《Pengganti Paling Setia ✔》Bab 22 ~ Lucky ~
Advertisement
detik mencemaskan tadi, aku jadi tak tentu arah. Pelbagai persoalan menghentam benak, memaksa diri ini mengorek segala jawapan tersebut. Masalahnya, jawapan itu tak ada pada aku. Hanya Khairul saja yang tahu.
Tak sudikah dia nak melayan aku persis seorang isteri? Di mata dia, aku ni sekadar budak saja ke? Yang hanya boleh dijaga dan dibelai, tak lebih daripada itu.
Aku mengeluh.
Tak faham dengan kehendak hati. Banyak songeh sangat. Bagi penampar nanti, baru tahu. Bukankah ini yang aku nak? Inilah layanan yang aku dambakan sebelum ni. Sekadar biasa-biasa saja, tak melebih-lebih. Tapi sekarang, kenapa nak terasa hati pula?
Aku keluar dari bilik air, mengorak langkah tak bermaya ke tasik. Otak masih dibelenggu deretan soalan tanpa jawapan. Namun, baru sekerat jalan, langkahku terhenti. Seolah-olah tapak kasut dilekat gam.
"He's been rejecting tons of women for a girl like his wife. Can't believe it. His taste sucks. I mean, that kind of girl, is she even worth it?"
"Hell yeah. Arranged marriage maybe. If you guys watch them properly, he didn't even kiss her for real. For God's sake, she's not hot enough to infatuate a man. Including her husband."
Buku lima aku membentuk penumbuk. Mendidih segala darah mudaku. Ketiga perempuan yang cakap bukan main lancang itu merupakan orang sama yang mengelilingi Zhayan sebentar tadi. Setahu aku, mereka hanyalah bekas kawan universiti Khairul. Siapa jemput pun aku tak tahu, buat semak pemandangan saja.
Tak cukup aku ada mak cik-mak cik mulut celupar, kawan-kawan Khairul pun nak masuk kelab mulut-mulut puaka jugakah?
"Diana? Buat apa dekat sini? Jom, nak tengok bunga api tak?"
Khairul hadir tiba-tiba, terus menyulam jari-jemari kami.
"Nak," jawabku sepatah. Kepala aku dongakkan, bertentang mata dengan sang pemilik mata yang sering meruntunkan jiwaku.
Dia angguk, sebelum menarik tanganku agar membuntutinya dari belakang. Mahupun begitu, kami tidak berganjak. Kerana aku tetap mengeras di situ. Tak mahu berlalu tanpa membuktikan sesuatu.
"Zenith..." Nama keramat itu, aku paksa keluar. Tak mahu ia terperap terlalu lama. Takut berbuih basi nanti.
Mata Khairul sedikit membundar. Tampak kaget.
"Zenith?" Dia menyoal kembali bersama kening yang terjongket naik.
"Boleh tak saya nak berhenti jadi budak baik?"
Meskipun masih tampak kurang faham, Khairul tetap memberikan anggukan kekok.
Sejurus mengumpul segala kekuatan dan keberanian yang ada, aku mara ke hadapan, kaki aku jinjat semaksima mungkin, agar dapat mencapai ketinggiannya, tangan melekat pada pipi hangat itu, mata aku pejamkan dan dalam sekelip mata, bibir kami bersatu.
Di saat aku hendak menghentikan tindakan gila ini, tangan Khairul sudah menjalar ke pipi kiriku. Mata aku terbuka luas. Terkejut. Penyatuan statik bibir kami tiba-tiba bertukar nada tatkala Khairul bertindak mengganas, meratah bibir aku semahunya. Tubuh aku kemudian disandarkan pada dinding berdekatan.
Denyutan jantungku memecut laju. Khairul seperti manusia yang sudah hilang kewarasan. Tamparan lemah yang aku berikan pada dadanya langsung tak dipedulikan. Dia terus-menerus menikmati bibirku, seperti melepaskan satu beban rasa yang ditahan selama ini. Memberitahu dunia yang aku adalah haknya.
