《Pengganti Paling Setia ✔》Bab 33 ~ King ~
Advertisement
lama aku di meja makan. Menanti kepulangan encik suami. Ada baiknya esok Sabtu, bolehlah aku luangkan masa bersamanya. Sekarang, aku sibuk nak habiskan praktikal, manakala Khairul pula tengah terlibat dalam satu research berkaitan kesihatan mental pelajar sekolah di Malaysia.
Perbualan memakan masa sejam bersama Zhayan dan Enne siang tadi sedikit sebanyak membuka mata aku akan kisah hidup Khairul. Meski hubungan Zhayan dan Khairul masih dalam proses pemulihan, namun aku dapat rasakan kasih sayang Zhayan buat abangnya.
Tatkala telinga aku menangkap bunyi pintu rumah dibuka dari luar, aku angkat kepala. Senyuman lebar terukir di bibirku. Dari meja makan, Khairul kelihatan sedang berjalan perlahan, melangkah ke anak tangga. Namun, langkahnya terbantut sejurus dia menyedari kewujudan aku.
"Penat ke?" Aku bertanya, bangun mendapatkan si dia.
Sejak kebelakangan ini, di mata aku, wajah tampan Khairul tampak lebih bersinar dari biasa. Bling bling. Berseri. Mudah benar hati ini terjual dengan tampang dan auranya. Jantung pun asyik berdetak aktif saja, seperti pasangan pengantin baru. Padahal, sudah nak beranak satu. Dasar tak sedar diri.
"Tak adalah penat sangat. Awak buat apa sorang-sorang dekat dapur? Tak takut ke, hmm?" tanya Khairul, prihatin
Dia kemudian menguis lembut pipi aku.
"Sebab abang dah nak balik, tak takutlah. Abang... Nak durian lagi tak?" Aku mula mengusik manja. Beg kerja yang tergantung di bahu kanannya, aku tanggalkan dan letak ke atas meja. Pinggang Khairul kemudian aku lingkari dengan kedua belah tangan. Mengunci jari-jemari aku di belakang badannya.
Khairul tundukkan kepala, membalas panahan mata aku. Dia tampak sedikit enggan dan gusar, meskipun tidak terus menolak pertanyaan maut itu.
"Erm... Awak teringin nak makan durian lagi ke? Haritu kan dah makan banyak."
"Kan saya dah cakap, saya tak teringin nak makan pun. Saya teringin nak tengok abang makan," usikku lagi. Bukan nak mengada, memang aku 'mengidam' nak tengok dia makan durian. Mungkin sebab pembawakan budak kut. Baby dalam perut ni yang teringin nak tengok daddy dia makan raja buah agaknya. Haih, tak lahir lagi pun dah tunjuk taring.
Bebola kecil yang terlindung di sebalik tengkuk Khairul sedikit bergerak, menandakan dia sedang menahan debar.
Aku sembunyi senyum.
"Apalah abang ni, kenapa tak cakap abang tak makan durian? Bau pun tak tahan. Kalau abang tak cakap, macam mana saya nak tahu?"
Khairul terpaku.
"Mana awak tahu?"
"Saya jumpa Enne tadi, dia yang cakap lepas tengok ni..." Aku panjangkan tangan untuk mencapai telefon di atas meja. Gambar Khairul tengah makan durian dengan muka orang nak termuntah, aku jadikan lock screen wallpaper. Gambar itulah yang menjadi penghibur aku saban hari. Kalau stres saja, terus aku tatap gambar 'stres' Khairul lama-lama. Lepas tu, lenyaplah stres aku.
Membuntang mata Khairul tatkala melihat gambar yang tertera di skrin telefon tersebut, sebelum anak matanya menikam wajahku.
"Gosh, Diana! Change it."
Aku geleng. Tersenyum nakal.
"A-ah, tak nak." Aku sembunyikan telefon ke belakang badan.
"Change now, Diana. You're getting cheekier now. Very hard to handle."
Tetap geleng.
"You do what you wanna do, I'm not changing it, Dr Khairul."
Aku menapak ke belakang tatkala tangan licik Khairul cuba merampas telefon aku. Gigih dia cuba menandingi ketangkasan aku. Habis setiap inci tubuh aku disentuhnya semata-mata hendak mendapatkan objek yang dikatakan telefon pintar itu. Senyum mengejek tercalit pada bibir aku.
