《Pengganti Paling Setia ✔》Bab 41 ~ Kemaafan ~

Advertisement

meluangkan masa di rumah, aku melawat ke rumah ibu dan abah sendirian. Setidaknya, boleh juga lepaskan rindu buat keluarga tercinta. Sejak bertemu dengan bekas suami ibu beberapa hari yang lalu, hati aku rasa tak tenteram. Apatah lagi bila memikirkan keselamatan ibu. Manalah tahu jikalau lelaki itu cuba menyerangnya lagi.

Manusia bukannya mudah berubah. Apatah lagi sejenis kaki pukul.

"Didi... Dalam ni baby girl ke boy?" tanya Dalia sambil membelai perut aku. Nampak sangat berminat hendak menerima anak buah.

Pipi gebunya aku cuit manja.

"Cuba teka."

Tak sempat Dalia membuka mulutnya, si abang terlebih dulu menjawab.

"Daniel rasa kan... Mesti baby boy!" katanya lantang, sebelum mengambil tempat duduk si sisi aku.

Dalia geleng dengan riak tak puas hati.

"Taklah. Dalia nak girl," bidasnya.

"Iya ke? Kenapa korang rasa macam tu?" Aku sandarkan tubuh pada sofa. Merehatkan pinggang yang terasa sengal di samping ingin melayan perangai comel mereka.

"Sebab kalau baby boy, mesti nanti dia baik macam Abang Arul."

Aku hela nafas yang mulai mendidih bak lava gunung berapi. Besar kecil saja aku tikam wajah polos Daniel. Geram akan bicara jujurnya. Oh, Abang Arul saya yang baik. Habis aku ni nenek kebayan ke apa? Dasar kacang lupakan kulit!

"Kenapa? Didi tak baik ke?"

"Taklah. Didi pun baik."

Aku tersenyum puas. Inilah jawapan yang aku mahukan.

"Tapi Abang Arul lagi baik," tambah Daniel dengan suara yang sengaja diperlahankan. Sengihan gigi tak cukup sebatang yang menjengkelkan itu, selamba saja dia tayang.

"Hish, Atuk Daniel ni kan!" Kedua belah cuping telinganya aku tarik perlahan.

Gelengan Dalia kemudiannya menarik perhatianku.

"Jarang risau, Didi. Nanti baby mesti cantik macam Didi." Bicara selamba Dalia berjaya meredakan perang dingin antara aku dan Daniel. Anak kecil itu nampaknya ralit bercakap dengan mata yang digam pada perut kembang aku.

"Thank you, sayang." Aku kucup ubun-ubunnya. Hal sama turut aku lakukan buat Daniel meskipun dia sedaya upaya cuba mengelak. Biasalah adik lelaki, bab-bab nak kena cium ni memang terus buka langkah seribu. Tak manly katanya.

Menyaksikan mereka membesar atas didikan sempurna ibu dan abah, sejak bayi sehinggalah ke hari ini, aku mulai didatangi rasa sebak. Walau dibesarkan secara ala kadar saja, namun aku bersyukur kerana mereka tak perlu hadapi liku-liku hitam yang pernah aku dan ibu rasakan. Malah, mereka dilimpahi dengan kasih sayang yang tiada surutnya.

Jadilah anak-anak yang soleh dan solehah. Insan yang berguna buat ramai orang di luar sana. Itulah doaku saban hari buat adik-adik yang aku kasihi.

tersenyum manis, melayan Ethan yang sedang bermain dengan rubik cube. Anak kecil yang belum boleh bercakap itu sekadar menampar-nampar paha ibunya, menyuruh Elena melihat hasil kerjanya.

Khairul yang masih berpakaian pejabat pula duduk di sofa, membantu satu-satunya anak buah perempuan dia menyikat rambut patung barbie. Riak pasrah yang melekat di wajah machonya membuatkan aku geli hati. Walaupun masih kecil, Ethena sudah membuktikan bahawa perempuan takkan kalah dan lelaki yang semestinya harus mengalah.

Elliot pula ralit menatap wajah sang isteri dan anak yang rapat bagaikan belangkas. Tangan lelaki itu tak pernah lari ke mana-mana. Di mana ada tangan Elena, di situ jualah tangan dia menetap. Mengikat kejap tangan isterinya.

Pintu wad perseorangan itu tiba-tiba dibuka dari luar. Kemunculan seorang jururawat bertugas yang hadir bersama alatan perubatan itu mengejutkan aku. Dia tersenyum manis, sebelum menempah tempat di sisi Elena. Melihat perkakas 'seram' yang dibawa, dia nampaknya bersedia untuk melakukan aktivi yang aku benci sejak azali, iaitu pengambilan darah.

