《Pengganti Paling Setia ✔》Bab 32 ~ Future ~
Advertisement
aku dari lena panjang, sejurus mendengar desahan kecil dari sisi. Di saat aku gerakkan jari-jemari, tangan aku ditenggelami satu tangan yang lebih besar. Wajah sang pemilik tangan hangat itu, aku renung dengan penuh hiba.
Peluh dingin memercik di segenap dahi Khairul. Dia berkerut panjang, seperti didatangi mimpi buruk lagi. Itu bukanlah kali pertama. Semenjak menjadi isterinya, aku perasan yang Khairul ada sedikit masalah untuk lelapkan mata. Tidur pun sekejap. Sehari empat hingga lima jam saja.
Sebelum kami berkahwin, aku ingatkan para pelajar universiti saja yang terseksa dek harus bersengkang mata siapkan kerja yang bertimbun. Rupanya, pensyarah pun tidur tak cukup. Itu belum dicampur dengan waktu dia tengah sibuk dengan research lagi. Habis meja dia dipenuhi helaian kertas-kertas kajian. Sampaikan rupa meja pun tak kelihatan.
Percikan jernih di dahinya, aku kesat dengan ibu jari. Mata aku berair mendung. Masih terkesan dengan kejadian yang menakutkan sebentar tadi. Suara dia, sentuhan dia dan ketulusan dia telah hadirkan sinar harapan yang aku sangka sudah malap. Hanya Allah saja yang tahu betapa bersyukurnya aku di kala suara dia meniti gegendang telinga.
"Abang..." Aku gerakkan bahunya. Memaksa dia keluar dari mimpi buruk itu.
Desahan berat di bibir Khairul terhenti. Kerutan di dahinya juga mengendur.
"Abang mimpi apa ni, hmm?" tanyaku. Tangan aku mendarat di ubun-ubunnya pula, menolak naik lebihan rambut yang menutupi dahi basah Khairul. Lantas itu, pipi kanannya aku belai dengan penuh kasih. Ingin meredakan kegelisahan yang sedang bertapak di hatinya.
"Diana..."
"Ya, abang. Depan abang ni Diana, isteri abang." Aku meyakinkan Khairul yang nampak masih terpinga-pinga.
"Anak kita... Dia selamat...," beritahunya dengan suara bergetar.
Tangan Khairul mendarat di atas perut kempis aku yang belum menampakkan isinya. Tanpa berfikir panjang, aku menggenggam jemari itu. Angguk. Senyuman nipis aku ukirkan buatnya.
Waktu Khairul tak menang tangan melayan ahli keluarga kami yang berkumpul di luar, Dr Anna sempat masuk bersama seorang jururawat buat menjelaskan segalanya. Aku hanya alami pendarahan ringan. Alhamdulillah, ianya tak menjejaskan kandungan aku.
"Ya, saya tahu... Saya boleh rasa yang dia masih ada dengan kita..."
Khairul menatap redup anak mataku. Mata cantiknya sedikit berkaca. Diam seketika. Hanya nafas kami kedengaran, ditemani deruan pendingin hawa. Aku sekadar menunggu dia meluahkan apa yang dirasakan.
Kalau dia marah sekalipun, akan aku terima dengan hati terbuka. Memang selayaknya aku 'disekolahkan'. Tak sepatutnya aku rahsiakan hal sepenting ini daripada pengetahuan dia. Andai bayi kami terkorban tadi, pasti aku harus menanggung rasa bersalah seumur hidup.
"Kenapa awak tak bagi tahu saya yang awak dah pregnant dua bulan? Awak tak suka baby ni? Awak tak sudi nak mengandungkan anak kita?" soal Khairul bertubi-tubi. Memuntahkan pelbagai persoalan yang telah lama menemani hari-harinya.
Aku tersentak. Nada suara Khairul kedengaran begitu sayu, bersulamkan rasa kecewa.
Tak sempat aku menjawab, Khairul mengukuhkan genggaman tangan kami.
"I can be a good father, Diana. Saya memang datang dari keluarga yang tak sempurna. Saya pun tak sempurna. Tapi saya janji, saya akan cuba untuk jadi daddy yang terbaik untuk anak kita. Saya yakin perkahwinan kita takkan berakhir macam parents saya... Walaupun saya tak pandai sangat bab-bab agama, tapi setiap kali lepas solat, saya selalu doa dekat Allah. Saya nak Dia kekalkan rasa sayang kita sampai bila-bila."
