《Pengganti Paling Setia ✔》Bab 23 ~ Pelangi ~
Advertisement
yang membaluti pinggang, aku alih ke tepi. Jam sudah menunjukkan pukul empat pagi. Tapi aku masih tak dapat lelapkan mata. Dengkuran halus sang suami di sisi bertindak seperti garam yang meramas-ramas luka. Impian aku untuk jadikan malam ini satu sejarah buat kami, tak berhasil. Nampaknya, aku dah termasuk dalam jerat yang aku cipta sendiri.
Dengan berhati-hati, aku tinggalkan bilik kami, mengatur langkah ke dapur di tingkat bawah. Dahaga.
Setiap suis lampu yang aku temui, aku tekan. Membiarkan rumah terang-benderang. Bukan kerana takut, namun aku sedang melawan rasa sunyi yang bertandang di hati. Andai momen tadi Khairul sambut dengan hati terbuka, pastinya aku takkan berperang dengan perasaan ini.
Sweater yang sempat aku capai sebentar tadi, aku pakaikan ke tubuh. Zipnya aku tarik seatas mungkin. Sehingga rasa nak tercekik pun ada.
Alang-alang tak boleh tidur, aku pasang niat nak berjaga terus. Baju pun dah tak banyak yang perlu dimasukkan ke dalam bagasi. Hampir lapan puluh peratus kerja kemas-mengemas aku selesaikan sejak pagi tadi lagi.
Aku menguap lagi. Mataku memberat. Teguk air sampai habis cawan pun tak berjaya meredakan nafsu kantuk. Rancangan di televisyen pun bosan separuh meninggal. Tak mahu jadi kawan syaitan kerana bazirkan bil elektrik, punat warna merah pada remote control, aku picit.
Mata aku kian layu. Dan akhirnya, tertutup rapat.
"" Aku menggeliat sakan, sejurus terjaga dari lena yang terasa sangat panjang. Cukup panjang untuk memulihkan saraf-saraf hiruk-pikuk yang hidup dalam tubuhku. Buka mata saja, cahaya yang menerangi segenap ruang tamu sudah hilang. Yang tinggal hanyalah lampu chandelier kristal yang tergantung rapi di siling rumah.
Nafas aku tiba-tiba terasa sulit untuk dilepaskan. Siapa... Siapa yang tutup lampu? Mendengar satu nafas asing, aku lekas-lekas kalih kepala ke sisi.
"Ya Allah..." Tangan aku melekat pada dada selaju roket menjunam ke bumi. Terkejut mendapati Khairul ada di sebelah, memerhati dengan teliti tingkah aku tanpa sepatah bicara. Tenang saja dia letakkan lengan pada kepala sofa, lalu tongkatkan dagu tajamnya.
"Ni doktor kan?" Aku tanya juga. Manalah tahu, aku dah kemaruk dengan suami sendiri. Sampaikan termimpi-mimpi serupa orang angau.
"Ada orang lain ke dalam rumah ni?" Soalan berserta jawapan itu dilontarkan kembali dengan anak mata statik. Berkedip pun tidak.
Advertisement
Aku larikan pandangan ke arah lain. Entah kenapa, perasaan aku kuat memberitahu bahawa Khairul sedang hantar satu isyarat misteri melalui anak matanya. Dia sepertinya terlalu ralit menatap wajahku. Seperti orang kena pukau.
Tapi... Tak mungkin. Muka ni nak pukau Khairul? Hah! Cukup-cukuplah rembeskan hormon kuat perasan tu. Dah penat gigit jari pada tangan. Kalau lebih-lebih nanti, terpaksa gigit jari kaki sekali.
"Erm... Sekarang dah pukul berapa? Subuh dah masuk ke?" soal aku lagi. Tak mahu terus jatuh terjerumus dalam gaung bisikan nafsu yang tengah membuak-buak. Asal tengok muka dia saja, naluri wanita ini jadi tak faham bahasa. Memaksa aku melangsaikan hutang yang belum terbayar.
