《Pengganti Paling Setia ✔》Bab 27 ~ Ex-student ~
Advertisement
"again, huh?" Khairul bertanya dingin. Senyuman terpaling beku bercampur sinis tercorak di bibir merah jambunya. Mata itu menikam anak mataku seperti pemangsa bersedia hendak menelan seekor mangsa.
Aku geleng.
"I'm not."
"Yes, you are, Diana Eirina."
Kami berlawan mata. Masing-masing tak mahu kalah. Mata aku kemudian melihat sekilas lukisan tatu di belakang bahunya. Lama mana aku berfikir sekalipun, aku tak dapat temui jawapan di balik lukisan itu.
Aku juga tak faham sampai bila Khairul nak memperjudikan perkahwinan kami seperti ini. Sejak dua menjak ini, asyik bergaduh saja. Dia langsung tak bagi aku peluang untuk mengenali dia sepenuhnya. Kalau bongkar sikit demi sikit, bila nak habis drama membosankan ni?
Sejujurnya, aku sudah berlapang dada. Cuba sedaya mungkin untuk menerima hakikat perbezaan langit dan bumi gaya hidup kami. Tapi... Sampai bertatu bagai ni, ia melepasi tahap imaginasi terburuk aku. Ya, memang aku kecewa. Isteri mana saja yang tak akan kecewa?
"Abang nak berdiam diri macam ni sampai bila? Sampai mahligai yang kita bina ni runtuh?"
"Selagi tuan rumah tak menyerah, saya tak rasa mahligai kita akan runtuh semudah tu," balas Khairul. Masih dengan lagak bekunya.
"Kalau tiap-tiap hari dihempap dengan kejutan tak disangka-sangka, selama mana mahligai kita ni boleh bertahan, abang? Dah tiba masanya abang kongsikan kehidupan abang dengan saya. Bagi saya ruang untuk fahami hidup abang. Saya nak kenal ibu dengan bapa mentua saya. Saya nak tahu sejarah hidup abang," pintaku separa merayu.
"Awak takkan faham, Diana.... Kalau ikutkan hati, saya nak beritahu segalanya. Tapi saya tak tahu nak mula dari mana. And if you know, you might not like me anymore..."
"Worry not, abang. I'm mentally prepared for the worst."
"Believe me, you don't wanna meet my parents. They're just..."
Aku genggam tangan besarnya. Mencantumkan jari-jemari kami.
"Kalau saya datang daripada keluarga yang ada banyak kekurangan, abang akan tinggalkan saya ke?"
Selaju roket, Khairul gelengkan kepalanya bersama kerutan menebal di dahi.
"Tak. Takkan sama sekali."
"Lepas tu? Kenapa abang fikir negatif sangat? This is where I belong, abang. To be with you is my best decision ever. Semua kisah silam abang mungkin berat bagi saya. But you know me. Saya bukan jenis atlet jaguh lari. Saya isteri abang. Insya-Allah, kalau abang jujur dan bagi saya masa, saya boleh terima semua masalah dalam keluarga abang."
Khairul larikan anak mata. Tak berkata apa-apa.
"Lepas ni kalau saya tanya apa-apa, abang tak boleh mengelak dah, okey? Kalau tak, no more morning kisses and hugs." Aku mengusiknya.
"But you're the one who can't stop touching me." Khairul angkat tangan, tunjukkan jari-jemari kami yang terjalin.
Aku julingkan mata.
Nak kata fitnah, memang betul pun. Yang terlebih genetik gam gajah kerja nak melekat dengan dia adalah aku. Mata aku melorot pada tubuhnya yang masih tak berpakaian, hanya bertuala putih. Sebelum ni, bukan main selalu tukar baru dalam bilik air. Elok lepas rahsia terbongkar, terus buat tayangan perdana.
"Boleh pakai baju tak? Tak malu ke tayang body dekat ex-student? Saya report dekat chairman universiti nanti baru tahu." Aku berseloroh. Menumbuk manja perutnya.
