《Pengganti Paling Setia ✔》Bab 24 ~ Sempurna ~
Advertisement
peluh di dahi Khairul, aku lap dengan ibu jari. Aku dapat lihat perubahan pada wajahnya setelah kami bersama. Bagaikan mimpi, lelaki yang aku sangka tersangat beku itu menitiskan air matanya di hadapan aku. Ego diruntuhkan sejurus aku menjadi isterinya dalam erti kata sebenar.
Sama seperti aku dan kebanyakan insan lain di luar sana, dia juga ada mimpi ngeri yang ingin dilupuskan dari dunia ini. Pensyarah mahupun pakar psikologi tak menjadikan dia sempurna. Tahu ratusan teori tak bermakna dia boleh mengaplikasikan segala ilmu yang dipelajari begitu saja. Kerana tahu dan aplikasi ialah dua hal yang berbeza.
Berbalik pada segala hal, dia hanya manusia biasa. Ada kekurangan dan tak sempurna. Menjadi seorang pensyarah psikologi tak bermaksud dia mampu mengawal perasaan dan memilih untuk bahagia senantiasa. Apatah lagi melibatkan emosi. Tak mudah dikawal. Ada kalanya ia berada di luar bidang kuasa manusia.
Meski Nabi Muhammad dinobatkan sebagai manusia termulia di muka bumi, namun dia juga melalui fasa-fasa keperitan yang jauh lebih menyayat hati. Kehilangan anak-anaknya di depan mata, dipulau serta dicemuh masyarakat hanya kerana ingin sebarkan agama Allah, dan pelbagai lagi peristiwa pilu yang menimpa dirinya. Sehingga Allah menurunkan ayat al-Quran, untuk memujuk kekasihnya itu.
Mungkin fikir Khairul sebelum ni, aku belum benar-benar sayangkan dia. Sebab itu, dia memilih untuk tak pernah luahkan apa yang dia rasakan dan lalui sepanjang hidup. Tahukah dia bahawa aku sudah lama bersedia nak mendengar bicara hatinya? Sejak hari dia menerima syarat-syarat perkahwinan kami lagi. Hati ini sudah terbuka untuk dia.
Selimut yang membaluti tubuh kami, aku tarik, membalut kemas tubuhnya yang sedikit terdedah. Perbualan dari hati ke hati kami sebentar tadi, aku imbas semula.
Rambut Khairul yang sedikit basah itu, aku bawa ke tepi. Dia turut melakukan hal yang sama. Lebihan rambut aku dibelai dan disembunyikan ke belakang telinga. Lantas itu, cuping telinga aku dikucup mesra.
"Dr Khairul...," panggilku lembut.
Keningnya terangkat.
"Hmm..."
"Saya nak panggil doktor 'Dr Khairul' sampai bila-bila boleh tak? Sampai doktor tua bangka!"
Dia tergelak kecil. Geleng. Awal-awal lagi, permintaan aku sudah ditolak mentah-mentah.
"Nilah request paling pelik yang saya pernah dengar."
"Saya pun tak faham dengan diri saya. Walaupun orang lain dengar macam pelik, saya suka sangat panggil suami saya Dr Khairul. Don't get me wrong. Lepas apa dah jadi, saya takkan boleh anggap doktor macam pensyarah saya dah."
Tawa nakal kami terpacul keluar. Nampaknya, dia faham akan apa yang cuba aku sampaikan. Tangan aku mula galak, menyentuh lehernya.
"Doktor kan... Memang betul-betul macam doktor peribadi saya. Doktor buat saya rasa selamat, doktor tak pernah menyerah kalah untuk rawat dan tawan hati saya, doktor selalu on-call, ada masa untuk saya tak kira masa dan keadaan. Apa saya minta, semua doktor tunaikan... Saya rasa kan, doktor memang dilahirkan untuk jadi doktor saya...," luahku jujur. Mahu dia rasa dihargai.
Senyum tipis menghiasi wajah tenangnya. Leka dia mendengar aku berbicara. Pipi kananku dielus perlahan.
