《Pengganti Paling Setia ✔》Bab 26 ~ Crybaby ~
Advertisement
aku mencari maklumat mengenai cara hendak menawan hati encik suami kembali. Kerana Khairul membesar di luar negara, aku cuba mengikut rentaknya dengan mempelajari hal perkahwinan dari sudut pandangan orang Barat. Namun, aku tetap pastikan ilmu tersebut tak bercanggah dengan syariat Islam. Itu sudah pasti.
Dua malam berlalu selaju kereta Ferrari menempuh lebuhraya.
Inilah masa yang aku nanti-nantikan. Masa bersendirian untuk mengosongkan minda yang bersepah dengan pelbagai masalah. Khairul keluar sebentar, bawa Dalia dan Daniel beli jajan tak sihat mereka. Sekali gus, belikan barang dapur untuk ibu. Abah pula keluar bertemu kawan sekejap. Jadinya, rumah senyap sunyi dengan kehadiran ibu dan aku saja.
Salah satu video TED Talk menarik minatku. Rezeki. Ianya muncul sewaktu aku menonton video berkaitan ilmu psikologi. Macam tahu-tahu saja aku tengah ada masalah rumah tangga. Pandai pula Uncle YouTube syorkan aku tengok satu video tentang perkahwinan.
Sebelum Khairul mengamuk sakan, aku tak pernah tahu akan isu sexless marriage. Biasalah, otak suci sikit. Kebetulan video yang aku temui itu bertajuk No Sex Marriage. Ia benar-benar mengisi rasa ingin tahu. Sebagai seorang wanita yang sudah berkahwin, aku nak cuba sedaya mungkin untuk hindari masalah-masalah ini di kemudian hari.
Tekun aku mendengar pembentang wanita yang pakar tentang masalah alam perkahwinan itu bercakap mengenai perkahwinan tanpa hubungan intim. Sedar-sedar saja, aku leka menonton video berdurasi dua puluh minit itu sehingga hampir tamat. Terlalu banyak ilmu yang aku kutip. Ia juga kaitkan isu tersebut dari perspektif psikologi. Best!
Di hujung video, aku sudah terbaring lesu. Mengantuk. Kalau nak belajar, memang banyak syaitan-syaitan suka menghasut, disuruh tidur. Pembentangan wanita berbaju biru itu akhirnya sudahi kata-kata dengan pesanan akhir.
"And one more thing, I would like to leave you all off with a 'bang'. Settle all marital arguments in the bedroom, naked," ujar wanita itu. Habis saja dia bercakap, semua manusia yang berada di situ menghadiahkan tepukan gemuruh. Siap ada yang berdiri lagi.
Pipi aku pula yang hangat. Memang taklah aku nak buat macam tu! Haih, lain macam betul mak cik ni bercakap. Hampir tercekik aku mendengarnya. Punyalah aku nantikan tips yang boleh diikuti. Dia bagi ni?! Eh, kalau macam ni baik bergaduh terus saja. Senang cerita.
Nasib baik aku tengok sorang-sorang. Katakanlah Khairul ada, memang aku lempar badan ke luar tingkap terus.
Kalau di Malaysia, tajuk sebegini dikira taboo. Sesuatu yang dilarang dek terlalu sensitif. Ia tak dibicarakan secara meluas atau mendalam. Belajar di sekolah bab sistem pembiakan pun cikgu berkias sehabis mungkin. Sehinggakan pelajar hanya diajar untuk jawab periksa. Bukannya untuk memahami anatomi tubuh sendiri.
"Ehem..."
Aku angkat kepala. Terkejut mendengar satu suara garau berdehem dari arah pintu. Mata hampir membulat besar, nyaris saja jatuh terjelupuk ke lantai.
"Naked?" soal Khairul. Tampak keliru. Mana taknya, masuk-masuk bilik saja dengar perkataan kurang sopan.
Cepat-cepat aku geleng. Menidakkan perkataan maut itu.
"Abang silap dengar tu." Aku berkata penuh debar. Pantas menutup skrin telefon, lalu aku campak bawah bantal. Tuala dan baju yang terdampar di atas katil, aku bawa ke dada. Nak berlalu ke bilik air.
