《Pengganti Paling Setia ✔》Bab 46 ~ Pengganti Paling Setia ~
Advertisement
kebanyakan orang, kejayaan seorang lelaki itu berkat dorongan wanita di belakang, yang tak pernah menyerah dalam memberikan sokongan padu. Mengingatkan aku akan bagaimana Siti Khadijah mengorbankan segala harta benda yang dia ada demi menjayakan dakwah suaminya, Nabi Muhammad.
Sungguh, Surah al-Dzariyat ayat 49 juga menyatakan bahawa Allah telah menciptakan manusia berpasang-pasangan, agar manusia mengingati kebesaran-Nya. Dan aku percaya bahawa salah satu faktor kejayaan aku hari ini banyak bergantung kepada sokongan tak berbelah bagi Khairul. Dialah pemberian Allah yang tiada galang gantinya.
Bila teringatkan dia terpaksa bersengkang mata menjaga anak-anak, semata-mata ingin aku peroleh rehat yang cukup, sungguh aku tersentuh. Ada kalanya, dia turut menerangi malam-malam aku, menangkis bisikan negatif yang mengatakan bahawa aku takkan berjaya. Oleh itu, aku percaya bahawa pengorbanan dan kesetiaan seorang suami merupakan bukti kecintaan Allah yang telah hadirkan si dia untuk lengkapi cinta aku terhadap-Nya.
Bulan dan tahun berganti, pelbagai hikmah juga sudah aku terokai. Hazel hadir sewaktu majlis konvokesyen aku beberapa bulan yang lalu bersama sejambak bunga. Namun, bunga itu tidak semanis senyum yang dia sembunyikan selama ini. Dia turut khabarkan bahawa Aiden telah bebas dan bakal mulakan kehidupan barunya bersama keluarga tercinta.
Pintu dewan kuliah, aku tarik. Sejurus melangkah masuk, senyum lebar aku pancarkan buat para pelajar yang terlihat membetulkan posisi duduk masing-masing. Bersedia hendak memberikan sepenuh perhatian buat kelas yang akan bermula tak lama lagi.
"Assalamualaikum and morning students. Let's begin our class with Surah al-Fatihah."
dari luar mematikan bacaan aku. Kepala aku dongakkan ke pintu. Cuba meneka insan yang mengetuk. Namun, tak berfungsilah pula otak pada waktu begini. Mungkin salah seorang pelajar barangkali.
"Yes, masuk je. Saya tak kunci!" laungku sederhana kuat.
Pintu itu dibuka dari luar. Satu wajah yang tak aku jangkakan sama sekali menjelma. Teragak-agak aku bangun dari duduk.
"Naura..."
"Nice to see you again, Dr Diana."
"Ya Allah..."
Terkaku aku di situ. Tak percaya akhirnya aku dapat bersemuka lagi dengannya. Dia telah buktikan bahawa kegelapan hidup bisa dipadam dan digantikan dengan yang lebih baik. Selama ini, pabila diajak bertemu, dia sering berkata bahawa dia belum bersedia. Kini, dia hadir, memberitahuku betapa bersedianya dia.
Cecair jernih mulai memenuhi empangan mata.
Naura tanggalkan kasut. Perlahan-lahan, dia melangkah dengan senyum indah yang masih belum lekang dari bibirnya. Tubuh kami kini bertentang antara satu sama lain. Sesaat kemudian, dia yang menarik aku ke dalam dakapannya.
"Awak... Awak betul-betul dah okey ke?" soalku dengan suara yang sudah pecah.
Hari di mana aku pulang ke asrama dan mendapati Naura terkulai di meja belajar, dengan darah yang memancut di pergelangan tangannya. Itulah hari yang tak ingin aku alami sampai bila-bila. Malah, aku juga tak mahu mimpi ngeri sedemikian rupa dihadapi mana-mana insan lagi.
"A'ah... Bulan lepas, doktor cakap saya dah sihat sepenuhnya," beritahunya ceria.
Air mata aku mengalir hiba.
"Terima kasih Didi, sebab beritahu saya seribu sebab untuk terus hidup waktu diri saya sendiri bisikkan seribu sebab untuk give up dengan hidup ni..."
Pelukan kami, aku renggangkan. Angguk, masih menitiskan air mata.
Naura keluarkan tiga buah buku berbentuk komik dari begnya. Sejurus itu, dia hulurkan ketiga-tiga komik tersebut. Ia merupakan komik yang tengah hangat di pasaran, dilukis dan ditulis oleh pelukis negara bernama B.Di. Pernah juga Adi cadangkan aku beli, kerana komik itu ada unsur-unsur kesihatan mental.