Selamba saja mata kucing aku bertentang dengan mata helang milik Khairul. Sekali lagi, sang suami cuba merentap telefon dari tangan aku, namun aku lebih pantas bertindak. Kedua telapak tangan aku tekapkan pada meja dan seketika kemudian aku labuhkan punggung di situ. Telefon pula aku letak di bawah punggung.
Lantaklah rosak, asalkan aku bahagia.
Gelak kecil terlepas dari bibir merah jambu Khairul, sehingga menampakkan susunan gigi cantiknya.
Advertisement
Aku terpegun. Jantung memulakan rentak tak senada. Menghadirkan irama aneh. Sukar difahami.
Tangan kanan aku berlayar pada pipi Khairul, lalu perlahan-lahan mendarat ke dadanya. Lelaki yang sudah nyata halal dan juga merupakan bapa kepada anak dalam kandungan aku itu, aku tatap sedalam-dalamnya.
"Ada apa-apa awak nak share dengan saya ke?" Khairul bertanya lembut. Melarikan anak matanya agar tak terus tenggelam dalam gelojak jiwa.
"Ha'ah."
"Okay, I'll listen to you."
"Saya nak share ni..."
Kemeja hitam Khairul, aku tarik sehingga tubuhnya terdorong ke depan. Selaju ribut taufan, bibirnya aku sambar bak harimau kelaparan. Mata kami terpejam rapat. Terbuai dengan nikmat pemberian-Nya. Tangan Khairul sudah meliar ke pinggang dan leher aku. Dalam masa yang sama, butang kemeja Khairul, aku buka satu per satu.
Selesai menanggalkan butang kemejanya, tangan aku melawat ke tali pinggangnya pula. Di kala aku ingin melayan ombak kasih yang membara di jiwa dan mendalamkan lagi penyatuan bibir kami, Khairul mematikan niat aku. Pergelangan tangan aku diragut manakala ciuman kami dilucutkan.
Aku terdiam hampa. Lepas malam pertama kami, tak pernah-pernah Khairul menolak permintaan aku untuk bersama. Tapi sekarang... Apa dah jadi? Dia tak sudi sebab aku mengandungkah?
"Awak baru lepas pulih, Diana. I don't wanna hurt you... And our baby."
"You hurt me just now."
"Next time, okey? Untuk baby, kita kena sabar sikit," ujarnya sambil mengelus manja pipi aku.
"Tapi..."
Telefon buah epal Khairul berbunyi. Menghangatkan lagi api kegeraman aku. Panggilan tersebut Khairul jawab pantas. Sebelum sempat aku melihat nama yang tertera pada kaca skrin telefon itu.
"Hello..." Khairul meloloskan diri. Meninggalkan aku begitu saja.
Aku turun dari meja, membuntuti langkah panjangnya dari belakang. Nampak serius lain macam.
"I know, I know. You don't have to repeat yourself. This is my last job, I promise."
Dia anggukkan kepalanya beberapa kali, mencekak pinggang dengan sebelah tangan.
"Nanti I akan cakap dekat Diana. You don't have to worry about it."
Kening aku terangkat. Beritahu aku? Apa yang perlu aku tahu?
daripada Khairul masuk. Skrin telefon aku menyala, menampakkan gambar Khairul sedang melantak durian selepas aku pujuk berkali-kali. Aku tersenyum. Pada awalnya dia tak mahu, tinggi kalori katanya. Bukannya aku tak tahu, semua itu dusta semata-mata.
Diana, saya balik malam tau. Nanti jangan lupa kunci pintu betul-betul.
See you tonight, amora.
Okay, abang. Take care.
Kening Enne yang dilukis kemas terangkat.
"Zen makan durian?" tanya Enne usai aku selesai menjawab mesej Khairul.
"Ha'ah. Tapi bukan dia yang nak, saya yang teringin nak tengok dia makan."
Dia anggukkan kepala beberapa kali. Tersenyum simpul.
"He does really love you, I guess."
Melihat riak tertera yang di wajah Enne, jiwa aku tak tenteram. Macam ada yang tak kena.
"Kenapa ni? Khairul makan durian kan?"
"Kalau you nak tahu, durianlah bau yang paling Zen benci sekali. Inikan nak makan, sentuh pun tak pernah. Nampak buah durian je, terus dia berdiri jauh sebatu."
