-jemariku.
"He wants to talk to you, amora. He's been waiting for years," bisiknya.
Aku larikan anak mata dari renungan Khairul.
"Saya tak nak cakap dengan dia."
"Hey, sayang..."
Dagu aku didongakkan agar mata kami bertaut semula.
"No one's gonna hurt you now. Don't you believe me?" pujuknya, menguis lembut pipi aku.
"Jen... Beyat...," beritahu Elias. Terkial-kial memegang Ipad yang jauh lebih besar daripada tangan genitnya.
"Thanks, handsome boy."
Ipad itu Khairul sambut, lalu diserahkan kepadaku pula. Wajah lelaki yang pernah memberikan pengalaman pahit dalam hidup aku dan ibu itu terpampang jelas di situ. Jelas, dari raut wajah saja, dia tampak berbeza. Tak bengis dan menakutkan seperti dahulu kala. Dengan mata berair, aku gelengkan kepala.
Khairul sebaliknya menganggukkan kepala. Memberikan dorongan positif.
"Sekejap ya, ayah...," tutur Khairul.
Jemari aku yang masih dikunci kejap, lalu ditarik ke kamar kami. Kemudian, dia bantu aku untuk melawan ketakutan yang aku hindari setelah sekian lama. Aku didudukkan di atas sofa yang terletak di hujung bilik kami. Ipad itu pula dia tempatkan di atas meja. Sekarang, aku tiada pilihan lari melainkan hadapi rasa takut itu.
Telapak tangan aku mulai basah, nafas aku pula naik turun. Tapi aku terlupa akan satu perkara, Khairul duduk tak jauh daripada aku, bersedia hulurkan tangannya untuk salurkan kekuatan.
"I'm here...," ucapnya tanpa suara.
"Didi...," panggil ayah dengan suara bergetar, turut menahan sebak.
Aku tundukkan wajah dek tak mampu menatap tampangnya yang sudah dimamah usia. Air mata aku mulai mengalir deras.
"Ayah... Ayah tahu ayah dah buat salah. Ayahlah bapak paling bodoh sekali sebab sanggup buat kamu dengan ibu macam tu. Maafkan ayah, nak. Maafkan ayah sebab buat kamu hidup dengan mimpi buruk. Maafkan ayah sebab buat kamu takut gelap... Maafkan ayah... Sebab guna alasan kesusahan hidup untuk sakiti kamu dengan ibu...," pintanya dengan linangan air mata.
"Ayah... Ayah nak cakap terima kasih jugak sebab kamu tolong jaga ibu dengan baik. Terima kasih sebab jadi orang yang berguna, pilih suami yang baik dan bagi ayah cucu-cucu yang comel. Walau...walaupun ayah ni bukan orang baik, tapi ayah suka tengok anak ayah berjaya dan bahagia."
Tak mampu berkata apa, aku sekadar angguk berkali-kali. Benci seteruk apa sekalipun, betul kata Khairul, ayah tetap ayah. Dan itulah satu takdir yang harus aku terima dan reda sampai bila-bila.
"Ayah... Ayah sayang Didi. Sampai mati pun... Ayah tetap sayang anak ayah... Didi satu-satunya keluarga yang ayah ada... Ayah tak ada sesiapa dah..."
Khairul yang dari tadi bersembunyi di sisi tiba-tiba merapatkan duduknya di samping aku sehingga wajahnya juga dapat dilihat ayah.
"Anak lelaki ayah ni macam mana pulak?" soal Khairul, menghadiah senyuman nipis.
"Daddy! Mama!" jerit Darisa di muka pintu tiba-tiba. Laju kaki kecil itu berlari mendapatkan kedua ibu bapanya.
Aku mengeluh dalam senyum hambar. Gelaran 'mama' tiri sudah kembali.
"Eh, wan ayah ada lagilah!" ujar Darisa sekuat alam, menundingkan jarinya ke skrin Ipad. Seperti berbicara dengan orang ada masalah pendengaran.
"Wan wan wan!" ajuk Daffa pula.
"Like I said, two is more than enough," bisik Khairul, lalu mengucup manja telinga aku yang dilapisi tudung sarung.
"We'll discuss later, Zenny. Let's see who's gonna win." Aku menjongket-jongketkan kening sambil tersenyum licik.
Khairul sekadar senyum, tak nampak goyah sama sekali. Kedua si cilik yang tak reti duduk diam-diam itu diangkat lalu diperamkan di atas pahanya.