Tanpa berfikir panjang, aku sambut huluran tersebut. Rezeki jangan ditolak.
"Kenapa awak bagi saya komik-komik ni?"
"Sebab semua ni komik-komik saya."
"Oh... Hah?!"
Aku terlopong
Naura mengangguk tenang.
"Tapi kenapa B.Di?" Aku bertanya sesudah membelek sekilas komik-komik tersebut.
"B.Di tu sebenarnya singkatan Bright Didi. I wouldn't come this far without you, Didi. Sampai bila-bila, saya takkan lupakan kebaikan awak. Bukan untuk saya je, tapi parents saya sekali. By the way, diorang kirim salam."
Advertisement
Aku angguk perlahan. Menjawab salam tersebut di dalam hati. Hanya mampu tersenyum melihat Naura versi sekarang. Nampak lebih bertenaga, positif dan bersemangat untuk meneruskan hidup. Suatu hari nanti, akan aku ceritakan kehebatan wanita ini kepada anak-anak aku. Biar mereka tahu betapa besarnya nilai sebuah kehidupan.
Akhirnya, Naura pilih jalan yang dia impikan. Meski pelbagai halangan terpaksa ditempuhi, namun, yang penting, dia sudah sampai ke destinasi yang didambakan. Benar kata Umar Al-Khattab, sahabat syurga Nabi Muhammad. Kadang-kadang, orang dengan masa lalu paling kelam akan menciptakan masa depan yang paling cerah.
Mata aku melekat lama pada kata-kata hikmah di muka akhir komik itu, sebelum helaian itu aku tutup serapat-rapatnya dan masukkan ke dalam beg. Berkemas untuk menjemput putera dan puteriku bersama Khairul di rumah Grandpa Khalid.
Dear, you. Sometimes, you don't need thousands of friends. All you need is a person who tells you that you're enough and your dream is as valuable as theirs. And that person can be anyone, be it a stranger, your spouse, family member or even roommate. Never underestimate their existence in your life. Remember, God has sent them for a reason. - B.Di
", Dr Diana," sapa beberapa orang kakitangan hospital yang lalu-lalang. Status aku dan Khairul bukan lagi satu rahsia. Kebanyakan staf sudah tahu bahawa aku merupakan isterinya melalui buah mulut orang dan pelbagai majlis yang kami hadiri bersama. Lagipula, aku juga bertugas sebagai clinical psychologist separuh masa di situ.
"Morning."
Keluar saja dari perut lif, aku bergegas ke pejabat Khairul. Jam menginjak pukul 11.30 pagi. Masa sudah semakin suntuk.
"Saya nak jumpa Dr Khairul sekejap ya..."
Setiausaha baru Khairul bernama Fatiha itu kelihatan terkebil-kebil seketika, sebelum menganggukkan kepalanya.
"Erm... Baik, Dr Diana... Eh..."
Usai mendengar jawapan pendeknya, aku meneruskan langkah laju ke ruangan pejabat. Sampai saja di situ, pintu tersebut terus aku buka.
"Sekejap, Dr Diana!" tahan Fatiha dengan suara gementarnya.
Namun, amaran itu sepertinya sudah terlambat. Aku telah selamat masuk ke pejabat Khairul yang dihuni lima lelaki dan dua wanita berpakaian serba-serbi formal. Kini, perhatian orang-orang di situ bertukar ke arah aku dan Fatiha yang tengah buat iklan Kit Kat di situ.
Krik krik...
Melihat aku membeku di muka pintu tanpa sebarang kata, Khairul bangun dari duduknya, mendekati aku.
"Maaf, Dr Khairul...," tutur Fatiha takut-takut.
"It's okay, Fatiha. Leave my wife to me."
Aku rasa semakin tak senang berdiri apabila rakan sekerja Khairul yang lain juga turut serta bangun.
"I'm sorry. Saya ingatkan abang dah habis meeting... Abang cakap pukul 11.00...," bisikku.
Khairul tundukkan pandangannya agar mata kami bertaut. Wajah itu kelihatan sedikit serius. Marah barangkali kerana mengganggu kerjanya dan tidak bersikap profesional.