"Cik... Cik Inaya kan?" Aku menyapanya.

Dia tersenyum lagi dan mengangguk perlahan. Tak terkejut akan kewujudan aku di situ. Dia turut disapa mesra oleh ahli keluarga Khairul yang lain. Betullah kata Aunty Zanifa, keluarga mereka sememangnya mesra alam. Setiap orang dilayan sama rata.

Advertisement

Di samping Inaya sibuk memakai sarung tangan, Elena membetulkan beanie kelabu yang dikait Elliot di atas kepalanya. Ingin menutupi cela rambut yang semakin menipis. Namun, hal yang lebih aku bimbangkan ialah saiz tubuhnya. Saban hari, tubuh langsing itu semakin melangsing, meskipun dalam keadaan sarat mengandung.

"I'm no more sexy...," adu Elena tatkala tangan Elliot menjengah ke bahunya.

Elliot menggeleng pantas.

"You're the most sexy girl, honey."

"Tapi badan I dah..."

"No worries, Elena. In the eyes of every husband, wives will always be the sexiest. Right, Diana?" Khairul membuka mulut beratnya. Menghadiahkan pandangan lapar penendang.

"Kenapa abang tanya saya pulak? Saya mana ada isteri. Tanyalah Elliot."

Sesi usik-mengusik kami terbantut apabila pintu dibuka buat kesekian kalinya. Zhayan mengorak langkah tenang ke katil pesakit. Dia mengenakan sut putih yang melambangkan kerjayanya. Setengah jam yang lalu, Enne dan Mummy Anna sudah datang melawat. Sekarang, gilirannya pula.

"You jadi balik ke bulan depan?" tanya Zhayan kepada si kakak.

"Ha'ah. Sehari je. I nak pack baju-baju baby. Manalah tahu kalau tak sempat nanti, tak adalah I kena susahkan orang lain."

"Elena!" amuk Zhayan, Khairul dan Elliot. Serentak.

Tak semena-mena Inaya terus terkebil-kebil di sebelah Elena. Bahunya terjongket dek terpaku akan suara-suara garau yang baru saja melepaskan belting sebentar tadi.

Elena tergelak. Kedua belah tangan diangkat. Surrender.

"Kidding, okay? Why so serious?" Elena julingkan mata. Lengan bajunya kemudian disingsing rapi. Bersedia membiarkan darahnya disedut keluar.

"Oh, wait... Jamie? Elena, it's Jamie," tutur Zhayan seperti budak yang sedang mengadu pada si kakak. Memperlihatkan sisi kurang matangnya.

Aku pandang sekeliling. Jamie mana pulak ni?

"Yeah, your Jamie..." Elena mengulum senyum.

Terpinga-pinga aku seketika. Reaksi Khairul, Elena dan Elliot, kesemuanya sama. Yang lain sikit hanyalah Inaya. Dia sepertinya nampak tak selesa selepas hadirnya Zhayan. Seolah-olah lelaki itu bawa masuk virus yang tidak baik.

"Siapa Jamie?" soalku. Terpinga-pinga.

"It's Inaya. Jamilya Inaya. Saya bukannya jam roti," ujar Inaya dengan nada yang ditegaskan. Mata jernihnya menikam wajah Zhayan.

"I know. But I like Jamie better. Nurse, huh? Hmm, not bad... Not bad at all." Dalam sekelip mata, aura minta garu memenuhi segenap ruang. Dia mulai memasang jerat buaya, mendekati mangsanya.

Aku pandang Khairul yang tengah sembunyikan senyum. Dia membalas renungan aku sesaat saja, sebelum menjongketkan bahunya. Pura-pura tak mengerti akan persoalan yang menapak di mindaku. Punyalah besar dunia, macam mana Zhayan boleh kenal Inaya?

"Didi tahu kan Aya ni anak tunggal Aunty Zanifa dengan Uncle Razman? Diorang berdua ni memang rapat dari dulu lagi."

Aku terlopong. Kecilnya dunia!

"Mana ada! Aya tak rapat pun dengan Abang Ayan." Laju Inaya menidakkan kenyataan tersebut.

Dekah Khairul akhirnya terlepas jua. Abang Ayan?! Tawa kecil aku juga tak tertahan lagi. Eloklah, seorang Abang Arul. Seorang lagi pula Abang Ayan.

Mata Zhayan mulai berasap.

"It's Zhayan, Jamie."