Advertisement
"Ayah tak keseorangan, kitorang semua keluarga ayah. Saya harap lepas ni kita boleh jadi satu keluarga yang melengkapi. Selagi ayah sudi nak jadi ayah kami dan wan ayah yang terbaik kepada anak-anak kami, insya-Allah, kami akan sentiasa terima ayah dengan hati yang terbuka."
Ayah mengangguk hiba. Air mata penyesalan yang tidak pernah aku saksikan sebelum ini, semakin rancak menitis.
Khairul lantas bisikkan sesuatu ke telinga kedua anaknya. Ceh, nak anak sorang konon! Dia lagi beria daripada aku.
"I love you, wan ayah!"
"Lup wan yah!"
Sesudah mematikan video call tersebut, aku dan Khairul bawa anak-anak bertemu dengan setiap ahli keluarga yang ada. Ia merupakan salah satu tradisi keluarga Khairul yang aku suka. Sebelum tidur, selalunya, kami akan berkumpul dulu di ruang tamu. Waktu itulah sesi mengada tak mahu tidur Darisa dan Daffa menjadi-jadi. Kalau tak dihambat ke bilik mereka, mahu berterusanlah drama itu sehingga ke esok pagi.
"I love you, Khairul Zenith." Aku genggam tangan kirinya. Salah satu cara berterima kasih atas usahanya memulihkan kembali hubungan aku dan ayah.
"Stop telling me, prove it. Words alone are not enough."
Aku sembunyi senyum. Kedua pipinya aku kucup sayang.
"Since I love you too much, I'll give you more kids. Nak tak?"
"Diana!"
hampir berbulan lamanya bertungkus-lumus, semester itu berakhir dengan nafas lega dan rasa syukur yang tidak terhingga buat Ilahi. Nak elakkan bertangguh, aku cepat-cepat siapkan kerja-kerja marking supaya tak mengganggu masa yang ingin aku luangkan bersama keluarga.
Dan seperti yang pernah Khairul janjikan suatu ketika dulu, kami kembali ke mahligai kasih yang menjadi saksi percintaan kami setelah bergelar sepasang suami isteri. Tempat bermulanya segalanya, aku mengenali dia dan dia mengenali aku. Inilah tempat di mana aku berazam untuk menerima kekurangannya dan dia juga tak pernah mempersoalkan kekurangan aku. Sehingga ke hari ini, aku mensyukuri hari-hari yang mempertemukan aku dengannya.
Dua hari berlalu sejak kami tiba di Kanada. Meski perkahwinan kami sudah hampir menginjak lima tahun, masih banyak yang belum aku tahu tentangnya. Setiap hari, rasa cinta ini membuatkan aku berkobar-kobar untuk mempelajari tentang dia dengan lebih mendalam.
Di hari pertama, aku diajak untuk lawati salah sebuah gereja yang sering dia lawati sewaktu masih anuti agama Kristian. Katanya, dia pernah bercita-cita hendak berkahwin di situ. Ingatkan perempuan saja, lelaki pun boleh tahan kuat berangan!
Selain itu, baru aku tahu bahawa anjing kesayangan Khairul iaitu Amber sudah tiada. Rupanya, jangka hayat anjing tak lama. Secara purata, mereka hanya hidup 10 hingga ke 13 tahun sahaja. Namun, anak-anak Amber masih ada dan dijaga rapi oleh ibu Will.
Apabila mendapati Daffa dan Darisa sudah terlelap, Khairul menarik tangan aku untuk keluar bersama.
"Mummy...," panggil Darisa tiba-tiba.
Aku pejamkan mata. Menahan sabar. Dua jam berlalu tapi anak itu masih tak mahu mengalah. Sengaja nak menguji kesabaran kedua ibu bapanya.
Kami kembali ke sisi katil, mendapatkan si cilik berwajah muram itu. Entah kenapa sejak siang tadi, dia nampak kurang bersemangat. Padahal, waktu awal sampai dulu bukan main teruja. Tak boleh jadi ni, aku kena korek puncanya.
"Ya, anak mummy..."
"Daddy..."
"Yes, sugarplum. Are you okay?"
Aku mulai tak senang duduk apabila mata anak kecil itu mulai bergenang. Mata aku bertentang dengan Khairul sekilas sebelum fokus kami beralih pada Darisa.
"Cakap dengan mummy, Darisa fikir apa? Sayang mummy ni mimpi buruk ke?" soalku seraya membelai rambut panjangnya.
