《Pengganti Paling Setia ✔》Bab 25 ~ Sedar ~
Advertisement
dari kejauhan sedang melayan mesra dua hamba Allah yang sudah hilang daratan. Sejak aku masuk ke rumah ni, yang disambut secara meriah hanyalah 'Abang Arul' mereka. Kemunculan aku macam sampah sarap yang dicampak ke tepi. Halimunan pun tak sesendu layanan mereka terhadap aku.
Ibu dan abah sebaliknya lebih adil dan saksama. Walaupun aku boleh nampak mereka menyembunyikan keterujaan. Kehadiran menantu rasmi pertama mereka disambut dengan senyuman bersifat keibubapaan. Sejuk hati aku melihat cara Khairul santuni kedua ibu bapaku. Persis melayan orang tuanya sendiri. Tak nampak janggal sama sekali.
Hari menginjak malam, namun Khairul masih enggan berbicara dengan aku. Dengan orang lain tak apa. Muka aku ni saja yang buatkan dia allergic. Dah serupa perempuan mengandung terkena alahan. Sampaikan aku nak sentuh pun dia buat muka cari gaduh. Terus mati selera aku hendak menyentuhnya.
Setelah renungkan silap aku sepanjang hari, mungkin sudah aku temui jawapan. Cumanya, kena tunggu bapak helang tarik muka itu iyakan dulu. Tak tahulah ibu dengan abah perasan atau tidak akan kedinginan kami. Harap-harap, kalau perasan pun, buat-buat tak tahu sudahlah. Aku dah malas nak hadap permasalahan ini.
Tapi sepandai-pandai Didi melompat, akhirnya jatuh gedebuk juga. Ibu, juga merupakan keturunan mata mak helang punyai radar tidak ternilai harganya, yang dinamakan instinct atau dalam bahasa mudahnya, naluri hati seorang ibu.
"Muka macam monyet tunggu pisang tu dah kenapa?" sergah ibu tiba-tiba. Dia duduki satu kerusi kosong bertentang dengan aku.
Aku muntahkan keluhan besar.
"Pisang dah rosak ibu. Didi terpijak. Lepastu, jatuh tergolek-golek. Nak bangun pun tak boleh dah." Aku sampaikan luahan perasaan secara berkias. Ibu sudah masak dengan perangai aku yang satu ini. Pastinya dia faham tanpa perlu disoal.
"Waktu balik dari Kanada haritu, okey je ibu tengok. Melekat bukan main rapat. Tapi harini, nak nampak kamu dengan Khairul bercakap pun payah. Seorang dekat sana, seorang dekat sini. Bergaduh ke?" soal ibu tenang. Jikalau Khairul merupakan pakar psikologi, ibu pula pakar selok-belok rumah tangga.
"Pil haramkan mengandung yang ibu bagi tu, Didi rasa Zen... Erm... Khairul dah ternampak dalam handbag sebelum kami datang sini tadi. Dia tak cakap apa pun, tapi kalau ikut firasat Didi... Sebab benda alah nilah," ujarku lemah.
Aku tunjukkan satu kotak pil perancang kehamilan yang ibu bagi beberapa minggu yang lalu. Satu papan sudah hampir habis aku telan. Kalau Khairul nampak, makin berangin ribut taufanlah dia.
Sepenuh kesalahan, aku tak letakkan ke atas ibu. Dia sudah berpesan agar aku bincangkan hal ini dengan Khairul dulu. Tapi dek tak mahu timbulkan masalah, aku elakkan diri daripada berbincang soal anak. Khairul sangat sukakan budak-budak. Aku yakin, dia pasti akan menolak idea ini. Lagipula, bukan lama pun aku nak makan. Sampai grad saja.
"Kalau ibu tahu benda ni boleh bagi masalah dekat kamu, ibu tak bagi pun tak apa..."
"Lah, bukan salah ibu pun. Didi faham kenapa ibu buat macam ni. Khairul tu kalau marah tak lama pun. Nanti pandai-pandailah Didi pujuk dia balik."
