《Pengganti Paling Setia ✔》Bab 34 ~ Syurga ~
Advertisement
"? Who is it?" Khairul bertanya kepada kedua lelaki di hadapannya dengan air muka menahan bengang. Dari responsnya saja, dia tampak sangat bencikan gelaran yang baru saja terlantun keluar dari bibir Nazrul. Cerlungan tajamnya mula menikam wajah mereka silih berganti.
"Maaf, King... Erm... Zenith...," balas Nazrul janggal. Seperti tidak biasa menyebut nama itu.
"Abang kenal diorang ke?" Lengan Khairul, aku genggam. Mahu mengalihkan perhatiannya.
Sejurus itu, riak bengangnya memudar. Terus kembali kepada Khairul versi yang aku kenal. Cuma aura serius itu masih berkeliaran.
"These two, you don't have to know them."
Aku pandang wajah tanpa perasaan Nazrul dan Aaron sekilas. Geleng.
"Saya nak tahu jugak. Diorang siapa? Kawan abang ke?"
Khairul menghela nafas. Akur akan pertanyaan aku.
"Aaron ni orang kerja grandpa. Nazrul pulak orang daddy. Diorang berdua rapat dengan Will," beritahu Khairul, acuh tak acuh.
Aku termangu seketika. Setelah sekian lama menanti, muncul juga panggilan 'daddy' dari bibirnya. Adakah ini pertanda baik? Jiwa aku berkobar. Sudah lama aku bersedia untuk bersua muka dengan bapa mentua aku.
"Daddy? Daddy abang? Dia ada dekat Malaysia?"
"Ha'ah," jawabnya pendek.
King? Sekejap, aku teringatkan sesuatu. Edwin King! Ya, aku dah ingat. Nama penuh Khairul ialah Khairul Zenith bin Edwin King. Maknanya, King ialah nama daddy Khairul. Ianya tidaklah terlalu mengejutkan kerana Grandma Emma sememangnya merupakan orang kelahiran Kanada. Tak peliklah kalau dia dan Grandpa Khalid menamakan anaknya sedemikian rupa. Nasib baik nama adik-beradik Khairul tak adalah kedengaran 'barat' sangat.
"Edwin dah lama tunggu you, King. Dia dah tak sabar nak jumpa wife you."
"I've warned you a couple of times, Naz. Stop calling me King." Khairul bersuara lantang, berbaur amaran keras.
"Apa ni, abang?" tegurku. Cuba meredakan situasi yang tampak tegang itu. Lagak Khairul sedikit sebanyak menakutkan aku. Sisi dia yang ini nampaknya terjaga rapi. Sehingga tak pernah sekalipun dia tonjolkan sikap kasarnya.
"Kita balik."
Khairul menarik pantas tangan aku agar membuntuti langkahnya. Namun, aku berkeras untuk membincangkan soal itu. Cengkaman tangannya aku rentap kasar. Geram. Susah sangatkah nak bicarakan hal sebenar?
"Tak nak. Abang explain dulu. Kenapa diorang panggil abang King sedangkan tu nama daddy abang? Lepas King, apa pulak? Prince? Lusa tulat nanti jadi anak Agong terus!" Aku memberontak.
"Balik, Diana," ujar Khairul. Tak mempedulikan bicara aku sama sekali.
"Tak nak. Selagi abang tak explain, saya tak nak balik." Aku berjalan kembali ke meja makan, lalu melabuhkan punggung di situ.
"Okay, fine. You duduklah sini dengan diorang. Jangan risau, diorang memang pakar jaga jenis manusia yang tak dengar cakap macam you."
Aku tercengang. Terpinga-pinga memproses kata-kata Khairul yang kedengaran begitu kasar. Tatkala Khairul melangkah pergi begitu saja, tanpa sebarang pujuk rayu yang sering didendangkan di telinga aku, empangan air mata aku bertakung.
"Puan Diana..."
Aaron terdiam apabila ternampak titisan jernih bak mutiara kehilangan seri meluncuri pipi aku.
