《Pengganti Paling Setia ✔》Bab 40 ~ Bangga ~
Advertisement
VIDEO call aku dan Khairul bersama keluarga kecilku berlangsung selama sejam. Setiap kali nak matikan panggilan, ada sahaja topik baru yang hendak dibualkan. Dalia dan Daniel nampaknya tersangat rindukan Abang Arul mereka. Sahaja. Ya, sejak berkahwin dengan Khairul, aku memang sentiasa dipulaukan dengan dua beruk comel itu.
Abah dan ibu juga nampak sihat. Banyak tersenyum mendengar celoteh merapu aku yang semakin menjadi-jadi semenjak hamil. Entah kenapa, setiap kali menatap wajah-wajah yang telah banyak menitipkan aku dalam doa mereka, rasa bersyukur aku melimpah-limpah. Mungkin kerana doa mereka, aku mampu kecapi bahagia yang aku idamkan selama ini.
Tatkala aku matikan talian, Khairul menarik tangan aku. Memaksa aku untuk bangun dari bangku. Tanpa berkata apa, kami berjalan di tepi pantai, berpegangan tangan dan bermain mata. Menikmati angin sepoi-sepoi, bunyi kicauan burung serta air jernih yang menyapa manja kaki kami.
"Minggu depan... Hari last abang bagi lecture kan?" Berhati-hati aku membuka topik tersebut.
Khairul sekadar mengangguk tenang.
"Nak saya datang tak?" soalku, bernada halus.
"Tak perlu. Tak ada apa yang special pun."
"Abang okey?"
Soalan ringkas itu memberhentikan langkahnya. Perlahan-lahan, dia membalas renungan mataku.
"Of course, I am. Why wouldn't I?"
Aku jongketkan bahu.
"Entah. Abang nampak tak okey dekat mata saya." Aku berkata jujur.
"Perasaan awak je kut." Khairul membuka langkah semula. Melarikan anak matanya.
"Would you promise me something?" tanyaku lagi. Mata menghala ke depan.
"Promise what?"
"If you ever need me by your side... Just tell me. Anytime. Anywhere. Will you?"
"Kenapa awak tiba-tiba cakap macam ni?" soalnya kembali.
Kini, giliran aku pula memberhentikan langkah kami. Kedua tangan berbeza saiz kami, aku temukan. Sedikit demi sedikit, aku mahu dia bersikap terbuka. Jikalau bukan dengan orang lain, dengan aku saja sudah memadai.
"Saya bukannya baru kenal abang sehari dua. Mata dan telinga ni dah jadi saksi abang mengajar dalam lecture hall selama lima bulan. Dalam tempoh ni, saya nampak yang abang sangat cintakan dunia pendidikan. Setiap kali abang bercakap pasal psikologi, mata abang bersinar. Mungkin abang boleh tipu orang lain, tapi abang tak boleh tipu saya. Waktu abang stay up untuk marking paper student, key in markah, siapkan slide dengan research paper, study sebelum lecture... Just in case you forgot... I was there, abang."
Khairul mendiamkan diri.
"Saya salah cakap ke?"
"No. You're right."
"Kalau abang masih nak jadi lecturer, saya boleh pujuk grandpa... Nanti mesti grandpa..." Entah sudah masuk keberapa kali, aku ulangi ayat itu lagi.
"Sayang..." Gelengan Khairul menghampakan aku.
"Sometimes, when we love something, all we need to do is to let go." Tangan Khairul hinggap di pipi aku, lalu dikuis lembut.
Aku mengeluh. Bukan setakat pernah. Walhal, selalu sangat.
"Tapi itu kalau dah tak ada pilihan lain. Sekarang ni, abang ada pilihan, sama ada nak terus jadi pensyarah atau ambil alih hospital tu. Abang dah banyak berkorban. Abang sudi terima agama Islam dan belajar balik daripada basic, abang tinggalkan Amber, anjing yang abang sayang, habiskan zaman muda abang untuk pelajaran dan jaga adik-adik abang, bantu grandpa dengan grandma uruskan syarikat..." Aku mulai sebak. Untuk sekali saja, aku nak dia fikirkan tentang dirinya. Bukan orang lain.