"Saya cuba panggil doktor 'Zenith', tapi sebab doktor tua sangat, saya rasa macam biadap sikit. Feeling dia macam panggil abah saya dengan nama..."
Melihat mata Khairul membesar, gelak aku meletus. Sengaja nak mengusik dia. Kami dah janji tak mahu tidur sebelum solat subuh. Kalau tertidur sekarang, memang tak jagalah jawabnya.
"Mulut awak kan Diana, hanya insan terpilih saja yang boleh tahan...," ucapnya sambil mencuit bibirku.
Aku tersengih penuh makna. Mula memasang strategi baik punya.
"Kalau saya panggil doktor 'abang', doktor suka tak? Dalam English, abang ni maksudnya macam honey. Bukan brother tau! Dekat Korea kan, ramai je isteri panggil suami diorang 'oppa' walaupun maksud oppa ni abang. Kalau dekat Indonesia pun, ada je isteri yang panggil suami dia 'kak'. Kak ni bukan kakak tau. Dekat sana, 'kak' ni opposite gender. Maksud dia abang jugak. Kalau dekat...."
Advertisement
Aku mula keluarkan fakta-fakta dunia. Risau jikalau dia menolak. Sudah lama aku fikirkan gelaran lain, tapi rasanya macam kurang masak dengan tekak Melayu tulen aku. Nak sebuat 'Zenith' pun tergeliat lidah. Lagipula, Khairul dibesarkan dalam budaya berbeza. Mungkin dia pula yang rasakan sebaliknya. Aduh, masalah betul kahwin dengan Melayu celup ni.
"Awak nak bagi berapa ratus contoh?"
"Sebenarnya, saya tahu sampai Indonesia je. Kalau saya sambung tadi, maknanya semua tu auta semata-mata." Aku berkata jujur, tanpa selindung. Tersengih lagi.
"Panggillah apa-apa yang awak suka. Apa yang awak suka, saya akan belajar untuk suka jugak," jawabnya tanpa rungutan.
"Abang... Abang... Macam mana? Merdu tak?" Aku lantun keluar vokal ala-ala katak kena langgar lari.
Ya Allah, rasa macam nak tertelan anak tekak. Walau sukar, kena biasakan diri juga. Takkan aku nak panggil dia Dr Khairul sampai bila-bila. Tak tentu pasal anak kami di masa depan ingat aku ni perempuan simpanan bapa mereka.
"Tak langsung."
Jelingan meluat, aku lemparkan. Khairul dengan bicara jujur, sama saja seperti Milo campur susu pekat. Terlalu sebati.
"Bila dok... Erm... Bila abang nak kenalkan saya dekat parents abang? Diorang ada lagi kan? Kenapa saya tak nampak diorang pun dekat rumah grandpa?"
"Awak nak tahu ke?"
Aku angguk bersungguh-sungguh.
"They're very much alive. Cuma diorang sibuk sikit. Both are workaholics," ujar Khairul tidak berperasaan.
Rasanya... Aku sudah dapat menebak apa yang belum diberitahu. Khairul, dia sukar dan mudah dibaca dalam masa yang sama. Kali ini, aku berjaya membaca air mukanya.
"Are they still together?"
Gelengan lemah diberikan.
"They are divorced... Just like Uzzam, I also came from a broken family."
Selesai berkata, dia lepaskan nafas berat. Anak matanya dilarikan, enggan bertentang mata dengan aku. Membesar dalam sebuah keluarga yang pernah berdepan dengan penceraian, pastinya meninggalkan parut bagi setiap anak. Dia tidak keseorangan. Mungkin dia terlupa, aku juga pernah lalui fasa-fasa memilukan itu.
"Siapa cakap?"
Kedua tangan aku melekat pada pipinya. Memaksa mata itu merenung aku seperti sedia kala.
"Your family isn't broken and my family isn't perfect either. Saya percaya setiap keluarga dalam dunia ni ada kurangnya jugak. Imperfection is a part of human nature. Trust me, your family is wonderful, abang."
