《Pengganti Paling Setia ✔》Bab 35 ~ Deanna ~

Advertisement

besar gedabak milik keluarga Khairul terbuka luas, mempamerkan beberapa orang tetamu yang sememangnya kami nantikan sekian lama. Seorang jejaka sedikit berumur hadir dengan seorang wanita anggun bertudung litup. Wanita itu tampak tak kurang manisnya, selesa memeluk lengan lelaki di sampingnya.

Kening aku terangkat. Bukan itu yang aku jangkakan. Wajah Khairul aku pandang sekilas, sebelum kembali mengamati kedua tetamu yang ditunggu-tunggu itu. Mereka tampil dengan baju sedondon. Isteri daddy Khairulkah? Muda benar nampaknya.

Di belakang mereka, berkumpulnya tiga chipmunks yang sedang tersenyum-senyum. Betullah kata Khairul, ketiga-tiga mereka, Will, Nazrul dan Aaron tengok sekilas pun nampak rapat. Boleh pula buat tayangan usik-mengusik versi sotong kena sambar elektrik di depan pintu rumah.

"Thank God, you guys look good... And healthy....," tutur lelaki itu perlahan. Bersama senyuman tipis.

Sejurus itu, bertemankan suasana hening di dalam rumah agam ini, dia melangkah merapati Grandma Emma dan Grandpa Khalid. Kedua wajah orang yang sudah berjasa itu, dia tatap semahunya.

"What took you so long, Edwin? You want me to die first or..."

"I'm sorry, mom..." Dia mendakap tubuh si ibu yang bakal menitiskan air mata dalam beberapa saat lagi. Belakang tubuh Grandma Emma ditepuk perlahan, menenangkan ibu yang merindui kehadiran anaknya.

Menyaksikan situasi yang sukar difahami itu, aku terpinga-pinga. Dengan muka blur tahap dewa, aku dongakkan kepala. Mahukan penjelasan daripada Khairul.

Dia sekadar tersenyum tipis, gelengkan kepala. Jari-jemari aku diragut, lalu dibawa ke bibirnya.

Selepas drama berpelukan dengan Grandma Emma, Grandpa Khalid, dan Khairul, aku mengeras sendiri di sisi sang suami. Takut. Berdasarkan apa yang Khairul cakap, bapanya merupakan seorang yang serius, garang dan dicampur dengan tegas tahap Giant dalam cerita Doraemon. Kalau tersilap cara, habislah aku. Kena telan dengan serigala jadian.

"So, awak Diana? Betul tak?" Dia menyapa bersahaja.

"Ya... Erm... Ha'ah saya Diana... Ta..tpi panggil Didi je..." Aku menjawab kalut-kalut, bersama debar yang tak terungkap kata. Waktu nak akad nikah dulu pun tak berdebar sebegini rupa.

"Welcome to the family, Didi. It's a pleasure to meet Zen's favourite girl," ucap daddy. Giliran aku pula dipeluk mesra. Siap kucup pipi lagi. Ini kalau tak ambil kira latar belakang keluarga mereka, awal-awal lagi aku dah buat laporan gangguan seksual.

Aku sekadar mengangguk kekok. Haih, susah benar nak biasakan diri dengan keterbukaan keluarga ini.

"This is my wife, Aisha." Daddy memperkenalkan isterinya pula. Seorang wanita yang tinggi lampai, mengingatkan aku kepada ketinggian Elena dan Enne. Genetik galah belaka. Aku pula? Kayu besbol ketot yang tersesat rumah.

"Erm... Mummy Aisha?" Aku tercakap lepas. Mummy? Tak macam tua sangatkah? Tapi... Takkan aku nak panggil Aisha saja kut? Biadab betul tu. Kalau ibu dengar, habis satu mulut aku kena lumur dengan sambal belacan.

Wanita manis itu tampak terpaku seketika. Aku garu kepala, tak sedap hati.