"Doktor... Doktor Khairul..." Aku kembali jarakkan wajah kami. Tercungap-cungap aku cuba berbicara. Kehilangan nafas. Sungguh aku tak sangka, tindakan bersahaja aku mampu membangunkan sisi buaya tenang dalam dirinya.
Khairul tersenyum senget.
"Now, you're back to Dr Khairul? Call me Zenith, amora. I'm no longer your lecturer," bisiknya.
Tanpa sedar, mataku terpejam kembali. Terbuai dek suara penangan suara garau itu.
"Zenith..." Aku turuti dengan nafas berat. Turun naik dadaku membalas renungan menggodanya.
"Good girl."
Khairul mengucup manja pipiku.
"We should stop now." Aku berkata demikian selepas ternampak tiga wanita yang mengutuk belakang aku tadi mula melintas selamba. Siap bagi cerlungan yang diperisakan dengan rasa iri hati lagi. Kemeja Khairul, aku sambar. Nak bersembunyi di sebalik kelebaran dadanya.
Advertisement
"You want us to stop?"
Aku terdiam seketika, sebelum menjawab soalan berbaur usikan itu.
"No."
Apa aku cakap ni? Cukuplah tangan dan otak selalu jadi pembangkang, mulut pun nak ikut juga ke?
"Nak masuk bilik saya dekat atas tak?" tanya Khairul dalam nada berbisik lagi. Ibu jarinya mula bermain-main di hujung bibirku.
Aku berikan gelengan padu. Belum dirasuk gelora nafsu lagi. Aku tak adalah bengap sangat. Bukannya aku tak tahu, kalau masuk ke bilik, tak keluar dah jawabnya. Sudahlah ini malam terakhir kami di negara indah ini. Esok malam ialah hari kami pulang ke tanah air.
"Tak."
"So, what do you really want, épousé?"
"I don't know."
"I bet you know... You just don't wanna be honest..."
Khairul tersenyum lagi. Hidung separa mancungku dicuit.
Aku masih tercengang. Nak ukirkan senyuman pun tak mampu. Situasi terasa sangat janggal bagi aku. Khairul... Dia begitu bijak menawan hati ini dengan tutur kata manisnya. Di kala wajahnya ditundukkan, bibir aku ditakluki semula. Pada saat itu, menolak pun tiada gunanya. Kerana sepertinya, dia sudah berjaya membaca isi hatiku.
yang masih berbahang, aku raup manja. Tak berani nak tenyeh kuat-kuat. Risau pula solekkan aku bertukar jadi Hantu Kak Limah Masuk Kanada nanti. Usah dicakap, rasa malu dan segan yang harus aku tanggung sudah mencecah ke tahap nak pitam.
Seumur hidup, tak pernah sekalipun aku membayangkan diperlakukan sedemikian oleh insan bernama suami. Ingatkan segala adegan romantis di kaca televisyen hanyalah wujud dalam drama-drama saja. Rupanya, bila kena hadap, terdiam seribu bahasa.
Bibir aku yang sudah tidak tercalit pemerah bibir, aku sentuh. Adegan tadi semakin seronok mengulang tayang di benakku. Baguslah, otak pun sedegil tuannya.
Lipstick merah hati dan tisu, aku keluarkan dari beg tangan. Kesan lipstick yang masih berbekas, aku hapuskan. Tanganku terhenti sekejap. Ada sedikit bekas di tepi bibir. Aku geleng buat kali seratus. Cuba hilangkan bayangan tadi.
Kalau bersentuh bibir pun aku dah separuh gila, inikan nak lebih daripada tu. Mahunya aku jadi gila terus.
Warna pemerah bibir yang sama, aku pakai semula. Nafas aku hela dan lepas.