Cecair jernih memenuhi bebola matanya.
"They both cheated on one another, Diana. Sorang ada perempuan simpanan dan sorang lagi ada kawan kerja yang terlebih caring, sampai boleh teman masuk bilik. Waktu keluarga kami diduga dengan bermacam masalah, mummy dengan daddy kami pilih untuk curang. I don't hate them, and we're still in contact. But I can't forgive them for cheating either."
Setiap bait bicaranya, aku dengar dengan perasaan sebal. Dapat rasakan keperitan yang dia lalui.
"Susah sangat ke nak setia? Kenapa kahwin kalau nak ada orang lain puaskan perasaan diorang? Kenapa bercerai dan rosakkan hidup empat orang anak yang impikan bahagia macam keluarga lain? I seriously don't get it. Is marriage a joke to them?" Khairul lontarkan soalan demi soalan yang mungkin tak mampu dia tanyakan pada kedua orang tuanya.
"Abang..."
"Elena dan Enne suffered the most. Tiap-tiap malam diorang datang bilik saya sebab tak boleh tidur, menangis sampai mata bengkak. Zhayan tak banyak cakap, dari luaran nampak dia boleh terima. Tapi tengoklah dia sekarang ni... He's not the same Zhayan anymore. He has behaviour problems and almost dropped out from school," luah Khairul lagi, dengan nafas kedengaran sedikit tersekat.
Aku berdiam diri sejenak. Beri ruang untuk Khairul hela nafas panjang. Menyaksikan dengan mata sendiri orang-orang yang dia sayang menderita, mesti luka pada hatinya tertusuk lebih mendalam. Dan tanpa dia sedar, orang yang paling menderita ialah dia. Di saat adik-beradiknya jadikan dia tempat sandaran, dia tak ada sesiapa untuk bersandar.
Advertisement
"I'm sorry. Saya tak patutnya bangkitkan soal ni. I'm sorry, abang."
Lengan Khairul. aku tarik perlahan, lalu kepalanya aku rehat ke dada. Sekeping hati itu, cuba aku rawat dengan pencantuman tubuh kami. Mata aku berair tatkala merasakan titisan air matanya membanjiri dadaku. Orang sangkakan dia sempurna, tak punya masalah. Tapi aku bersyukur kerana diberi peluang untuk melihat ketidaksempurnaannya.
yang baru siap dikeringkan, aku hampar semula di atas katil. Tak selesa rasanya nak minta orang yang selalu uruskan rumah Khairul kemaskan katil kami. Khairul pula tengah sibuk menelefon seseorang di sofa. Bahasa apa dia guna pun aku tak tahu. Kedengaran sangat asing di telingaku. Dia sudah siap mengenakan seluar jeans dan t-shirt hitam. Tampil bergaya seperti selalunya.
Mana taknya dia selalu tepati masa, awal benar dia bersiap. Aku pula dah mandi, cuma masih belum pakai baju dan tudung yang siap digosok. Takut tak sempat sampai lapangan terbang, baju dah kedut aku kerjakan. Sekarang, aku sekadar menggayakan seluar panjang dan baju t-shirt besar milik Khairul.
"Hello? Anybody home?" laung satu suara wanita.
Khairul terus letakkan panggilannya. Tampak sedikit terkejut. Kami bertentang mata. Kenapa aku rasa tak sedap hati?
"Siapa tu?"
"Enne," jawab Khairul sepatah, tanpa perasaan.
"Oh, Enne. Ingatkan siapa tadi. Abang dah kemas ruang tamu kan? Baju-baju kita dekat bawah tu abang letak dekat mana?" Aku bertanya, relaks. Nasib baik sejam lepas aku dah suruh dia kemaskan ruang tamu yang jadi tunggang-langgang akibat kisah semalam.
Khairul diam, tak berkata apa-apa. Diam dia sedikit sebanyak membuatkan aku bimbang.