Air mata aku tumpah sejurus menyaksikan mata Khairul turut dibasahi titisan jernih. Kerana aku, dia banyak menzahirkan air mata. Tanpa aku sedari, setiap tutur bicara dan perbuatan aku telah banyak menggores hati lelakinya.
"Apa abang cakap ni? Ni baby kita abang, mestilah saya sayangkan dia. Saya sayang dia lebih daripada nyawa saya sendiri."
Khairul geleng. Seakan tak boleh menerima ucapan aku.
"Habis tu, kenapa awak tak nak baby kita kenal dengan daddy dia? Sebab awak tak nak dia ada daddy macam saya kan?"
Advertisement
Mata aku membundar. Tak percayakan kata-kata gilanya itu.
"Abang!"
Khairul menutup wajahnya dengan kedua belah tangan. Seolah-olah meluat hendak menatap wajah isteri sendiri. Cincin perak di jari manisnya itu, aku pandang bersama deraian air mata. Kesetiaan Khairul tak pernah sekalipun tergugat. Hanya aku. Hanya aku yang selalu sangsi dengan kisah silamnya. Sedangkan aku tahu, aku tak layak nak menilai dia berdasarkan sejarah hidupnya.
"Khairul Zenith, listen..." Aku tekankan suara. Cuba memaksa dia agar mendengar apa yang cuba aku bicarakan. Lengannya aku pegang, namun pantas ditepis begitu saja.
"Saya memang dah plan nak beritahu abang. Saya yakin abang boleh jadi daddy yang baik. Because you're such a wonderful husband, abang. Tapi saya tak yakin dengan diri saya sendiri. Saya rasa semua ni macam cepat sangat. Dan lepas apa yang Hazel cakap, saya tak boleh berhenti fikir pasal tu. Saya dah cuba abang, tapi tak mudah untuk saya hapuskan cakap dia macam tu je."
Khairul diamkan dirinya seketika, lalu membuka kembali mulutnya.
"Cepat sangat? So, you're trying to say that he's a mistake?"
Aku meraup wajah. Sebab ni tak ada gunanya bertekak waktu panas-panas baru keluar dari oven. Ia hanyalah memburukkan keadaan. Namun, demi mengelakkan salah faham berlarutan, aku tak boleh berdiam saja. Aku harus berjuang untuk perkahwinan ini.
"Tak bukan macam tu... Ya Allah..."
"We expected this, Diana. Getting married, having children, building our own family, every married couple expected this. But not you. That's why I'm so disappointed with you."
Mata Khairul kini kering, kosong tanpa secebis rasa. Menunjukkan sisi batunya sudah muncul. Itulah sisi yang paling sukar untuk diruntuhkan. Ianya pasti memakan masa yang cukup lama.
"Awak tidurlah. Saya nak ke toilet sekejap."
"Abang..."
Sekali lagi, aku cuba mencengkam lengan Khairul agar kami dapat menyambung perbicaraan dari hati ke hati. Namun, dia pergi begitu saja. Tanpa sebaris kata. Pasrah. Aku lepaskan keluhan hampa. Lebihan titisan jernih menghujani pipi. Sungguh aku rindukan si dia yang selalui ada untuk hapuskan air mata ini.
Tapi aku sedar, yang mampu aku lakukan tika ini hanyalah bersabar. Berdoa agar dia cepat-cepat sejuk. Aku yakin, marah-marah Khairul sekalipun, dia takkan abaikan bayi dalam kandungan aku. Aku pasti.
ahli keluarga dan kenalan rapat kami, aku sambut ala kadar. Tak ada selera nak melayan orang. Tengok muka masam Khairul saja sudah cukup hendak mematikan segala nafsu bergembira aku. Dia masih melayan aku seperti puteri raja. Apa yang aku nak, semua dituruti. Tapi satu hal saja yang dia enggan lakukan, iaitu bersembang dengan aku. Dia banyak diamkan diri semenjak kejadian yang tak diingini itu.
Sebaik saja tiba di rumah, aku loloskan diri ke bilik kami. Ah, rindunya dengan bau ni. Nak termuntah rasanya dengan aroma hospital dan ubat-ubatan selama tiga hari berturut-turut. Senyuman aku melebar. Gilakan wangian yang sentiasa dipakai Khairul. Sejak dia buat penjarakan fizikal, terpaksalah aku curi-curi bau saja. Diharamkan datang dekat.