Namun, tatkala senyum mulai terukir di bibirnya, aku lemparkan jelingan maut. Jari-jemari aku kemudian digenggam erat, merapatkan jarak kami dengan yang lain. Mereka sekadar menghadiahkan senyuman tipis. Baru aku sedar bahawa Khairul dan akulah golongan termuda di situ.
"Kenalkan, ni isteri saya, Diana Eirina," umum Khairul tanpa segan silu.
"Oh, inilah Dr Diana? Anak saya pelajar doktor. Selalunya dengar nama je. Dapat jugak jumpa dengan tuan badan," ujar salah seorang wanita. Tangan dia panjangkan untuk berjabat tangan.
Salam tersebut aku sambut bersama senyuman lebar. Tangan wanita berusia separuh abad itu aku bawa ke wajah sebagai tanda hormat. Hal sama aku lakukan buat lagi seorang wanita juga.
"Saya rasa sampai sini saja mesyuarat kita harini. Saya dengan isteri kena hadiri majlis penting lepas ni. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan. Jamuan kecil dah tersedia dekat bawah, silakan."
Giliran Khairul pula berjabat tangan dengan pak cik-pak cik di situ. Pak cik ke? Ah, pak ciklah mudah. Takkan nak digelar abang kut. Nanti 'abang' sebelah ini pula yang berangin.
Advertisement
Sesudah hantarkan orang-orang tersebut ke luar ruang pejabat dan menyerahkan urusan seterusnya kepada Fatiha, Khairul masuk semula menemui aku. Sebaik saja pintu ditutup rapat, seperti magnet edisi terhad, tubuh lampainya terus membelit aku dari belakang.
"Where's my babies?"
"Diorang tengah main dengan Elias dekat rumah Elliot. Semua orang dah kumpul sana tahu tak? Tu baju Melayu abang, saya dah bawakkan. Suka kan buat perangai tinggal barang. Padahal saya dah letak depan pintu rumah tadi. Saja nak suruh saya datang sini ke apa?"
"Ha'ah."
Aku pusingkan tubuh agar menghadapnya, sekali gus merungkaikan pelukannya. Panahan maut aku sudah menempah ruang di wajah tenangnya. Punyalah aku bersiap dengan anak-anak bagaikan nak bergegar rumah, dia boleh scam isteri sendiri?
"What?"
"Why? Saya nak date dengan awak sekejap. Tak boleh ke?"
Tangan nakal itu sekali lagi mencuba untuk mengikat pinggangku. Namun, kali ini, aku lebih cepat berundur.
"Tak boleh. Tukar baju sekarang, kita dah lewat ni." Aku halakan jari telunjuk ke beg berisi pakaiannya.
"But I have this naughty baby in front of me, what should I do with her?"
Senyum puas terpampang di wajahnya tatkala pinggang aku berjaya diikat kembali.
"Siapa naughty sekarang ni?"
"Siapa yang ajar?"
"Siapa suruh ikut?"
Apabila wajah didekatkan, aku cepat-cepat menahan bibirnya dengan tangan. Memberi amaran keras agar dia tidak meneruskan hajat gila-gila bola apinya. Orang dah lambat, dia boleh buat drama tertumpah gula pula di sini.
Pintu tiba-tiba terbuka. Aku pantas menolak tubuh Khairul sejauh mungkin.
"Zen, we're late..." Suara Will mengecut di akhir kata.
"Ehem..." Aku berdehem. Menghalakan tubuh pada kaca lutsinar yang menampakkan pemandangan kota. Berlakon seperti tak ada apa-apa berlaku.
"Saya ganggu ke?" tanyanya dengan mata yang sudah berkedip beberapa kali. Janggal.
"No."
"Yes."
"Erm... Okay, please... Erm... Continue...," ucapnya. Masih terpana di pintu.
Kini, mata aku pula yang tak berhenti berkedip. Continue? Eh-eh mamat ni. Dia nak suruh aku sambung apa?
"Mind a little privacy?" soal Khairul. Cara baru untuk 'menghalau' Will dari situ.
"Sure. Oh, please don't take too long 'cause I'm starving. Thank you."
Pintu tertutup.
"Ya Allah, this is so embarrassing..." Aku meraup wajah.
Tak sempat aku hendak sekolahkan 'roommate' halal aku itu, dia pantas mengangkat tubuh aku, lalu dilabuhkan di atas meja pejabatnya.
Bebola mata aku membulat semaksima mungkin.
"Abang!" Bahu kanannya menjadi sasaran tangan aku.
"Ni meja, Dr Khairul. Saya tak nak duduk atas meja."
