《Pengganti Paling Setia ✔》Bab 45 ~ Weird ~
Advertisement
berhantu aku menggegarkan segenap rumah. Darisa yang sedang bermain dengan patung cumi-cuminya terlihat sedikit terkejut, sebelum turut mengikut rentak tawaku. Belahan jiwa aku dan Khairul itu lantas berlari-lari anak dan memeluk erat kaki aku. Mentang-mentang sudah boleh berjalan, nak duduk sekejap pun tak boleh.
Aku pula yang termengah serupa ayam nak kena sembelih, kejar dia ke hulur ke hilir.
"Hello daddy's sugarplum and mummy's little girl!"
Tubuh genitnya yang semakin memberat itu, aku angkat. Pantas saja lengan pendeknya meliliti leher aku.
"Ma...ma...," panggilnya dengan pelat comel.
"It's mummy, sayang." Aku betulkan tutur katanya.
Pantas benar dia mula bercakap. Rasa macam baru lahirkan saja, tup-tup sudah boleh keluarkan suku kata pendek dan boleh memahami bicara orang. Kata Mummy Anna, mungkin ikut Khairul. Perkembangan pertuturan Khairul sewaktu bayi dulu pun lebih cepat berbanding adik-beradiknya yang lain.
"Dy? Dy na?"
"Daddy pergi kerja sekejap, sayang. Rambut Darisa ni siapa ikat, hmm?" soalku sambil menahan senyum. Sejujurnya aku sudah mampu meneka pelakunya. Seorang saja dalam dunia ni yang ikat rambut anak sekusut itu, serupa baru lepas bergaduh dengan anak jiran sebelah.
"Dy la kat...," beritahunya manja, menongkatkan dagu kecilnya ke bahu aku.
"Didi, ibu balik dulu ya. Dah kamu nak pergi kenduri kawan, ibu nak pergi kenduri mak long kamu."
Aku tarik muka. Sebek.
"Alaa... Kejapnya ibu stay sini..."
"Jadilah tu. Lusa pun adik-adik nak sekolah dah."
"Okeylah..."
"Darisa, meh sini dekat mak tok."
Tanpa teragak-agak, anak kecil itu terus mendepakan tangan agar disambut neneknya.
Dengan berat hati, aku terpaksa melepaskan keluarga aku pulang. Dapat luangkan masa berkualiti bersama mereka pun sudah memadai. Darisa pun bukan main seronok bermain dengan Pak Ngah Daniel dan Mak Su Dalia semalaman.
Bicara akhir aku dan ibu membuatkan aku tersenyum.
"Khairul ke yang ikat rambut dia?" Sengaja aku bertanya kepada ibu pula. Manalah tahu jikalau Darisa main iyakan saja.
"Ha'ahlah. Waktu kamu mandi tadi, Khairul kalut nak pergi office. Budak ni pulak merengek nak ikut, siap bawak sebakul getah rambut, suruh daddy dia ikatkan."
Aku sekadar gelengkan kepala. Masih tak mampu matikan senyumku.
"Haih, perangai siapalah dia ikut... Mummy Anna cakap perangai Khairul tak clingy macam tu pun waktu kecik-kecik dulu."
Ibu kecilkan mata. Menatap wajah aku dengan riak yang sukar digambar kata.
"Siapa lagi? Kamulah!"
"Eh..."
"Tak payah nak eh-eh sangat. Khairul pun cakap dekat abah yang dia kena layan dua Diana sekarang ni."
Aku tergelak lagi. Ops...
", guys! Selamat melayari bahtera perkahwinan! Semoga perkahwinan korang diberkati Allah selalu," ucapku buat kedua mempelai. Seperti yang aku jangkakan, pengantin perempuan sudah tersipu malu.
"Terima kasih...," tutur Manis dengan suara kecilnya.
"Thanks, Didi. Terima kasih jugak Dr Khairul sebab sudi datang ke majlis sederhana kitorang ni." Adi menjawab tenang sambil tersengih lebar. Habis lucut sisi lembutnya. Meskipun masih bersisa, namun tidaklah selembik dulu.
Khairul angguk perlahan, bersama senyum tipisnya. Bahu Adi ditepuk beberapa kali.
"Be a good husband, Adi. Jaga anak orang elok-elok."
"Baik, bos." Adi mengangkat tabik.
"Hebat eh Manis, berjaya keraskan agar-agar," usikku.