"Abang..."
Khairul yang baru saja melabuhkan punggung di atas sofa, menjongketkan kening tersusunnya.
"Baby nak hug..." Bersandar pada kepala katil, aku depakan tangan. Mahu dipeluk seerat mungkin. Dekat hospital mana boleh berpeluk macam ni. Tak ada peluang sama sekali.
Khairul kecilkan matanya.
"Betul baby yang nak? Baby besar ke baby kecik?"
"Mestilah baby kecik. Cepatlah abang...," bohongku. Waktu hamil ni, nak minta apa-apa kena sebut nama anak. Kesian dia, kena fitnah selalu. Tapi itulah modal yang paling terjamin sekali. Kemungkinan untuk dapat lebih tinggi.
Badan aku gedikkan ala-ala sotong kurita. Menyuruh Khairul agar lebih cepat menuruti kemahuan aku.
"Kita kan baru balik daripada hospital. Kena mandi dulu." Khairul beralasan.
Aku muncungkan bibir. Terasa hati. Bukan aku tak tahu, dia masih enggan nak bermesra. Khairul cakap baik-baik saja, tapi robek di hati aku seolah-olah baru kena jerkah. Mudah benar hati ini terluka selepas mengandung. Sensitif teramat sangat.
Advertisement
"Okey, abang mandilah..."
Khairul tak menjawab. Namun tatkala dia tanggalkan baju yang tersarung pada tubuh sasanya, aku sedar, mungkin permintaan aku agak keterlaluan. Lebih-lebih lagi lepas kecewakan dia. Aku sepatutnya bagi dia masa, bukannya memaksa.
Selimut tebal di kaki aku tarik, menutupi seluruh tubuh. Dari hujung kaki sampailah ke hujung rambut. Salah satu cara hendak memujuk hati. Pandai buat masalah, pandai-pandailah aku tanggung. Nak tunggu orang tu pujuk, dia pun aku kena pujuk lagi.
Sementara menunggu Khairul habis mandi, aku lelapkan mata. Syukur rasanya memikirkan sekecil-kecil nikmat yang telah Allah anugerahkan buat aku dan keluarga kecil kami. Tapi itulah, ujian juga yang selalu aku keluh kesahkan. Jika dikira segala nikmat yang dikurniakan, maka tak terkiralah nikmat-nikmat itu. Terlalu banyak.
aku terganggu tatkala lengan aku disentuh sepasang tangan dingin. Senyuman aku terbentuk. Haruman tubuh Khairul memenuhi rongga hidung. Tangan dingin itu kemudian melingkari pinggang aku, sebelum membawa tubuh aku ke badannya yang tidak berbaju. Kulit bertemu kulit. Aku turut melakukan hal yang sama, membalas mesra rangkulannya.
Kami berkeadaan begitu buat seketika waktu. Membiarkan masing-masing hanyut dengan perasaan sendiri. Lukisan tatu cincin di belakang bahunya, aku sentuh. Jika dia tahu akan ketakutan berlebihan atau fobia aku terhadap kegelapan dan masih menerima aku seadanya, apakah alasan aku untuk tidak menerima kekurangan dia?
Rupanya selama ini, aku yang tewas dengan perasaan sendiri, dek dihasuti dengan bisikan syaitan yang ingin meruntuhkan bahtera rumah tangga anak-anak Adam. Aku yang gagal untuk bekerjasama membangunkan bahtera ini ke jalan yang Allah redai.
"Saya... Maafkan saya. Maafkan Diana Eirina yang selalu sakitkan hati abang...," ucap aku, memecahkan batu bata kesunyian antara kami.
"Hmm...," balas Khairul pendek.
"Saya tak pernah pandang rendah dekat keluarga abang. Kalau abang nak tahu, saya pun lahir dalam keluarga yang bermasalah. Ibu dengan ayah kandung saya pun pernah bercerai. Dekat hati saya, abanglah lelaki yang paling special sekali. Saya berani jamin yang baby kita mesti bangga sangat ada daddy macam abang." Aku berbisik.
Usai menghabiskan bicara, bahu Khairul yang dihiasi tatu itu, aku kucup. Suhu tubuhnya yang tadinya dingin, menjadi suam. Sedikit terkesan dengan tindakan berani aku.