Rahang aku jatuh. Ketap bibir. Patutlah beria benar Khairul menolak pada awalnya. Bukan itu saja, dia turut terkena demam panas sehari selepas peristiwa itu. Tak suka rupanya. Bukan setakat tak suka, malah benci pulak tu. Haih, kesiannya bapa budak ni.
"Come on, girls. Tik tok tik tok..." Zhayan bertegas dengan muka bosan. Mengetuk perlahan jam tangan berjenamanya dengan jari.
"Ergh! Okay fine, you tanyalah Didi." Enne angkat kedua tangannya, tanda menyerah.
"Saya nak tahu pasal Khairul. Macam mana dia membesar, perangai dia, apa dia suka dan apa yang dia tak suka. Kalau boleh, kesemuanya..."
Kerutan nipis terbentuk di dahi mereka. Serentak. Mungkin tak menyangkakan soalan semudah itu terlontar daripada mulut aku. Namun, Zhayan sedikit extra. Dia siap tergelak sinis. Ada nada serta riak meluat terpampang di wajahnya.
Advertisement
"Boring," ujar Zhayan sepatah.
"Why don't you ask him instead?" Enne pula bertanya.
Aku mengeluh.
"Saya dah tanya banyak kali. Tapi dia asyik nak mengelak je. Saya tanya korang berdua sebab saya rasa saya layak untuk tahu tentang Khairul Zenith, suami saya." Aku berkata serius. Tak mahu mereka tersalah tafsir niat aku.
"Apa yang you nampak dia sekarang, macam tulah dia dari dulu. He doesn't change much."
Jawapan ringkas yang terungkap dari mulut Zhayan membuatkan aku terkesima. Tak terjangkau akal bahawa jawapan pertama akan datang dari mulut dia. Enne turut mempamerkan reaksi yang sama.
"Maksud awak?"
Zhayan tundukkan wajahnya ke meja. Sedang memerah jawapan yang tepat.
"Well... He's a smart-ass, used to be a nerdy guy with books, spectacles and all. Not 'till he did LASIK eye surgery. But sometimes, he still wears his damn spectacles out of habit. He's also possessive, protective, caring, forgiving, kind, and such. Always act like Mr Perfect Guy. Everyone annoyingly admires a clever dude like him. Again, boring."
Enne tegakkan badannya. Nampak lebih teruja berbanding aku.
"You know about it? I mean, you sound like you really know my Zen," soal Enne. Mengamati wajah abangnya, tampak kurang percaya dengan apa yang baru saja Zhayan katakan.
"Kenapa pulak I tak kenal 'your Zen'? He stuck with us all the time, Enne."
Kedua adik-beradik itu terdiam seketika. Nampaknya, aku telah buat satu keputusan yang baik dengan bertanyakan soalan itu. Mata Enne dan Zhayan menyampaikan makna yang sama. Sayang mereka terhadap si abang. Meski Zhayan cuba menutupi fakta itu dengan bicara kasarnya, namun segalanya terlihat jelas.
"Dia ada kawan perempuan tak?"
Kedua pasang mata itu melekat pada muka aku. Enne mula ukirkan senyuman nakal.
"Kenapa? You jealous ke kalau Zen ada ramai kawan perempuan?"
"Ma...mana ada! Alang-alang dah buka cerita lama, apa salahnya kalau saya nak tahu pasal kawan-kawan dia," nafi aku pantas.
"Hmm... Tak pernah pulak dia kenalkan kawan perempuan dia dekat kitorang. Yang I kenal Uzzam dengan Irfan kalau tak silap. Ada sorang tu perempuan. Nama dia Rania, tapi dia isteri Irfan," jawab Zhayan tenang.
Aku sekadar angguk. Semua nama-nama itu tak asing lagi. Rania dan Irfan merupakan doktor pakar psikiatri yang merawat Fathina. Mereka turut hadir waktu majlis perkahwinan aku dan Khairul.
"You tahu kan Zen pernah bertunang? I mean, sebelum dia bertunang dengan you," tutur Enne, bernada serius.
Angguk. Aku menanti Enne meneruskan bicaranya dengan debaran halus di dada.
"Enne..." Zhayan memberi isyarat mata. Seolah-olah mengarah Enne untuk hentikan bicara.
"You tahu tak kenapa diorang putus tunang?" tanya Enne lagi. Mengabaikan isyarat mata Zhayan.
Geleng. Aku tak tahu. Yang aku tahu hanyalah wanita itu merupakan pilihan mummy mereka. Seingat aku, Khairul cuma beritahu yang mereka tak sefahaman dan tiada jodoh. Tatkala aku menyaksikan mata berkaca Enne, detak jantung aku semakin tak terbendung.