"Saya salah cakap ke?" Aku bertanya sopan.

"Erm... Sebenarnya, kitorang panggil Aisha dengan nama je," beritahu Khairul.

Aku melopong seketika, sebelum menampar perlahan mulut. Patutnya aku tanya dulu. Bukan main ikut sedap saja mengibutirikan orang.

"Erm... Eh... Maaf, Kak Aisha..." Sekali lagi, aku mempamerkan perangai kurang 'bijaksana'.

Krik krik.

Beberapa saat kemudian, gelak besar keluarga itu menggegarkan lebihan-lebihan lemak manusia. Nampaknya, aku berjaya menggeletek hati mereka dengan kesengetan otak aku. Ah, rasa nak terberanak terus pun ada. Cek malu sangat nih! Entah kenapa sejak kebelakangan ni aku asyik memalukan diri sendiri. Nanti anak tak mengaku mak baru tahu.

"Just call me Mummy Aisha, Didi. Sounds incredible, I love it," bicara Mummy Aisha, tersenyum semanis madu.

Apabila mengenali ibu tiri serta bapa Khairul, mereka terlihat sangat sempurna di mata aku. Tak ada cacat celanya. Jadi, amaran Khairul yang mengatakan bapanya seorang yang garang dan tegas itu hanyalah tipu helah semata-mata. Sengaja nak takut-takutkan isteri yang semenangnya penakut.

Advertisement

"Sampai hati abang tipu saya..." Aku tarik muka. Dulu, bukan main serius memanjang. Sekarang, makin menjadi-jadi pula perangai kuat mengusiknya.

Khairul tayang senyuman edisi terhadnya.

"Saya nak tengok reaction awak je. Tak sangka awak percaya bulat-bulat. Itulah, banyak tengok drama sangat ni..."

Dia bertindak mencubit pipi pau aku.

"Huh, mana ada! Terminator!" Aku mengejeknya.

Mata Khairul membulat sebesar bola ping pong.

"Hello, Mrs Zenith. Terminator?"

"Semua orang panggil abang terminator. Dia je yang tak tahu...," gumam aku sendiri. Memang sengaja cakap kuat-kuat, nak bagi tuan badan dengar. Biar puas hati mak mengandung ni.

"Tarik balik apa awak cakap tadi..."

"Tak nak..." Aku jelirkan lidah, disertakan dengan jelingan membunuh.

"Tarik balik, Diana Eirina," paksa Khairul.

"Tak nak! Tak nak! Tak nak!"

Geram dengan perangai aku punya pasal, Khairul menarik tangan aku agar membuntutinya ke bilik kami yang terletak di tingkat atas. Pada awalnya, aku sangkakan bahawa Khairul akan memulakan sesi syarahannya. Namun, lain pula yang terjadi tatkala pintu tertutup rapat.

Di tengah-tengah ruang bilik tersebut, dia menatap wajah aku. Dada kami masih berdegup kencang, kesan daripada bermaraton ke bilik sekejap tadi. Sejurus itu, bibir kemerahan itu menyambar kedua belah pipi aku bertubi-tubi.

Pipi aku terus berbahang, bagaikan baru disalai di atas pemanggang.

"Apa abang buat ni? Kan Grandma Emma panggil..."

"Saya tengah hukum awak..."

Usai berkata demikian, tangan panjang Khairul membaluti pinggangku, sebelum bibir aku ditawan sepenuhnya, ibarat buaya membaham mangsanya. Tak mahu melepaskan peluang keemasan itu, aku turut melepaskan rindu yang menggila terhadap si dia. Setelah lama sabar menanti Khairul bagi green light, akhirnya, dapat juga 'pencuci mulut' yang aku idamkan sepanjang tempoh hamil ini.

"Zen! Didi! Daddy ajak makan..."

Pertemuan bibir aku dan Khairul terungkai dek pakej pintu bilik dibuka sesedap rasa, ditambah dengan kelibat Enne di muka pintu. Baru-baru ni kena tangkap dekat pejabat Khairul, hari ini dekat bilik Khairul. Nasib oh nasib, asal kau malang sangat hah?!