"Betul?"
"Betullah!"
Aku bangun, menapak ke pintu. Namun, Khairul buat sesi halang-menghalang dengan tubuhnya yang mampu menutupi keseluruhan tubuhku.
"So, shall we settle all arguments in our room, naked?" Dia menyoal dalam nada mengusik. Tapi muka tetap ketat. Masih berdendam lagilah tu.
Aku mengetap gigi. Pandai betul dia pelakon serupa orang noob sekejap tadi. Padahal, faham terlebih. Ingin membalas usikannya, aku jinjat, mendekati telinganya.
"No need, abang. We can settle everything with one simple method. I call it 'flirting'." Aku berbisik manja, sebelum meloloskan diri dari perangkap Khairul.
Lima belas minit aku bertapa di bilik mandi, segarkan tubuh. Sebenarnya, aku masih fikirkan strategi selepas pulang ke rumah petang nanti. Walaupun keluarga kecil aku memujuk untuk tinggal lebih lama. Tapi aku terpaksa menolak. Malam nanti, kami akan terima dia tetamu istimewa. Seperti yang Khairul janjikan sebelum kami berkahwin.
Advertisement
Segala pakaian dalam dan luar yang aku sangkut di belakang pintu, aku ambil. Nak pakaikan pada tubuh. Dada aku berombak kencang tatkala ternampak satu makhluk kecil ciptaan Allah yang aku anti sejak lahir lagi. Tanpa beri sebarang amaran serangan jantung, ia terjatuh dan menyembah kaki aku.
Jantung aku mengepam darah secara besar-besaran, rasa macam nak terurai.
"Aaaa! Abang! Abang!" Aku menjerit persis orang gila kena kejar pocong tak berkepala. Geli-geleman tahap nak loncat turun bangunan.
Aku goncangkan kaki beberapa kali, terlompat-lompat di dalam bilik air. Menghumban dan menghindar dari makhluk ciptaan Allah itu. Pintu bilik air aku buka dengan tangan menggeletar.
"What's happening there?" tanya Khairul sejurus keluar dari kamar kami bersama kerutan berlapis-lapis di dahi.
"Abang!" Laju aku berlari untuk mendakap erat tubuhnya.
Baru saja mandi, tapi badan aku kembali dibasahi keringat dingin. Aku hamburkan tangisan besar. Otak aku kosong, yang ada di fikiran hanyalah peristiwa jatuhnya haiwan peliharaan tanpa diundang itu di atas kaki aku.
"Hey, what's going on? Awak nampak apa?" soal Khairul. Membelai rambut aku yang masih basah.
"Cak... Cak..."
"Cakcak?"
Derap kaki beberapa manusia kedengaran, mendekati aku dan Khairul.
"Cakcak tu cicak, Khairul. Didi memang panggil cicak macam tu dari kecik lagi," beritahu ibu tenang.
"Lah, cicak je pun. Why are you crying so hard? It's not gonna hurt you. You're much bigger compared to them."
Aku geleng. Tetap tak dapat terima kenyataan itu. Besar atau kecil. Cicak tetap cicak. Geli tetap geli. Takkan ada sesiapa boleh merubah pendirianku.
"No. It hurts me, mentally and emotionally."
"Ibu tengok Didi tu tak malulah. Dia tak pakai baju depan Abang Arul," adu Dalia. Menggeleng-gelengkan kepalanya serupa orang dewasa. Ni kes tengok drama banyak sangatlah. Menjadi-jadi perangainya.
Kepala aku alih pada si kecil Dalia, dengan tangan yang masih mengelilingi leher Khairul. Cerlungan maut, aku lemparkan.
"Apalah Didi ni, macam budak-budak sekolah." Giliran Daniel pula menganjing.
"Baju Didi terjatuh dalam bilik airlah! Dah basah tahu tak?!" Aku tak mahu kalah. Kira baik aku bertuala paras lutut. Kalau lari tak pakai apa-apa, mahu berdarah mata semua penghuni rumah ni.
