《Pengganti Paling Setia ✔》Bab 30 ~ Rahsia ~
Advertisement
Aku merenung sejadah yang terhampar di atas karpet. Seakan tak percaya apa yang dikatakan oleh wanita yang merangkap doktor pakar puan yang membantu aku siang tadi. Apa yang dia sebutkan, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
Sepanjang aku muntah, dialah yang ada di sisi. Menepuk-nepuk belakang tubuhku persis seorang ibu menenangkan anaknya. Patutlah sifat keibuannya menyerlah. Rupa-rupanya, dia bertugas sebagai doktor OB/GYN, iaitu obstetrician-gynecologist. Dalam bahasa mudah, dia pakar dalam selok-belok kehamilan dan kesihatan sistem pembiakan perempuan.
Katil tanpa penghuni di sisi, aku pandang sepi. Rumah agam ini terasa sunyi tanpa kehadiran si dia. Walaupun aku yang memegang tugas membingitkan suasana rumah ini. Namun, bersama Khairul, momen seperti itu terasa jauh lebih istimewa.
Keluhan berat terpacul dari bibirku. Bersediakah aku menggalas amanah ini?
" kahwin ke?" tanya wanita itu sejurus kami keluar dari bilik air yang tersedia di dalam salah satu bilik doktor. Dia melangkah tenang ke kerusi yang terletak di sebuah meja kerja. Kot putih yang sering dipakai doktor disarung tenang ke tubuhnya.
Aku tersentak. Detak jantung mulai berlumba haram. Rasa tak selesa mengetuk sel-sel tubuh. Patutlah dia boleh masuk ke sini, doktor rupanya. Masak asam pedaslah aku jawabnya.
"Dah..." Aku menjawab takut-takut. Cuak.
"Jangan takut. Duduklah dulu," pelawa doktor berkaliber itu sambil membetulkan kedudukan kerusi yang terletak di samping meja kerjanya.
Meski berat hati, aku tetap berjalan perlahan, mengikut arahannya. Mata aku melekat lama pada alatan-alatan perubatan yang menyeramkan di atas belakang tubuhnya. Macam-macam ada. Dari sekecil-kecil kapas, sehingga sebesar-besar alatan memeriksa kandungan. Mesin ultrasound.
"Awak mengandung ke?"
Terdiam seketika, sebelum teragak-agak aku gelengkan kepala. Setakat ini, masih tak ada jawapan yang sahih untuk soalan itu.
"Erm... Tak... Tak tahu."
Dia angguk beberapa kali, lalu berkata.
"Okey. Kalau macam tu, kita buat test dulu. Nanti awak..."
Mendengar perkataan test, aku terus berikan gelengan padu.
"Maaf, doktor. Saya tengah buat internship dekat unit psikologi sekarang ni. Erm... Saya rasa, saya kena pergi dulu. Nanti Prof. Yumna cari saya." Aku beranikan diri untuk menyatakan hal sebenar. Salah satu alasan untuk larikan diri. Setakat nak tahu mengandung atau tak, pandai-pandailah aku beli alat pemeriksaan kehamilan nanti. Lepas dah pasti, baru jumpa doktor.
"Prof. Yumna? No worries, she's my buddy. I'll let her know in a minute."
Tangkas doktor itu buat kerja. Dia tak menipu. Dalam masa seminit, dia sudah menelefon dan memberitahu Prof. Yumna tentang situasi yang aku alami saat ini. Siap cerita pasal adegan muntah aku lagi.
Sesudah dia mematikan talian, aku taburkan alasan buat kesekian kalinya.
"Erm... Tak apa, doktor. Lagipun, saya tak buat appointment. Tak best pulak kalau ibu mengandung lain tertunggu-tunggu. Nanti saya beli pregnancy test dekat farmasi. Kalau betul saya pregnant, lain kali saya datang dengan husband saya." Aku masih berdolak-dalih.
Tangan panjangnya yang terletak di atas meja disilangkan ke tubuh.
"Awak anggap mengandung ni benda main-main ke?" soalnya serius, tanpa secalit senyuman menghiasi bibir merahnya. Sekali pandang, tampak persis seperti guru disiplin aku suatu ketika dulu.
"Tak. Saya..." Teragak-agak aku nak jawab. Takut dicop biadab pula nanti.