Tangan ibu, aku genggam erat. Tak mahu dia salahkan diri.
Suatu ketika dulu, sewaktu ibu hamilkan aku, dia terkena alahan yang teruk. Sampai tak mampu nak jalankan kehidupan harian seperti biasa. Akhirnya, ibu memilih untuk tak sambung pengajian. Cita-cita ibu untuk menjadi seorang guru, tidak tercapai. Dengan kelulusannya, sekarang, ibu hanya bekerja sebagai seorang kerani biasa di sekolah.
Demi membesarkan aku, ibu korbankan satu-satunya impian dia sejak kecil. Kerana itu, dia sangat sukakan Khairul yang datang dari latar belakang seorang pendidik. Dek ingin membalas jasanya, aku turutkan saja kemahuan ibu. Aku tahu dia risau jikalau aku mengandung, lalu abaikan pelajaran.
Oleh itu, ibu sarankan aku untuk tak hamil sehingga aku tamatkan pengajian tinggi. Hanya tinggal enam hingga ke tujuh bulan. Semester depan, aku akan berdepan dengan dunia praktikum. Lepas tu, bolehlah aku campak jauh-jauh segala pil porak-perandakan rumah tangga aku itu.
Advertisement
Haih, pil tu pula yang salah. Padahal, aku yang tak berterus-terang dengan Khairul.
"Lepas ni, kamu kena berbincang dengan Khairul dulu. Kalau suami tak bagi, kamu tak boleh main melantak je. Setinggi mana pun darjat ibu, kamu kena utamakan suami. Hak dia ke atas kamu lagi besar daripada ibu. Kamu yakin ke dia marah sebab ambil pil tu? Tak ada sebab lain?"
Aku berkira-kira untuk geleng. Macam mana aku nak tahu kalau tuan badan sendiri kunci mulut dia serapat-rapat alam semesta?
"Ibu minta maaf. Sebab takut kamu ulang silap ibu, kamu yang terkena tempias. Bila abah tegur ibu semalam, baru ibu sedar. Ramai je perempuan yang mengandung waktu belajar boleh berjaya. Tak semua orang senasib dengan ibu. Ibu yakin anak ibu dah besar. Didi boleh buat keputusan yang terbaik. Kalau Khairul tak suka, jangan ragu-ragu dah, buang je terus pil ni," pesan ibu, tersenyum nipis.
Angguk. Lantas itu, aku ketatkan lagi genggaman tangan kami.
"Baiklah ibu. Jangan risau, Didi tak pernah salahkan ibu. Didi tahu, ibu cuma yang terbaik untuk anak-anak ibu. Ibu risaukan masa depan Didi."
"Walaupun ibu tak dapat jadi cikgu, nikmat mengandung dan besarkan kamu dan anak-anak ibu lebih indah daripada apa-apa jawatan yang ada di dunia ni. Menjadi seorang ibu ni idaman setiap wanita. Tapi itulah, tak semua orang direzekikan zuriat. Ibu takkan halang kamu untuk jadi seorang ibu lagi. Sebab ibu ialah wanita yang sentiasa Allah muliakan, di dunia dan akhirat."
Aku tersenyum pilu. Sebak. Ibu mahupun bapa, mereka sangat dimuliakan Allah. Al-Quran dan hadis, kedua-dua sumber rujukan utama umat Islam ini mengangkat darjat ibu dan bapa berkali-kali. Bodohkah aku kerana mengabaikan nikmat yang satu ini? Sehingga menyakiti sekeping hati yang selayaknya aku bahagiakan.
Wajah aku kalih pada abah, Khairul, Daniel, dan Dalia yang sedang rancak bersembang di ruang tamu. Cepat-cepat aku hapuskan cecair yang menuruni pipi. Abah perasan, keningnya terangkat. Seakan bertanya 'kenapa?' sejurus melihat anak perempuannya mengalirkan air mata.