"It's Inaya, Abang Ayan. "

"You're not a little kid anymore. Pronounce it right."

"As if I care."

Tanpa mengambil endah kata-kata Zhayan, Inaya meneruskan tugasnya. Menekan-nekan lengan Elena untuk mencari urat yang tepat. Berkerut-kerut dahinya, nampak sedikit gugup untuk membiarkan jarum tersebut menembusi lengan Elena yang hanya dilapisi isi yang cukup nipis. Mahunya tak gelabah, ada pelbagai jenis pakar sedang menilai kerjanya.

"Tepi," arah Zhayan.

"Hah?"

Zhayan menyarungkan sarung tangan lebih yang dibawa Inaya. Sejurus jururawat muda itu beredar ke tepi, Zhayan merampas tugas mengambil darah kakaknya. Sempat lagi lelaki itu bersyarah kepada Inaya berkenaan cara blood draw yang sebenar dan cara atasi rasa takut buat silap.

"Diorang berdua ni... Ada apa-apa ke? Tadi bergaduh macam orang baru lepas bercerai, sekarang nampak macam dah rujuklah pulak," bisik aku ke telinga Khairul.

Advertisement

"Nak cakap pun payah. Hubungan diorang rumit sikit dari dulu lagi. Sorang kaki mengusik, sorang lagi tu pula kaki cari penyakit. Kalau berjumpa, jadilah macam asid nak berperang dengan alkali," beritahu Khairul. Usai berkata, dia lentokkan kepalanya pada bahu aku.

"Wow..."

"What?"

Aku tersengih nakal.

"Bahasa Melayu abang dah makin improve eh lepas kahwin dengan saya. Sebab tu Jamal Abdillah cakap, siapa bilang gadis Melayu tak menawan... Tak menarik hati tiada memikat..." Giliran aku pula mengusik si bapa budak itu dengan nyanyian tongkang pecahku, sehingga gelaknya meletus lagi.

menunggu Khairul siapkan kerjanya, aku duduk di sofa. Hal ini sudah menjadi rutin harian aku setiap kali melawat Elena di hospital. Nak balik sendiri, Encik Suami ajak balik sekali. Tapi nak tunggu dia habiskan timbunan kerja yang tak susut-susut itu, aku pula yang ternganga di sofa. Sampaikan janggut dan mencecah lantai pun belum siap lagi.

Betis yang lenguh, aku urut perlahan. Dalam tempoh beberapa bulan lagi nak bersalin ni, aku harus memujuk hati agar banyak bersabar. Jikalau dugaan mengandung serta melahirkan itu semudah membancuh air teh, tak adalah darjat insan bergelar ibu diangkat setinggi-tingginya oleh Allah yang Maha Agung.

"Abang nak kita bermalam dekat sini ke? Kalau nak, esok saya bawa khemah sekali dengan tilam terus. Kita camping dalam office ni." Aku memerlinya. Penat diabaikan selama sejam.

Senyum Khairul terukir di bibirnya, taipan pada papan kekunci juga dihentikan. Kepala dialihkan dari skrin besar komputer Apple yang tersadai di atas meja kerjanya. Sejurus itu, komputer itu lantas dimatikan dan beberapa saat kemudian, dia sudah mengambil tempat di sisiku.

Aku monyokkan muka. Kalau aku tahu dia takkan membantah sama sekali, awal-awal lagi aku dah suarakan ketidakpuasan hati ini.

Tanpa berkata apa-apa, Ipad miliknya yang aku gunakan untuk menonton cerita Hagemaru sebentar tadi, aku capai dengan malas. Pada skrin itu, aku coretkan bicara yang tak terluah menggunakan Ipad pencil. Usai siap, aku tayang muka depan Ipad itu pada Khairul yang kelihatan blur.

Stop working! You're fired, Dr Khairul!

Reaksi yang Khairul berikan sebaliknya tak seperti apa yang aku sangkakan. Ingatkan aku mampu membuatkan lelaki itu tertawa, namun dia sekadar memaparkan senyuman tipis. Gajet empat segi itu dirampas, lalu ditempatkan di atas meja.

Apabila tangan Khairul mendarat di atas paha aku, degup jantung aku memecut sakan.

"Nak... Nak apa?" tanyaku dengan mata melayar ke pintu pejabat. Risau jikalau pisang berbuah dua kali.

"Jangan risau, tak ada staf yang akan masuk bila awak ada," beritahu Khairul. Memahami apa yang membelenggu benakku.

"Hah? Boleh ke macam tu?"

"Of course I can make it happen. Rules for my office are made by me."