"Diana..."
"Hmm...," balasku dengan mata berkaca.
"Waktu dekat Kanada dulu, awak pernah tanya apa cita-cita saya kan?"
Angguk.
"Kalau awak nak tahu, cita-cita saya bukan untuk jadi pensyarah pun," ujarnya tenang. Cahaya ketenangan terpancar jelas di sebalik anak mata cantiknya.
"Habis tu?" Terpinga-pinga aku bertanyakan soalan tersebut.
"Dari dulu lagi, cita-cita saya cuma nak tolong orang. Sebanyak mana yang saya mampu. Tak kisahlah dengan cara jadi pensyarah atau apa sekalipun. Selagi saya dapat berbakti kepada masyarakat, kepada orang yang memerlukan, saya sanggup. I enjoy learning and teaching. Walaupun saya dah tak mengajar nanti, ia tak bermakna saya perlu berhenti belajar dan kongsi ilmu dengan orang lain, kan?"
Advertisement
Aku angguk lagi.
"Setiap orang ada pengorbanan masing-masing, amora. Enne berhenti belajar modelling sebab nak jadi doktor. Zhayan pun letak tepi minat dia dalam bidang arkitek. Tak ada sesiapa pun yang paksa diorang pilih medic. Tapi saya tahu, diorang ada keinginan nak selamatkan pesakit-pesakit yang senasib dengan Elena."
Lidah aku membeku, tak mampu keluarkan sebarang kata. Hanya anak mata itu yang aku amati tanpa setitis rasa bosan.
"Grandpa tangguhkan persaraan dia sebab saya belum bersedia. Lepas tu, daddy pun sakit. Grandma Emma pula dah lama tunggu grandpa. Dia nak tengok suami dia rehat dari dunia kerja. Dia pernah cakap yang dia dah penat tengok Grandpa Khalid bekerja selama 50 tahun. See? Semua orang berkorban, Diana. Tapi dengan cara tersendiri."
"I'm sorry... Again..." Wajah aku tundukkan. Mulai dihuni rasa serba salah.
Dagu aku diangkat sehingga mata kami bertaut.
"Sebab pengorbanan inilah, Allah temukan awak dengan saya. Percayalah, kalau nak dibandingkan dengan masa muda yang saya korbankan, masa depan dengan awak dan anak kita, semua tu lebih bernilai di mata saya," bisiknya bersama senyuman yang cukup mempersonakan.
"Mengaku cepat. Abang pernah jadi playboy eh waktu muda-muda dulu?" Aku berikan pandangan penuh sangsi. Sejak dua menjak ini, manis dia lain macam. Tertumpah kilang gula kut. Sebab inilah aku semakin terangau-angaukan dia.
Khairul tergelak kecil.
"Playboy? Tak adalah."
Aku lemparkan jelingan tajam.
"Habis tu, siapa ajar cakap macam ni? Zhayan?"
"I became a better playboy every single day because of you."
Bibir aku dipagut selamba. Saraf di bebola mataku hampir terputus dek terkejut akan tindakan spontannya. Sekeliling kawasan, aku pandang sekilas. Risau jikalau babak tadi menjadi tatapan mata orang lain. Melihat tiada saksi kejadian, aku hembuskan nafas lega.
"Apa abang buat ni? Kalau orang nampak macam mana? Haritu bukan main cakap malu ni sebahagian daripada iman." Aku menegur tindakan beraninya.
"Mana ada sesiapa dekat pulau ni, Diana. That's why it is called 'private island'."
"Memanglah private. Tapi janganlah sampai..."
Belum sempat aku habiskan bebelan, tangan aku ditarik menuju ke laluan memasuki chalet.
"Abang cakap nak main dekat luar? Kenapa nak masuk pulak ni?"
Khairul toleh memandang aku dengan senyuman yang tidak sukar untuk ditafsirkan.
"I want more. Jom, let's go to our 'private room'."