Mata Khairul membuntang, lalu tersenyum nakal.
"Ex-student eh?" Tangan Khairul merantau pada pinggangku dan bertindak hendak menyerang kawasan zon merah itu.
"Lari!" Pantas aku membuka langkah seribu. Tak mahu menjadi mangsa dendam kesumat tuan besar.
Drama pagi kami disudahi dengan kejar-mengejar dan geletek-menggeletek. Tika itu, aku tersedar akan sesuatu. Bertatu atau tidak, tak ada bezanya. Lelaki itu tetap Khairul Zenith yang melayan aku seperti permaisuri hidupnya. Rasa kecewa sebentar tadi lenyap dalam sekelip mata. Ternyata, kehadiran tatu itu langsung tak jejaskan rasa sayang aku untuknya.
Advertisement
lebih sebulan tak jejakkan kaki di universiti, aku melangkah ke sana bersama Adi dan Manis. Ada beberapa hal perlu kami selesaikan di pejabat asrama dan akademik. Tak lama lagi, sesi praktikal akan dimulakan. Kami sudah bersedia untuk berkhidmat demi masyarakat dan negara. Acewah! Semangat benar.
Aku turut masuk ke satu tempat bersejarah. Bilik aku dan Naura. Dek tak berani nak masuk sendirian, Manis berbesar hati nak temankan aku. Kalau tak ada dia, terpaksalah aku korbankan segala barang dan dokumen penting yang tersimpan di situ. Untuk semester akhir ini, aku akan tinggal bersama encik suami. Tiada lagi ulang-alik ke asrama.
Syukur alhamdulillah. Naura juga semakin pulih. Selepas berbincang dengan ahli keluarganya, dia akhirnya memutuskan untuk berhenti belajar dalam bidang kedoktoran. Memang tak mudah, namun dia cekalkan diri demi kesihatan mentalnya. Dia juga ingin mendalami jurusan seni, minat dia yang terpendam sejak dulu lagi.
Apa yang telah terjadi menyedarkan kedua ibu-bapanya bahawa minat itu amat penting. Dengan minat, di situ potensi seseorang dapat diasah sehingga ke tahap maksimum. Walau kejayaan itu belum pasti, namun yang pasti, tiada lagi penyesalan yang memakan diri.
Orang tua Naura juga sudah bekerja seperti biasa. Tak ada sesiapa yang diberhentikan. Sewaktu berada di Kanada, bermati-matian aku pujuk Grandpa Khalid, sampaikan ego lelaki berhati mulia itu lentur. Itu pun tak ada yang percuma dalam dunia ni. Mengingatkan permintaannya, berbulu telinga aku.
"Apa yang diorang dah buat dekat kamu dah melampaui batas, honey. They deserved a severe punishment. Tak tahu bersyukur sangat," ujar Grandpa Khalid, bernada orang tahan amarah.
Aku menghela nafas panjang. Memasang strategi untuk meredakan ketegangan ini.
"Biarlah apa diorang buat pun, Didi tak nak grandpa gunakan kuasa dan pangkat untuk jatuhkan mak ayah kawan Didi. Yang penting, diorang dah sedar dan insaf. Aunty Zetty pun dah minta maaf. Grandpa boleh bagi diorang peluang kan? Please..."
Gelengan maut Grandpa Khalid membuatkan aku hampir menyerah. Sudah kekeringan idea untuk bertutur.
Jari-jemari Khairul, aku capai. Aku mulakan sesi tayang muka sedih. Salah satu cara nak menyuruh sang suami pula mengambil alih memujuk Grandpa Khalid. Namun, muka seposen Khairul menggelegakkan lagi bara api di hatiku. Tak nampak minat untuk campur tangan.
"Didi kena belajar untuk jadi tegas dan tak mudah bagi muka dekat orang-orang macam diorang. Just because they apologise, doesn't mean they're already forgiven. They almost sued you, dear. My granddaughter is being sued and I did nothing? Well, that's just not me." Grandpa Khalid masih berkeras dengan keputusannya.