"Dia suami kau, Didi. Bukan suami orang. Mulut dia kau punya dan mulut kau dia punya. Not a big deal, right? Sharing kan caring. Maksudnya dia care pasal kau. Tu je. Jangan fikir lebih-lebih. Faham tak? Faham kan? Bagus. Jom berambus dari neraka dunia ni," bicara aku lantang. Serupa orang sewel bercakap dengan cermin.
Selepas betulkan pakaian, aku berlalu ke pintu bilik air yang aku kunci dari dalam. Tak sampai lima langkah, aku undur kembali. Wajah halakan cermin. Rasa nak nangis pun ada.
"Tak, cerita dia sekarang ni, macam mana aku nak hadap muka dia? Aku bukannya pelakon! Cakap cut terus hilang ingatan. Aku manusia yang paling cliche dan biasa dekat muka bumi Allah ni! Hua!" rengekku seorang diri. Nasihatlah apa sekalipun, tak ada apa yang dapat memadamkan memori aku.
Habis saja tenangkan diri, aku meluru ke muka pintu bilik air. Pintu aku buka seluas alam. Aku melangkah seyakin mungkin ke tasik, tempat semua orang berkumpul. Kelibat Khairul aku cari. Dari dalam rumah, aku boleh nampak dia sedang berbicara serius dengan adik-beradiknya. Ethan, anak bongsu Elena berada dalam dukungannya.
Senyuman lebarku terukir di luar sedar. Suka melihat dia melayan setiap anak kecil persis anaknya sendiri. Andai dia menjadi seorang bapa suatu hari nanti, pasti dialah bapa yang paling penyayang.
Dalam sekelip mata, pandangan aku berubah gelap, tanpa sebarang sinar cahaya. Rasanya, bukan aku saja yang berhadapan dengan situasi mengerikan itu. Suasana bertukar riuh-rendah.
Tubuh aku menggeletar. Dada pula terasa seperti diacu pistol, berdegup begitu kencang. Nafasku tersekat-sekat, seperti orang kehilangan oksigen. Rasa takut semakin menyelubungi tubuh apabila ada beberapa orang panik melanggar aku sehingga jatuh terduduk.
Advertisement
Peluh mula memercik di dahi. Dalam keadaan kaki dan tangan terketar-ketar, aku cuba untuk bangun. Namun, kudrat yang terhad ini tak mampu menandingi kegelisahan yang aku alami.
Dr Khairul... Dr Khairul mana? Meskipun gelap-gelita, terkapai-kapai tangan aku menyentuh sekeliling, cuba mencari kelibat Khairul.
"Diana! Diana, where are you!"
Laungan Khairul menyedarkan aku dari mimpi buruk yang menghasut ketenangan minda.
"Dr Khairul... Doktor, saya..." Air mata menitis laju. Suara tak mampu aku keluarkan. Tersekat di anak tekak.
"Flashlight! Stop being panicked and turn on your damn flashlight, people!" Suara amukan Khairul bergema kuat.
Banyak lampu telefon mula menghiasi segenap rumah agam milik keluarga Khairul. Aku masih terduduk di atas lantai. Tak mampu berbuat apa-apa. Segala sendi tubuhku lumpuh, tak mampu digerakkan.
"Diana Eirina..." Khairul bergegas mendapatkan aku.
Setibanya dia di hadapan aku, air mataku semakin deras menuruni pipi. Tak tunggu lagi, tubuhnya terus aku peluk sekejap mungkin, seolah-olah tak mahu aku lepaskan sampai bila-bila. Khairul turut terduduk dek tak sempat bertindak apa-apa.
Tersedu-sedan aku menangis berlapikkan dadanya.
"Dr Khairul... Ja...ngan ting..tinggalkan saya..." Tergagap-gagap aku bertutur. Pandangan orang sekeliling tak aku hiraukau. Kehadiran Khairul lebih penting daripada tanggapan orang lain. Adanya dia sudah mencukupi untuk merawat ketakutan ini.