"Opsy, sorry... Again...," ucap Enne dengan riak bersalah kurang ikhlas. Senyum senget terukir di bibir merahnya. Gila tak seronok, dapat tayangan percuma kut.

Usah cakap, roh aku bagaikan dicabut keluar seketika. Hilang dari radar. Ditelan galaksi, persis pluto yang tidak lagi dianggap sebagai planet. Tak tahu nak letak muka dekat zoo atau hutan. Dek hendak menutup malu, aku sembunyikan tubuh di belakang Khairul.

"Have you ever heard the word 'knock' or 'privacy', Enne?" Khairul menyindir keras adiknya.

"Absolutely, yes, Zen. Tapi harini I rasa macam tak ada tenaga nak ketuk pintu..." Enne semakin rancak mengusik. Siap lakukan demonstrasi mengetuk pintu lagi.

"Pergilah dulu, nanti kitorang turun," arah Khairul, lalu mengalihkan tubuhnya menghadap aku.

Aku dongakkan kepala, pandang dia dengan riak tak percaya. Dia nak sambung lagikah?

"Okey...," jawab Enne perlahan. Tombol pintu ditarik semula.

"Daddy! Diorang tengah 'makan' benda lain dekat bilik!" laung Enne sekuat alam.

"Gosh, Enne!"

Roh aku pun terbang kian jauh. Mungkin kali ini akan mengambil masa yang cukup lama untuk kembali.

rasa malu masih membelenggu jiwa, aku gagahi jua untuk munculkan diri di dapur. Bantu apa yang patut. Takkan turun dan makan saja. Nanti dikatakan baloq liat pula oleh para pencinta loghat utara yang membawa maksud 'malas'.

Kehangatan keluarga Khairul kian memekar apabila menerima kunjungan daripada keluarga kecil Elena serta Enne dan Zhayan. Maka dengan itu, lengkaplah keluarga Khairul. Jika dilihat dengan mata kasar, Khairul dan adik-beradik dia sepertinya dibesarkan dalam sebuah keluarga yang dilimpahi dengan kasih sayang.

Namun, kepayahan untuk mengatasi liku-liku yang pernah merampas kebahagiaan mereka suatu ketika dulu, hanya mereka yang tahu. Malah, mereka mahupun sesiapa saja yang masih bernyawa takkan mampu untuk larikan diri daripada 'ujian'. Kerana dengan ujianlah, kekuatan dan harapan terbentuk. Terutama sekali, buat Dia Yang Maha Besar.

Advertisement

"Didi... Can I ask you something?" soal Ethena. Menarik hujung baju aku.

"Sure, Ena."

Anak kecil yang berkeyakinan tinggi itu tampak sedikit teragak-agak hendak menyatakan hasrat hatinya.

"Kenapa ni? Ena ada masalah ke?" Sengaja aku duduk mencangkung, merapatkan jarak antara kami.

"My mom... Is she gonna die?"

Aku tercengang. Terkejut mendengar soalan dari kanak-kanak polos itu. Tangan kecil Ethena, aku raih.

"Kenapa Ena cakap macam tu? Mummy Ena kan tengah sembang dengan Zen." Aku halakan jari telunjuk ke arah Khairul dan Elena yang sedang berbual di sofa, berharap dapat melenyapkan idea negatif itu dari benaknya.

Dia menggeleng perlahan. Titisan jernih menuruni pipi gebunya. Dia sepertinya sedang menyembunyikan sesuatu.

"Cuba Ena cerita dekat Didi. Kenapa Ena fikir macam tu, hm?"

"Waktu tidur tadi... Ena mimpi... Dalam mimpi tu, mummy tak ada...," ujarnya tersedu-sedan.

Tubuh kecilnya aku tarik ke dalam pelukan. Hati keibuan aku tercuit.