Aku kemudian gelengkan kepala. Menidakkan apa yang aku fikirkan sekarang.
"Jangan cakap..."
"Belum... Saya terlupa..."
Terlopong aku menikam wajahnya. Tak tunggu lama, aku terus berlari-lari anak, menuju ke ruang tamu yang mungkin kelihatan macam rumah baru terkena puting beliung.
Sebaik saja aku jejakkan kaki di ruang tamu, aku ternampak Enne sedang duduk bersilang kaki di sofa. Bermain-main dengan kunci kereta pada jari telunjuknya. Setelah sedar akan kehadiranku, dia angkat wajah. Senyuman hingga ke telinga, terukir di bibirnya. Penuh makna yang tidak lagi asing. Amat mudah difahami.
"Ehem..." Khairul berdehem, baru muncul dari belakang.
Aku mencerlung tajam wajah beku itu. Selamba badak saja, Khairul melangkah ke tengah-tengah ruang tamu, mencapai bantal-bantal hiasan sofa serta baju-baju semalam yang terlantar di atas lantai.
Mata Enne ikuti setiap pergerakan abangnya. Tersenyum-senyum saja di memandang kami silih berganti.
"Nampaknya, ada orang akan bawak balik baby honeymoon...," usik Enne, lalu lepaskan tawa yang dia pendam dari tadi.
"Tengoklah kalau ada rezeki." Khairul menjawab laju.
Tak berkedip aku pandang dua beradik ni. Hantuk kepala kejap lagi baru tahu.
"Sorrylah kacau waktu-waktu emas ni. Actually I datang nak bagi barang sikit untuk family dengan kawan-kawan you dekat Malaysia. Ada jugak wedding gifts daripada keluarga kitorang yang tak dapat datang Malaysia hari tu. Nanti jangan lupa letak dalam luggage tau Kalau nak angkat, boleh tercopot tangan."
Enne halakan jari telunjuknya pada beg-beg kertas yang datang dalam pelbagai saiz. Kotak hadiah pun ada.
"Lah, asal banyak sangat ni?"
"Tanyalah semua orang yang bagi ni. Kebanyakannya gammy dengan grampy yang bagi. Just bear with their 'shopaholic-ness'."
Berkerut dahi aku mendengar gelaran aneh itu. Tak pernah dengan pun sebelum ni.
"Gammy and grampy?"
"Tu panggilan Ethena dengan Ethan untuk grandpa dengan grandma," ujar Khairul tenang.
"Oh ha..." Aku garu kepala. Pasrah saja dengan nama-nama aneh itu.
Usai menjalankan tugasnya, Enne beransur pergi. Perkara yang paling tak aku jangka ialah apabila Enne memeluk tubuh dan mengucup pipi aku. Hal yang sama turut dilakukan buat Khairul, sebelum memasuki kereta tanpa sebarang kata.
Bila teringatkan bicara Khairul pagi tadi, aku dirundung rasa sayu. Sekarang, baru aku faham kenapa dia begitu possessive dengan abangnya. Ianya normal. Tiada manusia yang ingin kehilangan tempat mereka bergantung kasih sayang. Apatah lagi setelah melalui fasa getir dalam hidup mereka.
sebak memanah hatiku apabila rumah Khairul tertutup dan terkunci rapat. Sepanjang seminggu bermalam di situ, hari-hariku dihiasi warna-warni. Ada kalanya sedih dan ada kalanya bahagia. Ia sedikit sebanyak membantu aku untuk larikan diri daripada realiti yang tengah tak sabar menanti kepulangan kami.
Tempat pertama yang kami akan singgah sesudah tiba di Malaysia ialah rumah Khairul. Selepas itu, kena fikir pula untuk melawat rumah ibu dan abah. Kata abah, Daniel dan Dalia dah tergedik-gedik tunggu kami bawa pulang segala hadiah buat mereka.
Ceh! Dasar materialistik budak dua ekor tu. Hadiah saja yang ditunggu. Kakak diorang ni nak lempar mana?