"Ish, abang ni!"
minit sebelum kelas bermula, aku sudah terpacak di dalam dewan kuliah yang pernah menjadi saksi hubungan aku dan Khairul yang dulunya berkecai bercantum kembali. Menjadi satu ikatan yang sah dan halal di sisi-Nya.
Beberapa yang memandang aneh, aku buat tak peduli. Kebanyakannya junior, satu wajah pun aku tak kenal. Lagipula, mahunya mereka tak pelik, mana pernah aku munculkan diri ke kelas ini sepanjang semester tersebut. Ditambah lagi dengan perut yang semakin membulat, aku tak mampu sembunyikan kandungan ini lagi.
Kerusi yang sedikit tersembunyi, aku duduki. Meskipun Khairul enggan menerima pelawaan aku untuk hadir ke kelas terakhirnya, tapi ini Diana Eirinalah. Setiap bicara lelaki itu, jarang sangat nak masuk dan menetap di telinga kanan. Pasti ia akan berjaya loloskan diri ke telinga kiri.
Tepat pukul sebelas, pintu dewan kuliah dibuka gah dari luar. Seorang jejaka mengenakan sut formal melangkah masuk, meninggalkan jejak yang cukup meyakinkan. Khairul berpakaian seperti itu kerana dia harus hadiri satu mesyuarat penting di hospital pada awal pagi tadi.
Aku tersenyum tatkala merasakan tendangan datang dari perutku. Tengoklah, baby pun cair dengan kemunculan daddynya.
Kelas dimulakan dengan bacaan al-Fatihah. Satu perubahan yang agak mengejutkan. Sewaktu aku bergelar pelajarnya, tak pernah sekalipun dia mulakan kelas dengan apa-apa bacaan.
"Today, I will only give a lecture for about 30 minutes. Since this is our last class together, I don't want to be so hard on you guys," umum Khairul, sebelum memulakan tugas mendidiknya.
Advertisement
Sejurus menghabiskan tajuk terakhir iaitu terapi dan jenis-jenisnya seperti cognitive behavioural therapy, group therapy, dan psychoanalytic therapy, Khairul mematikan slide yang ditayang di depan kelas.
Dia kemudian melangkah ke meja. Mata difokuskan kepada setiap pelajar yang memenuhi taburan kerusi. Suasana bertukar hening. Aku yakin, meskipun dia merupakan seorang pensyarah yang boleh dikatakan 'tegas', namun, ilmu yang dia telah curahkan tidak ternilai harganya.
"So, at last, do you have any questions?" soal Khairul. Merehatkan kedua tangannya ke dalam poket seluar.
Seorang pelajar lelaki mengibarkan tangan. Mahu melontarkan rasa ingin tahunya.
"Yes, you." Khairul angguk, memberi ruang kepada lelaki itu untuk bertanyakan soalan.
"Is it okay if I want to ask a personal question?"
"Sure."
"Erm... I think your background is exposed by the media. Most of us already know that you're the president's grandson." Pelajar lelaki itu berkata dengan riak cuak tertera di wajahnya. Namun, dia gagahkan jua untuk bertentang mata dengan Khairul.
"Really? Is that true?" Khairul menyoal semua pelajar. Ingin mengesahkan kenyataan tersebut. Tak mahu lelaki itu memandai mewakili kesemua pelajar barangkali.
"Yes!"
Jawapan para pelajar membuatkan rahang aku terjatuh. Begitu cepat berita tersebar. Baru saja Grandpa Khalid umumkan persaraan, perihal serta status keluarga Khairul sudah menjadi buah mulut orang ramai.
"You're born in a silver-spoon family. Erm... So, why are all your family members highly educated? I mean... Taking a degree is challenging enough. However, almost all your family members are PhD holders. Why do you guys even bother to pursue those difficult paths though your family already has everything?"
Buat kesekian kalinya, aku tersenyum. Soalan lelaki itu kedengaran sangat menarik. Pelajar-pelajar lainnya yang sudah mengantuk pun kembali celik. Biasalah manusia, bab-bab soalan berkaitan hal peribadi seseorang, memang sentiasa terlebih berminat.