"Puan Diana jangan risau. King tak maksudkan pun apa yang dia cakap," ujar Nazrul.
Aku geleng. Tak suka melihat mata mereka memandang aku dengan penuh rasa simpati. Aku tak perlukan simpati sesiapa. Yang aku nakkan hanyalah Khairul. Tapi dia pula dah terlalu marah, sehingga meninggalkan aku begitu saja.
Hendak menutupi sebak di dada, aku bawa lengan ke atas meja, sebelum sembamkan wajah di situ. Esak tangis aku kian tak terbendung. Terhenjut-henjut bahu aku menahan rasa yang menyesakkan jiwa. Sungguh, aku kecewa sangat dengan layanan tak berhati perut Khairul. Tergamak dia tinggalkan wanita yang sedang mengandungkan zuriatnya dengan dua lelaki ala-ala samseng cap kapak yang entah baik entah jahat.
Aku cuma nak tahu tentang hal sebenar. Itu pun susah sangat ke? Bukannya aku suruh dia terjun bangunan pun!
Advertisement
"Gosh, korang buat apa dekat wife I?"
Aku angkat kepala. Khairul hadir kembali, bersama dua aiskrim vanila dan coklat di tangan. Sesedap rasa saja dia salahkan Aaron dan Nazrul. Padahal, dialah penjenayah yang dikehendaki sekali, bertanggungjawab melukakan hati ibu mengandung.
"Are you kidding me?" bidas Nazrul.
"Hold this for me... Jangan makan. Haram." Aiskrim tersebut bertukar dari tangan Khairul kepada dua lelaki di sampingnya.
Air mata aku masih meleleh. Jangan ingat dia datang dengan aiskrim, aku akan maafkan dia senang-senang saja. Ingat aku tak ada hati dan perasaan ke? Lepas apa yang dikatakan, tiada maaf bagimu!
"Amora... Alolo, shian...," pujuknya, melayan aku persis kanak-kanak tadika yang bisa dicairkan dengan kata-kata pujangga.
Dia duduk mencangkung, mengangkat dagu aku agar bertentang mata dengannya. Tak mahu tenggelam dalam panahan mata redupnya, aku larikan anak mata ke lantai. Bahunya aku tolak perlahan. Namun, tak cukup kuat untuk menggugat kestabilannya.
"Pergilah balik, asal datang sini lagi?" Aku menjawab meluat tanpa memandang wajahnya. Masih menahan emosi yang naik turun bak roller coaster.
"Macam mana saya nak balik kalau separuh jiwa saya ada dekat sini? Awak nak aiskrim kan tadi, saya dah belikan untuk awak." Jari telunjuk Khairul terarah pada Aaron dan Nazrul. Sejurus dengan itu, bebola matanya membulat besar.
"Asal korang makan?" sergah Khairul.
"Cair...," ucap Aaron sepatah. Takut-takut.
Aku tergelak kecil. Terhibur dengan tingkah laku kedua lelaki itu. Selamba saja mereka abaikan pesanan Khairul sebentar tadi dan melantak aiskrim itu tanpa rasa bersalah.
Kedua tangan aku bertaut dengan jemari panjang milik Khairul. Mata bertemu mata. Renungan penuh maknanya menghadirkan debar halus di dalam hati ini.
"Minggu depan, saya bawak awak jumpa daddy. Bagi saya masa sikit lagi, sayang. I wish I could tell you everything, right here, right now. But there are things that I need to settle first, so that I have the courage to disclose everything. Till that day, please understand that I can't provide the answer to your questions yet. One day, when we're both ready, I'll let you know. Okay, honey?"
Tanpa sedar, kepala aku terangguk dengan sendirinya. Tewas dengan keikhlasan yang dia pancarkan di sebalik kata-katanya. Meski akal menolak, namun hati lebih berkuasa dalam menilai ketulusan hati si dia. Bagi aku, keinginan dia untuk mempertemukan aku dengan bapanya juga sudah lebih dari cukup. Dan aku mahu dia tahu yang aku hargai sekecil apapun kejujuran yang dia pamerkan.
