《Pengganti Paling Setia ✔》Bab 38 ~ Superhero ~

Advertisement

! Tamat juga semester terakhir aku. Bahagia rasanya, macam nak sujud syukur pun ada. Maka dengan itu, aku sudah berada di langkah terakhir untuk habiskan sesi pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda. Tak ada lagi assignment! Hoora hoore!

Alhamdulillah, ya Allah. Tak mudah sebenarnya ujian mendirikan rumah tangga ketika belajar. Baru aku faham kesusahan yang Fathina ceritakan selama ini. Meski harus tempuhi pelbagai pancaroba, aku berjaya hadapi setiap kepayahan berkat pertolongan-Nya.

Aku percaya, setiap yang berlaku pasti ada sebabnya. Hikmah yang tak disangka-sangka pasti menanti orang-orang yang sabar. Walau perit untuk diproses dan ditelan, Dia Maha Tahu. Sebagai seorang hamba, aku hanya mampu berserah dan berusaha sehabis mungkin untuk menjadi insan yang lebih baik saban hari.

Kata Ustaz Wazir dan isterinya, Allah sukakan hamba yang sentiasa berharap pada-Nya. Kadang-kadang, seseorang manusia diuji agar dia dapat kembali kepada Sang Khaliq dan berpaling sekejap daripada kesibukan dunia yang tiada hentinya membadai manusia yang mudah terleka.

Pinggan berisi buah epal merah pemberian Fathina dan Dato' Uzzam yang datang sebentar tadi sudah siap basuh dan potong kecil, aku letakkan di meja makan pesakit. Kini, tak ada apa yang perlu disembunyikan lagi. Bersama Khairul dan keluarganya, aku ingin menyokong proses pemulihan Elena. Aku ingin dia pulih dan sihat seperti sedia kala.

Sewaktu melawat Elena buat pertama kalinya, aku disambut dengan senyuman indah milik ibu kepada Ethena, Ethan dan bayi comel yang akan lahir tidak lama lagi. Tarikh kelahiran aku dan Elena rupanya dekat saja. Cuma beza sebulan. Pandai benar dia sembunyikan kandungannya selama ini.

Sepanjang aku bersembang dengan Elena, dia menceritakan tentang perjalanan hidupnya bergelar pesakit kanser limfoma sejak kecil. Ia merupakan sejenis kanser yang berhubung rapat dengan sel limfosit, iaitu sel yang berkait dengan sistem imunisasi manusia.

Kena makan ubat, jaga pemakanan, tak boleh buat itu dan ini, tak dibenarkan bergiat aktif seperti orang lain dan rawatan yang tiada hentinya seperti biopsi, pembedahan, kemoterapi dan pelbagai lagi sudah dia hadap sejak di usia setahun jagung.

Tidak seperti orang lain, Elena banyak habiskan zaman muda di hospital. Kawan pun tak ramai. Beberapa kawan rapatnya di hospital sudah sembuh sepenuhnya dan ada juga yang tidak berjaya diselamatkan. Sebab itu, dia sangat rapat dengan adik-beradik. Mereka sajalah orang-orang yang teguh setia di sampingnya di kala susah dan senang.

Tapi, setelah penceraian kedua ibu bapa mereka, Zhayan lebih banyak menyendiri dan mencipta haluannya. Daddy pula turut dirawat akibat strok manakala Mummy Anna sibuk dengan penyelidikan perubatan. Jadi, orang yang tak putus-putus menyokong dia ialah Khairul. Meskipun dia adalah kakak sulung, namun Khairul sentiasa berlagak seperti abang.

"He's not just a brother, Didi. Dialah daddy, dialah mummy dan dialah penyelamat I. Kalau dia tak ada... I takkan ada semangat untuk hidup sampai hari ini. Dia bagi I harapan bila semuanya kelam. Tak pernah sesaatpun dia biarkan I menyerah kalah dengan kanser ni. Sebab tu Zen sangat penting dalam hidup kami. Sebab Zen, I dengan Enne ada tempat bergantung harap," luah Elena dengan air mata yang sudah berlinangan.

"Balik sekolah, dia terus datang sini. Sampai tak ada masa nak berkawan ataupun cari girlfriend. Walaupun penat dengan belajar, dia layan je apa I nak. Waktu emosi I tak stabil, especially lepas treatment, dia sanggup hadap maki hamun I. I tak ada tempat untuk luah waktu tu. Enne pun muda lagi... So, Zenlah yang jadi mangsa. Pernah sekali tu, I jerkah dia sebab datang lewat dari sekolah sampai dia menangis dalam bilik air. Sampai sekarang, I rasa bersalah sangat bila teringatkan momen tu."