"Insya-Allah, tak ada apa-apa tu. Mimpi kan mainan tidur, sayang. Tengok dekat sini, semua ada. Mummy dengan daddy ada... Gammy dengan grampy ada..."

"Okay..." Dia menjawab lembut, lalu mengeratkan lagi rangkulan pada leher aku.

Tatkala ternampak Ethena menguap lagi, aku bawa dia ke bilik tetamu yang terletak di tingkat yang sama. Mungkin tidurnya terganggu akibat mimpi ngeri tadi. Ethan juga ikut serta. Dalam masa tak lebih lima belas minit, kedua anak kecil itu lelapkan mata di atas paha aku.

Tak tahu apa sebabnya, sayu saja hati aku menatap wajah-wajah itu. Apatah lagi bila mengenangkan soalan Ethena sebentar tadi. Sekali dengan aku berjangkit rasa risau. Namun, aku cepat-cepat hapuskan segala imaginasi-imaginasi buruk yang hendak menawan minda.

Selepas mengalihkan kepala anak-anak buah aku ke bantal, aku selimuti tubuh kecil mereka. Bila lama-lama amati wajah mereka, teringat pula aku dekat Daniel dan Dalia di rumah. Tengok nanti, akan aku ajak Khairul bermalam di sana.

"Lah, dah tidur ke diorang?" tanya Elena yang baru saja memasuki kamar itu.

"Ha'ah. Ngantuk sangat tu."

"Thanks, Didi. Sayang betul diorang dengan wife Zen ni," usiknya.

Aku sekadar tersenyum nipis. Mata aku kemudian mengikut jejak Elena ke katil. Dia duduk di birai katil, mengucup sayang wajah putera dan puterinya. Jika hendak dibandingkan saat terakhir kami bertemu di Kanada, tubuhnya kelihatan sedikit mengecil. Adalah aku tegur tadi, katanya sebab dia tak lalu makan sangat kebelakangan ini.

"I love being a mom, Didi. Having someone call me 'mummy' every single day, it's the best feeling ever. Kadang-kadang I berdoa semoga semua wanita dekat luar sana pun berpeluang untuk rasa macam ni," ucapnya perlahan.

Angguk. Sangat setuju dengan kenyataan itu.

"Jom keluar, semua dah tunggu dekat depan."

Elena bangun, nampak lebih bersemangat. Tangan aku dicapai, sebelum kami berjalan berpegangan tangan ke ruang dapur.

saja sesi bersembang sakan di samping menjamu selera, Zhayan khabarkan semua orang di meja makan bahawa dia akan pulang dulu. Ada kerja katanya. Malam nanti, dia akan datang semula untuk bermalam di rumah agam itu.

Betullah kata Khairul, sudah menjadi tradisi keluarga mereka untuk berkumpul dan menginap di rumah Grandpa Khalid saban tahun. Aku tak terkejut pun. Sebab setiap keluarga kan sememangnya ada kelainan tersendiri.

Perbualan berskala besar keluarga Khairul dihentikan dengan bunyi bingit loceng rumah. Kerutan berlapis-lapis terbentuk di dahi aku. Tak senang dengan sikap si tukang tekan loceng tersebut. Ada ke patut tekan berkali-kali tanpa henti. Serupa orang tak ada common sense. Dia ingat penghuni rumah ni pekak ke apa?

Elena dan Elliot bergegas ke bilik apabila terdengar tangisan Ethan berkumandang.

"Apa cik buat ni?!"

"I nak jumpa Khairul. Dia mana? Panggil dia sekarang!"

Jerkahan suara lelaki dan perempuan membangunkan aku dan yang lain dari tempat duduk. Hati aku tiba-tiba berdegup kencang. Bukankah itu suara Hazel? Apa yang dia nakkan lagi? Macam mana... Macam mana dia boleh ada dekat sini?