"Saya dah maafkan awak, Diana. Saya pun salah. I should have asked you first. I didn't know that you weren't ready for this..."
Aku renggangkan tubuh kami, memberi ruang untuk melihat wajahnya.
"Awal-awal dulu, mungkin saya tak ready. Now, I'm so ready to be the mother of our children, abang."
Senyuman nipis mula menghiasi wajah kacaknya. Ibu jarinya mula meliar ke kening aku, sengaja dikuis-kuis seperti hendak menidurkan bayi.
"Macam mana abang boleh tahu saya pregnant?" Aku bertanya sambil bermain-main dengan jari-jemari panjangnya.
"Ada orang tu nak sembunyi, tapi letak buku pink dia merata-rata."
Aku tayang muka pasrah. Tergelak kecil. Kata orang, buat kerja tak clean. Sejurus itu, Khairul mencantum tangan kami. Matanya melekat di situ, seperti sedang menyusun kata yang hendak dilontar keluar.
"Waktu awal-awal nampak buku tu, saya rasa happy sangat. Tiap-tiap hari saya tunggu awak cakap, tapi awak diam je. Waktu tu banyak benda datang dekat kepala saya. Saya rasa macam saya langsung tak diperlukan sepanjang tempoh awak pregnant ni. I mean, if I'm not here, you can survive on your own. Sometimes, men could be hopelessly useless."
"Useless? Nope. Not at all. Siapa yang selamatkan saya dekat stor haritu? Waktu saya kena admit dekat hospital pun, lelaki yang abang cakap 'useless' nilah yang jaga. Waktu baby nak hug, abang je yang boleh tolong. That's how important you are, Dr Zenith."
Tiada kata terluah dari bibirnya. Hanya mata campuran warna kelabu coklat itu saja yang berbicara. Memberitahu aku bahawa dia terharu dengan ucapan tersebut.
"Lagi satu... Macam mana abang tahu saya ada nyctophobia?" Soalan yang berat untuk aku tanyakan itu akhirnya terluah juga.
Ketakutan yang melampau pada tempat dan suasana gelap ini sudah hidup dengan aku bertahun lamanya. Sehingga hari ini, fobia itu masih tak terawat. Namun, selepas menjadi isteri Khairul, rasa takut itu kian terkawal. Sekarang, aku sudah boleh tidur tak bertemankan lampu terang-benderang. Nikmatnya tak tergambar. Sungguh aku syukuri.
Setiap kali berada di tempat gelap, Khairul akan bantu aku untuk hadapi ketakutan itu. Teknik kawalan pernafasan, terapi kognitif dan bermacam lagi telah diterapkan. Kata Khairul, aku tak boleh lari selamanya. Rasa takut terhadap kegelapan itu harus dilawan dengan kegelapan itu sendiri. Tak ada cara lain.
Sangka aku sebelum ni, dia sekadar tahu tentang rasa takut aku terhadap gelap. Tak tahu pula yang dia juga tahu mengenai fobia yang menimpa aku sejak zaman sekolah lagi. Pandai betul dia pura-pura tak tahu.
"Saya syak bila awak menangis teruk dekat Canada. Nafas awak kuat, menggigil, berpeluh satu badan, cemas dan panik bukan rasa takut biasa. Semua ni simptom nyctophobia. Lepas kejadian tu, saya telefon ibu. Ibu yang cerita dari A sampai Z tentang awak ada nyctophobia," beritahu Khairul, bernada tenang.
Degup jantung aku meningkat. Sejak awal perkahwinan kami lagi, dia dah tahu?
"Abang... Abang tahu pasal saya kena... Erm, kena..." Aku tak mampu menyambung kata-kata itu. Bayangan memori buruk itu kembali menerpa tanpa salam. Itulah rahsia yang ingin aku telan sampai bila-bila. Namun, seperti selalu, Khairul lebih pantas mengambil tindakan.
Khairul menepuk-nepuk perlahan belakang tubuh aku yang sudah didatangi peluh dingin. Dia nampaknya mengerti akan apa yang sudah aku lalui.
"Saya tahu...," jawab Khairul. Masih tenang.
Aku geleng. Tanpa aku sedari, titisan jernih membasahi tubir mata.
"Kenapa abang tahu? Saya tak nak abang tahu..."
Esak tangisku mulai kedengaran. Melihat aku menghamburkan rasa yang lama tersimpan, Khairul menarik aku ke dakapan hangatnya. Membiarkan air mata aku menitis pada dadanya.