Berapa kali aku nak cakap, dia manusia berkepala batu dari negeri Isketambola! Dah dia tak mahu, takkan aku nak paksa? Dia bukannya pencuci mulut yang boleh aku sumbat dalam mulut sesedap rasa saja.
"Awal lagi. 4.30 pagi," balasnya, sependek-pendek alam.
Berkedip-kedip mata aku menangkap waktu yang disebutkan. Aku tidur setengah jam saja? Jika dibandingkan dengan kepuasan yang aku peroleh, rasa macam tidur berjam-jam lamanya.
"Oh... Erm... Nak tahajud tak?"
"Nak awak..." Khairul berkata, kurang jelas.
Hati aku didatangi satu rasa sensasi. Debaran semakin seronok mencapai puncak tertinggi tatkala anak mata kami bertaut lama. Membiarkan mata hati berbicara buat seketika waktu.
"Maksud doktor?" Aku tetap mahukan penjelasan. Nak elakkan diri daripada tersilap menafsir keadaan canggung ini.
Mulutnya tertutup rapat. Seperti tadi, hanya mata indahnya yang berkata-kata. Khairul betulkan kedudukan postur tubuhnya. Tangan panjang itu menggapai jari-jemariku. Dengan mata yang masih mengunci anak mataku, dia hadiahkan satu kucupan hangat pada kekura tanganku.
Terpaku. Tak sangkakan tindakan ini selepas apa yang terjadi di bilik tidur kami. Ombak kencang yang bergelora semakin galak membadai dadaku apabila tangan kasar milik Khairul meliar pada pakaianku.
Dengan nafas turun naik, aku genggam tangan Khairul yang sudah bersedia hendak menanggalkan zip sweater aku.
"Sekejap, doktor. Tadi doktor cakap..."
"Awak tak nak ke?" potongnya.
"Gila tak nak. Mestilah nak." Aku berkata selamba, tersenyum simpul. Cuba tutup rasa gementar di hati.
Khairul turut tersenyum. Terlihat sungguh menawan. Itulah senyuman yang mungkin akan meninggalkan kesan yang teristimewa di dalam sanubariku.
Advertisement
Jari-jemari panjang Khairul kemudian direhatkan pada pipi aku. Dalam beberapa detik, bibir kami bertaut perlahan. Apabila bibirnya menikmati setiap inci bibirku, aku belajar untuk menyatukan rentak kami.
Tubuh kami kembali dijarakkan. Aku dan Khairul tercungap-cungap mencuri nafas. Pipi dah telinga merahnya, aku sentuh. Ternyata, bukan aku saja yang tanggung rasa malu dan segan. Dia juga rasakan yang sama.
"You're flushing...," bisikku.
"Don't look at me that way, Diana. It's too tempting."
Di kala bibir kami bercantum semula, aku benar-benar tenggelam. Tenggelam dalam belaiannya. Sweater aku berjaya Khairul tanggalkan di luar sedarku. Aku terasa seperti nyawa-nyawa ikan tatkala bibir nakal itu bertindak berani berlayar ke telinga, rahang serta pangkal leherku.
Sungguh aku keliru dalam keadaan begini. Tak tahu apa yang patut aku lakukan untuk membalas sentuhannya. Namun, seperti memahami kejahilan aku, Khairul menarik kedua belah tangan aku, lalu ditekapkan pada leher, dan menuruni dadanya.
"Maaf, saya tak pandai..."
"You're doing very well, amora."
Tubuh aku ditidurkan atas sofa. Khairul teruskan misinya, membaham leher, bibir dan tulang selangka aku silih berganti.
Aku lihat sekeliling rumah, memastikan segala kaca yang mampu mempamerkan segala aktiviti kami sudah tertutup. Senyuman manis terlukis di di bibirku. Siapa lagi kalau bukan Khairul yang menyelamatkan keadaan. Remote tirai elektrik kelihatan terdampar di atas meja di sebelah sofa.