Ibu tergelak kecil.
"Ibu! Janganlah gelak. Tahu tak ada cakcak gemuk gedempol jatuh atas kaki Didi. Warna hitam pulak tu." Aku menangisi nasib malangku lagi.
"Tak adalah. Ibu rasa lawak sebab kamu selalunya jerit panggil ibu atau abah. Rasa pelik pulak bila kamu cari Khairul dulu. Hish, ibu ingatkan apalah tadi. Cicak pun takut. Belum beranak lagi, mahu runtuh hospital nanti." Ibu menyambung sisa gelaknya.
"Ibu!"
"Khairul bawak isteri kamu ni masuk bilik dulu. Ambik sekali baju baru untuk dia. Lepas nampak Kak Cakcak, memang dia jadi lumpuh sekejap. Lepas setengah jam nanti okeylah," arah ibu persis doktor pakar keluarga.
Khairul angguk, tanda faham.
"Jom, jalan masuk bilik," bisiknya perlahan.
Cubaan Khairul cuba merenggangkan tubuh kami tak berjaya. Aku kuatkan lagi pelukan. Sembunyikan wajah di sebalik leher panjangnya.
"I'm married to a crybaby for sure." Khairul berkata mendatar.
Dalam sekelip mata, tubuh aku dicempung, lalu dibawa masuk ke bilik. Dia tetap melayani penyakit penakut aku meskipun kami belum berbaik sepenuhnya. Setiap satu perkara yang ibu pesan, dia turuti tanpa sebarang bantahan.
kami didatangi dua tetamu spesial, iaitu Ustaz Wazir dan isterinya, Ustazah Adawiyah. Ustaz Wazir merupakan insan yang bertanggungjawab mengajar Khairul ilmu asas agama sebelum perkahwinan kami. Sehingga kini, aku masih berterima kasih kepadanya. Kerana ilmu yang dia curahkan, aku ada imam yang mampu mengetuai solat aku.
Itu merupakan kali pertama aku bersua muka dengan Ustazah Adawiyah. Benar janji Allah. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik juga. Pertuturannya lembut dan setiap bait bicara yang keluar dari bibir itu hanyalah perkara yang berhikmah serta bermanfaat. Berbeza dengan aku, asyik nak berkeluh kesah saja. Kurang bersyukur, beginilah jadinya.
Advertisement
Tajuk yang dikongsikan pada malam tersebut ialah Kunci Kebahagiaan Rumah Tangga. Memang sangat kena dengan batang hidung aku dan Khairul. Kami masih tak temui kunci itu. Sebab tu asyik bertekak saya kerjanya.
Kisah-kisah isteri nabi terdahulu yang diceritakan Ustaz Wazir banyak meninggalkan kesan dalam hatiku. Asiah, salah seorang penghulu wanita syurga diuji dengan suami yang paling dibenci Allah iaitu Firaun. Pengorbanan Siti Khadijah dan Siti Hajar demi suami dan anak-anak. Pengkhianatan isteri Nabi Nuh dan Nabi Lut sehingga dijanjikan neraka Jahannam.
Bukan itu saja, Maryam, seorang wanita cekal dan gadis sunti, diuji keimanannya dengan kehamilan Nabi Isa.
Kata Ustaz Wazir, perkahwinan juga boleh menjadi salah satu bentuk ujian mahupun nikmat. Namun, ia bergantung terhadap bagaimana pasangan mencorakkan sesebuah rumah tangga. Bahagia itu tak datang percuma. Ia datang dengan kerja keras, pengorbanan dan pelbagai cabaran dari kedua belah pihak.
Saat mendengar bicara Ustaz Wazir yang menyentuh hati, aku dan Khairul banyak kali bertentang mata. Mencuri pandang antara satu sama lain. Aku belum diuji dengan suami seteruk Firaun, tapi mulut ni tak habis-habis meluncurkan keluhan saban hari. Kurang bersyukurnya aku.