Aku hadiahkan senyuman manis untuknya. Geleng. Hanya ucapan 'terima kasih' tanpa suara, aku ukirkan. Itulah pengorbanan abah dari dulu lagi. Pengorbanan senyap-senyap. Tak terlihat di mata, namun dapat dirasakan di hati. Mampu mengubati kesakitan dan menjernihkan kekeruhan.
di dalam beg tangan, aku capai. Kening aku terangkat. Terasa seperti ada perubahan pada ketebalan dompet nazak aku. Selalunya, kempis saja. Hari ini, ianya agak berat berbanding hari biasa. Dompet pun boleh overweight tiba-tiba ke?
Aku periksa isinya. Terbeliak mata aku apabila melihat helaian wang berwarna ungu lembut yang tersusun tebal. Sebelum ni, ada sehelai saja. Mana datang banyak-banyak ni?
Suara gelak Khairul bersama ibu dan abah di ruang tamu menjengah gegendang telingaku. Tika itu, naluri hati aku menjawab beberapa soalan yang baru saja berkawad kaki menerokai otakku.
Keluhan berat meniti bibir.
Wang-wang itu aku keluarkan beserta satu kad debit yang nyata bukan milik aku. Tak pernah-pernah ada, tiba-tiba muncul tanpa bagi salam. Semua wang itu, aku nak serahkan kembali kepada pemiliknya. Buat apa duit-duit ni? Aku bukan kahwin semata-mata nak mengikis segala hartanya.
Satu gambar jenis polaroid yang ada sedikit bekas renyuk jatuh menjunam ke lantai. Nafas aku turun naik. Mana datangnya gambar ni? Aku kutip semula gambar pertunangan aku dan Zack yang berlangsung hampir dua tahun lalu. Pada belakang gambar itu juga masih ada tulisan jelas yang aku tulis dengan marker. 'I love you, Abang Zack'.
Aku meraup wajah.
Saat itu, aku mulai mengerti akan perubahan sikap Khairul. Bukan satu, tapi dua kali aku menusuk ego lelakinya.
Gambar itu, aku masukkan ke dalam satu kotak yang tersadai di atas meja belajar. Tempat aku semadikan segala kenangan aku bersama Zack. Mungkin sudah tiba masanya, aku bawa kotak itu pergi jauh dari hidup aku. Lelaki yang ada di depan mata aku sekarang, sudah menjadi tanggungjawab aku untuk menjaga hatinya.
Advertisement
sudah menginjak pukul satu pagi. Aku bangun dari pembaringan, mencari kelibat sang suami. Khairul masih tak reti-reti nak masuk bilik. Entah apa yang dia marahkan sangat pun aku tak faham. Setakat ini sajakah tahap kematangannya? Takkan sebab benda kecil macam ni pun dia nak tarik muka sampai ke pagi buta.
Aku ayun langkah ke luar bilik. Dari muka pintu, Khairul kelihatan sedang duduk di sofa bersama laptop di atas ribanya. Mata tertutup rapat dan skrin laptop gelap gelita. Menandakan dia tertidur di situ.
Aku merengus geram.
Tahulah bilik aku kecil, pusing sikit pun dah kena hadap muka masing-masing. Tapi besar sangatkah dosa aku sampaikan dia nak buat perangai budak tak cukup umur ni? Tangan aku mula mengipas-ngipas wajah yang sudah keluarkan kepulan asap-asap persis gunung berapi bagi isyarat nak meletus.
"Abang, bangunlah..." Aku kejutkan Khairul dengan amarah yang sudah tak tertahan. Rasa geram, sebal, dan kecewa, semua bercampur-baur menjadi rojak.
Mata kemerahan Khairul terbuka luas. Terkejut gamaknya lepas ternampak muka yang paling dibenci saat ini.
"Apa?" soalnya. Masih sepatah. Spesies jenis sayang air liur. Kalau boleh, nak bazirkan setitis pun sayang.
"Jom masuk tidur dalam bilik," ajakku. Lengan sasanya aku tarik, namun dia lebih cepat rungkaikan tanpa riak bersalah.
"Saya nak siapkan kerja sekejap."