Semakin aku cuba melawan, tubuh aku kian terdorong ke belakang, sehingga punggung aku berlaga dengan barangan yang terdampar di atas meja. Semua ini angkara Khairul sama sekali tak mahu mengalah. Baru saja aku nak melenting, mood tiba-tiba berubah tatkala dia berkelakuan aneh. Mudah saja dia merehatkan dahinya pada bahu aku.
"Kenapa ni? Abang okey tak?" Aku membelai rambutnya.
Diam.
"Abang sedih sebab Enne nak kahwin?"
Khairul perlahan-lahan menganggukkan kepalanya.
Aku menghela nafas. Tak terkejut. Bahu tegapnya kemudian aku tolak sedikit. Yang aku nampak saat ini hanyalah wajah sang abang yang berat hati untuk melepaskan adiknya buat lelaki lain.
"Abang dah jaga Enne sejak dia kecik kan? Walaupun dia dah kahwin nanti, tak ada apa-apa akan berubah. She will always be our little sister. Cumanya sekarang, dia dah ada lelaki yang boleh jaga dia sebaik abang jaga saya."
Tubuh itu aku dakap semula. Jika dia tak yakin, sudah menjadi tugas aku sebagai seorang isteri untuk meyakinkan dia. Kerana setiap langkah yang bakal dia ambil, itu langkah yang akan aku susuli jua.
kebahagian memenuhi bibir Enne apabila lafaz akad termeterai. Dia terlihat begitu ayu menggayakan busana putih yang menyerlahkan lagi kecantikan aslinya. Sejuk rasanya dada ini menyaksikan dia kecapi kebahagian, bersaksikan hidayah yang Allah hadirkan dalam dirinya.
Tangan Elliot dia kucup sayang. Air mata yang mengalir di tubir mata lelaki yang sudah halal menjadi suaminya, dia hapuskan dengan jari-jemari berinainya.
Situasi itu ibarat salah satu sirah sahabat Rasulullah yang aku pelajari sewaktu di bangku sekolah, tentang Uthman Al-Affan yang digelar Zunnurain, bermakna 'yang mempunyai dua cahaya'. Khalifah ketiga itu digelar sedemikian kerana mengahwini dua puteri Nabi Muhammad, iaitu Ruqayyah dan Ummi Kalthum.
Selepas apa yang dikatakan Enne dua tahun lalu, baru aku tahu bahawa dia telah terjatuh hati dengan abang iparnya. Apatah lagi setelah melihat pengorbanan lelaki itu membesarkan anak-anak kakaknya seorang diri.
Sewaktu sesi bergambar bersama keluarga, Ethena hilang dari radar. Tak dapat dijejaki sesiapa. Setiap ahli keluarga yang berkumpul, kesemua berpecah untuk mencari puteri sulung Elliot dan Elena. Risau jikalau ada hal yang tak baik menimpa dirinya.
Aku dan Khairul berhenti mencari apabila ternampak Enne dan Elliot menenangkan Ethena yang sedang menangis di buaian berdekatan. Khairul ingin mendekati mereka, namun aku cepat-cepat hentikan niatnya. Tangan itu aku kunci dengan jari-jemariku. Memberitahunya bahawa semua akan baik-baik saja.
"Kenapa daddy peluk Enne? Daddy dah tak sayang mummy?"
"No, honey. Of course, no," sangkal Elliot.
Enne mara ke hadapan, mengambil tempat Elliot. Tangan kanan Ethena digenggam dan dibelai manja, persis seorang ibu yang hendak memujuk puterinya.
"Semua orang sayang mummy. I pun hidup dengan Elena sejak lahir lagi. I love her and I love you too, honey. I nak you ada mummy macam orang lain dan I nak daddy ada kawan yang boleh teman dia jaga you, Ethan dengan Elias. So Ena, will you call me 'mama'?"
"Mama?"
Enne dan Elliot berpandangan sebelum mengangguk serentak.
"Yes, honey. From now on, I'm your mama."
Aku dan Khairul berbalas senyum. Tak putus-putus aku mendoakan kesejahteraan mahligai yang baru mereka bina. Insya-Allah, aku percaya perkahwinan yang dimulakan dengan niat yang suci pasti akan membuahkan keluarga sakinah.
"Hello, kalau nak pergi cari anak orang pun janganlah tinggal anak sendiri," perli satu suara garau dari belakang.