"Agar-agar jangan main eh. Merobek kehormatan aku sebagai lelaki sejati. Kalau puding roti tak apalah jugak. Keras sikit."
Gelak mengekek aku terlepas lagi. Kalau sudah berjumpa Adi, memang payah nak kawal saraf gelak.
Usai memeluk Manis dan menitipkan hadiah istimewa, aku dan Khairul beredar dari situ, memberi ruang buat orang lain pula. Tak ada apa yang bisa membuatkan aku bahagia melainkan orang-orang yang aku sayang bahagia. Dulu, tak terbayang rasanya nak tengok Manis dan Adi berpegangan tangan. Namun, Dia buktikan bahawa tak ada yang mustahil dalam perancangan-Nya.
"Abang nak tahu tak macam mana diorang boleh kahwin?"
Advertisement
"Awak tahu ke?"
"Mestilah! Saya yang bantu diorang tau! Saya siap jumpa mak ayah Manis lagi sebab diorang macam takut nak terima Adi jadi menantu."
Riak terpegun mulai tertera di wajah sang suami. Sejurus itu, senyum menawan perlahan-lahan mulai terbentuk di bibirnya.
"Tell me anything, sayang. I love listening to you."
Aku memeluk erat lengannya. Seolah-olah ingin memberitahu dunia bahawa lelaki itu merupakan suami kepada Diana Eirina. Dialah lelaki yang ingin aku bahagiakan sepanjang masa, agar pahala yang kami peroleh saat bergelar suami isteri dapat menjadi saham terbesar kami, untuk dipertemukan semula di syurga Allah.
", saya sayang Allah. Dua-dua, sayang Rasulullah. Tiga-tiga, sayang mummy daddy. Satu dua tiga, sayang semuanya."
Setelah sejam bertungkus-lumus melontarkan nyanyian sumbangku, Darisa berjaya ditidurkan. Pipi bulatnya aku kucup penuh kasih. Lantas itu, aku cepat-cepat turun ke tingkat bawah. Nak sediakan juadah malam buat Encik Suami pula. Kalau siap awal, bolehlah aku beralih ke kerja-kerja disertasi yang tengah bertimbun.
Sampai ke beberapa anak tangga terakhir, aku kuatkan cengkaman pada pemegang tangga tersebut dengan mata terpejam rapat. Tiba-tiba saja duniaku terasa memusing, seperti gasing.
Ting tong! Ting tong!
Dengan langkah berhati-hati, aku berlalu ke pintu yang terletak berhampiran ruang tamu. Ingin melihat gerangan yang menekan-nekan loceng rumah. Saat terlihat kereta Mini Cooper yang sering dipakai Enne terparkir di depan pintu pagar, aku tekan punat di dinding, membiarkan pagar automatik itu terbuka.
Kehadiran sang adik ipar aku sambut dengan senyum lebar. Kalau Enne datang sewaktu Khairul tak ada, pasti ada hal yang ingin dibincangkan. Selalunya, berkenaan hal yang enggan diketahui sesiapa.
"You okey tak? Elena mana?"
Enne mengambil duduk di sofa tanpa perlu dipelawa. Keluarga sebelah Khairul memang sudah sebulat suara nak panggil Darisa dengan nama Elena, terpengaruh dengan Elliot yang inginkan nama cinta hatinya itu sentiasa hidup.
"Okey je. Ada dekat atas, tengah mimpi indah."
"Oh, nasib baik you okey. Mummy dengan daddy muntah-muntah sejak dua hari lepas. Nak cakap tersalah makan, bukannya diorang makan benda sama pun. Takkan kebetulan kut..."
Kerutan bertandang di dahi aku. Mummy dengan daddy muntah-muntah? Kenapa eh? Takkan Mummy Anna mengandung kut? Ish, tapi diorang dah bercerai. Kenapa daddy yang terkena sindrom muntah-muntah? Lainlah kalau Mummy Aisha yang mengandung. Tapi...
Ah, biarlah sesiapa nak mengandung pun. Stres pulak aku.
"I nak cakap sesuatu dengan you ni." Enne menukar topik perbualan.
"Cakap apa?"
"Apa pendapat you kalau I kahwin dengan..."
Rahang aku tertarik ke bawah. Tak jangkakan nama itu disebutnya. Meski samar-samar, tapi apakan daya, aku dah terdengarlah pulak.
"Tapi... Enne sukakan dia ke?"