Khairul bangun tiba-tiba, menghentikan perbuatannya.
Mata aku membuntang. Jangan cakap dia nak mainkan perasaan aku lagi.
"Undress me," arah Khairul.
"Hah?"
"Be confident, and undress me."
Aku turut bangun dari pembaringan. Tatapan membunuhnya aku balas. Meskipun nadi memecut dan tangan menggeletar, satu demi satu butang baju tidurnya, aku rungkaikan. Tanpa disuruh, aku sentuh dada hangat itu buat pertama kalinya. Jantungnya yang berdetak kencang, dapat aku rasakan dengan sentuhan magik itu. Ianya umpama satu keajaiban.
Demi Allah, menyentuh sesuatu yang halal bagiku, tanpa rasa bersalah mahupun berdosa, malah dikurniakan limpahan pahala. Rasa itu terlalu indah. Momen ini menyedarkan aku akan kekuasaan Allah yang menciptakan manusia sebegini rupa. Manusia sangat perlukan cinta. Kerana telah menjadi fitrah lelaki dan perempuan, mahu mencintai dan dicintai. Menyentuh dan disentuh. Merindu dan dirindui.
Tanpa sedar, air mata aku tumpah. Rasa sayang dan cinta, tak semua manusia dapat rasakan kemanisan itu. Betapa ruginya aku menidakkan rasa ini. Menyeksa batin Khairul sejak awal pertemuan kami. Malam ini akan menjadi titik akhir aku menyeksa jiwa lelakinya serta jiwa aku sendiri. Sejak dulu lagi, kesetiaan dia telah mengikat hati aku.
"Kenapa awak nangis? Did I hurt you? I'm sorry..." Khairul bertindak cepat, menjadi penghapus air mataku.
"No, you didn't..." Pipi kemerahan itu, aku belai manja.
"Please make me the happiest woman, Dr Khairul."
Dia tersenyum lagi.
"The day you chose me over millions of men out there, I'm already the happiest man in this entire world, sayang."
Mata aku kembali berkaca. Sayang... Perkataan yang biasa aku sebutkan itu kedengaran seperti lagu cinta yang paling romantik yang pernah didendangkan di mana-mana corong radio.
"Come, let me give you the biggest and warmest hug," ujar Khairul.
Dia baringkan tubuhnya ke belakang. Lengan aku dipegang erat. Dia membantu aku memanjat tubuhnya. Gelak manja kami terhambur keluar sebaik saja tubuh kami bersatu. Nyaman rasanya duduk di atasnya. Lepas ni, boleh selalu cuba lagi.
Wajah tampannya aku banjiri dengan puluhan ciuman.
Sesudah bergurau canda selama beberapa minit, kami meneruskan projek yang tergendala akibat ketidakstabilan emosi aku. Di saat tubuh aku dikendong ke bilik utama, aku sedar, itulah malam yang paling bermakna dalam sejarah hidupku. Kerana adanya dia menemani kesunyian malam. Bertentang mata. Bergelak ketawa. Bercerita panjang. Berkasih sayang.
Janji Allah itu bagaikan air terjun. Ianya harapan yang tak putus-putus. Buat mereka yang percaya, pasti akan mendapat ganjarannya. Tak seperti manusia, sesungguhnya, Dia tak pernah memungkiri janji. Ketenteraman yang aku cari selama ini, rupa-rupanya ada di depan mata. Sentiasa menghiasi hari-hari tanpa pelangi. Aku percaya, Khairul Zenith, dialah pelangi terindah yang aku dambakan selama ini.
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda bagi kaum yang berfikir."
Advertisement
- In Serial22 Chapters
To become A werewolf
A generation of female wolves always kills their partners because of a spell cast upon the grandmother years ago, but when the grandaughter’s boyfriend turns into a complete wolf instead of dying, she is ready to do everything in her power to make him a hybrid (a wolf that can transform) and protect him from humans and a power-obsessed witch.