"Okay..."
" nak buat apa dekat sini?" Aku bertanya. Agak teruja sebenarnya. Buat pertama kali, aku diberi peluang untuk jejakkan kaki di bilik kerja Khairul di universiti. Setiap insan yang pernah bergelar pelajar Khairul pasti tahu akan salah satu amaran kerasnya. Tiada sesiapa dibenarkan melawat ke biliknya. Termasuk juga wakil pelajar.
Bila difikir semula, universiti swasta itu merupakan tempat kami dipertemukan semula selepas putus tunang. Sungguh, jodoh itu satu misteri nan indah. Ke mana langkah kaki ini berjalan, pasti ada hikmah yang tidak disangka-sangka. Dan bersuamikan Khairul ialah salah satu hikmah yang aku syukuri sehingga ke hari ini.
"Saya nak kena siapkan kerja sikit. Awak duduklah dekat sofa tu dulu."
Usai berkata, Khairul berlalu ke meja kerjanya yang tersusun kemas. Kemaslah juga jika hendak dibandingkan dengan 'ketidakkemasan' mejanya di rumah.
"Saya nak tanya satu soalan boleh tak?"
Kening Khairul terjongket.
"Kenapa abang tiba-tiba tak bagi orang masuk office? Dulu, waktu jadi class rep, Ina ada cakap yang dia pernah jugak masuk pejabat abang dengan kawan kelas untuk hantar semua hard copy assignment."
Khairul terdiam sebentar. Sedang menyusun kata barangkali.
"Privacy."
Terjatuh rahang aku tatkala mendengar jawapan teramat pendeknya. Punyalah tunjuk gaya memerah otak, padahal jawapannya sangat klise.
"Betul ke? Ataupun abang pernah kena 'try' dengan student sendiri?" dugaku. Sekadar ingin mengusik.
Advertisement
"Ha'ah. Tu salah satu sebabnya." Khairul berkata sambil mata melekat pada helaian artikel dalam genggamannya.
Aku terkedu. Mulut aku terkunci. Rasa cemburu dan lega hadir, menapak di jiwa ini. Tak suka membayangkan perempuan lain berada dekat dengannya. Dari sofa, aku sekadar memerhati gerak-gerinya tangkasnya. Jari-jemari panjang itu bergerak aktif, menaip satu demi satu huruf. Kaca mata yang jarang-jarang sekali dia pakai juga sudah tergantung gah di hidung mancungnya.
Memikirkan dia dibesarkan di Kanada, datang dari keluarga yang boleh tahan sekular, aku berasa kagum melihat dia yang hari ini. Sepanjang hidupnya, dia diberi pilihan serta kebebasan, tanpa sebarang sekatan, sama ada nak jadi insan yang baik ataupun tidak. Meski dia masih merangkak mempelajari ilmu agama, tapi peribadi dan akhlaknya sangat indah. Dan mungkin kerana itu, hati ini terlalu mudah berpaut padanya.
Apabila mengenangkan kata-kata Zhayan tempoh hari, jiwa aku terasa lebih tenang dan lapang. Walaupun aku sudah bersiap sedia untuk hadapi sisi gelap kisah hidupnya, namun yang aku dengar hanyalah kebaikan yang sememangnya sudah tertanam dalam diri Khairul.
Selama sejam, aku diamkan diri. Memberi ruang untuk Khairul siapkan segala kerja dia yang tertangguh. Ada juga kalanya aku terlelap. Tapi bila buka mata, Khairul masih ada di meja, sangat fokus dengan kerjanya. Sehingga aku pula yang rasa terabai. Lagu-lagu jiwang karat yang aku buka pun tak mampu memberhentikan kerja menaipnya.
Aku meraba telefon bimbit di sisi. Main Subway Surf pula. Tutup. Bosan. Sebab asyik kalah saja. Aku memang dilahirkan untuk jadi anti-game. Sedikitpun tak berminat. Tahap bosan aku sudah mencecah titik maksima. Kalau lama-lama, aku azan juga mamat kuat buat kerja ni.