Tubuh aku kemudiannya direhatkan ke hujung sofa dengan pinggang berlapikkan bantal hiasan. Lantas itu, kaki aku diangkat dan diletakkan di atas pahanya. Tak sempat aku tanyakan makna di sebalik tindakannya, jemari panjang miliknya sudah terlebih dulu memicit betisku.

Aku tersenyum manis seraya memejamkan mata. Lega rasanya. Tangan orang lain sememangnya lebih mujarab berbanding tangan sendiri. Tirai kelopak mata, aku buka semula. Wajah Khairul yang tekun melaksanakan apa saja yang membuatkan aku bahagia itu, aku amati lama.

"Saya tahu..." Tanpa sedar, kata-kata itu meluncur dari bibir aku.

Kening cantik Khairul terangkat.

"Pasal ayah yang kurung saya dalam stor, saya dah agak... Sebab tu, saya tak pernah tanya abang siapa yang buat... Dan kalau boleh, saya tak nak tahu langsung," luahku, mengeluarkan isi yang lama terbuku di hati.

Sejak hari aku diburu ketakutan yang amat dahsyat, Khairul tak pernah buka lagi isu ini. Namun, kali ini, biarlah aku yang mengalah. Lagipula dia suami, dia berhak tahu semuanya.

"Tapi macam mana?" tanya Khairul. Sukar mempercayai kenyataan tersebut.

"Waktu saya kena rawat di hospital, saya nampak dia sembunyi dekat luar wad dengan muka ada lebam bagai... Lepas tu, saya terbaca mesej dekat telefon ibu. Dia ada cakap yang dia nak jumpa saya, tapi ibu tak bagi..." Suara aku mulai pecah. Mata pula sudah berkaca.

"Allah..."

Aku tundukkan kepala. Membiarkan titisan jernih itu membasahi kain.

"Kenapa dia buat macam tu? Dia nak saya mati ke?" Akhirnya, aku suarakan juga soalan yang mengganggu ketenangan hidupku.

Khairul turunkan kembali kaki aku, sebelum tubuh aku dirangkulnya. Tersedu-sedan aku menangis di dadanya.

"Dia tak berniat nak buat benda jahat pun dekat awak, Diana. Cuma dia tersilap cara dan tersalah langkah...," bisik Khairul. Menggosok perlahan belakang tubuh aku.

"Ayah tak percaya yang awak ada nyctophobia disebabkan perbuatan dia. Dia nak buktikan dekat ibu yang apa ibu cakap tu salah. Dia tak sangka apa yang dia buat tu boleh ancam nyawa awak dengan baby kita."

Pelukan kami, aku rungkaikan.

"Mungkin mudah untuk abang maafkan dia... Tapi saya..."

Khairul geleng.

"It's not easy at all, Diana. Lepas Will tangkap dia, saya pun hilang pertimbangan. Bila sedar, tengok-tengok saya dah tumbuk muka ayah. Tapi awak yang ajar saya kan... Memaafkan seseorang takkan merugikan kita walaupun sesen. Sebab rasa tenang dan tenteram tak boleh dibeli dengan wang ringgit."

Aku angguk. Lelehan air mata semakin galak membanjiri pipi. Jika memori pahit itu mampu dilenyapkan dengan mudah, pasti memaafkan kesalahan lampau ayah tidak akan terasa seberat ini.

"Don't feel pressured, sayang. Saya dah minta ayah bagi awak masa. Kemaafan tu tak ada tarikh luput. Kita tak perlu terburu-buru dalam memaafkan. Bila awak dah betul-betul bersedia nanti, saya yakin, awak akan bangkit dari memori hitam tu dan maafkan dia. Okay, cheeky wife?" Khairul menarik manja hidung aku.

Raut wajah mendung aku kembali menyinar.

"Okey, abang."

laju Khairul, aku buntuti dari belakang. Pelik benar. Tak ada hujan, tak ada ribut, tiba-tiba dia bertanyakan soal tempat ini. Tak pernah dibuat orang. Aku pula, semenjak mendirikan rumah tangga dengan Khairul, aku sudah tidak lawati tempat itu lagi.

Lengan Khairul, aku tarik dari belakang.

"Kenapa abang nak datang sini?" Soalan yang tidak dijawabnya sejak tadi, aku ajukan semula.

"Adalah. Tak salah kan abang nak melawat dia?"

Aku berkira-kira untuk gelengkan kepala.

"Tak..."