"Kalau awak ada rasa tanda-tanda mengandung, jangan abaikan. Berapa ramai wanita dekat luar sana yang gugur sebelum sempat tahu diorang mengandung. Pregnant women need extra care. Tak boleh overwork. Tak boleh overstress. Ramai ibu mengandung ambil mudah perkara ni. Bila gugur, menyesal pun dah tak ada gunanya."
Terkebil-kebil aku mendengar tazkirah tersebut. Tak sempat berbuat apa-apa, dah kena marah. Jujur, aku bukannya nak abaikan soal hamil. Tapi, aku sememangnya anti doktor sejak kecil. Seumur hidup, tak pernah lagi aku melawat doktor seorang diri macam ni. Kalau ada Khairul, tak apalah juga.
Selepas terkena penangan ceramah mengenai kehamilan, aku akur jua. Beberapa ujian dilakukan oleh doktor itu. Dan tepatlah tekaannya. Aku ikut jejak langkah Fathina. Termengandung juga. Sudah empat minggu usia kandungan ini. Saat berita gembira itu diumumkan, otak aku kehilangan tenaga untuk memproses. Rasa macam cepat sangat.
Advertisement
"You should be happy, Diana. Being able to conceive a child is the greatest blessing of being a woman."
"Terima kasih, doktor. Sebab dah banyak tolong saya harini," ucapku dengan fikiran masih di awang-awangan.
Macam mana nak beritahu Khairul? Selama ini, kami tak pernah berbincang soal anak. Apatah lagi lepas kejadiaan dia mengamuk sakan di rumah keluarga aku. Marah-marah dia pun, aku mengandung jugak. Buat rugi air mata saja. Hampeh betul.
"Jangan lupa datang next appointment. Kalau boleh, ajak husband sekali."
"Baik, doktor. Erm... Nama doktor apa ya?"
"Just call me Anna."
"Baiklah, Dr Anna."
Aku angguk sebagai tanda hormat, sebelum meloloskan diri dari bilik itu. Buat beberapa saat, aku tercegat di depan pintu. Keliru dan teruja dengan berita ini. Aku tenggelam dalam bermacam bayangan reaksi Khairul. Sudikah dia terima kehadiran insan baru dalam hidup kami? Atau segalanya terlalu tiba-tiba?
suntuk, Khairul tak angkat panggilan. Suara yang asyik diulang-ulang tanpa henti hanyalah skandal terbesar setiap insan yang memakai telefon. Siapa lagi jikalau bukan operator voicemail. Itu saja kerjanya. Hadirkan rasa hampa buat mana-mana pemanggil.
Aku bermain-main dengan hujung jari. Rasa gusar memikirkan rahim aku sudah dihuni satu nyawa baru. Di usia semuda ini, ianya terasa sangat janggal. Bagaimana dengan penerimaan orang-orang yang aku sayang? Apatah lagi ibu yang dahulunya menyarankan aku agar tidak mengandung lagi buat masa ini.
Empat hari berlalu sejak aku tidur tanpa teman di sisi. Empat hari ini jugalah aku harus memujuk diri sendiri agar terus berfikiran positif, meski emosi langsung tak memberi kerjasama. Setiap malam, pasti air mata meleleh tanpa diundang.
Rahsia mengenai khabar kehamilan aku belum diketahui sesiapa kecuali Fathina. Aku memaksa dia agar mengunci rapat mulutnya. Sehingga satu saat aku benar-benar bersedia, biarlah rahsia kandungan ini tersimpan kejap di dalam poket aku terlebih dahulu.
Pap!
Fail hitam dan sebuah buku dicampak ke atas meja dari dua arah bertentangan. Sebelah kanan ialah Hazel dan sebelah kiri pula ialah Aiden. Kedua mereka melabuh punggung di kerusi dan tubuh disandarkan ke kerusi. Tampang mereka terlihat lesu. Biasalah, orang senang. Bila buat kerja susah sikit, merungut tak sudah.
"Woi..." Aiden menendang perlahan kerusi aku.
Cerlungan maut aku melekat pada wajahnya.
"Apa?"
"Kau dah ada tunang ke?" tanya Aiden bersahaja. Anak matanya meliar pada cincin di jari manisku.
Diam. Tiada kata terkeluar dari mulutku. Baru teringat bahawa hanya kenalan yang betul-betul rapat saja yang tahu akan perkahwinan aku dan Khairul. Hal ini kerana majlis perkahwinan kami diadakan secara tertutup.
"Awak ada hubungan apa dengan Khairul?" tuju Hazel pula.