Dia mengangguk perlahan. Tak tersenyum, namun tidak pula nampak sedih.
Aku kematian kata. Jikalau Khairul ada, mungkin dia tahu apa yang terbaik untuk adiknya. Jika ditanya pendapat aku, selagi hal itu tak bercanggah dengan apa yang dibenarkan, ia tidak menjadi satu masalah.
Bila pening lalat macam ni, mulalah aku nak garu kepala.
Ting tong! Ting tong!
Sekali lagi, rumah dikejutkan dengan kehadiran seseorang. Tudung yang terletak di laci berdekatan, aku pakaikan ke kepala. Tetamu yang satu ini, aku tak kenal. Yang aku nampak, dia pandu kenderaan yang sama persis dengan salah satu koleksi kereta Khairul. Mazda merah.
"Oh no...," ujar Enne dengan riak kaget.
"Kenal ke? Kalau kenal, saya nak buka pagar."
"Kenal...," jawabnya sepatah. Nampak sedikit tidak meyakinkan.
Sejurus menekan suis pagar, pintu masuk aku buka. Imej pertama yang menerpa anak mataku ialah seorang wanita berkaca mata hitam. Dia melangkah anggun bersama kasut tumit tinggi, mengenakan slim fit slack hitam, disertakan blouse tidak berlengan yang dimasukkan ke dalam seluar. Menampakkan pinggang rampingnya. Rambut beralun, kulit gebu dan kecantikan wanita kacukan Barat itu sedikit mengganggu ketenangan mentalku.
Advertisement
"Oh my God, Enne. I miss you so much, sweety. I'm so sorry that you lost Elena. Hope she's in a better place now." Wanita asing itu memeluk kejap tubuh Enne.
"Mia... How come you're in Malaysia?" soal Enne, merenggangkan tubuh mereka.
"I've a seminar here, and I wanna visit Elena's grave as well. Who's this? Where's Zen? I thought he was home. I missed him." Mata wanita bernama Mia itu meliar ke dalam isi rumah, mencari kelibat Khairul.
"He's married, Mia," tutur Enne. Tegas. Seperti sudah bersedia hendak membaham mangsanya.
"Yeah, I know. But we're still friends."
Enne tergelak sinis.
"After you slept with Zhayan, you're no longer our friend. 'Cause real friends don't cheat," sembur Enne, pedas.
"Come on, Enne. That was a long time ago. I made a mistake. We all make mistakes."
Nafas aku mencanak naik. Tak selesa mendengar perang mulut antara mereka.
"I'm Diana. Diana Eirina. Just call me Didi." Aku perkenalkan diri sambil hulurkan tangan, bersedia untuk berdamai.
"I'm Mia. Mia Baker. Zenith's ex-fiance and currently his friend. Sorry for coming uninformed, we used to hang out here back then. So, it became a habit of mine."
Mata aku bagaikan disambar dan dijilat api membara. Api cemburu yang tidak menampakkan tanda-tanda hendak terpadam dalam masa terdekat.
"Nah, it's okay. I also used to be his ex-fiance. But just to inform you, I'm currently Zenith's wife, the mother of his child and the love of his life. Nice to meet you, Miss Baker. Hope we can be 'good friends'."
Mia tergelak plastik. Tenang saja dia membalas panahan mata berapi aku tanpa sebarang kata. Hanya mengangguk kepalanya beberapa kali. Tanda mengerti akan kedudukan aku di dalam hidup lelaki yang masih dia dambakan sebagai 'kawan' itu.
"Kenapa korang serius sangat ni? Hello, muka I nampak macam perampas suami orang ke?" Senyum jahat Mia tiba-tiba bertukar gaya. Kali ini, tampak lagi ikhlas.
"Semua orang Kanada memang pandai cakap Melayu ke?" tanyaku. Saja. Tiba-tiba teringin nak tahu.
"My mom separuh Malay dan Chinese. Bolehlah cakap, tapi tak fluent sangat," jelasnya.
Aku angguk malas. Enne turut melakukan hal yang sama. Berpeluk tubuh di muka pintu seperti security berbayar.
"Zen suruh I datang sini sebab dah nak lepas office hour. Korang memang nak I berdiri dekat luar sampai dia balik ke macam mana? Kalau korang tak suka, boleh je kitorang lepak dekat kedai mamak."
Laju aku gelengkan kepala, selaju penyebaran berita palsu.