Titisan jernih turut bergenang di pipi aku. Tak mampu membayangkan peristiwa itu. Apatah lagi diduga dengan sakit yang disangka sudah pulih. Relapse pula terus tahap keempat. Kalau aku berada di tempat Elena, mungkin aku takkan mampu setabah dia.

Advertisement

"Kak Elena tak perlu rasa bersalah. Khairul mesti faham..." Hanya bicara pendek itu saja yang meluncur dari bibir aku.

"Sebab dia faham sangatlah I rasa bersalah... I yang sakit, tapi kenapa dia yang kena tanggung semua ni? Bayangkan kalau dia tak ada kakak berpenyakit macam I, mesti hidup dia akan lebih tenang kan? Mesti dia ada ramai kawan... Dia takkan terseksa macam ni..."

Tangan yang semakin tidak berisi itu, aku genggam seerat mungkin.

"Percayalah cakap saya, Khairul sayang sangat dengan keluarga ni. Dia tak pernah salahkan sesiapa. Kalau Kak Elena tak ada, dia takkan jadi lelaki sehebat dan setabah sekarang. Setiap yang berlaku tu semua dah diatur Allah. Kalau kita tengok dari sudut positif, tak terkira jumlah hikmah yang kita dapat daripada sesuatu ujian tu," pujukku lembut.

Elena menatap sayu anak mataku.

"Allah?" Dia mengulang sebutan tersebut. Kekok.

Aku angguk perlahan. Rasa macam nak cekik saja diri sendiri. Aku terlupa bahawa Elena dan Enne beragama Kristian. Daripada penjelasan Grandpa Khalid yang lepas, Mummy Anna tak izinkan anak-anak perempuannya mengikut jejak langkah Khairul dan Zhayan yang telah memeluk agama Islam atas permintaan daddy dan Grandpa Khalid.

Kalau Khairul, mudah saja. Apa yang disuruh, jika itu yang terbaik, pasti diturutkan. Tapi Zhayan mengambil masa sedikit lama. Bila diugut dengan penarikan wang serta kesenangan hidup, barulah bisa ditundukkan. Grandpa Khalid serta daddy tahu bahawa itu bukanlah cara yang terbaik. Namun, mereka sudah tiada pilihan lain. Itu satu-satunya cara untuk membetulkan kesilapan lampau.

"Semalam kan, bila I dengar Zen ajak you solat, I rasa macam nak tahu something. Kenapa you solat? I mean, untuk apa solat? I ada jugak kawan dekat Malaysia ni yang Islam, tapi diorang tak solat pun."

Tak berkedip aku memandang raut polosnya. Seperti anak kecil yang menantikan jawapan. Aku pula yang tak senang duduk. Risau jikalau ilmu belum cukup di dada untuk menjawab soalan daripada Elena yang mempunyai pegangan berbeza.

"Solat ni rukun Islam kedua atau bahasa senangnya pillars of Islam. Untuk orang Islam, solat ni umpama tiang agama. Kalau tak solat, maka runtuhlah agama seseorang. Solat ni juga perintah Allah untuk semua manusia. Salah satu cara kita nak berinteraksi dan dekatkan diri dengan Tuhan. Setiap kali solat, kita akan dapat pahala. Pahala tu akan bantu kita dekat akhirat nanti. Walaupun mesti dilaksanakan, solat juga pilihan setiap individu. Tak semua orang nak buat. Sama macam agama lain."

Elena mengangguk kepalanya beberapa kali.

"Ooo... Faham. Apa tah... Akirat kan? Akirat tu apa?"

Aku tarik nafas panjang. Tengah menyusun ayat.

"Akhirat ni alam selamanya. Tempat kita hidup selepas mati. Sebenarnya, bagi orang Islam, dunia ni hanya tempat persinggahan. Dekat sini, amalan baik dan buruk kita dicatat. Nak mudahkan cerita... Erm... Orang yang ikut perintah Allah akan masuk syurga dan orang yang tak laksanakan perintah Allah pula masuk neraka. Sebab tu tak semua orang solat, sebab setiap manusia diberi pilihan untuk mengejar syurga ataupun neraka," jelas aku. Cuba sehabis baik untuk tidak mengelirukan Elena.

Dia termangu seketika.

"Kita akan hidup lepas mati?" Elena bertanya sendiri. Memandang ke bawah. Seperti sedang fikirkan sesuatu.