Sejuk rasanya rumah apabila sesi belajar ilmu agama disudahi dengan bacaan al-Quran serta solat berjemaah. Bacaan Khairul juga semakin baik. Kegigihan dia dalam mempelajari ilmu sangat membuatkan kasih sayang ini semakin membuak-buak untuknya. Menyerah kalah memang tak ada dalam kamus hidup seketul Khairul.
Selepas kepulangan suami isteri itu, Khairul masuk ke bilik. Letak kepala saja, dia terus tertidur. Penat benar nampaknya. Aku pula berlalu ke sofa, muhasabah diri. Soalan yang aku tanyakan pada Ustazah Adawiyah, dijawab dengan mudah. Sangat mudah, sehingga aku kehilangan kata.
"Ustazah... Erm... Baru-baru ni saya dengan suami ada salah faham. Saya buat sesuatu yang dia tak suka. Sekarang, dia dah tak semarah hari tu. Tapi layanan sejuk beku dia tu ada lagi. Saya risaulah, ustazah. Nak tidur malam pun tak lena sebab fikirkan salah saya."
Dia tersenyum nipis. Seakan memahami apa yang cuba aku sampaikan.
"Kalau Diana dah minta maaf dengan suami, Diana kena belajar maafkan diri jugak. Kalau asyik resah, macam mana nak tenang? Berdoa, minta Allah lembutkan hati suami. Tapi jangan lupa, sebelum tu, Diana kena berusaha jadi isteri yang taat. Suami kalau nampak isteri taat, insya-Allah marah mereka akan hilang."
Aku hela nafas berat. Maafkan diri? Ya, mungkin itu yang aku lupa nak buat.
"Fitrah perempuan ni mahal tau. Susah kita nak nampak dalam diri lelaki. Kita dilahirkan dengan sifat suka bermanja dan bermesra dengan orang yang kita sayang. Apa kata Diana manfaatkan pemberian Allah yang satu ni. Tak salah isteri mulakan dulu. Diana faham kan maksud ustazah?"
"Faham, ustazah."
Aku bangun. Berlalu ke tempat letaknya buku-buku bacaan Khairul. Dia sememangnya ulat buku. Lepas kahwin, aku dah bagi makan 'ubat cacing' banyak-banyak. Jadi, kurang sikitlah dia membaca bila kami luangkan masa bersama. Bukan apa... Bila Khairul dah baca, mulalah kewujudan aku diabaikan.
Satu kotak yang terletak di hujung rak menarik perhatian aku. Senyap-senyap, kotak itu aku buka. Mata aku bersinar. Ingatkan buku, rupa-rupanya album yang menyimpan ratusan gambar. Dengan rasa teruja yang memuncak, aku labuhkan punggung di sisi Khairul yang nyenyak tidur.
Kebanyakan gambar-gambar yang terpamer cantik di dalam album itu ialah Khairul versi kecil hinggalah besar. Senyum aku melebar ke telinga. Setiap gambar yang aku sentuh, persis membelai wajah kecilnya. Dalam gambar itu, dia tampak lincah bermain salji dengan adik-beradiknya yang lain.
Aneh, Sewaktu kecil, dia tak adalah lokek sangat dengan senyuman. Ada juga gambar dia berpelukan dengan Zhayan. Wajah mereka memang boleh dikatakan hampir seiras. Cumanya, mereka mempunyai gaya rambut, warna mata serta ketinggian yang berbeza. Rahang Khairul juga kelihatan lebih tajam di mataku. Atau mungkin, cinta itu buta.
Di akhir album, aku menjumpai gambar Khairul ketika remaja. Dia kelihatan sedang mengucup mesra bibir seorang wanita ayu berambut perang. Kemanisan wanita itu terserlah. Dia dan Khairul nampak bahagia sekali bergambar mesra. Cium bibir, cium pipi dan berpelukan erat. Macam-macam ada. Cukup rasa pahit, masin dan tawar.
Aku terus menutup kasar. Hangat dada. Perlukah dia nak simpan gambar dengan bekas kekasih dalam ada album ni?
Album besar itu, aku letak di meja sebelah katil. Terus hilang mood. Lagipun, dah pukul 12 pagi. Selimut aku tarik menutupi badan. Aku baring mengiring, bertentangan dengan Khairul, agar aku dapat meneliti wajah sang suami.