"Despite all the pain and suffering, you grew up really well, amora. Awak jadi anak yang solehah untuk ibu dan abah, kakak yang terbaik untuk Daniel dan Dalia, dan isteri yang paling sempurna di mata saya. Tak lama lagi, awak akan mummy yang paling penyayang untuk anak kita. You don't know how proud I am."
"Wak...waktu tu, sa...saya ta..takut sangat. Ta...tapi tak ada sesiapa pun yang datang tolong. Sa...saya pang..panggil ibu... Ibu tak ada..." Tergagap-gagap aku cuba menceritakan momen hitam itu. Selama ini, aku pendam sendirian. Tak ada sesiapa tahu, termasuk Fathina. Aku tak mahu orang dekati aku semata-mata kerana belas kasihan.
Selepas menenangkan aku, Khairul memasang telinganya, mendengar cerita sebenar secara terperinci. Bukan hanya Khairul, aku juga pernah berdepan dengan situasi penceraian kedua ibu bapa. Sebelum pergi ke sekolah dan setelah pulang dari sekolah, yang aku saksikan hanyalah perbalahan besar antara ibu dan ayah.
Ada satu ketika, ketika rumah tangga mereka berada di ambang kehancuran, ayah mula naik tangan sejurus diberhentikan kerja. Boleh dikatakan setiap hari, ibu akan ditampar, diheret dari dapur ke ruang tamu dan ditendang seperti bangkai busuk. Langsung tak berperikemanusiaan.
Kerana tak sanggup lagi melihat ibu diperlakukan seperti binatang, aku cuba menghentikan perbuatan ayah. Dek tindakan berani aku, marahnya mengganas dan aku pula dijadikan punching bag bernyawanya. Tangan seorang bapa yang pernah aku hormati dan sayangi, tangan itulah yang menyakiti aku.
Sewaktu ibu terlantar di atas katil kerana patah tangan dan kaki, aku pernah dibelasah ayah dek cuba menelefon guru kelas. Selepas puas melepaskan nafsu amarahnya, aku dikurung di dalam salah satu bilik kosong yang terletak di tingkat atas rumah kami. Selama dua hari lamanya, aku terkurung di dalam neraka dunia itu, bertemankan bermacam binatang-binatang kecil yang menjijikkan.
Berkat keprihatinan guru kelas, dia melawat ke rumah setelah seminggu aku tak hadirkan diri ke sekolah. Dan saat itulah, segala perbuatan hina ayah terbongkar. Selepas kejadian itu, aku mendapatkan rawatan rapi kerana alami tulang rusuk patah dan retak di bahagian kaki. Kesan daripada dikurung di bilik tanpa cahaya itu, aku alami ketakutan yang amat dahsyat terhadap tempat-tempat gelap. Itulah trauma, hasil kekejaman seorang ayah.
Berkerut-kerut dahi Khairul mendengar aku menghabiskan kata. Kini, tiada lagi riak tenang di wajahnya. Kulit muka dan matanya memerah, menahan geram dan amarah yang membara.
"Sebab tu saya cakap, kalau nak dibandingkan dengan keluarga saya, keluarga abang jauh lebih baik. Saya suka family abang. Diorang semua baik-baik. Tak ada seorang pun yang ingatkan saya dekat ayah."
Bibir Khairul menjengah ubun-ubun aku. Lantas itu, anak matanya mengunci anak mata aku.
"I was waiting for the right time to tell you this. So stupid of me. I forgot the fact that I don't need the right time. Every single moment with you will always be the right timing."
Debaran halus mula mengetuk pintu hati aku. Menunggu dia menyambung kata.
"Tell me what?"
"I love you, Diana Eirina."
Aku terkaku. Kehilangan kata. Tak menyangkakan kata keramat itu akan terpacul keluar dari bibir Khairul tika aku meluahkan mimpi ngeri yang sudah lama terbuku di dalam lubuk hatiku.
"Loving you at this moment means accepting your past as well. Saya sedar yang saya takkan mampu nak buang memori pahit tu dari kotak memori awak, sayang. Saya janji, kita akan gantikan semua mimpi buruk awak dengan mimpi yang indah."
"Maksud abang?"
"We shall let go of the past and create a better tomorrow. A better future."