"Dr Khairul, Hazel. He's not our friend. Respect him." Aku menegur kebiadabannya.
Hazel dan Aiden tergelak sinis. Ada api kebencian terpancar dari mata mereka. Entah kenapa, aku berasa seram sejuk. Apa yang pernah terjadi antara mereka dengan Khairul? Sampaikan dari dulu sampai sekarang, hanya kebencian yang terpancar di wajah mereka setiap kali nama Khairul disebut-sebutkan.
"Respect? This word doesn't suit a jerk like him, Didi." Hazel meneruskan kelancangannya.
"Maksud awak apa ni? Saya tak faham."
"Awak ingat saya buta ke, Didi? Saya nampak awak selalu keluar dengan Khairul. Mata dia pun selalu ada dekat awak. Apa hubungan awak dengan dia? Awak perempuan simpanan dia, kan? Baik awak mengaku cepat."
Hazel bertindak kasar dalam sekelip mata, mencengkam kuat bahu kananku agar menghadap tubuhnya. Mata dia merah, seakan-akan menahan air mata darah.
Aku bangun. Menepis cengkamannya. Perempuan simpanan? Serendah itukah nilai aku di matanya?
"Cakap baik-baik sikit, Hazel. Saya sabar lama dah dengan awak." Aku bersuara lantang. Tak mahu terus-menerus dipijak-pijak oleh kedua manusia bermulut sampah sarap itu.
Hazel turut berdiri tegak. Bertentang mata dengan aku. Senyuman menjengkelkan memenuhi wajah itu.
Advertisement
"Tahu tak perangai sebenar lecturer yang awak respect sangat tu? Kalau awak nak tahu, dia tu jenis kaki isap madu bunga sekali, lepas tu dia buang terus tepi jalan. Macam kertas kosong yang tak ada harga," bisiknya. Bernada sinikal.
Tubuh aku membeku di situ. Isap madu? Buang? Tangan dan bibir aku mulai menggigil. Geleng. Tak percaya. Perut aku yang tadinya baik-baik saja serta-merta terasa senak dan tegang sejurus mendengar perkara mengarut itu.
"Kenapa terkejut? Dia pernah puaskan awak jugak ke? Tunggulah sehari dua lagi, dia akan tinggalkan awak. Sama macam apa yang saya rasa." Hazel berbisik lagi.
Tangan aku naik ke perut. Perit. Rasa macam ditusuk-tusuk senjata tajam.
"Su...sudah. Jangan cakap apa-apa. Awak... Awak jangan nak fitnah..."
Hazel menapak rapat, mengunci mata berkaca milikku.
"Fitnah?" soalnya sambil tergelak kecil.
"Dua tahun lepas, saya jumpa Khairul dekat casino di Toronto, Kanada. Have you ever heard the term 'one night stand'? Yes, we did that. But guess what? Pensyarah yang awak sanjung tu, dia tak ingat pun. He kissed every inch of my body and yet he was acting like we never slept together!"
Tatkala Hazel menghabiskan katanya, mutiara jernih menuruni pipiku.
"Sudah... Sudah!"
"Lah, kenapa menangis ni? Awak dah jatuh hati dengan sampah yang rosakkan ramai perempuan dan lepas tu buat-buat lupa tu ke?" Hazel tayang raut risau versi plastik. Hipokrit.
"Gosh, you should have liked a better man, Didi," ujar Aiden. Melakukan cubaan hendak menyentuh dagu aku.
Buku di atas meja, pantas aku capai. Buku itu kemudian aku gunakan untuk mengetuk tangan jijik Aiden.
"Auch! Damn you, Didi!" amuk Aiden, mengipas-ngipas tangannya untuk meredakan kesakitan.
"Kau sentuh aku sekali lagi, aku takkan teragak-agak nak pacak buku ni dekat kepala kau, Aiden. Dan kau Hazel, sekali lagi kau cakap benda gila macam ni, aku koyak mulut kau terus." Aku muntahkan rasa bengang. Sudah tak tahan lagi dengan permainan mereka.
Langkah aku buka, nak lari dari mimpi buruk itu. Namun, soalan pendek yang diajukan oleh Hazel mematikan otot kaki aku. Mendengar soalan itu, segala kekuatan yang aku kutip satu per satu, hancur berderai.
"His tattoo... Beautiful, isn't it?"