Rasa panas di jiwa, cuba aku kawal sehabis baik. Tak mahu terlalu marah. Dia dibesarkan di Kanada. Bersentuhan secara terbuka itu perkara biasa di sana. Aku tak boleh menilai dia yang hari ini berdasarkan kisah silamnya. Tak adillah begitu. Sama seperti menilai masakan sebelum ditaruh garam dan gula.
Kelopak mata yang terasa ditarik-tarik, aku pejamkan. Meskipun mata tertutup rapat, aku dapat rasakan tangan Khairul melingkari pinggangku di bawah selimut. Degup jantung aku berdendang sayang kembali. Tadi kerana marah. Sekarang disebabkan sentuhan magisnya.
Di kala bibir aku bertemu dengan bibir yang tak asing lagi, mata aku terbuka luas. Benar tekaanku, bibir kami sedang disatukan oleh orang sebelah.
"Your lips smell like candy. Indeed a very sweet one."
"Big thanks to our sponsor, sugar lip scrub."
Dia tersenyum dengan wajah yang tampak segar. Segarlah dia. Dah beradu hampir dua jam.
"Kenapa masam je muka?" Khairul bertanya dengan suara serak baru bangun tidurnya.
"Sebab ada orang tu simpan gambar bercium dengan ex-girlfriend dia." Aku memerlinya. Tak rasa macam nak pendam sakit hati ini seorang diri.
"Hah? Ex-girlfriend siapa? Zhayan?"
"Eh taklah, jiran moyang saya."
"I really got no idea, Diana. Stop beating around the bush."
"Saya buka album yang simpan gambar-gambar abang waktu kecik tu. Ada dua tiga gambar last tu abang kiss sorang perempuan cantik rambut blonde. Kalau bukan ex-girlfriend abang, siapa lagi? Takkan mummy abang kut," serangku.
"Ha'ah, betullah tu."
Badan aku semakin galak mengeluarkan asap-asap kehidupan.
"Oh, abang simpan gambar girlfriend boleh, saya..."
"That's my mom, Diana. She's a Canadian. And that's a peck, definitely not a kiss."
Mulut aku terbuka. Mummy Khairul orang Kanada? Asal daddy dia cari isteri jauh sangat nih? Ah, stres gue.
"Erm... Advance betul eh mummy abang."
Aku tersenyum dengan kekeliruan bermaharajalela di benak. Masih sukar nak brain mak dan anak nampak sebegitu rapat. Dah serupa suami isteri.
Khairul gelak perlahan.
"Saya suka tengok awak jealous macam ni."
"Apa yang seronoknya?" soalku dengan wajah monyok. Nasib baik salah faham ni tak melarut panjang.
"'Cause that means you love me," ucapnya dalam nada berbisik.
Aku menarik nafas, sebelum membalas kenyataan daripada si dia.
"I do."
Diam seketika. Lama kami bertentang mata. Membalas renungan redup masing-masing. Sangat memukau dan mengasyikkan. Tangan aku meliar ke perut, dada dan berakhir pada lehernya. Mata Khairul terpejam. Seperti baru dibuai percikan ombak nan indah.
"Peck and kiss are two different things. What we did just now was a peck. This is how you kiss..."
Bibir kami didekatkan
"I know, Dr Khairul. Innocent no more." Sengaja aku mengusiknya dengan panggilan istimewa itu. Setiap kali dia bersyarah, senang saja perkatan doktor meluncur dari bibir aku. Sudah menjadi satu tabiat yang baru aku amalkan.
Tak sempat Khairul memulakan langkah, aku terlebih dulu membuka mulut, menerkam bibirnya. Dia menyambut keberanian aku dengan senang hati. Tak enggan sama sekali. Kami menikmati sentuhan masing-masing, merelakan segala pergaduhan beberapa hari lepas gugur satu per satu.