Buat kesekian kalinya, mata aku berair lagi. Angguk. Teramat bersedia hendak melalui perit dan getir kehidupan bersamanya.
"Don't you love me?" tanya Khairul dengan muka monyok.
Aku tergelak kecil, bersama titisan air mata terakhir buat malam itu.
"I love you, abang. I really do."
di sebuah restoran gah dan ternama di Malaysia, Ineffable Restaurant, aku tarik perlahan sebelum melabuhkan punggung di situ. Ada dua insan penting yang aku nantikan di situ. Orang-orang yang bertanggungjawab menempah restoran harga bukan kaleng-kaleng ni.
Selepas membuka kisah hidup aku sepenuhnya kepada Khairul, sudah tiba masanya aku turut memahami kehidupannya pula. Nak tunggu si tuan badan buka mulut, berjanggutlah jawabnya. Oleh itu, aku mengambil keputusan untuk bertanyakan hal tersebut kepada dua orang terpenting dalam hidupnya.
Advertisement
The Mafia Leader's Bambino
Mia Harris is a beautiful African American woman Journalist who just got popular. She's a bad girl but with a good girl appearance. She's clumsy enough to bump into the big bad mafia leader Niccolo Lombardi while walking through the park.Niccolo Lombardi aka Nico The powerful mafia Leader who is italian is a hardcore badass on the outside but what's he like on the inside? No one's ever got close enough until Mia came will she make it as the Mafia leaders girl? Or will she be used like every other girl he's had? Will she ever tell him who she really is?I DO NOT OWN THESE PICTURES?!
8 106DIEGO'S INNOCENCE
"I didn't do it!" A voice is heard crying in the dark prison cell. "you need to believe me. I am innocent." ~~~~~~~~Diego Martino is a thirty year old who has spent five years in jail. He was accused of a crime he did not commit. Siara Rowland is a twenty-one year old intern at Grand's Law firm. She is studying to be a lawyer and her first client is Diego.WARNING: SUICIDE, OVERDOSE, DEPRESSION AND MORE.(I am no lawyer so my story is not like typical lawyer stories, the story focuses a lot on mental health)
8 140Heart Strings | ✓
Jackson Vallen CohenA worldwide famous singer, songwriter and actor. Has been in the industry since he was a child when he posted that cover on YouTube when he was eight years old and it started to blew up. Has a great family and two dogs. A heartthrob, with killer looks and gorgeous emerald green eyes that would have your heart skipping a beat or two. But beneath all that is a heart for longing for that someone that still has his heart captured.Callisa Beatrice GarwoodA preschool teacher, which she actually enjoys and loves. She likes interacting with people, especially children, and loves to spend time with her cat, Mr. Louie. During her free time, you can find her in the kitchen whipping up something to bake and share her extras with the people around her. She's might look like there's nothing wrong, but behind that fake exterior is a broken person who hasn't quite move on from her past._________But before all that, back in the town where they've grown up, they were inseparable ever since Jackson punched the guy that was bullying Callie during in the third grade and they were best friends ever since and during those years they fell in love with each other. They finally dated during high school, but not without their challenges coming through their way.And that's what ended them and they drifted away.Now after six years, fate bought them back together. Clearly, both of them are still in loved with each other. But the question is: Will they give it a second chance this time?
8 87Living With The Asshole
[Highest ranking : #6 in Humor]When Ashley's parents have to leave town for a few months,she is more than happy to stay with her best friend,Kayla.But after a bad fight with her,Ashley is forced to live with Amanda Woods,a friendly girl she barely even knows AND her blockhead of a brother who annoys her to no end.Will Ashley be able to get through three months of living with the asshole?
8 102True love shatters ...ishqbaaz
That day he thrown her out of house for punishing her betrayal....who thought it was last day of her to live..The girl with similar appearance reappears in his life.Is she came back with new identity or the person was another ...lots of questions in his mind....will he able to find answers and reclaim his love.....Let us wait and see.
8 141Balance(Bakugo x fem! Avatar reader)
The Avatar has vanished from the history of the world.When a girl enters the world containing the powers of this legend.She will be sent out to "fix the world"But no one can do it all on their own.When the responsibility of the world's balance falls on one's shoulders,One tends to forget to maintain the balance within.When she meets another imbalanced individual...They will bring balance to each other.************Started: Jun 9, 2019Ended: (DISCLAIMER: These events will not be 100% accurate. So don't come at me please.)j
8 181