"Tadi... Ada orang cakap daddy bukan daddy Darisa," bicaranya, menangis tersedu-sedan.
Wajah Khairul bertukar bengang.
"Who said that?" soal si bapa buaya.
"Tak kenal. Dia cakap daddy bukan daddy Darisa sebab warna mata lain..."
Mendengar kenyataan itu, aku terdiam seketika sebelum senyum aku melebar. Memang tidak dinafikan warna mata Darisa ikut aku manakala Daffa pula menempah rupa hampir serupa dengan Khairul, termasuk warna mata mereka, hazel grey.
"Sayang, dengar apa mummy nak cakap ni. Warna mata Grandpa Edwin dengan daddy sama tak?"
Dia geleng perlahan.
"Tak semua orang ikut muka sama seratus peratus dengan muka parents diorang. Darisa ikut muka mummy tapi Darisa pandai macam daddy," jelasku.
"Okey... Tapi betul kan Darisa anak daddy?"
"Betullah. Nama penuh Darisa apa?" uji Khairul.
"Elena Darisa Zhalfa binti Khairul Zenith," jawabnya pantas. Sangat pintar. Tertelan sebakul vitamin agaknya.
"See? Kan nama daddy ada dekat nama Darisa. Itu maknanya daddy memang daddy Darisa. Sama macam Daffa."
"Tapi... Mana daddy tahu? Mummy cakap Darisa keluar daripada perut mummy, bukan daddy."
Aku urut dahi. Tenat rasanya memikirkan jawapan yang 'selamat'.
"Kenapa pulak daddy tak tahu? Daddy yang 'tolong' mummy mengandung, so, daddy tahulah. Darisa boleh ada dalam dunia ni sebab Allah pilih Darisa untuk jadi anak mummy dengan daddy."
Akhirnya, selepas berzaman lamanya, anak kecil itu menguap jua.
"Okay... I love you, daddy." Pipi Khairul dikucup manja.
"I love you more, sugarplum," balas Khairul sebelum dahi Darisa dicium.
"Wait, mummy?"
"Ala, daddy kan ada. Good night, mummy."
Mata aku terbeliak. Khairul yang hanya jadi tukang tolong mengandung dapat 'I love you', aku yang bertarung nyawa ni 'Good night' saja? Banyak cantik! Tak puas hati. Baru aku hendak protes, Darisa dengan otak bergeliganya mengiringkan tubuh ke arah lain.
"Abang, tengok Darisa tu...," rengekku.
Namun, Khairul pantas mengheret aku keluar dari bilik mereka secara paksa. Saat tombol pintu ditarik sang suami, aku sudah bersedia dengan skrip bebelan panjang. Setiap kali krisis ketidakadilan terjadi, telinga Khairullah yang kena tempias.
Rancangan aku tenggelam ke dasar lautan tatkala bibir nakal Khairul meliar ke pangkal leherku. Detak jantung kami meningkat drastik. Saat mata bertemu, tak ada perkataan mampu menyatakan hasrat hati masing-masing. Apabila aku tersedar, kami sudah berada di sofa ruang tamu, berbalas kasih. Ternyata, sejarah benar-benar berulang.
Saat aku sudah mulai dibuai sentuhannya, boleh pula dia tanya soalan luar kotak.
"Nak swimming tak?"
Tak berkedip aku memandangnya dengan nafas yang masih kurang stabil. Yang anehnya, tak pula aku rasa nak menolak.
"Tapi saya tak ada swimming suit."
Khairul tilik tubuh aku dari atas sampai bawah. Dia tersenyum senget.
"Perlu ke? I've seen everything though."
Aku ketap bibir, sabar sajalah dengan Khairul versi miang ini. Nak marah pun tak mampu. Jikalau dia tak miang dengan isteri sendiri, siapa lagi?
. Itu yang aku rasakan saat ini. Tak pernah dibuat orang berendam dalam kolam pada malam-malam begini. Tapi, nasib baiklah kolam ini panas, siap berkabus lagi. Kalau sejuk, minta simpang. Jangan mimpi aku nak pergi cari penyakit.
Kehangatan lebih aku rasakan berkat pertemuan dada bidang Khairul dengan belakang tubuhku. Kami berbual kosong dalam posisi aku bersandar pada dadanya manakala kedua tangannya meliliti pinggangku.
"Macam mana abang yakin yang saya boleh maafkan ayah?"