Zhayan serahkan putera cilik aku dan Khairul yang sudah menendang-nendang. Anak kecil bernama Elan Daffa Zhufar bin Khairul Zenith itu sememangnya sedikit 'anti' dengan pak langnya. Aku pun tak faham kenapa. Padahal, muka Zhayan dan daddynya tak jauh beza.
Khairul lantas mengambil Daffa dari pelukan Zhayan.
Seketika kemudian, Inaya pula hadir bersama Darisa. Kedua-dua mereka berbalas mata seketika, sebelum buat-buat seperti berada di planet yang berbeza. Pasti mereka berasa canggung dek sudah dua tahun tak bersua muka. Masing-masing sambung belajar. Sepanjang tempoh itu juga, Zhayan berada di luar negara. Menambah ilmu di dada.
"Mama..." Darisa berlagu sedih. Meminta aku mendukungnya.
Khairul tergelak. Suka benar tengok isterinya 'diibutirikan' dengan anak sendiri. Seorang panggil mama, seorang panggil mummy. Esok-esok jadi keropok Mamee pulak.
"Korang berdua... Ada apa-apa ke ni?" usikku.
Inaya pandang Zhayan di sisinya.
"Erm... Tak... Taklah. Saya tak nak jadi salah seorang mangsa 'buaya' berpengalaman."
Aku mengulum senyum. Fuh, jawapan begitu yang sering merobek ego buaya-buaya di luar sana.
"Oh ya? Wasn't I used to be your dream guy, Jamie?" duga Zhayan. Tersenyum penuh makna.
Pipinya Inaya serta-merta bertukar kemerahan.
"No!" bentaknya, lalu meninggalkan tempat itu.
"Jangan usik sangat anak dara orang. Especially anak tunggal Aunty Zanifa dengan Uncle Razman," pesan Khairul.
"Why not? She's fun."
"You don't say that to women, Zhayan. Have respect."
"What? I'm complimenting her."
"Don't compliment her that way then."
"Lepas tu you nak I buat apa? Takkan nak usik pun tak boleh? Nak suruh I bujang sampai tua ke?"
Tak berkedip aku tengok dua kembar yang lahir lain tahun itu berdebat.
"Perempuan mahal takkan termakan dengan usikkan murah lelaki. If you wanna win her heart, you gotta change your method, bro." Khairul menepuk bahu adik lelakinya.
Gelak bernada sarkastik meniti mulut Zhayan.
"You're talking about Zhayan, Zen. Once he aims, he gets it. It's either win or win."
Aku teguk air liur yang tersekat di kerongkong sejurus Zhayan berlalu, mencari mangsa yang dimaksudkan tadi.
"Abang rasa... Saya patut risau tak dekat Inaya?"
Khairul tersenyum, lalu geleng bersahaja.
"Zhayan tu dah bersara daripada kerjaya kasanova dia."
Dahi aku berkerut. Kurang bersetuju dengan kenyataan tersebut.
"Macam tak je..."
Pipi aku sempat dicuit manja manakala pipi Darisa menjadi mangsa bibirnya. Inilah kasanova yang sebenar. Mencuri dua hati dalam satu masa!
"No worries, amora. I know that look. He's being serious."
Kening aku terangkat.
"What look?"
"The look of a man who searches for a wife, not a fling."
" okay, mummy?" tanya Darisa. Kerutan nipis terbentuk di dahi comelnya.
Selepas hampir beruban rambut aku, baru nak sebut 'mummy'. Budak ini memang ada saja modal hendak 'menderhakai' ibunya.
"Not really. Mummy sakit kepala sebab migrain," luahku manja. Tubuh kecilnya aku tarik ke dalam dakapan.
Daffa muncul dari belakang. Kepala aku kemudian diurut dengan tanya kecilnya. Siap ditiup-tiup lagi untuk meredakan sakitku, datang sekali dengan pakej semburan air liur berbau susu basinya. Ah, pengshan.
"Mum...my...," panggil Daffa.
"Yes, my prince..."
Tubuh kecilnya gigih memanjat perut aku, lalu menempatkan punggungnya di situ.
"Fa... Shu...," ucapnya bersungguh-sungguh sambil menepuk-nepuk dada sendiri.
"Daffa nak susu?"
Dia mengangguk beberapa kali.
"Aish, I love both of you!"
Kedua cinta hati aku itu, aku peluk habis-habisan.