"Tapi menzalimi orang tu tetap tak baik, grandpa. Dekat akhirat nanti, bukan diorang, tapi kita yang muflis saham akhirat. Berdosa hukumnya menzalimi orang lain. Kalau Didi berdendam pun, apa Didi dapat? Kan lagi baik kalau kita ikut sifat nabi, balas semua keburukan dengan kebaikan."
Grandpa Khalid lepaskan keluhan berat. Nampaknya giliran dia pula kematian hujah.
"That's right, Khalid. You shouldn't ruin their lives that way." Grandma Emma menyokong kata-kataku. Dia turut mengunci jemari suaminya. Tersenyum manis persis isteri syurga.
"You're neither judge nor prosecutor. Just stop making their lives miserable, They've learnt from it and we're good. No need to make things complicated." Khairul akhirnya memberi respons yang ingin aku dengar sejak perbualan mengenai perkara ini dimulakan.
Grandpa Khalid sandarkan tubuh pada sofa. Memikirkan sesuatu yang semestinya tak boleh dibaca sesiapa.
"Okay, fine. Grandpa akan bagi balik position diorang. Tapi dengan satu syarat."
Aku tersedak air teh yang dihantar pembantu rumah sebentar tadi. Sebelum berkahwin, akulah yang bijak bersyarat-syarat bagai. Bila terkena lubang hidung sendiri, baru rasa nak tersekat saluran pernafasan.
Khairul ambil cawan kaca berisi air itu dari genggamanku. Dia kemudian letakkan ia di atas meja. Tisu turut dihulurkan tanpa aku minta. Dah macam Doraemon. Ada saja yang hendak dibantu.
Advertisement
"Erm... Syarat apa, grandpa?" soalku sambil menikam anak mata Khairul sekilas. Aku yakin, dia turut berkongsi rasa gementar.
"Dalam masa setahun, grandpa dengan Grandma Emma nak cicit baru."
Gelak kecil aku tersembur keluar. Gelak paling hambar di kala musim luruh. Daun yang luruh pun semakin lebat menuruni bumi ciptaan Yang Maha Segalanya. Aku kurang bersetuju dengan syarat itu. Soal zuriat bukannya boleh ditempah macam hotel. Ingat aku ni Trivago ke apa?
"Well, that's not a problem," tutur Khairul dengan tampang setenang sungai tanpa buaya.
Aku geleng. Mencerlung maut anak mata kelabu coklatnya.
"It's a problem, abang. Saya yang kena mengandung, bukannya abang. Abang ada six-pack, saya ada extra fat."
"Well, both of you can settle this problem by doing what you guys are supposed to do in your bedroom. Okay, newlyweds? Very easy, right sweety?" Grandpa Khalid kenyitkan matanya buat sang isteri di sisi.
Tubuh aku dah berjangkit dengan perangai obor-obor. Tak boleh duduk diam.
"Tapi grandpa...."
"Kalau kamu nak grandpa tunaikan permintaan kamu, kamu kenalah berusaha keras untuk merealisasikan impian kami. Nothing's free. We're applying a give-and-take approach here. Am I right, Dr Khairul Zenith?" tanya Grandpa Khalid, menjongket-jongketkan keningnya. Sengaja nak mengusik cucu-cucu yang sudah mati kutu.
"Sounds more like operant conditioning by B.F. Skinner to me. Awak tahu tak yang mana, Diana?" Khairul menjawab dengan yakin, lalu menguji bekas anak muridnya pula.
Aku garu kepala. Mengorek kotak memori yang kian nazak. Ianya merupakan topik yang aku pelajari di awal semester satu dulu. Teori yang sangat terkenal dalam dunia psikologi. B.F. Skinner merupakan pakar psikologi Amerika yang pernah bergelar sebagai seorang profesor di Harvard University. Salah satu universiti terkemuka di dunia.