"Masuklah."
televisyen aku tukar buat kali kesepuluh. Serba tak kena rasanya lepas kejadian petang tadi. Mia Mia Mia konon! Meluat betul. Sudahlah aku baru dapatkan khidmat Pak Cik Google. Mia itu maknanya kesayangan, kepunyaan dan ada lagi beberapa makna 'terlebih sawit' yang langsung tak enak untuk aku telan.
"Tadi call cakap nak makan sushi. Ni saya dah beli, tapi awak tak jamah pun," kata Khairul seusai melabuhkan punggung ke sofa.
Mata aku melekat lama di kaca televisyen, menikmati pertandingan badminton yang melibatkan atlet perseorangan lelaki Malaysia dengan Japan. Masing-masing sudah meragut satu set. Sekarang, mereka berada di set penentuan. Berusaha keras demi lencana di dada.
"Dy..." Darisa memanjat kaki Khairul, lalu duduk di atas riba daddynya. Siap bersandar di dada Khairul lagi. Manyak cantik!
"Yes, sugarplum. You want something?" jawab Khairul. Mengucup kepala sang anak. Tak cukup dengan itu, dimain pula rambut Darisa. Pusing sana, pusing sini, tapi tetap tak tahu nak ikat. Hampeh.
"Dy...," panggil Darisa dengan suara yang kian mengecil. Matanya berkedip beberapa kali, tanda mengantuk.
"Diana, saya tidurkan Darisa kejap. Nanti kita sambung balik. Okey?"
"Hmm..."
Khairul bangun bersama Darisa, berlalu ke bilik yang terletak di tingkat atas. Langkah kaki dia yang tadinya menjauh kembali menghampiri. Aku toleh ke belakang.
Cup!
Sedar-sedar saja bibir aku disambar laju.
"Be ready. Don't fall asleep. And don't show me this kind of attitude again. Or else..."
"Or else?"
"You're gonna wake up tomorrow, feeling regretful."
Kening aku terangkat. Tak nampak kesinambungan kata-katanya.
"Kenapa pulak?"
"Because I'm gonna spoil you with so much love tonight," bisiknya, tersenyum nakal.
"Let's go, pumpkin. Mummy needs extra attention from me after this," beritahu Khairul kepada anak perempuannya yang sudah mamai.
"Ehem..."
Aku garu tekak yang tak gatal. Bagus sangatlah, tak ada penyakit, pergi cari penyakit.
" manalah kalau saya tak ada nanti. Tak ada ubat eh untuk rawat orang manja?" usik Khairul. Terketar-ketarnya tangannya mahu mengepit sushi menggunakan penyepit. Susah-susah sangat, dicucuknya penyepit tersebut pada sushi. Mudahkan kerja. Bukan dia, tapi aku yang mengada hendak disuap dengan chopstick. Baru feeling tu sampai.
"Abang nak pergi mana?" soalku dengan mulut dipenuhi makanan Jepun.
Khairul cubit sisa nasi yang melekit di pipiku.
"Tak pergi mana pun. Saya main cakap je."
Aku monyokkan muka dengan mata berkaca.
"Janganlah cakap macam tu... Nanti siapa nak jaga saya dengan Darisa?"
Senyum Khairul melebar.
"I'm here, amora. And I'm not going anywhere without you and our little sweetheart. Kalau Allah panjangkan umur, saya akan jaga awak dengan Darisa sampai tua."
Aku tersenyum simpul. Suka sangat mendengar dia berkata begitu.
"Kenapa abang suruh Miss Baker tu datang sini tadi?"
"Mia ke? Dia datang bagi seminar dekat hospital siang tadi. Saya tak sempat nak jumpa dia, sebab tu saya suruh dia datang rumah kita. Lagipun, kan awak ada. Kenapa? Awak lagi prefer saya keluar berdua dengan dia ke?" ujinya.
Geleng.
"Dia doktor jugak eh?"
"Ha'ah, dia paediatrician. Doktor pakar kanak-kanak. Since hospital kekurangan staf dekat wad pediatrik, saya minta tolong Mia gantikan position salah sorang doktor yang tengah berpantang. Alang-alang tu, hospital buat seminar sekali. Mia tu nampak je muda, tapi dia pegang banyak prestigious medical award. Ramai doktor-doktor lain yang nak belajar daripada dia. Sama macam Zhayan. They're both high-quality medical practitioners."
"Oh, she must be better than me...," gumamku sendiri.