Seusai aku menjawab pertanyaannya, jari-jemari aku ditarik agar berjalan di sampingnya. Sampai saja ke destinasi yang ingin Khairul tuju, aku terpacak di situ. Rasa serba salah. Tak tahu bagaimana hendak memberi respons terhadap situasi yang canggung ini.

Khairul tundukkan tubuh, lalu batu nisan yang bertulis nama Zack, Khairul sentuh dan usap perlahan. Umpama seorang abang yang sedang memujuk adiknya.

Sepanjang tempoh Khairul berdiam diri dan menatap sepi tanah kubur Zack, aku bacakan doa dan beberapa surah di dalam hati. Mengenangkan apa yang telah terjadi, perancangan Allah sesungguhnya teramat sempurna. Dia ambil Zack untuk hadiahkan Khairul buat aku.

Sepuluh minit berlalu pantas. Dek cuaca yang bertukar mendung, Khairul mengajak aku kembali ke kereta.

"Abang tak jawab lagi soalan saya..."

Khairul menghela nafasnya. Tanda dia sudah bersedia hendak nyatakan sesuatu.

"Saya nak ucapkan terima kasih dekat dia. Sebelum saya datang dalam hidup awak, dia kan lelaki yang pernah bahagiakan awak... Bila fikir yang dia pergi dalam usia yang sangat muda, sebab nak selamatkan kawan saya... Tinggalkan tunang dan orang-orang yang dia sayang... Saya rasa macam pengganti yang menumpang kebahagiaan dia."

Aku terkelu. Tak menyangka bahawa Khairul berfikiran seperti itu.

"Abang cakap apa ni? Abang cipta kebahagiaan abang, berpaksikan ketetapan Allah. Abang tak ganti atau tumpang kebahagiaan sesiapa. Semua ni pemberian Allah, abang." Dakwaannya itu, aku tolak habis-habisan.

"Listen to me, Khairul Zenith..."

Dia berikan anggukan tidak bermaya.

"Look at me, abang..." Aku cuba menarik perhatiannya yang sedikit terganggu.

Di kala anak mata aku bertemu, aku lontar bicara yang mampu menyedarkan dia akan kedudukannya di hati aku.

"Mungkin abang bukan cinta pertama saya... Tapi abang cinta terakhir yang saya nak genggam sampai bila-bila. Sampai ke syurga. Sama macam saya tak pernah ungkit pasal bekas tunang abang, saya pun harap abang tak bangkitkan pasal Zack. Cuma yang saya minta, sebagai seorang saudara Islam, abang doakanlah kesejahteraan dia di alam sana."

"Dan abang kena tahu yang abang bukanlah sekadar seorang pengganti dalam hidup saya. You are more than that, abang. Tak kisahlah saya pernah sukakan sesiapa sekalipun, yang abang perlu tahu, abang duduki carta teratas. No one ever loves me the way you did, Zenith. You are 'that' special," sambungku lagi.

Senyum yang aku rindukan sebentar tadi, terukir semula di wajah tampannya. Dia tampak lebih yakin. Pipi kiri aku lantas dikucup sayang.

"Erm... Tapi kalau awak nak namakan anak kita Zack, saya tak kisah. Dia kan dah..."

Sengihan manja mula menerangi bibir aku. Kesian pula melihat riak polos di wajah sang suami. Mungkin sudah tiba masanya untuk aku berterus-terang.

"Sebenarnya... Yang saya cakap sebelum ni, itu semua temberang je. The truth is, it's a girl, abang."

Khairul ternganga. Mata indah itu mulai membundar sebesar-besarnya.

"Hah?"

"Baby kita sebenarnya girl, bukannya boy." Aku tayangkan dua jari, isyarat pendamaian.

"Habis yang mummy cakap tu?"

"Sorry, saya yang minta mummy berkomplot sekali." Sengihan aku melebarkan sayapnya.

Jejari ketam Khairul menyambar kedua belah pipi aku.

"Ya Allah, Diana Eirina!"

😭😂 😂

💖💖💖

We're all a little weird. And life is a little weird. And when we find someone whose weirdness is compatible with ours, we join up with them and fall into mutually satisfying weirdness - and call it love - true love." ~ Robert Fulghum

'Rahmat (kasih sayang)-Ku meliputi segala sesuatu.' ~ (QS Al-A'raf [7]: 156).

    people are reading<Pengganti Paling Setia ✔>
      Close message
      Advertisement
      You may like
      You can access <East Tale> through any of the following apps you have installed
      5800Coins for Signup,580 Coins daily.
      Update the hottest novels in time! Subscribe to push to read! Accurate recommendation from massive library!
      2 Then Click【Add To Home Screen】
      1Click