Aku ketap bibir. Sabar, Didi. Kahwin tak sampai sebulan lagi ni. Kena banyak bersabar. Jangan baling dulu segala pinggan mangkuk dekat dapur tu.
"Sekejap ke setahun ke, abang buat kerja dalam bilik."
Khairul geleng.
"Saya nak buat dekat sini. Bilik awak internet slow."
Pejam mata. Sedaya upaya aku menahan bisikan syaitan yang tengah bergelek sakan melihat anak-anak Adam bertikam lidah. Hidung aku juga kembang dan kuncup, melawan rasa geram yang menghempap dada.
"Abang memang nak satu rumah ni tahu yang kita bergaduh ke? Masuk bilik saya sekarang sebelum saya buat kecoh." Aku mula mengugut, sudah kehilangan idea nak lenturkan pemilik ego besar anak gajah depan aku ni.
Dia tayang senyuman ringkas. Tampak sangat sinikal dan mampu mendidihkan mana-mana mata yang melihatnya.
"Awak boleh buat apa je?" cabarnya.
"Nak saya terkam abang dekat sini ke?" bisikku. Aku tayang senyuman menggoda, sebelum membawa bibirku ke telinganya. Lama aku membiarkan bibir aku menapak di situ. Degup jantung mula mengetuk-mengetuk dadanya, kedengaran mencanak naik tiba-tiba.
Bahu aku Khairul pegang dan ditolak ke belakang. Mungkin dia tak mahu aku menangkap gemuruh hati lelakinya. Tapi sayang, dia terlambat.
Senyum Khairul serta-merta tenggelam dari wajah kacaknya. Mata itu sedikit membuntang, manakala darah mengalir laju ke telinganya, sehingga cuping telinga itu tampak kemerahan. Kalau tak ke pipi, pastinya ke telinga. Itu merupakan salah satu keunikan Khairul yang aku temui sepanjang perkahwinan kami.
"Okey, kita masuk bilik."
Khairul bangun mengejut. Terus lesap ke bilik dengan komputer riba yang ditutup rapat.
Setibanya di kamar, mata aku menangkap kelibat Khairul duduk di birai katil, mengurut kepala serta tengkuknya. Tika serabut, itulah yang dibuat. Memang sudah menjadi tabiatnya.
Tanpa diarah, aku berdiri berdepan dengan si dia, mengambil alih tugas mengurut kepala sang suami yang tampak lelah. Tangan aku kemudian turun pada tengkuk dan bahunya.
Khairul pejamkan mata, menikmati servis percuma yang diterima.
Aku cepat-cepat bacakan jampi, berdoa agar hatinya lembut secepat mungkin. Aku dah tak sanggup nak buat genjatan bicara dengan dia. Khairul tak apalah memang dilahirkan mulut senyap lagi sunyi. Mulut aku ni, siapa nak melayan jikalau bukan dia?
Tak lama selepas itu, kelopak matanya dibuka laju. Khairul tarik kedua belah tangan aku dari tubuhnya, lalu dilepaskan begitu saja.
Aku tersentak. Tipulah andai tak terasa hati dengan perbuatannya. Gaya Khairul tampak seperti dia berasa jijik apabila tangan aku berada pada kulitnya. Berjauh hati punya pasal, aku berlalu ke meja belajar di hujung bilik. Wang dan kad tadi, aku ambil.
Sejurus menapak semula berhadapan Khairul, aku hulurkan kembali wang yang dia berikan secara senyap-senyap.
Khairul dongakkan kepala. Pandangan kosong itu menyentuh anak mataku. Nampaknya, dia langsung tak terkejut, seperti sudah menjangkakannya.
"They're yours. I'm not taking it back." Khairul bersuara mendatar.
"Saya ada mintak ke? Tak kan? Saya tak nak duit abang."
Aku mencuba nasib lagi sekali. Tapi Khairul masih berkeras untuk tak terima.
"Itu nafkah daripada saya untuk awak, Diana Eirina. Pemberian suami untuk isteri. Salah ke saya bagi dekat isteri saya? Habis, takkan saya nak bagi dekat isteri orang? Dalam Islam, saya kena bagi bila awak nak saja ke? Kalau saya tetap nak bagi, awak nak buat apa?"