Kini, aku pelajari satu perkara baru. Jikalau bergaduh, 'berperang bibir' lebih baik daripada bertikam lidah. Dengan cara ini, tiada yang terluka. Kedua-dua pasangan merasakan nikmatnya bercinta.
lagi, aku akan melawat ke universiti. Ada hal yang belum selesai sebelum sesi praktikal aku berlangsung. Aku sudah siap senaraikan segala borang dan kerja yang harus aku selesaikan. Inilah realiti yang harus ditempuhi oleh semua insan bergelar pelajar. Dugaan-dugaan ketika belajarlah yang akan mematangkan manusia.
Khairul juga akan keluar untuk hadiri mesyuarat. Sengaja aku tolak pelawaannya untuk keluar sekali. Ada beberapa pejabat yang perlu aku lawati. Malas nak menyusahkan dia ke hulur ke hilir. Lagipula, Manis dan Adi juga akan turut serta. Nanti krik krik pula kalau bekas pensyarah kami ada.
Bunyi kaca pecah dari bilik air mengejutkan aku. Perhatian aku beralih dari komputer riba ke bilik air. Risau punya pasal, aku masuk tanpa mengetuk terlebih dulu. Hampir tercopot anak mataku melihat Khairul sedang angkat kembali cawan kaca yang jatuh ke dalam sinki dengan tenang. Bibirnya dihiasi buih putih, sedang menggosok gigi.
Dia toleh, memandang wajahku.
Tak berkedip aku melihat tubuhnya yang hanya dilitupi kain tuala. Bukan nak menggatal, tapi ada kehadiran benda asing di tubuhnya membuatkan aku terkedu.
"Kenapa? Nak join ke?"
Dia mendekati, mahu menarik lenganku.
Aku undur ke belakang. Pantulan di cermin semakin menyentap dadaku. Di belakang bahunya, ada lukisan berbentuk dua cincin yang bercantum. Ianya terlalu asing. Sumpah, sepanjang kami berkahwin, belum pernah sekalipun aku nampak lukisan itu. Mungkin kerana ia bersembunyi di belakang bahu Khairul.
"Dekat belakang abang ada apa?" Aku bertanya takut-takut. Berharap ia bukanlah seperti yang aku sangkakan.
Khairul diam. Riak ceria di wajahnya bertukar kosong. Tidak beremosi. Dia kemudian cuba merapatkan jarak antara kami, namun aku bawa tangan ke depan. Tak benarkan dia datang dekat sebelum menjelaskan segalanya.
"Abang explain dulu. Kenapa belakang bahu abang ada lukisan macam tu?" Suara aku bergetar. Dada terasa tegang. Sukar untuk mengerti.
"Do you need further explanation? Whatever is in your mind, that's exactly what it really is."
Aku kematian kata. Geleng. Tak. Demi Allah, aku tak faham. Kenapa... Kenapa ada benda terkutuk itu di tubuhnya? Dalam Islam, sah-sah ia diharamkan. Untuk apa dia berbuat begitu?
"Tu... Tattoo ke?" soalku dengan hati yang teramat berat. Mata berkaca dan bibir terketar.
Advertisement
- In Serial90 Chapters
My Secret Marriage : Meet With The Best One
Liu Qiao Xin has been in a toxic relationship with her boyfriend Chen Jia Min, a temperamental man who constantly asks her for money.
8 771 - In Serial17 Chapters
Mine
Naruto can't take it. He saved Konoha at least twice but the villagers have been treating him worse that ever! So he runs to Suna for a new start. Gaara told him he could stay as long as he follows four conditions. What will happen to Naruto? Will The villagers of konoha realize what they did wrong? Will his, so called, friends come looking for him? Find out!!!