"Ha'ah, betul. Dunia ni sementara je. Kalau dunia ni alam selamanya, tak perlu ada sesiapa yang mati. Setiap yang hidup pasti akan mati, dan kita akan dibangkitkan semula di alam sana. Kehidupan dekat syurga nanti kan, takkan mampu dunia tandingi. Tak ada sakit, tak ada sedih, tak ada hasad dengki. Kita boleh hidup dengan aman, damai dan bahagia di sana. Macam happy ending." 

Elena mengangkat wajahnya.

"Kenapa you nak masuk syurga?"

Aku tersenyum. Meski keindahan syurga itu tak terjangkau akal manusia yang serba-serbi terhad, namun perkataan 'syurga' itu sahaja memberi gambaran bahagia buat selama-lamanya. Itulah janji yang aku tanamkan bersama Khairul dengan harapan kasih kami berkekalan hingga ke alam abadi.

Advertisement

"Nama pun syurga kan... Tanyalah sesiapa pun, saya yakin, semua orang nak masuk syurga. Saya nak masuk syurga sebab saya nak jumpa balik dengan orang-orang yang saya sayang di dunia. Dan sebab saya takutkan azab api neraka...," jawabku. Jujur.

"Didi...," panggil Elena perlahan.

"Ya."

"I... I pun nak masuk syurga. Boleh ke?"

Aku terkelu. Kehilangan kata. Aku nak jawab apa ni?

" ni asal nampak macam orang tak dapat cukup kasih sayang je? Okey tak ni?" soal Fathina sejurus melangkah keluar dari wad yang menempatkan tuan badan bernama Elena King, atau nama rasminya selepas mengahwini Elliot ialah Elena Brown.

"Okey. Cuma penat je. Physically and mentally... And maybe emotionally..." Aku berkata acuh tak acuh. Mengambil tempat di kerusi berdekatan. Eloklah untuk aku dan Fathina yang semakin mengembang dengan jayanya.

Fathina tergelak kecil sejurus melabuhkan punggung bersebelahan aku.

"Ni betul-betul kurang kasih sayang ni..."

Aku tayang muka cekodok basi. Tahap berkulat.

"Kan aku cakap, bila dah kahwin, kau campur dua keluarga. Masalah keluarga suami kau automatically jadi masalah kau. Masalah kau mengidam nak tengok dia makan durian pun jadi masalah Dr Khairul. Janganlah risau sangat, insya-Allah, Elena baiklah nanti. Kita lahirkan triplets terus. Aku, kau dengan Kak Elena."

Gelak mengekek aku terkeluar. Terhibur sekejap.

"Ina... Kau dengar luahan hati aku kejap boleh tak? Kau dah masuk anak kedua, so mesti dah berpengalaman bab-bab mengandung ni kan..." Aku herotkan tubuh, mendekatkan mulut aku ke wajah si kawan.

Fathina angguk laju. Sejak jadi mak-mak ni, dia pun berjangkit perangai kepochi aku.

"Aku ni dah tak seksi ke?"

Fathina mengembangkan mulutnya terlebih dulu, menahan ketawa sebelum gelak berdekahnya meletus. Hilang terus imej wanita Melayu terakhir.

"Ish, ni malas cerita dekat kau!" Aku membentak geram.

"Taklah. Pelik tahu tak? Asal kau tanya aku? Kau ingat aku ada nafsu dengan perempuan ke? Tanyalah suami kau!"

Aku monyokkan muka.

"Kalau aku tanya, nanti dia ingat aku buang tabiat pulak. Lately ni kan, bila aku tengok muka Khairul, macam ada cahaya purnama lip lap lip lap je dekat muka dia. Handsome lain macam. Tapi masalahnya, bila dia tengok aku, terus mendung. Siap datang dengan pakej musim tengkujuh lagi. Dia sayang baby je. Sikit-sikit kiss perut aku. Yang mak baby ni tak reti nak kiss pulak!" bebelku setelah lama memendam perasaan.

Tawa Fathina bergema kembali.

"Okey. Aku dah faham...," ujar Fathina. Semput dek menahan gelak besarnya.

"Kau dengarlah betul-betul. Jangan asyik gelak je. Aku bukannya tengah bermaharaja lawak mega dengan kau, Ina!" Aku melepaskan geram sampaikan air mata mencurah-curah menuruni pipi.

"Lah, nangis pulak?" soal Fathina dengan sisa tawanya.

"Haih, sebab nilah semua suami dalam dunia ni stres dengan hormon kita. Tak menentu betul."

Aku menyambut huluran tisu daripada Fathina.

"Taklah. Aku faham dia sibuk dengan kerja... Dengan Elena... Tapi aku ni isteri dia kut. Aku nak dia layan aku macam awal-awal kahwin dulu. Bukannya macam sekarang. Aku tak nak dia peluk-peluk dengan urut je sebelum tidur. Apa dia ingat peluk dengan urut tu cukup ke? Dahlah nampak handsome je memanjang..." Aku bersungut sambil mengesat mata.