"No, amora. No one is better than anyone. Semua orang ada kualiti spesial dalam diri masing-masing. Tak semestinya dalam bidang intelek je, seni memasak, seni melukis, seni kemas rumah. Apa-apa saja. Selagi kita tengok kelebihan yang Tuhan bagi dalam diri kita dengan mata hati yang paling dalam, kita takkan jealous dengan kelebihan orang lain."
Aku dongakkan kepala, mengamati wajahnya. Khairul kemudian menempatkan tangan besarnya di atas kepala aku. Selamba saja dia menggosok rambut aku yang sudah terikat rapi.
"Dalam hati saya, tak ada sesiapa yang lebih hebat daripada awak, Diana. Darisa's mummy always wins my heart with her captivating smiles, cheeky moves and constant kindness. You win it all. All the time, sayang."
Tangan Khairul yang masih melekat di atas kepala, aku bawa ke pipi. Menggeselkan pipiku pada telapak tangannya.
"Sayang abang..."
"So, are we good now?"
Khairul rapatkan wajah kami, manakala aku undurkan kepala ke belakang. Belum. Hati aku yang tadinya membara belum lagi terawat sepenuhnya.
"Nope. Not yet."
"Ada lagi ke yang tak settle?"
Angguk.
"Satu, saya tak habis makan lagi. Dua, saya nak tengok match ni sampai habis. Tiga, saya ada satu permintaan. Dan akhir sekali, saya tak suka abang panggil Miss Baker 'Mia'."
Khairul menghela nafas panjang. Sekali dengan mengucap barangkali. Mengah melayan isterinya yang satu ini. Meski masih terkial-kial menggunakan penyepit, dia masukkan salah satu sushi ke dalam mulut aku.
"Mia tu dah..."
Aku pekakkan telinga. Melarikan mata ke arah lain. Setiap kali Khairul menyebut nama wanita itu, hati aku terasa bagai dihiris-hiris sembilu. Selalunya, aku bukan jenis kuat cemburu. Tapi, bila mengingatkan 'sejarah' Khairul dengan Mia, aku tak suka. Adakah ini yang Khairul rasakan sewaktu aku asyik mengulang-ulang nama Zack?
Dagu aku dicuit agar kembali membalas renungannya.
"Perempuan yang awak gelar Miss Baker tu dah kahwin, siap ada sorang anak lelaki lagi. Husband dia pun datang seminar, tapi balik hotel awal sebab jet lag. Tadi tu dia saja nak usik awak dengan Enne je. Dia dah minta maaf dengan saya. Dan sekarang ni, kitorang cuma rakan sekerja. Tak lebih daripada tu. Kalau awak tak suka, saya takkan panggil dia dengan nama tu dah. Puas hati, Mrs Zenith?"
Sengih manja kembali menaungi bibirku. Pipi kanannya, aku kucup.
"Puas sangat!"
Khairul suap sushi terakhir ke dalam mulut aku.
"So, permintaan awak apa? Make sure masuk akal..."
"Bila kita balik rumah ibu dengan abah nanti, saya nak bonceng abang naik motor boleh? Sejak kita kahwin kan, saya dah tak pernah merempit. Dulu waktu kerja McD, tiap-tiap hari saya boncengkan Ina," pintaku. Tayang muka kesian.
"No."
Aku muncungkan bibir.
"Okey..."
"Yes. Tapi awak duduk belakang, saya yang bawak motor."
"Erm... Abang tahu bawak motor ke? Ada lesen tak?"
Dia terdiam seketika. Memikirkan sesuatu. Seketika kemudian, dia gelengkan kepala. Buat kesekian kalinya, gelakku pecah. Khairul Zenith dan sisi tak machonya, hanya aku yang tahu. Jadi, nak tak nak, memang dialah yang harus terima khidmat boncengan.
"Abang!" Aku melompat riang.
"Kenapa?"
"Malaysia menang! Leo menang!" Tubuh sang suami, aku dakap seketat mungkin dek terlalu teruja. Sebelum ni, asal aku tengok saja mesti kalah. Tapi kali ini berbeza, Malaysia berjaya menewaskan juara bertahan sebelum ini, iaitu Jepun.
"It's Leith, Diana. Jangan main ubah nama orang je."
"Satu dunia panggil dia Leo kecuali abang."
Lepas penat bertekak, kami luangkan masa bersama sehingga tamatnya upacara pemberian pingat buat para pemenang kejuaraan tersebut. Malaysia menang dua pingat. Sukanya! Bangga sangat apabila lencana itu gah dipersada dunia.