"Interesting. Thanks for the question, buddy."
"Hmm..." Khairul mengeluarkan tangannya dari poket.
"My grandpa and grandma once told my siblings and I, in order to help a lot of people, we need to keep on learning and climbing to the highest educational level. The more we learn, the wider perspective we have about the world. Just imagine, if we stay at the bottom or being an average man, it's probably hard for us to look upon other people's sufferings. Why? Because we're too busy with ours," jelas Khairul.
Beberapa saat kemudian, dia meneruskan penjelasannya.
"For example, like I said in the previous class, the people with mental health problems are more likely to deal with the decline in feeling empathy. This happens because we are too focused with our pain and we lose sight of those who are also facing hardship. So yeah, that's my answer."
Bicara panjang lebar Khairul berjaya membuatkan banyak kepala terangguk-angguk tanpa mereka sedari.
"Thank you, Dr Khairul. You're the best." Lelaki tadi memberi thumbs up.
Senyum mahal Khairul terukir nipis.
"So, I guess, this is the end of our class. Let me share with you a remarkable saying of a Brazilian educator and philosopher named Paulo Freire. He said, education does not change the world. Education changes people... And people change the world. As your lecturer, I pray that each of you will own the power to change our world to a better one. Thank you."
Kesemua pelajar universiti yang menghadiri kelas tersebut berdiri tegak.
"Thank you, doctor!"
Apabila tepukan gemuruh bergema, aku turut melakukan hal yang sama. Menyaksikan Khairul mengamati wajah setiap satu pelajarnya, aku alihkan tubuh ke belakang. Mengelak daripada bertentang mata dengannya. Jikalau aku tatap mata itu sekarang, pastinya air mata aku tak mampu ditahan lagi.
"" Aku jengulkan kepala di sebalik pintu pejabat Khairul. Barang-barangnya sudah dikemas rapi. Akan dikosongkan tak lama lagi. Muka ala-ala musang nakal aku tayang, sengaja ingin menghibur hati sang suami.
Khairul memandang sekilas, gelengkan kepala dan meneruskan kerjanya yang terbengkalai. Segala buku-buku tebal yang tersusun di rak, dia letakkan ke dalam kotak yang tersedia.
"Abang tak perasan saya ke tadi?" tanyaku, sambil menutup rapat pintu tersebut. Tak cukup dengan itu, butang kunci turut aku tekan. Lepas apa yang terjadi, aku harus lebih berhati-hati.
"Kenapa kunci?" Khairul abaikan soalan aku.
Aku tarik nafas panjang. Tubuh lampainya, aku hampiri.
"Why do you think so?" Tangan aku berpaut pada wajah dinginnya.
"Awak duduklah, saya nak kemas sikit lagi. Nanti Will dah nak datang..."
Sekali lagi, dia tak jawab soalan yang aku ajukan. Tangan panjangnya lantas mencapai segala buku dan fail yang terdampar di atas meja kerja. Aku tahu, dia tak berniat untuk sakitkan mana-mana hati. Fokusnya tampak sedikit terganggu. Tubuhnya memang di situ, tapi fikirannya berada di tempat lain.
Pinggang Khairul, aku rangkul dari belakang. Aku sandarkan kepala pada belakang tubuhnya. Membuatkan aktivitinya terhenti seketika.
"You did very well, Dr Khairul. And you've done a great job, abang. Saya bangga sangat dapat suami macam abang. Baby kita pun bangga dapat daddy sehebat Khairul Zenith. Jalan apa pun yang abang ambil lepas ni, kami akan support abang sampai bila-bila."
Khairul genggam tangan aku yang melingkari pinggangnya.
"I did the right thing, didn't I?" soal Khairul. Bernada sayu.
"You are, abang."
Aku meyakinkan hatinya yang sedang bercelaru. Dia pastinya sudah buat keputusan yang terbaik. Namun, untuk meninggalkan sesuatu yang dia cintai, ianya mungkin tak semudah yang orang sangka. Bukankah isteri yang hebat itu selayaknya menjadi akar tunjang kejayaan seorang suami? Oleh itu, aku mahu menjadi isteri terhebatnya.