Perlahan-lahan, aku toleh ke belakang. Mengamati wajah Hazel dengan pandangan samar-samar. Kerana mata sudah dilimpahi cecair jernih yang terlupa cara nak berhenti.
"After knowing this, you still like him? Admire his intelligence? At the end of the day, he's just a man, Didi. Their weakness will always be women. I don't think one girl is enough for a guy like him. Either you leave him or you get hurt instead. You choose."
Hazel dan Aiden menandingi langkah aku, berlalu dari situ dengan senyuman puas. Puas kerana dapat meruntuhkan kepercayaan yang telah aku bina sekian lama. Puas kerana mengelirukan aku tentang siapa suami aku yang sebenarnya.
Aku terduduk. Tangisan yang aku cuba telan sendirian mula bergema. Membayangkan wanita lain berada dalam pelukan hangatnya, aku tak kuat. Ya Allah, hamba-Mu ini tak kuat. Bantulah aku. Tunjukkan kebenaran kepada persoalan yang mencengkam jiwa ini.
masuk daripada Khairul dan Will, aku biarkan sepi. Ya, aku masih tak bodoh lagi. Aku belum percayakan kata-kata Hazel sepenuhnya. Bukti pun tak ada. Kata-kata saja tak mampu membuktikan apa-apa.
Tapi... Jikalau ada bukti, mampukah aku bertahan dengan kenyataan yang memeritkan ini? Mampukah aku memapah tiang mahligai kami yang hampir tumbang?
Saban hari, hati aku semakin goyah. Teringatkan kisah silam dia yang masih malap, aku sendiri tak dapat genggam sebarang jawapan. Kebencian dan dendam di mata Hazel langsung tak membantu. Seolah-olah meyakinkan bahawa ianya benar. Bukan cerita rekaan semata-mata.
Andai tak ada apa-apa berlaku, masakan Hazel boleh berdendam sampai sedemikian rupa? Dan Toronto, Kanada. Bagaimana dia tahu yang Khairul selalu ke sana? Dan tatu... Kalau dia tak pernah tengok tubuh Khairul, mana mungkin dia tahu.... Sebagai seorang isteri yang sah, aku sendiri pun baru sedar akan kewujudan tatu itu.
Aku pejamkan mata, membiarkan kolam air mata aku mengalir deras lagi. Hari ini saja, kelenjar air mata aku dikerah habis-habisan. Berat betul dugaan ini. Sungguh aku kasihankan zuriat kami yang tak salah apa-apa. Kehadiran dia sepatutnya diraikan. Bukannya ditangisi.
"Kau tak boleh macam ni, Didi. Risaulah aku tengok kau. Mata tu dah bengkak, tahu tak? Bahaya baby nanti kalau kau stres sangat. Aku suruh Uzzam cakap dengan Dr Khairul, okey? Bila dia balik nanti, kau discuss dengan dia."
Geleng.
"Tak nak. Aku tak nak, Ina. Kau tak perlu risau. Aku boleh selesaikan masalah ni... Aku boleh..."
Fathina mencekak pinggangnya. Menampakkan perut dia yang kian mengembang.
"Macam mana aku tak risau kalau mata kau tu dah macam panda baru terlepas daripada zoo? Tidur tak nak. Menangis tak berhenti. Makan tak payah cakap, sentuh pun tak. Kau nak jadi Kassim Selamat ke apa? Tolonglah bangkit, Didi. Kau tak boleh kalah macam ni. Tolong jangan ulang silap aku," rintih Fathina dengan mata berair.
Bahu tak bermaya aku digoncang perlahan. Aku tahu dia masih kesalkan sikapnya yang dulu. Pernah menghukum dan meninggalkan Uzzam seorang diri di Malaysia.
"Macam mana kau boleh tahan dugaan seberat ni, Ina? Dada aku, rasa macam nak pecah. Otak aku ni cuma mampu fikir dan bayangkan benda yang tak baik. Kalau aku dah tawar hati nanti, macam mana dengan nasib perkahwinan kami, Ina? Baby aku ni, aku tak nak dia membesar tanpa daddy dia."
Fathina melutut di depan aku. Jari-jemari aku kemudian digenggam kejap. Menyalurkan kekuatannya.
"Kalau aku boleh lalui fasa terburuk dalam sejarah hidup aku, kau mesti boleh. Macam aku cakap, kau jauh lebih kuat daripada aku, Didi. Kau kuat sangat. So please, do not underestimate yourself, hmm?"