"Shhh... I'm not leaving without you, Diana. You're not alone. Your husband is here," pujuk Khairul. Menepuk-nepuk manja belakang tubuhku.
Lama kami berada dalam keadaan begitu, sehingga Khairul berjaya menenangkan aku. Dia kemudian rungkaikan pelukan kami. Lelehan air mataku, diseka lembut. Tangan aku yang menggigil, digenggam erat. Rasa perit ini, sudah lama tak aku alami. Entah kenapa, hari ini, ia kembali menyerang. Menakutkan aku dengan pelbagai cara, dan dari pelbagai sudut.
Lampu di sekitar rumah tiba-tiba menyala kembali.
"Sakit tangan...," ujarku, persis anak kecil mengadu pada ayahnya. Telapak tangan aku yang dipijak seseorang tadi, aku tunjukkan padanya. Waktu kena pijak tadi, sakit tak rasa sangat, dek rasa takut yang jauh lebih menggunung.
Dengan riak bimbang tertampal di wajah, Khairul memeriksa tangan aku secara kasar.
"Kita balik dulu... Kejap lagi saya cuci luka ni, okey?"
Angguk.
Selepas itu, aku bangun dengan bantuan Khairul. Sedetik pun, aku tak lepaskan lengannya sama sekali.
Will yang menghilang sejak lampu terpadam, datang tiba-tiba dengan seorang lelaki berambut merah menyala. Orang sama yang pernah muncul di rumah Enne tempoh hari. Semakin dekat lelaki itu menghampiri aku dan Khairul bersama Will, semakin kuat aku memeluk lengan Khairul.
Membuntang mataku sejurus tangan Khairul melekat pada pangkal leher lelaki itu. Kuat Khairul cengkam, sampaikan wajah putih melepak lelaki itu menjadi merah padam.
"Dr Khairul..." Aku sedarkan Khairul yang tampak seperti sudah dirasuk hantu.
"Not funny, dude. One more time, you're dead," bisik Khairul sebelum leher lelaki itu ditolak kasar, sehingga tubuhnya terpelanting ke belakang. Lelaki itu terlihat termengah-mengah menyedut udara.
"Will, lepas ni jumpa semua security. Kalau diorang bagi muka ni masuk lagi, all of them will be fired," arah Khairul dengan wajah serius.
"All right, Zen." Will menurut, lalu membawa lelaki berambut naga itu keluar dari situ.
Khairul alihkan tubuhnya secara mengejut, menghadap semua kaum kerabat dan tetamu yang hadir.
"Sorry for creating commotion just now. We'll be leaving first. Do enjoy the party," umum Khairul. Raut tegang di wajahnya kian kedur, tak setegang tadi.
Usai menghabiskan bicara ringkas dan padatnya, Khairul menarik tangan aku, meninggalkan rumah agam milik keluarganya itu. Langkah kami terbantut apabila keluarga terdekat Khairul mendekati. Riak risau jelas terpampang di wajah mereka.
"Didi okey tak?" tanya Elena.
"Are you okay, honey?" Grandma Emma juga bertanyakan soalan yang sama. Baru aku faham kenapa Granpa Khalid suka 'madukan' orang. Rupanya, isterinya juga seorang yang sangat bermulut manis. Walaupun baru berjumpa, aku sudah berasa selesa bersembang dengannya.
"Alhamdulillah, saya okey je Kak Elena, Grandma Emma."
Enne merapati jarak antara kami.
"You want me to join you?"
Tak sempat aku menjawab, Khairul lebih pantas buat kerja.
"No. Don't you dare. Just in case you forgot, we're still a honeymoon couple."
Setiap seorang ahli keluarga besar Khairul tergelak dan mempamerkan senyuman nakal. Paling seronok tertawa berdekah ialah Grandpa Khalid. Bukan main! Tak padan dah ada cucu dan cicit berderet.