Mak Ngah Nor dan Mak Lang Ila ke rumah mengejutkan aku dan Khairul di pagi hari minggu. Mereka nampaknya sedikit terpegun dengan segenap rumah yang aku diami. Mata milik kedua adik-beradik ibu itu melayang ke merata tempat. Tak duduk diam. Katanya, ada hal yang perlu mereka selesaikan di bandar sebentar tadi.
Apabila ditanya hajat mereka yang berwajah sugul itu, akhirnya kedua-duanya merendahkan ego dan membuka mulut masing-masing. Mak Long Nor mengabarkan bahawa anak lelaki sulungnya baru sahaja diberhentikan kerja kerana masalah disiplin manakala anak bongsu Mak Ngah Ila yang baru berkahwin dua tahun yang lalu sudah bercerai.
Tujuan mereka hadir hanyalah untuk memohon maaf. Berdasarkan perbualan itu, Mak Ngah Ila berkata bahawa mereka telah bertemu dengan ibu dan abah pada minggu lalu. Meskipun ibu sudah memaafkan mulut lancang mereka, ibu tetap menyuruh mereka bertemu dengan aku. Kata ibu, dia tak boleh nak maafkan kesalahan mereka bagi pihak aku.
"Mak long nak minta maaf juga sebab pernah burukkan Zack depan kamu. Minggu depan mak long nak pergi umrah. Kalau boleh, mak long nak pergi ke tanah suci Allah dengan hati yang tenang," beritahu Mak Long Nor dengan riak penuh penyesalan.
Teringatkan cemuhan yang mereka pernah muntahkan pada Zack suatu ketika dulu, aku dirundung rasa pilu. Lelaki mulia sepertinya tak sepatutnya dihina sebegitu sekali. Salahlah jikalau dia diduga sebagai seorang anak yatim piatu? Rasulullah juga diuji dengan hal yang sama. Namun, kedudukannya di sisi Allah tak pernah terjejas.
"Tak apa, mak long. Benda dah lepas. Insya-Allah, arwah Zack pun dah tenang di sana," balasku perlahan. Berhati-hati dalam tutur kataku. Agar tidak menghiris hati Khairul yang duduk di sisi.
Di kala mereka hendak beredar dari rumah kami, Khairul hulurkan business card miliknya.
"Kalau anak mak long masih tak dapat kerja, telefonlah saya. Bila dia dah bersedia untuk berubah dan kembali bekerja, saya boleh bantu tawarkan jawatan kosong," ujarnya sopan.
Mak Long Nor sambut pemberian tersebut dengan senyuman kesyukuran. Perginya mereka meninggalkan seribu ketenangan dalam diriku. Ternyata, memaafkan itu mungkin payah. Namun, ganjarannya jauh lebih besar daripada hidup bertemankan rasa dendam.
", sekejap lagi, kita ada lagi sorang tetamu. Tapi tetamu ni... Mungkin awak tak suka. Kebetulan, dia pun datang nak minta maaf," beritahu Khairul tiba-tiba. Matanya masih melekat di kaca televisyen. Ralit menonton salah satu movie lama, bertajuk The Blind Side.
Pada setiap hari Sabtu, memang kami peruntukkan masa bersama. Lagipula, mulai Isnin akan datang, Khairul akan bertukar tempat kerja. Makin sibuklah dia lepas ni.
"Siapa datang nak minta maaf?"
"Orang yang kurung awak dekat stor hospital haritu... Dia kan sebenarnya..."
Kepala aku yang melekat di atas ribanya terus memacak. Wajah tak berperasaan itu aku pandang dengan riak tak percaya. Dah tak ada tetamu lainkah yang nak diajak? Yang pergi jemput penyangak ni apahal?
"Abang ni dah kenapa? Kan saya dah cakap, saya tak nak tahu siapa yang buat saya macam tu. Kalau abang nak jumpa dia, abang jumpalah sorang-sorang. Saya tak nak."