"Kalau kau nak apa-apa, minta jelah. Lelaki ni kan... Haih, kadang-kadang diorang ni clueless tahap gaban. Aku pun tak tahu apa ada dekat kepala diorang. Uzzam pun macam tu waktu aku mengandung Aariz dulu. Kalau boleh, dia nak tidur luar terus. Susah-susah sangat kan, kau panjat je suami kau. Bukannya berdosa pun." Fathina melontarkan idea bernas.

Aku pandang ke kiri dan kanan. Takut ada orang terdengar bicara kotor mak boyot itu.

"Kau ni kan... Boleh tak pakai bahasa penyedap telinga sikit? Dengan perut serupa bola takraw ni lagi... Panjat tangga pun semput."

Dia memberikan pandangan aneh.

"Tolong sikit eh cik kak. Kau hilang ingatan ke apa? Bahasa kau pakai waktu awal-awal aku kahwin dulu lagi teruk daripada ni..."

Giliran aku pula berusaha menahan gelak. Tak mahu tewas dengan si kawan.

"Okey, kali ni aku cakap betul-betul. Aku rasa kau dengan Dr Khairul perlukan quality time bersama. Kau pun dah habis belajar, apa salahnya kalau kau ajak suami kau pergi bercuti dekat mana-mana. Tengok alam semula jadi yang terbentang luas. Keluar sekejap daripada masalah yang buatkan korang stres."

Aku geleng. Tidak merasakan sekarang masa yang sesuai untuk bercuti.

"Dalam keadaan macam ni, aku tak rasa dia nak luangkan masa dengan aku. Kakak dia tengah sakit..."

"Belum cuba, belum tahu, Di. You're not supposed to quit before trying to fight for what you really want. If you need a break from this chaotic situation, just take a break. Easy peasy lemon squeezy, right?"

Aku julingkan mata. Aku squeeze kepala dia baru tahu. Mudahlah cakap guna air liur. Tukang nak buat kerja ini yang terkena tekanan perasaan.

aku terganggu apabila bunyi mesej masuk berdentum-dentam dari telefon Khairul. Dengan perut yang membukit, aku gulingkan tubuh secara berhati-hati ke meja yang terletak di sisi katil. Telefon miliknya aku capai dengan mata yang masih tertutup. Nak silent. Kalau tuan badan ada, tak perlulah aku nak buat aksi berguling ala-ala mesin basuh sakan. Masalahnya, Khairul pergi ke mana entah, aku pun tak tahu.

Kepolak mata aku buka secara berperingkat. Cahaya terang-benderang mewarnai pandangan. Itulah yang Khairul lakukan setiap kali dia meninggalkan bilik kami tika larut malam. Kalau boleh, satu bandar dia nak buka lampu spotlight. Agar aku tak cemas tika terjaga dari lena panjang.

Jam di skrin telefonnya menunjukkan pukul dua pagi.

Tatkala nama Elena tertera di situ, hati aku bagai meronta, ingin tahu tentang apa yang mereka kongsikan bersama. Lagipula, Khairul sudah berjanji untuk tidak sembunyikan apa-apa lagi. Dan aku percayakan kata-katanya.

Mesej terkini kedua adik-beradik itu, aku baca dengan mata yang tiba-tiba saja terlebih segar.

Elena... Let's do that one more time.

Do what?

Degup jantung aku mula berdetak tak sekata. Entah kenapa, hati aku kuat mengatakan bahawa bicara Khairul selepas ini sepertinya akan meninggalkan kesan yang kurang baik dalam diri aku.

Bone marrow transplantation. Let's do that. I'll donate mine. Zhayan pun cakap possible lepas you bersalin nanti.

Kepala aku tergeleng secara automatik. Rasa kecewa dan pilu memenuhi segenap hati, membuatkan dada aku terasa senak. Pemindahan sumsum tulang? Semudah itu dia buat keputusan. Seperti aku langsung tak wujud dalam hidupnya. Siapa aku di mata dia... Aku pun sudah kehilangan idea. Janji yang ditaburkan tempoh hari, hanya tinggal bicara kosong semata-mata.

Berbekalkan secebis rasa ingin tahu yang tinggi, aku membaca mesej balas Elena.

Cukuplah, Zen. I dah cakap kan... I tak nak susahkan sesiapa lagi. Didi macam mana? Baby you lagi nanti... They need you, Zen. More than me.