Nak. Nak. Nak. Hanya perkataan itu yang aku tangkap. Otak dah gelong kerana terlalu gementar. Apatah lagi saat Khairul berdiri tegak. Bertentang mata anak mataku. Meski dia kekal tenang, namun tindak-tanduknya sedikit sebanyak menakutkan aku. Dan maksud kata-katanya sebentar tadi, begitu mendalam.
Ya Allah, adakah aku yang terlalu pentingkan diri?
"Tak salah. Saya bukan nak bangkang tugas abang sebagai suami. Tapi bila abang main bagi macam ni... Saya tak suka... Saya rasa macam apa yang saya buat untuk abang selama ni hanya untuk kikis duit abang. Saya bukan jenis perempuan murah," kataku perlahan. Meluahkan apa yang terpendam.
Khairul membisu. Hanya menatap aku dengan renungan membunuh. Sama ada nak ditelan atau ditanam aku hidup-hidup. Situasi ini sangat tegang. Malah lebih tegang berbanding perbalahan kami di Kanada.
Wang dan kad dalam genggaman aku, Khairul rampas tiba-tiba. Sejurus itu, selamba saja dia melempar kasar kesemua wang-wang itu ke dalam tong sampah yang terletak berdekatan meja belajar.
Bahu aku terhenjut. Tercengang seketika. Itulah tindakan paling gila yang pernah Khairul buat setakat ini.
"Abang!" Aku membentak dalam nada terkawal.
"Sekarang awak dah rasa mahal kan? Ada benda nak cakap lagi ke?" Dia menyoal sambil merapatkan kembali jarak antara kami.
Aku meramas tapak tangan yang kian basah. Angguk perlahan. Soal duit itu, aku letak tepi dulu. Masih ada sejuta perkara yang perlu kami selesaikan.
"Sa..saya nak minta maaf sebab ambil pil tu. Saya nak discuss dengan abang pasal ni, tapi saya tak tahu macam mana. Setiap kali saya nak bangkitkan isu ni, saya segan. Saya mengaku saya salah. Abang boleh maafkan saya kan?"
"Do you think I got mad just because you took those contraceptive pills?"
Angguk.
"Let me ask you something, Diana." Khairul memeluk tubuhnya. Air mukanya seribu kali serius berbanding versi pensyarah di dalam kelas.
"Ta...tanyalah...," balasku, gugup.
"Dekat mata dan hati awak, saya ni siapa?"
"Abang suami saya."
"Betul awak consider saya sebagai suami awak?"
"Be...betul."
"Kalau awak anggap saya macam seorang suami, awak takkan rahsiakan pasal pil tu daripada saya. Sebab hal anak ni melibatkan kita berdua, bukan awak sorang. Kalau betul awak hormat saya, awak takkan simpan gambar lelaki lain dalam dompet awak. Dan barang-barang dalam kotak penuh love tu, awak takkan bagi saya nampak." Khairul tekan suara sedalam mungkin.
Air mata aku bergenang. Bicara Khairul begitu tajam, seperti panah yang menikam jiwaku. Rasa bersalah mulai menguasai segala ruang di hati. Membuatkan nafas aku terasa pendek. Kalau Khairul tak buka mulut, mungkin sampai bila-bila pun aku takkan sedar akan besarnya kesalahan yang aku buat.
"Abang please..."
"Apa perasaan awak kalau saya buat benda yang sama? Awak suka ke kalau saya pakai protection tanpa discuss dengan awak? Awak nak ke saya letak semua gambar exes saya dalam dompet? If you can't bear to conceive our child, should I use a condom then? Or should we just stop touching one another and have a sexless marriage? You want that?"
"No... Tak... Bukan ni yang saya nak. Kenapa abang cakap macam ni? Saya tak suka. Abang... Abang salah faham. Gambar tu dah lama ada dalam dompet saya. Saya lupa nak keluarkan. Sumpah abang, lepas kita kahwin, Zack dah tak ada dalam hati saya. Percayalah, saya sayangkan abang," rayuku. Bermohon agar dia mengerti.