"Ke...kenapa diorang putus tunang?" Aku bertanya takut-takut. Berharap jawapan mereka takkan mengecewakan aku.
Enne menggenggam tangannya. Cuba menuturkan ayat yang disusun.
"She... She..."
"She slept with me," potong Zhayan.
Aku terkaku. Paluan jantung menggila. Menyekat nafas aku. Bekas tunang Khairul tidur dengan Zhayan? Kekeliruan mulai menghantui benakku. Mereka berkongsi perempuan ke apa ni?
"Hah?"
"And I still hate you for that, Zhayan." Enne melemparkan pandangan maut. Tampak jijik dengan perbuatan lampau Zhayan.
Air muka Zhayan yang tadinya kosong bertukar bengis.
"Habis you nak expect I buat apa? She threw her body on mine and you expect me to resist? I tak sebodoh Zenith yang buat-buat baik tak nak rosakkan mana-mana perempuan. He didn't even give a damn when his crazy colleagues taunted him as 'a brainy virgin'. And you wanna know why she slept with me? Because your dumb brother rejected her! He turned down his fiance's body and when she came to me instead, you're saying that this is my fault?"
"Zhayan!" amuk Enne.
Aku bangun. Hendak menghentikan perbalahan itu. Situasi di situ menjadi semakin rumit apabila Zhayan dan Enne turut melakukan hal yang sama. Mereka berlawan mata. Masing-masing menunggu masa saja untuk meletup.
"You tahu kan betapa bencinya Zen dengan orang yang curang? Kenapa you buat macam tu? Kenapa you tikam belakang abang you sendiri? Kenapa you ulang silap parents kita?!" jerkah Enne. Merah padam wajahnya menahan amarah.
Aku kematian kata. Tangan menggeletar aku menjengah dahi. Pening.
"Sebab semua orang sayang dia! Sebab I meluat dengan dia! Even you dengan Elena pun sayang dia lebih daripada I. Grandpa dengan grandma pun sayang dia. I ambik satu je, Enne. Tapi dia ada beratus orang lagi peduli pasal dia. Unlike me. Nobody cares about Khairul Zhayan. 'Cause they're blinded by Khairul Zenith."
Titisan jernih mencurah-curah di tubir mata Enne. Dan tanpa aku sedar, air mata turut bergenang, menuruni pipi aku juga. Sekarang baru aku faham kenapa Khairul memilih untuk merahsiakan segalanya. Banyak hati yang harus dia jaga. Terutama sekali adik-adiknya.
"Of course we love you, Zhayan. You're still my brother. But Zen... He's different. He's not just a brother to me, he's more than that. When we were facing the worst day of our lives, he was there. He hugged me and Elena, telling us that we're gonna be fine. He was present at those tough times. And you, all you did back then was simply escaping yourself."
Zhayan kematian kata. Diam. Sekadar membiarkan Enne melepaskan jutaan rasa yang terbuku di lubuk hatinya.
"Waktu you nak berhenti belajar, dia yang bermati-matian pujuk you, suruh you sambung belajar. And now you're already successful, you stabbed him at the back. Tapi tengoklah, dia ada berdendam dengan you tak? Last sekali, dia yang undurkan diri dan putuskan pertunangan dia... After what you've done, he still chooses his brother."
Sejurus menghapuskan air mata, Enne kemas segala barangan dan capai jari-jemari aku. Bersedia untuk keluar dari ruangan makan VIP itu. Meski pintu sudah dibuka, Enne kembali menolehkan wajahnya ke arah Zhayan yang masih mematung di meja makan.
"You buatlah apa pun, I tak kisah. Tapi please, I mohon, jangan lupa jasa baik dia. Zen terseksa jugak, Zhayan. He's just better at pretending. Depan mata dia sendiri, dia nampak mummy bawak lelaki lain masuk bilik dan buat benda bodoh tu. Tapi ada tak dia memberontak macam you? Dia simpan. Dia telan sorang-sorang. And because of that, he tops the list in my heart."
Setiap langkah Enne, aku ikut tanpa sebarang bantahan. Air mata semakin laju menghujani pipinya. Sepanjang berada di dalam kereta Enne, hanya tangisan dia yang bergema. Membesar di dalam keluarga hasil perceraian, hasil retak yang mustahil untuk dipulihkan, sememangnya sungguh memeritkan.