Aku angguk lemah. Lantas itu, tangan menjengah ke kepala. Memusing.
"Didi? Didi!" jerit Fathina, memaksa aku menjawab panggilannya.
Terpejam-pejam mata aku, cuba hilangkan kekaburan di mata. Dunia aku berpusing-pusing. Panggilan Fathina kedengaran sayup-sayup di telinga. Namun, tiada lagi kuasa untuk menjawab. Perut yang terasa senak, aku pegang. Nafas aku memendek.
"...." Hanya perkataan ringkas itu yang terlepas dari bibirku, tatkala raut tampang kerisauannya menemani segenap pandangan ini. Mata aku masih terasa pedih. Padah menangis terlalu banyak.
Ibu tak menyahut. Sekadar menatap wajah anak sulungnya. Pipi aku diusap lembut. Disirami kasih seorang ibu yang tidak pernah berbelah bahagi.
Rasa panik menerkam sanubari apabila aku tersedar akan tangan yang berasa di atas perut yang diserang rasa senak sebentar tadi. Nafas aku kembali semput. Anak aku.... Anak kami...
Meracau-racau tangan aku mencapai tangan kasar ibu.
"Baby... Baby Didi..."
Pautan tangan aku, ibu balas dengan usapan lembut.
"Baby kamu okey. Doktor dah periksa tadi. Alhamdulillah, tak ada pendarahan."
Aku hembuskan nafas lega. Tak sanggup aku kehilangan malaikat kecil ini sebelum sempat menyambut kewujudannya dalam hidup aku. Meski masih berada dalam dilema, aku tak mampu nafikan kasih sayang yang Allah telah hadirkan di dalam hati ini. Aku nak baby ini tahu bahawa dia bukanlah satu kesilapan. Malah, dia adalah anugerah terindah dalam hidup aku.
Telefon aku berdering kuat, minta dijawab. Memahami keterbatasan aku, ibu berlalu mendapatkannya. Aku sambut huluran ibu dengan ucapan terima kasih. Melihat nama yang tertera, aku bertindak pantas mematikan panggilan tersebut. Empat puluh missed call daripada Khairul dan dua puluh daripada Will, aku buat tak endah.
Aku perlukan ruang dan masa. Tak mahu terlalu terikutkan emosi yang sedang naik turun. Bercakap ketika marah hanyalah membawa padah. Lebih baik aku diamkan dulu sebelum menyakiti mana-mana hati dengan bicara menghiris kalbu
Ibu hela nafas berat. Riak kekecewaan mewarnai wajahnya.
"Larikan diri takkan selesaikan masalah. Berat macam mana sekalipun, kamu kena hadap, bercakap dan berbincang. Rumah tangga akan mula goyah bila kedua suami isteri tak mahu bercakap dan pilih untuk diamkan masalah. Berharap masalah tu akan pulih dengan sendirinya. Masalah takkan selesai dengan cara melarikan diri, Didi."
Aku tundukkan pandangan.
"Didi tahu."
Ibu mengeluh.
"Sampai bila nak sembunyikan pasal kandungan tu?"
"Sampai Khairul jujur dengan Didi."
"Jujur ataupun tak, Khairul berhak tahu tentang anak dia. Ibu takkan masuk campur rumah tangga kamu. Tapi kalau kamu buat kerja gila, ibu takkan teragak-agak nak beritahu Khairul. Kamu dah matang. Buat apa yang terbaik untuk masa depan kamu dan anak dalam kandungan tu."
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah....
(Surah al-Ahqaf, ayat 15)
Advertisement
- In Serial35 Chapters
The Riveting Lives of Russell and Sal
Russell is a virtuous goth with a Christian upbringing. Sal is a carefree slack-off who would rather work retail than go to college. It was hate at first sight. Until they were forced to partner up in class. After their true feelings surface, Sal learns just how different he is from Russell, and all seems hopeless. How can their relationship last, if Sal is asexual? And that's not their only problem. Surprisingly unpredictable, The Riveting Lives of Russell and Sal is about two social outcasts that become the most unlikely couple imaginable.
8 196 - In Serial52 Chapters
The Rise
Despite being the son of two of the most powerful politicians in the country, Leon never cared greatly for politics. Until his father is suddenly arrested midway through his campaign. Leon, acting out with revenge and worry, finds himself in the middle of one of the greatest political rivalries in history.