"Abang... Sudahlah buat kerja... Bosanlah..." Aku merengek sambil menggeliat.
"Almost there. Sikit lagi je..."
Aku geleng. Tak bersetuju. Sejurus itu, aku bangun. Kerusi yang dia duduki, aku tarik sedikit sebelum melabuhkan punggung aku di atas ribanya. Sengaja aku nak halang mata dia dari tengok laptop. Masih nak cari gaduh, kaca mata dia aku rembat, lalu aku pakaikan di mata sendiri.
"Diana..."
"Saya dengan kerja, siapa penting lagi?" soalku manja.
"Dua-dua penting."
Jawapan semberono Khairul membuatkan tubuh aku berasap. Bukan itu jawapan yang aku dambakan.
"Of course you, sayang. Am I not being obvious enough?"
"You are..."
Aku lentokkan kepala pada pangkal lehernya. Khairul meneruskan kerja meskipun kedua tangan terpaksa dipanjangkan dek kehadiran anak gajah yang sikit punya besar melekat pada tubuhnya.
"Pasal bekas tunang abang dengan Zhayan, saya dah tahu...," luahku.
"Hmm..."
Aku tegakkan tubuh. Wajah lelaki bergelar suami itu, aku amati lama. Itulah wajah yang menghuni taman kasihku.
"Boleh tak saya nak tahu... Kenapa abang tolak waktu dia ajak abang buat 'benda' tu? Mana-mana lelaki pun, saya yakin, takkan mudah untuk diorang tolak."
Khairul berhenti menaip. Dia lantas merehatkan tangannya pada pinggang aku. Tatapan mata aku turut dibalas dengan raut wajah sayu.
"I don't know. It just doesn't feel right," jawabnya ringkas.
Dahi aku berkerut. Sukar memahami apa yang dia maksudkan.
"Maksud abang?"
"Saya tak rasa perempuan layak dilayan macam tu. Apatah lagi perempuan yang belum tentu jadi isteri atau tak. Memang dia tunang saya, tapi entah, I don't like the idea of sleeping together before marriage. Bukan sebab saya kuat agama atau nak tunjuk baik. Saya tak nak teruskan hubungan semata-mata berlandaskan nafsu. It's not good for a long-term relationship. Kalau semua dah try sebelum kahwin, tinggal apa je lepas kahwin nanti?"
Khairul menyambung lagi kata-katanya.
"Bila Ustaz Wazir terangkan pasal kesan berzina dekat kita minggu lepas, baru saya faham kenapa Allah tak bagi hamba-hamba-Nya hampiri zina. Bila dalami agama ni kan, rupa-rupanya semua yang Allah tetapkan tu memang terbaik untuk kita. Bertuahnya saya dapat isteri yang sudi nak belajar agama dengan saya."
Kucupan hangat dihadiahkan di dahi aku.
Senyum manis aku terukir. Menzahirkan kesyukuran yang tidak terhingga. Betul kata ibu suatu ketika dahulu, jikalau akhlak seseorang itu baik, insyaAllah, tak susah untuk dilenturkan dengan agama.
"Saya buat macam ni sebab saya nak jadi bidadari abang dekat syurga nanti. Saya tak nak hubungan ni terhenti dekat dunia saja. Saya nak kita pegang tangan macam ni dekat taman syurga kelak."
Aku menggenggam erat tangannya, manakala tangan kiri aku pula merangkul kejap leher panjang Khairul.
Tok tok tok!
Aku toleh tangan ke belakang apabila terdengar bunyi pintu diketuk dan dibuka tanpa sebarang amaran. Hampir gugur jantung aku melihat beberapa orang lelaki dan perempuan berada di depan pejabat Khairul. Aku serta merta bangun, tak selesa mempamerkan kemesraan kami di depan khalayak ramai.
"See, I told you," kata pemilik suara wanita.
Suara tak asing itu, aku kenal. Hazel. Ya, Hazel.
"Ada apa ya?" Khairul turut berdiri dan berlalu ke muka pintu.