Aku berlalu ke pintu rumah. Benar tekaan aku. Hazel dan Aiden sedang dihalang oleh Will dan Nazrul daripada menjejakkan kaki ke dalam rumah.

"You! Dasar perampas!" Hazel menolak Will sehingga terdorong ke belakang, sebelum mara ke hadapan dan...

Pang!

Dek lempangan terduga itu, kaki aku hilang imbangan. Namun, belum sempat aku terduduk di lantai, Khairul pantas menyambut tubuh aku dengan tampang kemerahan. Seperti cecair gunung berapi yang mampu meleburkan apa-apa sahaja.

Pang!

Pipi Hazel menjadi mangsa tamparan berdesing Enne pula.

"Kau apa hal?! Datang rumah orang, lepas tu main tampar muka orang sesuka hati kau je?!" tempelak Enne dengan riak gangster memenuhi segenap wajahnya.

"Lelaki tak guna ni!" Aiden bersuara kasar sambil menundingkan jadi ke muka Khairul.

"Dia mengandungkan perempuan lain, lepas tu kahwin dengan perempuan lain!" sambung Aiden lagi.

Aku geleng dengan tangan yang sudah melekat di bibir. Bukan setakat tidur, tapi mengandung? Tak mungkin... Ya Allah, pinjamkanlah kekuatan untuk aku hadapi dugaan ini...

"Tak jelas lagi ke saya cakap haritu, Hazel? Saya tak pernah jumpa awak!" amuk Khairul pula.

"Tipu! Saya yakin awak yang tidur dengan saya malam tu!" Hazel tetap berkeras.

Mata aku tertutup. Tak sanggup lagi mendengar segalanya, apatah lagi menelan suasana yang kian mengganas. Aku memasang langkah, hendak beredar dari situ. Tak mahu anak aku mendengar tuduhan jijik Hazel dan Aiden.

"Sabar, anak muda. Jangan tuduh melulu. Apa bukti anak saya pernah tidur dengan awak? Setahu saya, Zen tak macam tu. Lainlah lagi sorang tu," soal daddy kepada Hazel. Tenang. Jelas sekali Khairul mewarisi sikapnya.

"Saya tak ada bukti. Tapi saya tahu dia ada tattoo. Saya pernah nampak tattoo dia dekat hotel," jawab Hazel.

Tubuh aku semakin membahang. Malu kerana masalah rumah tangga aku didengari semua orang. Aku merentap tangan Khairul dari lengan aku, lalu beredar dari situ. Kaki panjang milik Khairul pantas menandingi langkah pendek aku. Menghalang aku dari meloloskan diri.

"Diana, awak tak boleh percaya cakap dia. Trust me, sayang. Selain awak, saya tak pernah tidur dengan mana-mana perempuan. Saya berani junjung al-Quran. Demi Allah, saya tak menipu. So please, you need to believe me, not her," rayu Khairul. Menggenggam erat kedua tangan aku.

Renungannya aku balas dengan pandangan berkaca.

"Tatu yang awak maksudkan tu... Bentuk apa? Ada dekat mana?" soal satu suara wanita yang baru muncul di muka pintu. Wanita itu berpeluk tubuh, mengenakan skirt paras lutut, digayakan dengan kemeja serta blazer berwarna krim.

Mata aku membuntang besar.

"Dr Anna..." Aku terpaku. Apa Dr Anna buat dekat sini?

"What's happening here?" Zhayan pula bertanya. Dia munculkan diri dari bilik. Barangkali baru lepas bersiap untuk ke tempat kerja. Pakaiannya juga sudah berubah.

Wajah Aiden dan Hazel serta-merta berubah. Terkejut beruk. Wajah hampir serupa Khairul dan Zhayan, mereka lihat silih berganti.

"Zhayan?" Aiden memandang Hazel, menantikan penjelasan wanita itu.

"No. That guy... He said that his name was Khairul." Hazel berkata perlahan, keliru.