"Reinforcement and punishment theory... Atau lebih spesifik untuk situasi ni ialah negative reinforcement."
Anggukkan Khairul merawat rasa gemuruh yang mengganggu ketenangan hidup aku.
"Good. Huraikan lagi. Sebab? Contoh?"
Aku ternganga. Ingatkan dah habis masalah dunia dengan jawapan tadi. Ada lagi rupanya. Aish! Tak sukanya kahwin dengan pak cik pensyarah kuat tanya ni!
"Tak boleh ke saya jawab esok-esok nanti?
"Tak boleh."
Bibir aku ketap rapat. Mencuba untuk memupuk rasa sabar yang kian menipis.
"Sebab eh... Erm... Sebab negative reinforcement ni maksudnya menghapuskan stimulus atau rangsangan yang kita tak suka untuk tingkatkan tingkah laku. Contohnya... Erm... Untuk bagi grandpa tak jadi pecat parents Naura, kita akan usaha untuk dapatkan baby. Betul tak?"
Cup!
Pipi aku disambar bibir nakal Khairul. Mata aku membundar selebar-lebarnya. Menikam wajah Khairul dengan riak kurang percaya.
"Smart girl."
Marah aku mengendur tatkala melihat senyum istimewa terbentuk di bibirnya. Senyum milik si dia memang senjata yang paling berkesan sekali. Sangat berguna untuk melenturkan berang Diana Eirina.
Aku tersedar dari lamunan panjang. Dekat rumah tengok muka suami tiap-tiap hari pun boleh teringatkan dia juga. Penyakit angau aku mungkin semakin parah. Tahap kena jumpa doktor pakar jiwa. Haih, rindunya nak berkumpul dengan keluarga sebelah Khairul.
Manis dan Adi keluar dulu, aku ikut dari belakang. Semester baru belum buka, jadinya tak ramai lagi pelajar yang menapak di kawasan universiti. Lengang. Yang ramai berkeliaran tergolong daripada kalangan pensyarah dan orang-orang pejabat.
"Kau macam mana? Okey ke nak start internship ni?"
Kening aku terangkat sebelah, memandang Adi dengan riak aneh.
"Soalan jenis otak udang apa ni? Mestilah aku okey. Kenapa? Nampak macam aku tak okey ke?"
"Tak adalah. Manalah tahu kalau kau dah mual-mual ke... Kita kan hidup zaman berteknologi tinggi. Ramai pakar IT, pakar ekonomi, pakar psikologi, pakar hal-hal rumah tangga. Semua benda dah cepat sekarang."
Jari-jemari aku membentuk buku lima. Mulut lelaki depan aku ni elok dicabut, lepas tu letak dalam mesin basuh dengan mesin pengering terus. Biar suci murni sikit. Buang segala mikroorganisma yang menyakitkan telinga si pendengar.
"Sebelum aku luku kepala kau, baik kau tukar topik..." Aku tekankan suara dengan senyuman menyinga.
Adi masih tayang muka ala-ala budak tanpa dosa.
"Tak, sekarang ni salah ke apa aku cakap? Nyah, mana kau nak dapat kawan caring macam ni? Kau dengan Dr Khairul pergi honeymoon dekat Kanada kut. Kut-kutlah bawak balik hadiah baik punya, betul tak Manis?"
Manis sekadar jongket bahu. Tak mahu masuk campur perbalahan antara dua 'menteri'.
"Abaikan dia, Manis. Otak dia memang banyak programming merapu sikit. Kecik-kecik dulu dia tertelan sebakul otak udang," kutukku depan-depan.
"Itu bukan Dr Khairul ke?" ujar Adi lagi seraya menundingkan jarinya ke arah bertentangan dengan tempat aku berdiri.
Aku tayang tampang kosong. Tak ada selera nak melayan perangai kuat mengusik Adi. Mana mungkin Khairul ada di sini, bangunan yang menguruskan hal berkaitan pengurusan universiti. Selaku pensyarah, mesyuarat dia kebanyakannya diadakan di fakulti kami saja.