"Saya ada nampak gambar awak, ayah dengan ibu dalam wallet awak. Waktu tu awak kecik lagi, comel sangat. Macam Darisa."
"Sebab gambar tu je?"
"Ha'ah. Kalau sayang awak dekat dekat ayah dah tak ada, awak takkan simpan gambar tu. That's why I still believe that he meant a lot to you. Bila saya dah jadi daddy ni, saya faham jadi ayah yang sempurna tu tak mudah."
"You sound like a great father already, abang." Aku memujinya.
Khairul merehatkan dagunya pada bahuku.
"Bila dah berkeluarga, saya percaya apa yang dah jadi dalam hidup kita sebelum ni, semua tu mengajar kita untuk jadi parents yang lebih baik. Kekurangan mak ayah kita jadi panduan supaya kita tak ulang silap yang sama."
Aku angguk sebagai tanda setuju.
"Diana..."
"Hmm..."
Khairul menghela nafasnya.
"Lepas kita kahwin, awak ajar saya tentang pengorbanan seorang isteri dan ibu. Sampai satu tahap, rasa benci yang bersisa dekat mummy terus hilang. Sebab saya sedar, seburuk apapun kesalahan mummy, dia yang bertarung nyawa empat kali melahirkan kitorang adik-beradik. Dia besarkan saya sampailah saya jadi Khairul Zenith yang ada belakang awak sekarang ni..."
Pelukannya dikemaskan lagi.
"Thank you, Diana Eirina. Untuk segalanya. Thanks for choosing me, taking care of me, and loving me unconditionally. Setiap lelaki di dalam dunia ni dambakan wanita yang warnai hari diorang. Dan beruntungnya saya sebab ada awak yang mewarnai hari-hari saya. Being able to love you, and having you leaning on my chest, I couldn't ask Him for more. Because He'd made every dream of mine come true. Thus, I'll keep loving you, sayang. I may not say this every single day. So, you gotta remember this forever...," luahnya perlahan.
Aku alihkan tubuh agar menghadap si dia. Seperti yang aku jangkakan, wajah dan cuping telinganya sudah bertukar merah. Dialah satu-satunya lelaki yang masih mampu buatkan aku terpegun dengan tingkahnya saban hari.
"You're welcome, Zenith. Terima kasih jugak sebab jadi suami yang paling cute!"
Air kolam suam-suam kuku itu aku percikkan ke wajah segarnya, sebelum telinga merah itu menjadi bahan mainan aku. Sengaja aku main aci tarik-tarik sesuka hati.
"I know that you're not taking your contraceptive pills..."
Aku hampir tercekik. Tersengih janggal. Kantoi sudah. Kaki aku mula menapak ke belakang. Memasang strategi untuk meloloskan diri. Namun, jantung aku berdebar sakan apabila setiap langkah aku disusuli dengan kemaraan Khairul ke depan.
"Erm... Saya tak lalulah nak telan benda alah tu. Tak sedap. Betul tak tipu. Kalau abang tak percaya, nanti abang trylah." Aku sudah keluarkan alasan terbodoh di abad ini.
Kening cantiknya terangkat.
"Oh ya?"
"Ya... Kut..."
Kini, aku terperangkap dalam tawanannya. Belakang badan juga sudah disapa penjuru kolam. Cepat betul dia buat kerja, mengunci pergerakan aku dengan kedua tangannya ditongkatkan bersebelahan tubuhku.
"Awak tahu kan sebab apa saya tak nak awak pregnant? Saya tak nak awak sakit. Mengandung sembilan bulan pun dah cukup perit, inikan nak bersalin lagi. Saya yang teman awak dekat labour room pun nak pitam dah. Nasib ada mummy je, terpaksalah saya jaga air muka sikit."
Aku tergelak kecil.
"Saya tahu. Tapi dulu kan, Elena pernah bagi tahu saya yang dia suka sangat jadi seorang ibu. And I want you to know that I love it too."
Khairul terdiam sejenak, sebelum lepaskan keluhan berat.