"Right from the start, it's all about you. Kita buat apa yang awak suka, apa yang awak nak. Tapi awak pernah fikir tak apa yang saya suka ataupun apa yang saya nak? Pernah ke awak kisah pasal hati dan perasaan saya?"
Titisan jernih gugur dari mata cantik Khairul. Dia kemudian mencengkam lagi bahuku.
"Would you do the same if you were married to Zack? Or it's just me. A stranger who entered your life and took you from the one you love? Atau awak takut, perkahwinan kita akan jadi macam parents saya?" Dia goncang bahu aku, mahukan jawapan.
"Tak, abang. Tolong jangan cakap macam ni. Saya betul-betul sayangkan abang. Sumpah, saya tak tipu." Aku mendesak dengan limpahan air mata yang semakin rancak membasahi pipi.
"My mom told my father the same, Diana. And yet, she left him for another man. I guess, all relationships are bound to be broken anyway. Just like them and maybe us. I've been having insecurities about relationships, and today, you proved me right. Well done."
Usai mematikan bicara dan hapuskan air mata, Khairul berlalu ke pintu bilik. Tak betah lagi nak tengok muka aku.
Kepala aku bagai diketuk satu alat. Memaksa aku agar melakukan sesuatu. Tak. Aku belum bersedia hendak kehilangan dia, meski untuk sesaat akan datang. Langkah panjangnya, aku kejar. Tangan aku depakan di depan pintu bilik. Tak benarkan dia keluar dari situ.
"Saya takkan tinggalkan abang. Jadi, abang pun tak boleh tinggalkan saya. Saya sedar buat silap. Abang hukumlah saya sampai abang puas, saya sanggup. Saya minta maaf. Saya tak nak jadi isteri derhaka. Saya takut kena laknat dengan Allah." Aku beranikan diri untuk berkata sedemikian.
Jika bukan aku yang selamatkan perkahwinan ini, siapa lagi yang boleh buat?
Pipi Khairul yang sedikit basah itu, aku belai dengan jari-jemariku. Aku mengucup kedua kelopak matanya. Sehebat mana pun Khairul tampil di hadapan semua orang, dia hanyalah lelaki biasa di mataku. Yang menjadikan dia luar biasa ialah kerana, aku mencintainya.
Tubuh lampai itu aku tarik ke dalam dakapan. Aku hembuskan nafas lega tatkala Khairul turut membalas pelukan aku dan membenamkan wajahnya pada pangkal leherku. Belakang tubuhnya, aku tepuk perlahan. Meredakan emosi dia yang kacau-bilau angkara aku.
Setiap persoalan yang dia lontarkan sebentar tadi bagaikan kilat yang memetir dan guruh yang berdentum. Betapa berat aku uji kesabarannya. Memori pahit yang dia lalui sepanjang hidupnya, aku ramas-ramas kembali luka itu tanpa belas.
Advertisement
- In Serial19 Chapters
This story is not happy ending
‘Lear’ had read a novel and was dissatisfied with the ending of that novel. The villainess with the name like her, ‘Lear Cabares’, is betrayed by ‘Draven Ernest’, the male lead, and her legal husband, who cheating her and have a relationship with ‘Phenia Talcum’, the female lead. Besides, two of them kick Lear out of the mansion until she has a pathetic end. Lear could not bear to see a villainess has ended up like that. So, she uses her special abilities to enter the world of that novel to reclaim the justice of the villainess. Why would the villainess have to be treated like that? She did not do anything wrong. I am going to seek justice for you! But when Lear enters the story, she discovers some truths that change her life forever. "Lear, don't leave me," said Draven with a pained expression. What is this! Why would a protagonist like Draven say to me who is a villainess?! Or have I successfully changed the plot at the end of the novel? Isn't the ending of this story a happy ending?