Aku nampak bayangan sendiri di sebalik mata Enne. Ngilu rasanya bila ada keinginan untuk memperbaiki segalanya, tapi tak mampu berbuat apa-apa. Di saat Enne nampak sedikit tenang, aku menarik dia ke dalam pelukan. Meskipun dia tua beberapa tahun daripada aku, ia tak merubah fakta yang dia merupakan adik ipar aku.
"Sebab tu I tak nak dia kahwin dengan you. I takut you lukakan hati dia macam perempuan tak guna tu. I tak sanggup nak tengok dia terluka lagi, Didi...," luah Enne, salah seorang wanita terkuat yang pernah aku temui.
"Tapi bila I nampak betapa bahagianya korang berdua, I happy sangat. Akhirnya, I boleh tengok abang I senyum sebab betul-betul happy, bukan sebab terpaksa. Lepas parents kitorang decide untuk bercerai, dia yang galas tanggungjawab untuk jaga kitorang..."
"Thanks for keeping your word, to make him the happiest man."
Angguk. Belakang tubuhnya, aku tepuk perlahan. Aku pejamkan mata. Masih sulit untuk aku memproses apa yang telah berlaku sebentar tadi. Adakah sudah tiba masanya untuk aku bertemu dengan kedua ibu dan bapa mentuaku? Takkan aku nak bersembunyi selamanya?
Jadi, selama ini, Khairul tak pernah berbohong. Kesalahan terbesarnya hanyalah dia tak berlaku jujur. Kalau kedua adiknya tak buka mulut, mungkin aku takkan tahu hubungan dia dan bekas tunangnya serumit ini. Mahupun begitu, masih ada beberapa persoalan lagi belum terjawab. Apakah persoalan itu, aku pun tak pasti.
berjalan berpegangan tangan ke hospital yang menjadi tempat aku praktikal. Kata Khairul, dia ada kerja di sana. Ingin bertemu kawannya barangkali. Malas nak ikut dia naik ke tingkat atas, aku buat keputusan untuk tunggu di kafeteria yang sarat dengan umat manusia menjamu selera.
Tempat duduk kosong di hujung sudut kafe itu, aku tawan. Tiba-tiba aku teringatkan perbualan Khairul dengan seseorang tempoh hari. Dia nak beritahu apa? Sampai sekarang, dia belum beritahu apa-apa pun.
"Excuse me, ada orang ke?" tegur seorang lelaki yang mengenakan t-shirt hitam.
Aku cepat-cepat geleng.
"Saya nak tumpang letak sekejap, boleh? Saya terlupa nak order lagi satu air."
"Oh, okey. Boleh, encik. Sila-sila."
Secara berhati-hati, dia meletakkan beberapa plastik berisi makanan dan minuman. Banyak betul. Nak buat kenduri agaknya. Tapi... Kalau tambah lagi satu air, bolehkah dia angkat semua sendiri?
"Eh, tak payah panggil saya encik. Nama saya Nazrul."
Sesudah memperkenalkan diri, dia minta diri ke kaunter pesan minuman. Beberapa minit kemudian, dia hadir kembali, bersama dua air dalam genggamannya.
"Nah, ni untuk cik. Terima kasih sebab tolong jagakan," ucapnya sopan.
"Sure." Aku berkira-kira nak sambut air yang dihulurkan. Zaman sekarang ni bahaya. Sesiapa saja boleh menjadi musuh dalam selimut. Kes aniaya orang pun sudah mencanak naik sejak kebelakangan ini.
"Jom, bro. Kau bancuh air ke apa? Lama gila." Seorang lelaki lagi muncul. Menepuk bahu Nazrul dari belakang.
Mata aku bertembung dengan lelaki itu. Dia tampak sedikit terpana.
"Ha, panjang pun umur kau, Aaron. Nah, angkat sendiri makanan gajah kau ni." Nazrul berikan plastik berisi bungkusan makanan itu kepada kawannya yang dipanggil Aaron.
"Puan Diana..."
Aku tersentak tatkala mendengar nama sendiri terpacul dari bibir lelaki asing itu.
"Awak kenal saya ke?"
Aaron? Aku ada kenal orang nama Aaronkah? Kalau Aaron Aziz aku kenallah.
"Diana." Khairul pula muncul. Menarik tangan aku agar merapati tubuhnya.