"Kami datang ke sini lepas terima aduan ada pensyarah dan pelajar universiti duduk berdua-duaan dalam bilik ni tanpa ikatan sah," beritahu salah seorang lelaki.
Aku terkesima. Apa kejadahnya ni? Tanpa ikatan sah? Diorang ingat aku ni perempuan jenis apa?
"Dia ni ke yang buat aduan?" tanya Khairul, menundingkan jadi ke wajah Hazel.
"Saya harap encik dan cik dapat bagi kerjasama. Kami akan jalankan..."
"Maaf, encik. Tak perlu nak buat apa-apa. Ni kad akuan nikah kami. Wanita dalam pejabat ni isteri saya. Kami dah kahwin lima bulan," ujar Khairul, menyerahkan kad akuan yang menampakkan jelas gambar aku dan dia.
Giliran Hazel pula tercengang di luar. Dia memandang aku dan Khairul dengan riak tak percaya. Siap gelengkan kepala lagi.
Sepanjang proses kami disoal siasat, aku diamkan diri. Malu yang teramat sangat. Mahunya tak malu, dicekup berkhalwat di universiti. Kalau orang dengar ni, masaklah aku. Mana aku nak letak muka lepas ni?
Sejurus perginya orang-orang dari jabatan agama itu setelah memohon maaf, aku menghela nafas panjang. Kepala pula aku pegang. Berdenyut. Kenapa masalah tak habis-habis muncul ni? Nak beranak pun tak tenang kalau macam ni.
Khairul sebaliknya tampil tenang, menepuk perlahan bahagian belakang tubuh aku.
Pintu terbuka. Hazel muncul kembali di muka pintu. Wajahnya kelihatan gelisah.
"Kenapa you dengan dia? Kenapa bukan I? We've slept together..."
"Shut up!" Khairul menjerkah kuat. Hancur berderai segala imej tenang yang terpampang di wajahnya sebentar tadi.
"This woman beside me, she's my wife. So, stop making her confused already! I don't know you and we've never met before. That's for sure. You better get out of my sight. Get out, now!"
Bahu aku terjongket ke atas. Khairul bagai dirasuk hantu. Segenap tubuhnya bertukar merah. Dek takut dia buat kerja gila, aku menarik tubuhnya ke dalam pelukan. Cuba menenangkan si dia yang sudah lama memendam rasa.
kami ke rumah agam Grandpa Khalid dan Grandma Emma disambut meriah. Ingatkan rumah mereka di Kanada saja yang besar serupa kandang anak haiwan pupus iaitu dinosaur. Ternyata, rumah di Malaysia juga tak mahu kalah.
Saat bertentang mata di depan pintu rumah, tanpa segan silu, mereka memberikan aku dan Khairul pelukan besar. Dan kami turut berbesar hati membalas pelukan mereka. Layanan persis menerima tetamu diraja, mereka berikan. Jikalau ada yang lain, pasti keluarga ini akan terasa lebih lengkap.
Kata Khairul, daddy dia akan datang ke rumah esok pagi. Oleh itu, aku disuruh bersedia secara mental kerana daddynya merupakan seorang yang tegas dan serius, sangat berbeza dengan Grandpa Khalid.
Lepas teringat apa yang dia katakan, aku terus tak boleh tidur. Seram. Kalau aku tahu bapa mentua aku ni sebenarnya garang, tangguh lama-lama sikit pun tak apa. Lebih afdal kalau cucu dia dah lahir nanti. Harapnya, lembutlah sikit.
Selepas habiskan bacaan yasin bersama-sama sekejap tadi, Khairul hilangkan diri. Tengah berdating dengan grandpa ke apa? Lama benar. Buat-buat lupa ada isteri tengah tunggu di dalam bilik.
Pabila imbas kembali kisah lepas isyak tadi, aku tergelak kecil. Geli hati dengan perangai comel Grandpa Khalid dan Grandma Emma. Boleh pula mereka curi-curi hendap di muka pintu di saat kami menghabiskan bacaan yasin. Bila kantoi, mereka tersengih-sengih serupa anak kecil baru buat dosa.