"Well, both of them are basically Khairul. Khairul Zenith and Khairul Zhayan." Enne mengeluarkan kata berbaur sinikal.

"Tatu tu dekat mana dan bentuk apa, Hazel?" Dr Anna mengulangi soalannya.

"Ben...bentuk crown. Bawah crown tu ada huruf K. Tatu tu ada dekat bahagian tepi pinggang..."

Air mata aku berjuraian. Lega. Bersyukur. Bentuk dan tempat yang Hazel nyatakan, yang pastinya, itu bukan milik suami aku. Baju Khairul, aku tarik, dahi aku rehatkan di dada bidangnya. Beban berat yang menghempap dada aku selama ini, akhirnya terangkat jua. Bodohnya aku. Patutnya hal itu aku tanyakan dari dulu lagi.

"Saya tak pernah tipu awak, amora...," bisiknya. Menggosok lembut kepala aku.

Salah faham itu berjaya diredakan apabila Zhayan dan Hazel disuruh Grandpa Khalid untuk selesaikan masalah seperti orang berakal. Benda dah jadi, dan masa pastinya tak boleh diundurkan semula. Yang mampu dilakukan hanya membetulkan kembali salah faham yang hampir menggoyahkan hubungan aku dan Khairul.

Selepas duduk berbincang secara rasional, Hazel menangis teresak-esak, sehingga harus ditenangkan oleh Aiden. Berdasarkan pemahaman aku, salah tak sepenuhnya terletak di bahu Zhayan. Kata Zhayan, Hazel yang masukkan benda terlarang dalam minumannya sehingga mengakibatkan mereka terlanjur.

Hazel juga tidak menidakkan bicara Zhayan. Dia memang pernah sukakan lelaki itu saat pertama kali mereka bersua di Kanada. Dek terikutkan nafsu, dia sanggup perangkap Zhayan dan gadaikan maruahnya. Katanya lagi, ego dia tercalar apabila Khairul bersikap seperti tak ada apa-apa pernah terjadi antara mereka. Padahal, dia yang tertukar orang.

Tak terhenti di situ, dia turut dihantui rasa bersalah kerana gugurkan kandungan hasil hubungan haram dia dan Zhayan beberapa tahun yang lalu. Sampai sekarang, dia masih belum boleh memaafkan dirinya kerana membunuh satu nyawa yang tak berdosa. Sebab itu dia bertindak menuding jari pada orang lain.

Aku berharap sangat mereka sedar bahawa zina itu tak mendatangkan apa-apa melainkan keburukan. Memecah-belahkan nasab, porak-perandakan hubungan kekeluargaan dan bermacam lagi. Allah itu Maha Tahu, kerana itu Dia haramkan hambanya berbuat demikian. Malah, dekati zina pun tak boleh.

Jikalau zina dihalalkan, apa gunanya kesucian sebuah perkahwinan?

"Berubahlah, Zhayan. Itu je yang I minta. I won't ask you more than that. You sendiri nampak kesan daripada pergaulan bebas you dengan perempuan-perempuan dekat luar sana. Kesian anak yang tak sempat tengok dunia ni...," pesan Elena. Menepuk bahu adik lelakinya.

"I thought you didn't care..."

Elena geleng.

"Of course, I care. We all care about you, Zhayan. We're family, after all. Kita selalu nak orang sayang kita. Tapi kadang-kadang kita tak sedar yang kita terlupa untuk terima rasa sayang tu. Sebanyak mana pun kitorang sayang you, kalau you tak belajar untuk hargai dan terima, sampai bila pun you akan rasa yang you tak disayangi dan dihargai."

    people are reading<Pengganti Paling Setia ✔>
      Close message
      Advertisement
      You may like
      You can access <East Tale> through any of the following apps you have installed
      5800Coins for Signup,580 Coins daily.
      Update the hottest novels in time! Subscribe to push to read! Accurate recommendation from massive library!
      2 Then Click【Add To Home Screen】
      1Click