Keluhan panjang terpacul keluar dari bibir aku lagi. Baru berjalan sikit, badan aku dah terasa letih. Sebab dah lama tak bersukan agaknya. Stamina pun serupa kapal terbang kematian enjin.
"Betullah, Didi. Itu Dr Khairul kan?" Manis pula bertanyakan soalan yang sama.
Aku kalih ke belakang. Kalau Manis yang buka mulut, masakan tak betul. Perangai dia dan Adi sangat berbeza. Bagai teh 'o' dengan teh tarik. Sejurus itu, mata aku sedikit terbuka. Geleng. Itu bukan Khairul. Tapi Zhayan. Patutlah Manis dan Adi nampak teragak-agak. Mereka tersilap orang. Bila masa dia balik Malaysia ni?
Haih, ulang-alik dari Kanada ke Malaysia macam rentas negeri. Kalau dari Kedah ke KL tak apalah juga.
"Apa awak buat dekat sini?" Soalan itu aku ajukan kepada Zhayan yang sedang melangkah laju. Tampak sedikit terburu-buru.
"Ada meeting tadi. You?"
"Saya jumpa dengan staf dekat pejabat student affairs tadi. Meeting? Awak kerja dekat sini ke?"
"Not really. Senang cerita, nanti you tanya je Zen. Got to go now. Talk to you later, big sis."
Zhayan tersenyum senget dua detik sebelum kembali kepada mood sejuk bekunya. Genetik Khairul benar-benar meresap masuk ke dalam tubuh lelaki itu. Big sis? Huh! Dia tua berganda daripada aku. Ada hati nak panggil orang big sis.
Melihat muka blur kedua insan di sisi aku itu, aku tergelak kecil. Pastinya mereka juga keliru. Sama seperti aku suatu ketika dulu. Setelah memberitahu mereka bahawa Zhayan merupakan adik kepada Khairul, kerutan di dahi mereka kian menebal. Mulut pun terbuka luas. Sukar diterima akal.
Yang aku tahu, Zhayan dan Khairul beza tiga tahun. Jadi, mereka semestinya bukan kembar seiras. Bukan Khairul saja, Zhayan pun sudah selayaknya kahwin. Entah apa kedua lelaki ni buat sepanjang hidup mereka, sampaikan terlajak bujang.
"Amora?" tegur satu suara dari belakang.
Sepantas pusingan gasing, aku toleh. Suara itu yang aku ingin dengar tika ini.
"Abang..."
Tutur kataku terbantut. Terkesima melihat sejumlah golongan korporat yang berpakaian serba-serbi formal di belakang Khairul. Wajah mereka aku pandang silih berganti. Cuma memahami kenapa Khairul berada dengan orang-orang ini. Berdasarkan apa yang aku lihat, orang-orang itu bukanlah pensyarah Fakulti Psikologi.
"The weak can never forgive. Forgiveness is the attribute of the strong."