Bosan duduk bersendirian di atas katil, aku menjelajah ke rumah yang bertemakan hiasan dalaman English. Tak banyak beza dengan rumah mereka di Kanada. Sangat elegan dan mudah diterima oleh pelbagai cita rasa manusia. Awal-awal aku masuk rumah ni, terus auto rasa macam tengah melancong di Kanada.
Langkah aku terhenti apabila ternampak kelibat Grandma Emma. Dia sedang mengintip Khairul dan Grandpa Khalid dari dapur. Aku membeku di situ. Orang-orang dalam rumah ni memang spesies suka mengendap orang ke? Bukan apa, risaulah juga.
Nampak aku saja, Grandma Emma terus menarik lengan aku agar bersembunyi dengannya. Alamak, aku kena ikut sama berkomplot ke?
"Shh... I'm waiting for good news," bisiknya.
Aku angguk tanpa suara. Alang-alang dah seludup pekasam, buatlah apa yang patut. Kalau kena tangkap nanti, masuk penjara. Senang cerita.
"Grandpa dah penat kejar dunia, son. Sejak Didi masuk family kita, hati I terjentik. Maybe this is the right time for me. I tak boleh hidup sampai bila-bila, Zen. You know that. Tapi I tak boleh tinggal semua ni tanpa back up. I need you, so does Elena. I dah tunggu empat tahun. I cuma takut yang I tak boleh tunggu dah lepas ni...," ucap Grandpa Khalid. Kedengaran hiba.
"Come on, don't say that."
Grandpa Khalid geleng.
"I'm not getting any younger, Zen. I wanna rest with Emma. She's been waiting for so long. She's the love of my life and I wanna spend the rest of my life with her. Only her."
Aku pandang Grandma Emma di sisi. Dia hanya tersenyum nipis dengan mata yang sudah berkaca. Bahagianya bercinta hingga ke hari tua. Mungkin Khairul menjadi saksi perpecahan kedua ibu bapanya. Namun, Grandpa Khalid dan Grandpa Emma membuktikan bahawa cinta sejati itu benar-benar wujud.
"Tapi I..."
"You janji sampai kahwin saja. Sekarang you dah kahwin, nak jadi daddy dah pun."
"Okey, baiklah. I surrender. Tapi Diana tak tahu lagi..."
"Leave it to me, Zen. Grandpa tak adalah kejam sangat. Nanti I akan cakap dengan Didi. Grandpa yakin, dia akan faham."
Grandpa Khalid menepuk bahu cucu lelakinya. Menyalurkan semangat.
"Thanks, grandpa. I'm truly sorry for taking so much time..." Khairul menundukkan wajah. Sesal.
Advertisement
- In Serial56 Chapters
The Ecstasy Of Faking It
Emily Bennett thinks Charles Morrison is the love of her life, but what do you do when the love of your life suddenly breaks up with you?Fake date the guy he despises the most? That's exactly what she does. But who said fake dating a badboy was easy?Adrian Mackey is the true definition of trouble. He skips class, starts fights, talks back to everyone and definitely doesn't give two fucks about what people say about him. He and Charles have hated each other throughout highschool, so yeah, he agrees to fake date Charlie's ex just to piss him off but why is he starting to enjoy all of it?Warning: this story contains strong language, drug abuse, bullying, violence and sexual content.