"Eh..."
Suasana di podium sedikit riuh apabila juara pingat emas tersebut berlari meninggalkan kawasan itu. Tatkala fokus kamera dihalakan ke ruangan penonton, Leo memeluk seorang wanita yang berada di situ. Menjadikan sorakkan kuat bertukar hening. Semua penonton secara langsung dan tidak langsung pastinya terkejut beruk, macam aku.
"Oh, itu isteri dia rupanya..."
Televisyen dimatikan.
Advertisement
- In Serial49 Chapters
Reckless Entitlement
*COMPLETED* Fresh out of foster care Maya Scott is finally ready to live life on her own terms, she has her own apartment, a job that she loves, and three great friends she's ready to crush her senior year. Not one for attention or affection, she's content with being alone and doesn't need, or want anyone. Or at least she thought she didn't until she met Nick. With two absent parents and a mansion all to himself, Nick Ainsworth has learned to live alone. He's found solace in fixing cars and hanging out with his two best friends. Surrounded by people who are only focused on material possessions and their social status, he feared that he would never meet someone who understood him. Until he met Maya.*This is a standalone novel, but for an introduction to other characters, you may want to read East Chapel Academy first.
8 151 - In Serial49 Chapters
Bakugou X Kirishima's sister (Reader)
*In process of editing*You're Kirishima's estranged twin sister. You've come back to Japan after pursuing a modeling career in America (Don't give me sass all of y'all are models to me). Much to your brothers surprise your parents have decided to send you to UA. You began studying a hero course in America so your knowledge and ability with your quirk isn't totally shit (You're actually kind of a badass). One student catches your eye, your brothers best friend. But after fixing your relationship, Kirishima makes a simple request, that you can be with whoever you want in class but do not pursue a relationship with Bakugou. But of course life can't be that simple. Will you follow what your brother asked or will you ruin the new relationship you two now have?A #5 ranking in Fanfiction is absolutely insane to me, thank you to everyone who's read or reading my story. I hope you all enjoy it 😊
8 115 - In Serial83 Chapters
Serendipity
When shy bartender Elliot is approached by a handsome stranger on a park bench at midnight, their unlikely attraction unravels everything they thought they knew about themselves... and the crime-ridden city around them.=||=||=A struggling Elliot Taylor didn't expect to lay his head on a park bench to get a good night's sleep for once, away from his ruthless father and a house that never truly felt like home. He didn't expect to meet a biker that night, either. Much less Noah Black, the Vice President of the 'Stray Dogs' biker gang. Contrary to the rumors that paint him out as a man of danger and mystery, Elliot discovers that he radiates an easy-going energy, and a flirty charm that makes him difficult to resist.Through chance encounters and sleepless nights, the two can't seem to avoid each other. And it doesn't help that Noah has a sharp eye for Elliot's bruises, especially considering that the last thing Elliot wants is the help of somebody else. So, how long can Elliot turn him away? How long before the electricity he feels for the boy who seems to be too nosy for his own good... turns into something much more than Elliot had ever expected?|| Weekly updates!
8 193 - In Serial46 Chapters
JenLisa | ONE DAY [COMPLETED]
*18+ warning"I-I'm your girlfriend!""What!?! How is that possible?!"Jennie Kim goes on a business trip with her company to Yongpyong Ski Resort. Lalisa Manoban, Jennie's colleague and secret admirer is also going on the business trip.Jennie then meets with an unfortunate accident which causes her to have temporary amnesia and lose all her memories. But this condition will only last one day.Will Lisa take this opportunity to finally be with Jennie? Will Jennie remember what happened after the 24 hours runs out?-----------------------------
8 152 - In Serial33 Chapters
The Billionaire's Wish
A billionaire met a runaway bride. Their first meeting was literally filled with fire and explosion! In an accident where fate and destiny propelled them toward each other. Highest ranking: #1 Chicklit - April 5, 2017 ChickLit ranking: #37 - March 25, 2018 #35 - March 22, 2018 #4 - December 11, 2017
8 524 - In Serial118 Chapters
Hot Dabi Pics
I had too much shit on my phone. I'm a simp. I simp for Dabi. that's good enough for your thirsty asses. Idk how the fuck to write a description for pictures. Also none of the pictures/ art belong to me (I'm a thirsty ass)
8 199