Will sudah berpeluk tubuh di hadapan kereta. Tunggu kami masuk ke perut kereta. Dia juga akan ikut serta pulang ke tanah air aku. Tanah air dia di sini akan ditinggalkan lagi.
"Sedihnya, abang... Rasa macam baru semalam kita sampai. Tengok-tengok hari ni dah nak kena tinggal rumah ni. Walaupun saya tak berkenan sangat dengan konsep bilik air berbogel dekat bilik kita tu, saya happy sangat sebab dapat peluang tinggal dekat sini."
"Abang?" ajuk Will bersama kerutan di dahi.
Aku angguk perlahan, mengiyakan apa yang dikatakan.
"Ha'ah, abang," jawabku. Teramat bangga. Macam baru lepas memang award.
Senyum manisku muncul lagi. Sejak pagi tadi saja, entah sudah buat kali keberapa. Kenyitan mata paling seksi, aku hadiahkan buat Khairul. Meskipun dia tahu, aku tetap nak khabarkan bahawa dia ialah 'abang' yang aku maksudkan.
Bulat mata hazel greynya mengembang. Warna pipi Khairul berubah. Seperti baru disapu pemerah pipi.
Aku semakin galak tersenyum lebar. Jadi betullah tekaan aku, dia malu setiap kali digoda.
"Kenapa 'abang'? Lepas kahwin, memang Zen akan jadi abang ke?" Will tanyakan soalan aras paling rendah.
"It's a cultural thing. Malay women usually call their husbands 'abang'. It's like a sense of respect. Diana ada cakap yang 'abang' tu sama level dengan honey. Betul kan?" terang Khairul, serius benar. Bagai mengajar di dalam kelas.
"Ha'ah betullah tu. Betul sangat. Brilliant. Full mark." Aku berkata dengan yakin. Padahal, itu definisi aku sendiri. Auta versi bijak.
Aku merangkul longgar pinggangnya. Memberi ruang untuk aku menatap wajahnya.
"You just can't stop, can you?"
Hidung aku dicuit manja,
"Apa? Saya tak buat apa-apa pun." Aku pura-pura tayang riak tak berdosa.
Sebenarnya, Khairul tak salah. Lepas apa yang jadi semalam, aku rasa nak melekat saja dengan dia. Tak tahu kenapa, tak boleh berhenti. Inikah yang Fathina maksudkan 'ketagih' lepas majlis kahwin kami dulu?
"Could you two stop making all single people in this world look pathetic? Thanks in advance." Will yang menjadi penonton sejak tadi terlebih dulu meloloskan diri ke dalam kereta.
Aku dan Khairul tersembur gelak kecil. Faham benar perasaan Will. Jadi orang single, kena bertabahlah. Sebelum berkahwin dengan Khairul, aku pun gigit jari saja tengok Fathina bermanja dengan suaminya. Dari tak ada anak, sampailah beranak satu, berkepit selalu. Kadang-kadang, rasa nak cekik saja minah tu.
Telefon aku tiba-tiba melalak, minta dijawab. Panjang umur. Nama sahabat dunia akhirat aku itu muncul di skrin telefon. Tak buang masa, aku terus angkat panggilan tersebut. Risau juga. Manalah tahu kalau ada berita penting yang ingin dia sampaikan.
Tatkala mendengar jeritan penuh keterujaan Fathina, aku turut terjerit dan melompat seperti anak kecil. Lantaklah bergegar bumi Kanada atau tak, apa yang dia khabarkan telah menghidupkan semula hormon kegembiraan aku.
Waktu-waktu sedih nak tinggalkan dunia fantasi sementara aku ini, Allah hantarkan berita tersangat gembira dari negara tercinta. Siap hadiahkan kehadiran hormon endorfin lagi. Habis lesap segala rasa penat dan sedih!
Sepuluh minit berlalu pantas, namun Khairul tetap di sisi. Langsung tak menunjukkan tampang orang bosan, tetap menunggu dengan sabar. Tenang saja dia memerhati gerak-geri aku yang serupa kerbau hilang tanduk.