Aku hanya menurut. Situasi itu terasa amat canggung. Lelaki yang bernama Aaron dan Nazrul itu terus menunduk kepala mereka buat Khairul. Seperti tanda hormat. Pakat buat temu janjikah diorang ni? Muncul tepat pada masanya
Advertisement
- In Serial21 Chapters
Hopeless Romangatic
A high-school kid is so wrapped in romance mangas and the love that they have in them by the time an actual girl likes him he has no idea how to deal with her. After having to break up with his girlfriend, Yu, a 2nd year high-schooler spends most of his days reading romance mangas. It makes his heart flutter in ways never thought to be possible. His classmate Sara likes to watch over him from a distance. He really doesn't take care of himself making her worry for him. In actuality it's because she is in love with him. The only thing that she thinks is getting in the way is his manga. So she decides that she'll fix him up and show him what true romance is like. She's confident in her plans, but when it doesn't go her way she becomes very flustered and shy. And to make matters worse she's never actually been in a relationship before. How will things work out between the two? Who knows! Because I sure as hell don't!
8 88 - In Serial13 Chapters
A Beautiful Catastrophe
“Do you have regrets in life? As for me, of course I do. Lots of them in fact—my short life span, wasted youth, unfulfilled potential, and worse, no love life. If you’re given a chance to live once more, will you take it? You bet I will! And this time… I’ll make sure to do all the things I want! Live my dreams and fulfill my potential! This time… I’ll make sure to be happy—and maybe, fall in love too.” - Senara Lee Synopsis: “You are the author of your life. It is your choice to either fill it with joy or tragedy.” A dying woman reminisces on her short life and comes to regret not doing the things she likes—always sacrificing her own happiness for her family. On her deathbed, she whispers her wishes to a friend. “If only I could go back in time… I’ll make sure to live my life for my sake and not somebody else’s.” Little did she know that her impossible wish would come true with the help of a mysterious woman. And in her second chance at life, she meets a certain problematic person… “Kaiden Ma.” Both the goal and envy of many men around the world, this young and handsome genius, who is also the heir to “Red Dragon Holdings”, has a little problem. One—he is way too grumpy; and two—he is mysophobic. With his family pushing him in a relationship, the problem escalated. For how can he possibly be in a relationship if he can’t even touch anyone? Due to this, he is forced to look for a suitable “pretend” partner. “Senara Lee. I’d like to offer you a deal.” “Hm? A deal? What deal?” “I need a fake girlfriend and you’re the only one who’s trustworthy enough to assume the position. Be my girlfriend for a year and I’ll make one of your books into a movie.” “For real?! You bet I’m in! Anything for my babies!” (babies—she’s referring to her books, yes, she calls them her babies). And so, their hilarious and catastrophic game begins… Well, at least until the “Guardians of Fate” comes in. ============ FOLLOW ME and add me to your FAVOURITES if you like the story and leave me a review! ~ Update Schedule: 1 chapter daily ~ ============ FOLLOW ME ON: Facebook Page: Macy_Bae Instagram: author_macy_bae Youtube: Macy_Bae Spotify: Macy Bae Commissioned Cover done by @cyuuri21 You can follow here on Instagram by searching her username
8 197 - In Serial7 Chapters
I Really Am An Internet Celebrity!
Vermillion was a normal 19 year old guy. There was nothing special about him, The only noticeable trait that he has is that he never thinks seriously and always thinks of jokes or sarcastic things that make people laugh! When his parents died they gave him enough money for him to live in comfort all his life. One day, Vermillion hears about a thing called Twitter. He got confused so he made an account on it. Inspired because of a dream he had, he vows to become an Internet Celebrity using all ways he can become one.
8 111 - In Serial6 Chapters
A New Story
~~A work in progress, may have to delete at some point. ~~ Owen and his absurdly wealthy family move into a renovated castle, and he starts seeing some really weird things. Is there more to his new home than it appears? Or is he just going crazy now...
8 186 - In Serial70 Chapters
teen wolf imagines ⭐️
smut, fluff and sometimes preferences .all from tumblr unless I can be bothered to write one myself.#22 lemons - 7th May 2020#11 scott - 17th May 2022
8 193 - In Serial34 Chapters
Stranded
Becca is a insecure, attractive girl who is an outcast in her high school. Noah is popular, player, hot guy. An unexpected incident occurs and it's up to them to survive together. Slowly they start to fall for each other. Was it chance or was it written in the stars?Mostly in Becca's perspective.
8 283