-Mahatma Gandhi-
"Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Surah an-Nuur, ayat 22)
Advertisement
- In Serial100 Chapters
Rebirth of Gu Jiao
When all was done, she was left alone and was killed by mysterious people. On her dying moment, her elder brother came. Truth was, it was Li Jun who had arranged for her to be able to live comfortably in even after all the scandal. If she didn't follow her mother? and was able to be a clever, obedient, lovable little sister, would everything be different? Just after Gu Jiao close her eyes accepting death she returned from the day her mother return to get her. Gu Jiao thought huh! This young Missu is not and idiot to make the same mistake twice.. hehehe this young miss will make sure that this evil woman of a mother would regret her schemes! (?_?) hehe.. This Young Miss would enjoy teaching you a lesson hahaha... (laugh evilly ?(???)?.... Why is this man becoming more and more strange? What is this sleeping together for warmth? What is this good morning and good night kiss? Do you really take me for an idiot? ?( ° ? °|||)? *** Pls be regarded that this is story is a fanfiction of the story "Rebirth of the Wolfish Silkpants Bottom". Some parts are added, some where cut and other were manipulated in another twist and some were retained the SAME. if you feel it was plagiarize then please talk to me first and i'll see what can be done. Disclaimer: names, situation, images and other information was similar to other are not intentional. This work purely come from the research, reference story, and authors
8 284 - In Serial33 Chapters
Her Strength, His Weakness
( under spell check and editing )Aurora is a smart, feisty, strong 18 year old girl. She suffers from generalized anxiety disorder. She gets top grades and is an all round good student, but she has parts of herself that she struggles with. Archer is the 'bad boy'. He's a strong, fierce teenage boy. He's slightly aggressive and doesn't allow people to get to close, but the bad boys always have a soft spot. When these two people from completely different lives collide in the hallways, they start to notice things about each other and them selves that they never knew before. Will the fighter save the good girl, or will she save him? He's her Strength. She's his weakness. ******Obviously All Rights Reserved. Some mature content. All photos used are not mine.I do thank and give credit to those who's photos they are.
8 54 - In Serial33 Chapters
Slave, My Mate
When you are a slave no one loves you. No one cares about you. You don't even have a name. So what happens when a slaves new master is her mate?
8 221 - In Serial32 Chapters
Cinderella
This story is a Cinderella remake and it follows the basic plot of any Cinderella story. Annabella (sorry I'm bad with names) called Cinderella by her stepfamily is overworked and treated like dirt by most of her stepfamily. However, one day the prince happens to visit her stepfamily's home. This is where her story begins. Hey everyone. This is my first book, so to all those who read it, I hope you like it. Also thanks so much @retro_wonderwoman for well...there's too much to mention. Anyways, I hope you have fun reading this story!
8 183 - In Serial64 Chapters
Softest Lips | on hold
𝐒𝐩𝐢𝐧-𝐨𝐟𝐟 𝐭𝐨 𝐈𝐧 𝐇𝐞𝐫 𝐌𝐢𝐧𝐝-"I just kissed the softest lips that god has ever madeAnd I am so in love with the girl to whom these lips he gave." Orianne was a lover girl, whom some considered a hopeless romantic, but she wouldn't dare let the opinions of others knock her off her pivot. She was a young woman who knew what she wanted, and to her, there was nothing wrong with that. She desired the husband, children, dates, random gifts, trips, family outings, and so on.Some would say the reason she can't keep a man is because her standards are high. Which is a ridiculous take. Yes, her standards may be "high," but that's because her father set the tone. She knows what she wants and how she's supposed to be treated, and if you're not giving her that, then you have to go. Out of the few men she has dealt with, she lets them know beforehand what she wants, and it's not her fault that they choose to lead her on under the impression that they wanted the same thing. Another reason men tend to leave her alone is because she's a woman of status, a woman of her word, and a woman about her business. She handles her own and has her own which tends to bruise a man's ego. When asked what she brings to the table, she has a solid answer. She doesn't just bring herself or her body-that's the bonus-she brings communication, trust, comprehension, stability, submission, commitment, and so on. The main question of the matter is, how will Miss. Orianne react when a 19 year old wants to sweep her off her feet and give her everything she wants and more?𝐜𝐨𝐯𝐞𝐫 𝐛𝐲: me
8 106 - In Serial18 Chapters
Adeena Cole and the Curse of the Black Pearl
Adeena Cole knows exactly what she is. She isn't a pirate. She doesn't break the law. She's just a hand in the blacksmith's, working alongside William Turner. But when the Black Pearl attacks Port Royal, and Adeena is swept off her feet into an adventure with the one and only Jack Sparrow, Will, and Elizabeth, she discovers that she has absolutely no idea who she really is...or what she really wants.DISCLAIMER: I don't own any of the POTC characters, ideas, locations, etc. This story was created merely for entertainment.
8 96