Sejurus aku mematikan talian, keningnya terangkat. Apa lagi kalau bukan dia ingin tahu tentang apa yang aku dan Fathina bualkan.
"Abang! Abang! Abang!" Aku memanggilnya dengan rasa teruja yang melimpah-ruah.
"Kenapa ni?" tanyanya, disertakan dengan kerutan panjang di dahi. Risau barangkali melihat isteri dia terencat tiba-tiba.
"Ina pregnant anak kedua!"
Dek terlalu bahagia, aku lompat lagi. Leher Khairul aku rangkul seerat mungkin. Mata aku terasa berasap, seperti ingin melelehkan air mata dalam masa terdekat. Tak ada lagi istilah tumpang bahagia. Aku benar-benar bahagia. Kerana bahagia soarang sahabat itu merupakan bahagia aku juga.
Gelak Khairul terlepas. Pelukan kami terurai.
"Hey, kenapa happy sangat ni?"
Ibu jarinya singgah ke rerambut keningku. Kedua kening aku diusap manja. Salah satu taktik yang dia gunakan untuk elakkan aku menangis.
"Mestilah happy, sebab kawan saya happy. Kawan abang pun nak dapat anak kedua, abang tak excited ke?"
"Tak adalah excited sangat sebab saya dah tahu Uzzam membesar sorang-sorang. Sebab tu dia teringin nak ada anak ramai. Salute betul dengan dia. Cepat betul buat kerja."
Aku tergelak. Mengerti akan bahasa nakal Khairul.
Tangan hangat Khairul hinggap ke pipi aku.
"Let's come back to our home again..."
Dia berhenti seketika. Merenung ke dasar anak mataku.
"With our kids...," bisik Khairul, menyudahkan kata-katanya dengan renungan disirami cahaya pengharapan.
Aku tersentak. Terkelu dalam masa yang sama. Sedikit berkira-kira hendak membalas kenyataan itu. Jujur aku katakan, aku belum ada jawapan yang tepat buat hal melibatkan anak. Mungkin kami perlu berbincang soal ini terlebih dahulu, sebelum aku berikan jawapan yang pasti.
kami disambut meriah oleh keluarga aku di KLIA. Paling bahagia sekali ialah Dalia dan Daniel. Impian mereka untuk jadikan Khairul sebagai abang mereka sudah menjadi kenyataan. Membesar tanpa seorang abang, menjadikan mereka sangat teruja hendak menerima insan yang boleh mereka anggap seperti abang sendiri.
Sebelum buat keputusan untuk melawat keluarga aku di rumah, kami bermalam selama seminggu dulu di rumah Khairul. Aku perlukan masa untuk adaptasi dengan gelaran 'isteri' yang baru aku pegang.
Advertisement
- In Serial23 Chapters
The Duchess Who Sees Ghosts
Yeonhee lived as a shaman who served God since she was young.
8 212 - In Serial18 Chapters
Bloom~ Kiraboss Story
❗️Spoilers for parts 1-6 ❗️!When spoilers appear throughout the book, warnings will appear before the spoiler so you can skip the specific part and continue reading!Yoshikage Kira finds himself alive. Not dead like he was under that ambulance but alive and well but his life won't return to normal. He's getting sent somewhere to get help with his murderous tendencies. Not just any random mental facility but one ran by the Speedwagon Foundation! Kira is well on his way to help with his mental disorders. He meets so many people with similar situations to him. One particular person happens to catch his attention by the name of Diavolo. Kira's 'interest' in Diavolo grows to be something more?#1 in #kiraboss 20200927#1 in #yoshikagekira 20201013#3 in #yoshikagekira 20201110#1 in #vinegardoppio 20201120#2 in #jojos 20210107#4 in #jojos 20210114#3 in #jojos 20210121#1 in #funnyvalentine 20210207#2 in #yoshikage 20210618#4 in #kars 20220517#1 in #kars 20220518#1 in #dio 20220712#2 in #kira 20220712#1 in #diavolo 20220712~!Cover art is not mine!~♫Bloom - j^p^n
8 116 - In Serial32 Chapters
Kakanaru: The pain behind Naruto's mask
Naruto is a boy who has been abused by his village. To reduce the number of beatings he is forced to endure, he pretends to be a happy go lucky dead last idiot. Secretly though, he trains with Kurama to become strong. After he graduates he lets go of his mask, tired of having to pretend to be happy. Kakashi, Naruto's teacher, can't understand why this child is so different from the file. As time passes, Kakashi finds himself growing closer to the boy who's eyes look older than they should.