Aku picit kepala yang terasa berat dengan tangan terketar-ketar. Terasa bagaikan ada jarum mencucuk-cucuk.

It's not my first time, Elena. I've done that and it doesn't hurt that much. Of course, I won't be leaving Diana and my child. But I can't give up on you either. Diana mesti faham. I buat semua ni untuk kakak I. Bukannya orang luar.

Tangisan aku yang sudah tak terbendung, terlepas jua. Sungguh aku sudah lelah bertoleransi dengan sikap kuat berahsia Khairul. Aku penat. Sampai tahap mana lagi dia hendak menguji kesabaran dan rasa percaya yang aku tanamkan untuknya?

You tak boleh buat keputusan tanpa berbincang dengan isteri you, Zen. Kalau you tetap buat perangai macam ni, Didi yang sakit. Kalau Elliot buat perangai macam ni pun I mengamuk. 

Dan satu lagi, I dah bagi keputusan muktamad dekat doktor. Sepanjang tempoh I pregnant, I tak nak terima apa-apa treatment dah. No more chemo. Apa-apa pun, I nak baby ni lahir dulu. I nak anak I tengok dunia.

Tangan aku bawa ke dada. Diserang rasa hiba yang menggunung. Keperitan yang ditanggung Elena, tergambar jelas lewat kata-katanya yang sarat dengan kasih seorang ibu. Ibu yang sanggup melakukan apa saja demi kesejahteraan anak-anaknya.

Habis you macam mana? You nak baby tu tengok dunia tanpa mummy dia? Ena, Ethan dengan Elliot macam mana? Please don't be selfish, Elena.

Boleh aku dengar suara terdesak Khairul yang memujuk kakaknya agar tidak menyerah kalah melawan ujian ini. Namun, jawapan bernada tenang Elena menyeksakan lagi batin aku.

I think... I have lived enough, Zen.

I kahwin dengan cinta hati I... Mengandungkan tiga orang anak... 

Hidup 36 tahun...

Berpeluang habiskan PhD dan capai cita-cita I walaupun sekejap...

I ada you... Ada family kita...

Semua ni dah cukup bermakna untuk I.

Kalau I mati pun... I boleh pergi dengan tenang...

Mesej terakhir itu aku baca dengan titisan air mata yang tidak lagi menunjukkan sebarang tanda untuk berhenti. Dada aku bagai ditumbuk-tumbuk seperti punching bag. Sakit yang tiada ubatnya. Amat terkesan dengan perjuangan wanita bernama Elena. Kakak tersayang Khairul. Aku yang baru berkenalan pun menanggung kesedihan yang teramat sangat. Khairul... Apa yang dia rasakan saat ini?

langkah lemah, aku berjalan ke ruang tamu. Tempat di mana Khairul bersandar di sofa, merenung kosong meja di depannya. Dia tampak serabut, bagai dilanda pelbagai beban tak mampu ditanggung sendirian. Namun, dia yang memilih untuk genggam erat segala luka itu, tanpa membenarkan aku menyentuh luka itu sama sekali.

Tika Rasulullah dibadai ketakutan yang teramat dahsyat akibat kemunculan Malaikat Jibril yang datang membawa wahyu pertama iaitu Surah al-Alaq di Gua Hira', baginda berlari mendapatkan isteri syurganya, Siti Khadijah. Meminta wanita pertama memeluk Islam itu menyelimuti tubuh baginda yang menggigil ketakutan.

Tapi kenapa... Kenapa susah sangat Khairul nak tunjukkan sisi lemahnya? Kenapa sukar sangat nak luahkan rasa yang membeban jiwa dan membiarkan aku memeluk tubuhnya seerat mungkin agar luka itu bisa terawat. Tak percayakah dia kepada aku seperti kekasih Allah mempercayai isterinya?

Sebaik saja dia perasan akan kewujudan aku, wajah ditoleh bersama kerutan di dahi. Lantas itu, dia bangun dari duduknya, berjalan menghampiri aku.

"Awak terjaga ke? Nak saya temankan..."

Bicara Khairul tersekat di pertengahan jalan tatkala aku hulurkan telefon miliknya. Skrin aku biarkan menyala, memaparkan mesej dia dan Elena yang aku baca tadi. Tak seperti dia, aku memilih untuk bersikap jujur dalam menangani masalah ini.

people are reading<Pengganti Paling Setia ✔>
    Close message
    Advertisement
    You may like
    You can access <East Tale> through any of the following apps you have installed
    5800Coins for Signup,580 Coins daily.
    Update the hottest novels in time! Subscribe to push to read! Accurate recommendation from massive library!
    2 Then Click【Add To Home Screen】
    1Click