Aku menggeleng pantas. Belum gila lagi untuk terima idea tak masuk akal itu.
"Dia nak jumpa awak, Diana."
"Saya tak nak jumpa dia!" Aku mulai melenting. Tubuh aku gerakkan ke hujung sofa. Tak mahu berada dekat dengannya. Setiap kali Khairul buat keputusan tanpa berbincang seperti ini, dia melukakan hati aku tanpa sedar, Tak fahamkah dia bahawa pengalaman pahit itu meninggalkan kesan yang sangat mendalam dalam diri ini?
"Sayang..."
"Tak. Abang tak sayang saya..." Aku membelakangi tubuhnya. Sudah hilang selera hendak menonton movie.
mataku terbuka secara berperingkat tatkala terdengar bunyi kaca berlaga. Televisyen yang masih menyala, aku pandang kosong. Aku tertidur ke? Selimut yang membaluti tubuh aku seakan sudah menjawab persoalan tersebut.
Haih, sejak bila tertidur pun aku tak sedar. Asal pejam mata saja, auto lena.
Selimut aku tolak ke tepi. Kelibat Khairul cuba aku cari dengan pandangan kasar. Tak ada. Dia pun main aci merajuk ke apa?
Perhatian aku beralih pada batuk seseorang yang datang dari arah dapur. Mata aku terus segar, seperti baru disiram air hujan. Aku mengorak langkah ke sana. Biasalah, marah bagai nak gempa bumi sekalipun, aku tetap nak tatap muka Khairul lepas terjaga dari tidur.
Langkah kaki aku terhenti apabila tersedar bahawa lelaki itu bukanlah Khairul.
Aku berundur setapak demi setapak. Rasa tak sedap hati memenuhi segenap salur darahku. Siapa lelaki itu? Khairul pula ke mana? Kenapa dia tergamak tinggalkan aku dengan orang luar tanpa sebarang pesan?
Advertisement
- In Serial65 Chapters
The Workaholic's Wife
Scarlet Ray and Evan Parker are polar opposites of each other.She is a bubbly bakery-owner while he is a workaholic businessman.She is a hopeless romantic while he has no time for love in his busy life.She is an optimist who believes in the healing power of a warm smile. He is a realist who has a permanent frown etched on his face. She has never been in a relationship before while he is a widower and a single parent.So what what will happen when these two totally different people will be stuck with each other in a loveless marriage? Will Scarlet ever succeed in melting the ice between Evan and herself? Let's find out.--------#6 in Romance (18-04-20)#4 in Romance (19-04-20)#3 in Romance (20-04-20)#1 in Romance (05-05-20)
8 341 - In Serial84 Chapters
If only I knew you (UNEDITED)
# 3rd place in the spring awards 2020A story about an innocent girl, a girl who only knew how to spread love. She has the eyes of innocence, the face of an angel and a personality of a dreamer but her smile....her smile is so beautiful but what people don't see, is a smile that hides more pain than you can ever imagine. A story about a boy, a boy who was forced to grow up into a cold heartless monster. Every girl wanted to be with him and there wasn't a single girl in the campus who had not slept with him except for those who were the outcasts. He was a playboy, not caring about anyone's feelings except his friends and his sister. His sister was his world, he would destroy anyone who even dared hurt his beloved sister. What will happen when he gets trapped in misunderstandings, vowing to take revenge from the girl who caused his sister pain?What will happen when he breaks her beyond repair?What will happen when she loses her purpose in life and becomes lifeless?What will happen when he finds out the truth and regrets immensely for what he did to the girl he madly fell in love with?What will happen when he gets separated from her?What will happen when he goes insane in her love, yearning and craving for her attention....for her that he abused for something that she never did but rather saved?Will she forgive him or will he lose her forever?After all, the things he had done to her were unforgivable and beyond words....."P...please don't leave me. Come back to me.... P...please...please Eyshana.... I... I love you" I pleaded and cried as I cradled her lifeless body.WARNING/ READ AT YOUR OWN RISK: INCLUDES MATURE SCENES, RAPE AND ABUSE!!.