8 241 - In Serial97 Chapters
The Pussyfooting Prostitute [ManxMan] [Mpreg] ✔
©2018 lilmizzapplez All Rights ReservedDrakos; a dragon shifter and multibillionaire.One of the last of his kind, who's desperately searching for a mate who's compatible to withhold his semen in her womb. Drakos searched for years, bedding thousands of humans; hoping to find the end of his suffering.Asche; a secretary by day and a prostitute by night.A blatant whore is what he is. Money is his life source, so he does whoever it takes to keep the dollars rolling in. Having caught the interest of the ancient dragon shifter, he spends one night with him for two thousand dollars. By dawn, Asche takes the money and flees the scene. Asche hopes to never lay eyes on the man again but Drakos' semen had other agendas in mind.Drakos meets a pussyfooting prostitute and Asche is scorched by a smoking hot dragon shifter. Their worlds are complete opposites yet they do attract. Warning! Contains high levels of smut and obsession. Read at your own risk!Highest Ranking:#1 mpreg - September 22, 2019#4 mpreg - September 28, 2019#13 manxman - September 28, 2019#3 shifter - September 28, 2019#1 mxm - April 2, 2020#47 boyxboy - July 14, 2020#25 mpreg - July 17, 2020#4 dragon - July 17, 2020#45 boyxboy - July 17, 2020#76 lgbt - July 18, 2020#36 gayromance - July 18, 2020#70 bxblove - July 18, 2020#10 manxman - August 6, 2020#14 dragon - August 6, 2020#2 newadult - September 26, 2020#1 dragon - September 26, 2020#1 boyslove - October 3, 2020Cover courtesy of meha_k.
8 270 - In Serial38 Chapters
A Gentle Breeze Of Love
Completed story♥️✓Vicky, currently nineteen years old, had lost his parents in a cruel murder when he was just six years, an age where life should have been filled with laughter and happiness was painted by tears and tragedies for him.Fortunately, he had a helping hand to pull him up from his miseries. It was Thikshitha, currently twenty-six, a girl who is seven years elder than Vicky. While she was in the ninth standard, he was in the second standard. They both pursued their studies in the same school and their houses were on the same street too. She always walks him to school and back home from his lower kindergarten age. Thikshitha considered him a naughty child and had an immense adoration for him.Also, after his parent's death, Thikshitha, afraid of Vicky being poorly treated by his guardian as well as due to Vicky's displeasure to stay there, took him into her house with his legal guardian's permission and poured him all the love in the world to the point that he forgets that his parents are no more. As Thikshitha is kind of Rich, she was able to provide him with almost everything he asks for...But will she be capable of providing the romantic kind of love he craves from her? Vicky didn't know when his feelings for her took such a drastic turn, yet, he is damn sure about wanting her all in his possession. Will Thikshitha give in? What would be her reaction when she learns about his love?Let's join in their journey to witness it❤️
8 161 - In Serial138 Chapters
Gemini Lycans
Every generation two lycans are born. One boy and one girl. They are more powerful than other lycans. They are always twins. This is why the are usually killed at birth. They have the ability to turn at will. If a lycan is strong enough to kill them they become the alpha and they also take on their ability. Sapphire is one of those lycans who has been kept hidden for years but now she must go out in search for the twin she never knew she had, matters become complicated when she meets Chad a lycan who has been sent to kill her... Can she find her twin before it's too late?
8 451