Advertisement
- In Serial51 Chapters
•Who's in control?• |Kim Taehyung ✔️
"You're his property."•••"Y/n who's in control!""ANSWER ME NOW!""T-t-Taehyung you are""Yes,that's it princess...LISTEN TO ME!" _____________A dangerous, yet dark love story. What will happen when y/n gets arranged to the biggest mafia boss in Seoul,Korea. Did she have a choice to this? Y/n now has to give up her childhood crush Jimin and accept her life and fate as it is. Will her cold hearted mafia husband turn it around and make for them work or will he continue with his dominant ways?What will happen when she does fall in love and she has to go through the dark side of being married to a the leader of the biggest mafia leader?Read to find out more 😉P.SPlease don't plagiarize. All rights reserved 💜
8 225 - In Serial64 Chapters
Masters of Shadow and Light
Book 1 is completely posted and available to read. Masters of Shadow and Light will return for Book 2! When he begins training his body and power, eighteen-year-old Kieran finds himself facing a difficult decision. It's not whether or not he should become a Sivalshi Guardian, a protector of the peace of Sivalshi City, which rests on the back of a giant turtle floating through the ocean. No, when that choice comes, he answers it without hesitation. Kieran's choice is far more difficult than that Lucas is a handsome martial artist with the looks of a god and the ability to manipulate light itself. Kind and caring, Lucas goes above the call of duty to help Kieran with his training. Zane is a charming manager at his father's company and possesses the ability to turn to living stone. Friendly and outgoing, he gives Kieran a change of pace. The choice that Kieran will make is both simple and difficult at the same time. Which boy should he get with? Posting Schedule: Every 3 days.
8 1007 - In Serial64 Chapters
Her Hidden Self | ✓
Some people merely adopt darkness, but she was born into it. Hiding every gloomy secret, covering all the lies, she walks through the life devoid of all emotions. They all labeled her, those silly people, if only they had stop for a moment and observed. Looked into her eyes and see the wreckage behind them, see the hurt and the pain behind that anger. Nobody noticed, nobody tried to care... until that someone. • • •They loath each other and there's nothing anyone could do.Winter and Ethan are like fire and ice, like darkness and light, like hurricane and tornado they don't mix at all.But, fate, my friend is one hell of a player. So, what will happen when Fate works it's magic and the two arch enemies are thrown together?Amidst all the chaos, heart breaks and tears, will the truth finally come out and surrender? or will it act just as stubborn as the person, who hid it. Copyright © mysteriouslypoetic 2018. All Rights Reserved.
8 217 - In Serial77 Chapters
Alpha's Little Luna
"Tell me girl, why did you and your worthless self waltz into my territory?" An unfamiliar voice booms just before me. I keep my head down as my eyes begin to close. This is it, this is where my life will be ending. I always thought that it might be at the hand of my stepfather, but no. It's of some other guys who also hurt me in torturous ways. Let me tell you that my life has been great. Hint the sarcasm. Suddenly my chin is gripped tightly in a big hand. He forces my head up against my will. No! No I don't want to look at him, I don't want to see his monstrous face. But yet again he's way stronger than I am. So with the last bit of life I had hiding in me I fiercely look into deep blue eyes. Immediately the man's expression changes from a livid, stoic expression to a surprised and soft one. "Mate," I hear him whisper. ~~~Willa is a simple girl who's gotten the short end of the straw in life. Left at a doorstep when she was just a newborn, to both of her adoptive parents dying, ending with her stepfather abusing her almost every night. She thought her escape from the horrid life she had at home was her boyfriend and best friend. Though in the end they both added to the torturous life she was living. So she did the only thing she could think of to get away from the terrible reality that was slowly swallowing her whole. She ran. Little did she know that running into the woods that very night would flip her entire life upside down.----DISCLAIMER: first couple of chapters can be cliche and can use some major editing but I promise the storyline does improve.
8 303 - In Serial29 Chapters
His Love
COMPLETE: Arthur and Merlin finally are just starting to realise their feelings for one another - near fatal accidents and Gwaine's dubious intentions aside - when a beautiful princess arrives with desperate plea to help save her kingdom from the beast that terrorises it. How will their new relationship survive the chaos of a quest against a deadly foe and the temptations of the fairer sex?....Word count: 40k~Mpreg....
8 64 - In Serial200 Chapters
Ileus: The Dark Prince
Escaping from the wedding she dreaded with Crown Prince, Aed Ruad, Princess Anastasia ended up becoming the captive of the Lore's most dangerous man, Prince Ileus.She knows of a secret she wants to trade with him but the price is high. And Ileus... He wants her and something more.Delve into the dark and mysterious world of Anastasia and Ileus as they fight against lure, power, greed and maddening attraction.Will Anastasia get free from him? Will Ileus achieve his purpose?Join them to feel it!
8 145