8 118 - In Serial52 Chapters
A beta life
I heard the boys voice before i saw his face. It sounded like the smooth rehearsed kind of voice you hear in the movies, from the dream boat lead character with the too-good-to-be-true looks. I raised my eyes to search for the owner of the beautiful sound.My eyes met his just as he came into view.He stopped in his tracks, bumping into one of the med students he was following, staring straight at Me. "Mate" he said just loud enough for the huge man behind him to stop and stare in the direction of the boys gaze.I felt a sickening feeling deep in my stomach. I had never felt anything like it before, the instant feeling of nausea followed by what i can only describe as a rush of emotion. What a trip. The meds are extra strong today I laughed to myself as I continued to stare at the beautiful dark haired boy.This institution just got a whole lot better if he is a patient
8 261 - In Serial41 Chapters
The Whipping
After an Alpha has given up looking for their mate, and they need a Luna to help run the pack, they will organise an event known as The Whipping. Female volunteers from packs around the country will put themselves forward if they wish to be in the chance of becoming a Luna.These she-wolves would be whipped in front of all the packs, again and again until their backs were red raw and blood covered. The last female remaining would be given the title of Luna as the Alpha would only want the strongest wolf to help run his pack. Most wolves gave up and quit as they couldn't take the pain, but some head-strong females would go until they were no longer breathing. It was an ugly tradition, from years ago. I had never heard of one happening in this day and age...until that day...Until I met him...On the day of The Whipping...
8 182 - In Serial81 Chapters
Memoirs of A Healer/Clinical Social Worker: Autobiography of Bruce Whealton
A loving spouse. A healer. How does this person cope with evil villains willing to destroy everything? They convicted the victim... now how does the victim goes on with life as a healer?As the book opens, I was in a psychiatric hospital following a suicide attempt in December 2019. What starts as a simple conversation with another patient changed my life. Most of the rest of the book tells the reader how I got to this point. I experienced profound injustice between 2004 and 2006. By opening with a story about suicide, I want the reader to understand that the injustice was not just something that happened long ago.This book is an account of all the accomplishments and successes that I had in overcoming tremendous odds and challenges. Growing up, I was paralyzed by shyness and lacked social skills, and so the idea of becoming a psychotherapist never occurred to me when I went off to college. I learned that I could overcome those limitations. I wanted to bring that hope and healing to others. Activities like that make life meaningful and bring me joy. The reasons why I was suicidal in 2019 were set in motion in 2000 when a meteor would come crashing down upon the life that I had built leaving me powerless to do anything other than watching everything burn to ashes - the home that I had, the life I had known, the love I had, my career, everything would disappear almost as if it never existed. In that one the year 2000, I could not imagine things could get any worse. But the nightmare would continue for the next few years... culminating in a suicide attempt in 2019. Now, I am connecting with others, building relationships, and finding a reason to live again. I am writing my own story of my life. I will fight against the injustice of the past and offer my gifts to the world. I have so much to offer. I have quite a story to tell. I hope you will help me to move on with my life.
8 138 - In Serial54 Chapters
A Rekindled Love (A Steve Harrington and Eddie Munson Love Story)
Steve's always been the jealous one according to the group, according to literally everyone. Even the kid who supposedly praises him. Everyone tells him that he's jealous of Dustin finding another older friend to have by his side. But no one knows why and that it's not all jealousy.He dropped what he was doing and turned around making cold eye contact with her. "Robin. I'm being serious. Drop it." The girl tensed up and worry gathered on her face for a short second. "Okay, okay. If it's that bad then I won't bother you about it again. I'm sorry okay?" She raised her hands up in a surrender and went back to the vhs's on the counter next to her. Steve took a long breath and rubbed his hands over his face. The bell on the door rand, but Steve ignored it. He was already stressed out enough as it was. "Steve!" He could hear two pairs of footsteps walking up the counter, one being the short curly haired boy he'd taken on as one of his best friends years ago. "Hey Henders-" Steve lost all track of thought in a matter of seconds, his breath was stuck in his throat along with any words he could've possibly thought might help in the situation. His face burned red and his hands started to shake. There was a familiar , now taller, curly haired boy standing behind Dustin. A way to familiar, curly haired boy."Hey, Steve."#1 in: steve x eddie #1 in: the hair #1 in: steve harrington x eddie munson#1 in: steddie#1 in: harrington#1 in: the freakWhile I do own the story line and plot, I do not own the characters or the names that were created by the Duffer Brothers!🤍
8 195