8 166 - In Serial12 Chapters
How To Write A Book
Do you want to write a book but you don't know how? Well, I will help you. I will give you tips on how to write a book.
8 204 - In Serial37 Chapters
Fifty Shades Alternative | ✔
Our faces are just inches away, his breath fanning my face. And after that, he says something, says a simple sentence that makes everything in my insides clench and yet makes me feel safe at the same time."You are not alone", he says in a firm yet soothing voice.~*~*~*~Ana took a self pregnancy test and found out she is pregnant. She, being young & naïve confronts Christian indirectly about it and is heart broken when she finds out he doesn't want kids until a distant future.She runs away, thinking there is no way she can convince him otherwise. But after 6 years, she comes back to Seattle.The question is Why? Why did she come back all of a sudden? What will Christian think when he finds out he has a child?*Gets Better As You Read It*•Top Rank In Fanfiction: #734 on 3rd May, 2018 (based on previous ranking system)In Life: #38 on 11th May 2018.In Fifty Shades Trilogy: #1 on 11th May, 2018In Fifty Shades Fanfiction: #1 on 11th October, 2019.Start: 13th October, 2017.Finished: 22nd March, 2019.
8 132 - In Serial40 Chapters
To The Moon And Back
"He is drop-dead gorgeous," admits Priya Malhotra.His gentle and warm gaze, kindness, everything about him drew her like a moth to a flame. The most attractive thing about him is his immense love for his daughter. She's the sweetest thing in the world. But he's off-limits to her.A chance encounter with this father and daughter turned Priya's world upside down. Even though they met under unexpected circumstances, this handsome father and the quirky daughter just waltzed into her life, and regardless of her attempts to draw a line between them, it just seems to be futile.Abhay Sinha can handle anything with his eyes closed. He demands excellence in everything and his priority is always his daughter. He loves her more than anything in this world. He never thought he will ever be able to love anyone else... until Priya wedged her way into his heart. Whatever happens, he will not let her go.Unknown to them both, they share a past that made their lives a roller coaster. And once again it has reconciled to the surface, threatening their loved ones.
8 222 - In Serial87 Chapters
Growing Attached To My Competition ✔️
Adrian always felt like he was never the best at anything. His school grades were mediocre, he wasn't much of a popular person and the girl he likes doesn't know he exist. The only thing he had going for him was being the star player and captain of his school's hockey team. That was until the spotlight turned to his new rival Brody.Confusion and circumstances causes them both to grow closer beyond their imagination.~~~~~~~~~~~~Highest rankings:• LGBT - #1 (26/4/20)• Bisexual - #1 (1/5/20)• Boyxboy - #1 (28/05/20)• Rivalstolovers - #1 (7/4/20)• Gaylove- #2 (29/9/20)• Cheesy - #2 (1/5/20)• Enemiestolovers- #2 (22/12/20)• Wholesome - #2 (30/5/20)• Cheesyromance - #3 (17/6/20)• Rivalry - #4 (12/4/20)• Enemies - #4 (30/7/20)~~~~~~~~~~~~
8 91 - In Serial78 Chapters
When The Heart Lies | ✓
#3 in General Fiction [17-08-2018]BOOK 2 OF THE HEARTS SERIES.THE FIRST BOOK IN THE SERIES IS RECOMMENDED AS IT WILL HELP YOU UNDERSTAND THE SECOND ONE BETTER._______"Time has brought me ahead and left you behind. There's so much distance to cover. So much that you'll never reach my heart again. You are gone." Shaking of his head shook her wall. His slow footsteps pounded in her heart."I will claw your heart, tear it to get inside again," his breath fanned her cheek. Calm tone haunted her soul. "But it won't come to that when I am already there in your stubborn heart."Tears hung at those thick lashes. "My heart doesn't want you. Not anymore.""Your heart lies." His finger slid down her neck. A sinister smile made those tears fall, "And when the heart lies," the finger replaced by a strong fist held the back of her neck. His lips reached barely inches away from hers. "There are consequences."______AN INDIAN LOVE STORY
8 139