8 362 - In Serial79 Chapters
Stone Cold
He was Stone Cold.. literally.Frozen in time for centuries, A vampire awaiting his beloved to set him free.History always fascinated her. But she had no idea that it wasn't history that tugged her towards itself. It was the one who lived in the history.A cursed vampire lord turned to stone, A human girl born to lift his curse. Read more to find out how their story unfolds.(It's my first story. Please go easy on me ❤)
8 250 - In Serial31 Chapters
Taming My Husband
Book 1 (Taming series)COMPLETED'Say it''Say what''Say that you love me. I know you do'With that Aditya turns his face away from me. 'I am going to make you say it Adi. I promise I will', says Noor determined to get her husband to confess his love for her.Aditya is a stubborn, dominating, hard headed man with trust issues.Noor is a free soul with a bit of sarcasm and craziness. She has been waiting for the love of her life to sweep her off her feet only to realise that her man doesn't believe in love. But she is determined to win his heart like he has won hers.Will she succeed? Or will she end up with a broken heart?30,000 words approximately.Completed on 31.12.16# 2 in Indian (21.09.2018)# 50 in short story (7.07.2018)# 275 in romance (1.10.2016)
8 308 - In Serial43 Chapters
FALLEN
❝Don't get too close, Belle. Don't fall for me...❞Isabelle Moore, was a normal girl. She followed the rules, she played by the book. Never in her twenty-one years of living, did she dare to break boundaries, or do anything of a sort which was classed as spontaneous. That was until she was offered a job as a nurse. Not just any nurse, but a nurse in all men's prison. Having nothing left for her in the real world, she doesn't hesitate to take up the offer. Only then does she meet the man that seems to be thought highly of throughout the prison.Sam Christopher Blake. When curiosity kills the cat, she finds herself intrigued by the man as days the days go on. Little does she know how misunderstood he is. With a dark past of his own, she can't help but grow curious of the beautiful, dark, human being.❝He's just...fallen.❞WARNING: This Book Contains Mature Content.Started: 26th November 2016Ended: 15th March 2017Copyright © 2016-2017 SodaMahoneAll Rights Reserved.
8 154 - In Serial39 Chapters
Fix Your Attitude (Kylo Ren x Reader)
!!PLEASE READ WARNINGS BEFORE READING!!You're an engineer, stationed at Starkiller. You're desperate for recognition in your career, but issues with your assignment (spoiler alert: it's the Command Shuttle) end up making you the clean-up crew, instead. Your annoyance with Kylo Ren lands you into some hot water. How many messes is he going to make you responsible for?(Previously posted on Tumblr and AO3, uploaded to Wattpad per request! Cover by @im_an_emo_bitch_13.)Warnings: This is a very smut-heavy fanfic. Please don't read if you're uncomfortable with that.Seriously. There is smut almost every other chapter. I wrote it with the express intention to feature a ton of smut. It is deliberately like this. Do not go in expecting anything different.Tags on AO3 include:Force ChokeDubious ConsentDom!Kylo Rensub!ReaderVerbal HumiliationFace-FuckingSmutDirty TalkMasturbationInappropriate Use of the ForceKeep the Mask OnFingerfuckingUnsanitary Sex LocationWatch me make up a bunch of stuff about engineeringNaked Female Clothed MaleInappropriate use of a LightsaberCum EatingVoyeurismJoin me in my descent to the depths of HellBloodplayChokingViolent SexMy soul's value decreases with every chapterOrgasm Delay/DenialReader-chan makes poor decisionsCome for the fucking--stay for the feelsNow Post-TFA!sub!Kylo RenPraise KinkCrylo Renashgate 2k16Overhyped and CringeworthyThe My Immortal of Generation ZSpecific warnings:Ch 14: dub-con, violence, choking, bloodplay(ish), forced orgasm, lack of aftercare.Ch 26: so much bloodplay, wound stuff, slapping, spitting, humiliation, delayed & ruined orgasm.Ch 31: death, sexual assaultCh 36: violence, choking, ash pit sex
8 155