Sementara menyusukan Daffa, aku bacakan buku mengenai nama-nama para malaikat utusan Allah buat si kakak. Usai menidurkan mereka, aku perisaikan hujung katil dengan bantal. Risau ada yang jatuh tergolek nanti. Nak bawa mereka ke bilik sebelah, tapi kudrat sudah habis. Tunggu Khairul balik dari masjid sajalah jawabnya.
Advertisement
-
In Serial80 Chapters
My Destined Alpha Mate
I was walking down the hallway when all of the Sudden I feel a hand grab me and pull me into a janitors closet . I let out a scream , not knowing who had pulled my arm . I look up to be met with the most beautiful eyes I had ever seen . I hadn't noticed before ... there were sparks shooting up my arm and his scent was making me weak at the knees . "Mate" "What's your name beautiful "- Souline ... Souline Mikealson - "Beautiful " He just started at me for who knows how long , not that I could look away ... his god like features stopped me from looking away . He leaned down to my neck and I could feel he's breath on my neck causing me to shiver , I turned my head to give him more access. He kissed my neck causing me to let out a quiet moan . He looked at me in the eyes and then walked out . ........................................
8 619 -
In Serial27 Chapters
The Kiss of Two Moons
The last year is upon us. The world is ending, but you already knew that; everyone does. Spring has come, and the flowers have bloomed here in this small town with no name. Thousands of different colours now paint the field that had been coloured by frost alone just yesterday. The townsfolk have gathered by the field to celebrate the beginning of the last spring with so many smiling faces. Tears too. I can’t help but wonder whether the flowers will bloom again before the sky falls upon us. Others must be thinking the same. There are moments when the smiles fade and their eyes glaze over as they realize just how near to the end we are. They forget it again in moments. They make themselves forget. The children aren’t like that, though. They don’t seem to understand, or they’ve come to accept it in a way that their parents just can’t manage to. This one boy actually asked me why I was sad. I had to wonder whether he was actually aware that the world is ending, but it seemed wrong to mention it. I ended up just telling him that I was waiting for someone, and he scampered off, wearing a silly smile. I can’t help but feel jealous of him. The beginning of next spring; the day that the world ends. It seems so far away, yet so close. Wherever you are now, I have to ask, how are you spending your last spring? Did you get to see the flowers bloom? Did you smile? Did you cry?
8 113 -
In Serial22 Chapters
The Princess and The Sorcerer
In the Kingdom of Dulcinea, Princess Annaliese always felt something for her dear friend, Sorcerer Zorander. When Zorander receives an invitation to continue his studies as an all profound sorcerer. He is hesitant to go and leave Annaliese behind. Yet, she encourages him, and both are apart for two years. When Zorander returns, he realizes that his one true confidante, friend, and love has always been her. However, being a princess and him- a sorcerer. Rules and protocols must be kept. Yet, Princess Annaliese and Sorcerer Zorander can not seem to stop their hearts from feeling more than friendship toward each other.Mature Content later onNew Chapters every FridayBy V. Michelle and Kim015
8 308 -
In Serial32 Chapters
Aquila. [Uchiha Madara ]
[Edited]Aquila is a carefree and an obnoxious girl. Growing up in the Uchiha Stronghold has been something she wished fate didn't put her through. The Fire Hawk sealed inside her only gave her faith and wisdom for what the future holds. Especially for a certain individual. It was him.The one mistake that got her startled was feeling regret. One cocky move and everything was flipped around. This had put them through many altercations. She despised him; couldn't bear to look at him. He has shown her a side that none other has seen. Madara only has three faces: one for his clan, one for his rival, and the real him that he keeps hidden. Affection towards one another soon follows later on, which surprises her deceiving heart. Could she handle her true feelings? Or will she keep holding back?<><><><>Highest Ranking #51 MadaraTakes place in the Warring States and the beginning of Konoha!- cover made by me! © Copyright 2015
8 177 -
In Serial35 Chapters
The Spanish teacher (gxg)
*** before you read***this book has mention of drug abuse, abusive relationships, suicide and rape that might trigger viewers.The 18 year old Rachel is having a hard time. She's in a very toxic relationship and to cope with everything she's drawn to drugs. After spring break she gets a new Spanish teacher who completely turns her world around. A forbidden love that changes everything for both women. Will they choose love?[drugs, abuse, sexual assault, depression, heavy language]there is smut.best rankings: #2 forbidden love#1 forbidden#1 student#1 depression#1 miss#2 school#1 women#1 drugs#1 teenromancegxg & teacherxstudent[completed]
8 85 -
In Serial200 Chapters
...
8 177