8 129 - In Serial14 Chapters
Love's Counterpart
Annabelle is frightened as her first season in London approaches. Marriage? She always hoped it would be for love. But what does she know about love. When looking for clues among her letters from her past suitors, she finds a letter she's never read before. Such passion and love, although she does not know its author, she has made it her ideal of what she wishes to find ... Love's Counterpart. Cyril Kane is probably the least romantic person on the planet. He wouldn't know a sonnet from a bonnet but upon seeing Annabelle all that has to change. He does not know how but he is determined to be the man worthy of her love. Made it through 3 rounds of the contest and on the short list from which the top five finalists and grand prize winner will be picked. 2-19-1802-01-18 Ranked 215 in Historical Fiction#OpenNovellaContest©All Rights Reserved by Ruechari If you are reading this story on any other site other than Wattpad you may be subjecting yourself to Malware. To view this story in it's original, safe form please go to the link provided. https://www.wattpad.com/story/128874217-love%27s-counterpart-opennovellacontest
8 198 - In Serial19 Chapters
The Alphas Mistress
Autumn Rhodes never in a million years would have ever expected her life to change so drastically. Being a very iconic fashion designer with her own company and being so independent she would never imagine herself cowering before Mason Grey, Alpha of the Moon River pack and most feared by all. Possessive as ever Mason would never let Autumn go back out to her once beautiful life even though he despises her and is always with his mistress Raven. -Sample-My heart swelled as I saw him kiss her over and over, a smile on both their faces. What kind of monster does this ? He is my mate yet he acts as if he feels nothing, how can he feel nothing yet I feel like I am dying, rotting from the inside out. He turns his head and looks at me his icy blue eyes shooting metaphorical bullets at me and a cynical smile playing on his lips. I look away and clench my jaw, I have no appetite."Excuse me," I say getting up from the dinner table and storming out the dinning hall. My heart ached and I felt like I was about to explode into a fit of never ending tears"Where the hell are you going?" He asked grabbing my arm, I didn't even notice he came after me"Away from the both of you," I said never looking at his eyes"Get your ass back in there and eat, you haven't eaten in days you're gonna end up dying," he said almost with sympathy, he touched my jaw and my then my cheeks. My skin burned under his touch I craved for more, I wanted more, "you're a weak, pathetic human never forget you're not as strong as we are go back and eat your dinner," he pulled his hands off me and his voice became filled with anger "No!" I shouted back, I will not follow his stupid orders and over my dead body will I go back there just to be humiliated, "why don't you just reject me already? What the hell are you waiting for? I don't wanna be here stuck with you and clearly you hate me put us both out our misery and reject me Mason" He frowned and signaled a guard, "take her away."
8 195 - In Serial68 Chapters
Arrange Marriage or Love Marriage? ✔️
#1 in Forever together.#1 in First Attempt.#1 in Arranged Love.Karuna Singhania:She belongs to a typical Indian family where a girl has many restrictions but thanks to her parents, they granted her some freedom and because of that, she becomes a successful teacher. Now, when she had achieved her career goals, her parents want her to get married and settle down in her life.••••Raj Tandel:There was a time when he used to be the most joyous person and believed to spread happiness. But something cruel happened to him, which modified the entire agenda of his life, and now he only wants to stay alone. He now believes that happiness is not meant for him.••••Read to find out:What's written in their destiny?How are these strangers gonna meet each other?Is Karuna going to heal Raj and take away all his miseries?Will they have Arrange Marriage, or is it gonna be the Love one?••••Join Raj & Karuna, on their journey of Love, Marriage, and Healing.•••••An honest review by my reader:-'Wonderful story. Just came across it and read it in one go and it became one of my favorite books.'A/N: Hey lovely reader! If you're a diehard fan of reading romantic drama with some comedy and interesting twists then 'YOU ARE MOST WELCOME,' because you're in the right place.I'll suggest you give this book a try and trust me, you're gonna have fun reading it, just like I had while writing it.With love,Prisha Agarwal.❤
8 285 - In Serial39 Chapters
Her Siren (A Jane Volturi love story)
Melanie Clark is a vampire who has a special gift. When her and her coven is called for a favor from an old friend, will Melanie end up meeting the person that she loves? The person that is the meaning of her existence? Her mate?Disclaimer: I do not own the Twilight series. I only own my oc's that are in this book. There will be cussing in this book and LGBTQ+ content. So if you are not comfortable with this then don't read. This is my first book so it may not be the best and I'll most likely edit this in the future. If you have any comments then please feel free to tell me. Gifs and videos and are not mine.
8 177