8 211 - In Serial41 Chapters
The Darkest Souls
when enemies end up living in the same house, and the going to the same school, what do you think would happen? Amelia Moore, ends up living with the one and only Axel Russo. He's the bad boy and the enemy But what happens when he learns some secrets about her and end up falling for her would everything change? check out the story to find out more xoxo, svdsouls :)
8 100 - In Serial67 Chapters
Nightwalker
Time didn't matter to her. She got up when the sun did and tried to sleep when the sun went down. because of this seemingly endlessness, she's forgotten her name, she's forgotten her family and she's forgotten everything she use to be.Now she was nothing. Living on the streets of a town begging for money and food from travellers that didn't know who she was, unlike the rest of the town that thought of her as something unnatural even though she doesn't know why.Constantly abused by the townspeople who don't understand her, she is left to die in an alleyway after a horrible run in with three drunk men. She was expecting to die and have her corpse eaten by rats and other vermin. What she didn't expect was to be saved by a woman that was everything but human."Do you want to live?" This woman asked and when she looked into herself she knew the answer, it came easy through her busted lips."Yes."From that day on she became something else, something not human, something extraordinary and from that day forth she will serve this woman who saved her life and maybe one day remember her name or be given one by her new Mistress. Maybe one day she'll remember who she was and maybe she'll even find the one person that completes her soul.From that day forth she became a Nightwalker.Completed.This is a lesbian story and contains mature actions between females. There will be warnings at the beginning of the chapter if you do not wish to read such content.
8 207 - In Serial35 Chapters
His eyes of euphoria
* TRIGGER WARNING* there may or may not be parts of this book that people may find upsetting. It talks about mental illness. Also it talks about religion so if any of these things may trigger you then I recommenced not reading this. However feel free to talk to me because I'm hear to support y'all. 16-year-old Matthew is on the lengthy journey of self-acceptance and discovery. How will he cope with a rising taste for a blonde boy who managed the earth on his fingertips like crushed berries. Will he learn to love himself? Or will he allow his doubt to control him and his sprouting relationship? "Taste me in crimson so that when we taste no more, when age will turn our buds sour and memories hazy, that I have hope to scour my letterbox and find you wrapped pristine silk, next to an image of June. Within your eyes, euphoric." Acknowledgements 1# slice of life 15/01/2123# closeted 15/01/21
8 137 - In Serial53 Chapters
You're Still The One *slowly editing* (Completed)
'You didn't answer my question,' he asked, holding her gaze in his hypnotic ones.'Wh... what question?' She was surprised at her own voice, it sounded like of someone else's. She wanted to ask him--which question, there were so many he had asked her tonight. Each one threatening in their own different ways to her sanity.Brandan smiled mysteriously. Not answering her, he instead said something else, 'Don't keep staring at me like that.' His voice was soft. Suddenly, she found herself in some other world.'W.. why?' She stammered ridiculously.His lips slightly brushed against her, she closed her eyes in anticipation, under the spell of their lips connecting. Sparking were the electricity all over her skin. ''Cause....' He took a step back from her, leaving her cold and she was too lost to do something about it--like leaping closer to him and getting engulfed in the euphoric warmth once again. ''Cause, you will fall in love with me... ' He paused as growling deeply a set of thunders boomed above the skies. Cold wind made her hair dance around. He finally finished his sentence, 'Again.'Rain poured down upon her heavily as if the entire sky was about to break down over her, She opened her eyes against the cold water to see he had lef alreadyt, leaving her to drown into his words, completely.***They say love's blind. Maybe that's why Emma loved Brandan despite all odds, more than she loved herself but only to find that it wasn't enough. When time and fate decided to be cruel to the utmost, she found herself broken in all the ways possible. Realizing that love wasn't enough, she picked up her ruined self and found a new beginning at the end.But fate had, apparently, some unexpected plans in store.Against all odds, they were meant to face one another once again. But this time, Brandan was a changed man and so was Emma. While one was burnt from the pain, another was burnt from the guilt. And then...
8 102 - In Serial61 Chapters
Bi-Curious (BoyxBoy)
Local bad boy, Ethan Dechart, is starting to get worried about his friends as they start getting him into more and more trouble. Luckily, he's saved when he meets a new friend who shows him that he doesn't have to put up with his crew. College freshman, Charlie King, is handsome, witty, and compassionate, with many secrets hidden away in his leather journal. When he offers Ethan a hookup he can't turn down, Ethan starts to question things about himself and his sexuality.⚠️ Warning ⚠️: Dark topics and mature language/topics. Updates every Friday!Writers: @thesecretwriter888 and Jexis Kane- 2ND PLACE WINNER OF ACHERON AWARDS
8 108