8 235 - In Serial57 Chapters
LA MIA MELODIA
Niccolo Dante De'Marco. Underboss of the Italian Mafia, pretty closed off, very open around his family, known as a ruthless man. He is also the Don's cousin and best friend, he's sharp and is unbothered about most things that dont concern his family.Aria Amber Stone. She's a girl with a past. At the tender age of 19, Aria has seen grief and terror. She's shy and anxious, can stand her ground but also gets scared easily. She's learned not to show fear to men, they will abuse it. She ran away from her home, if you can call it that, and sought refuge in Sicily, the mafia central.Join Niccolo and Aria as they find eachother and work their way around the challenge that is intimacy.*********************All pictures used are from pinterest, i dont claim credit for any of them.If i have used your material and you want me to either remove it, or give you credit, please let me know and id be happy to.*********************●●●●●●●●The book DOES NOT HAVE any smut. It is marked mature because of language.●●●●●●●●LA MIA MELODIAMY MELODY♡*********************hiii.If you are here from PICCOLO BAMBINO INGENUO then hiiiii you guys, this is Niccolo's story and i am very excited about it. hehe.If you haven't read PICCOLO BAMBINO INGENUO, which is my first book, its okay, this book does have references to it and would be kind of like a little continuation, but its a story on its own, any references that i do put ill explain, but if you wanna get the full experience then id recommend you do read it. Oki enjoy muah.
8 223 - In Serial72 Chapters
The Hot Doctor
Alexandrianna Hawkins wasn't expecting to dislocate her knee during cheerleading practice. Once she's wheeled into the hospital, she's welcomed with quite the surprise. Rian Peterson is a young, very irresistible man who's devoted to being a doctor. He's never fallen for any of his patients, but when Alexandrianna arrives, that changes quickly. The doctor and his patient are possessed by infatuation.Will the high school cheerleader and the percipient doctor fall for each other? Or will Alexandrianna's past stand in the way?
8 256 - In Serial56 Chapters
The Queen's king |✔️
Chitra, has always been the forgotten princess, neither the king nor the kingdom remembers her, probably as her mother was never a royal. Her life was never peaceful with all the royal drama in it and all she ever dreams is an escape from this palace and the love and respect she never got.Arjuna, king of a strong and powerful kingdom Abhiras. All he ever requires is power and prosperity of his kingdom and love? Such words doesn't exist in his life. But the kingdom requires a Queen and he requires a queen as powerful as him. With a greater love comes the strongest weakness. A story of true love of a forgotten princess and a valorous king, can their love withstand the palace politics? Can the princess prove herself to be righteous and a brave queen? ~•~#2 in Historical Fiction ( 5-9-2020 )#1 in India (15-8-2020)#1 in WattpadIndia (9-8-2020)#2 in husband ( 4-5-2020 )#2 in Wife ( 13-6-2020 )#3 in Indian ( 5-6-2020 )
8 286 - In Serial18 Chapters
Faces Of Love (Complete)
When the town's number one prostitute is made a jaw dropping offer she cannot refuse, nothing can prepare her for the consequences of that one decision.Gloria Grande, orphaned, forced to make a living from prostituting herself. It's a life Gloria lives everyday fighting to come out of and she is finally given the opportunity One year. Marry the son of a wealthy merchant for one year and get paid three thousand dollars. It was that simple. At least that is what Gloria is thinking when she accepts the offer. Until she meets Howard; the aloof, bitter son of her employer.Now, Gloria must battle Howard's attitude and try to win his love or at least survive a year under his mistrust and scrutiny and worst of all, the burning desire to get back to her life as a prostitute; a life she never imagined in a million years, she'd miss.*This story can only be read on Radish. This is just a sample.***Copyright © 2017 Lily Orevba All rights reserved.All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the publisher, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other noncommercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the publisher.
8 162 - In Serial57 Chapters
Scrambled Tales
Main ne har bar tujh se milte waqt tujh se milne ki aarzu ki hai tere jaane ke baad bhi main ne teri Khushbu se guftugu ki haiWe all have a story we never told anyone. A collection of Short Stories.
8 255