"Wow, you still got the spirit. Have a wild night, grandson."
Suhu tubuhku mencanak naik.
"Grandpa!" Aku membentak. Tak suka dijadikan bahan pemuas hati mereka.
"," panggilku. Masih berkira-kira sama ada nak luahkan persoalan di hati. Ada beberapa fakta yang hendak aku tahu mengenai Khairul. Aku pasti, Enne ada jawapan yang tersendiri. Kalau aku tanya Khairul, tak ada maknanya nak dapat jawapan. Dia belit habis-habisan sampai aku menyerah kalah.
"What?" Keningnya terangkat. Satu sushi salmon mentah disumbat ke dalam mulut.
Aku tarik nafas panjang.
"Dr Khairul kan..."
"You masih panggil my bro 'Dr Khairul' ke? Dah kahwin banyak hari kan, takkan tak boleh ubah lagi kut," potong Enne tanpa mengendahkan bicaraku.
Mata aku julingkan. Inilah manusia zaman sekarang, nak panggil suami dengan penuh rasa hormat pun salah.
"Ha'ah. Kenapa? Sedap apa panggil Dr Khairul. Tak pelik pun. Lainlah saya panggil Dr John ke... John Cena ke... Itu kan nama laki orang."
Enne tersenyum nipis sambil menggelengkan kepalanya.
"Weirdo!"
"Dr Khairul pernah ada girlfriend tak?" Aku tanyakan juga soalan cari nahas itu. Sejujurnya, aku tak berniat pun nak korek kisah cinta dia sebelum ni. Buat apa? Sakit ulu hati adalah. Tapi, yang tak adilnya, dia tahu pasal Zack. Kalau boleh, aku nak tahu juga tentang wanita yang pernah bertakhta di hatinya.
Satu soalan selalu mengisi ruang di mindaku. Adakah aku juga sekadar pengganti di dalam hidupnya?
Tangan aktif Enne yang tadinya sibuk mengait makanan, terhenti tanpa kata. Air mukanya berubah. Nampak tak selesa dengan soalan itu.
"Um... I rasa... You patut tanya Zen bab-bab ni. I tak ada hak nak bercakap tentang hati dan perasaan dia."
Aku angguk dengan berat hati. Air liur yang terasa pahit, aku paksa telan. Walaupun Enne tak jawab, respons dia sudah memadai. Sangat terang dan jelas. Seperti yang dijangkakan, selama 34 tahun, masakan tak ada wanita lain yang pernah menempah tempat istimewa di hatinya.
Enne hamburkan keluhan, sebelum meneruskan katanya.
"You tak perlu risau pasal kisah silam Zen, Didi. Yang penting, sekarang hati dia dah ada pada you. Kalau you nak tahu, ada dua perkara tentang Zen yang buat I rasa, dia sangat limited edition. Nak tahu tak sebab apa?"
Aku angguk bertubi-tubi. Postur tubuh, aku betulkan. Berkobar-kobar nak jadi tukang korek rahsia suami.
"Apa dia?"
"Satu. He's very loyal. Tak kisahlah apa yang jadi, dia takkan tinggalkan orang yang dia sayang. He never ran away, always showed up, especially during bad times. Though he's betrayed, he won't do the same. Dua. He's a charmer. Dia selalu cakap yang dia tak pandai nak mengayat perempuan. Even you guys dah kahwin, dia still tanya I macam mana nak pikat you..."
Enne tutup mulut, tahan gelak.
Aku pula yang terpinga-pinga. Agak terperanjat. Dia tanya adik sendiri? Eh-eh, Google kan ada? Isteri depan mata tiap-tiap hari, tanya jelah! Aku boleh senarai panjang lebar untuk dia. Tajuknya, Resipi Memikat Diana Eirina.
"Tapi yang peliknya, Zen tak sedar pun yang dialah lelaki yang paling sweet dan romantik yang I pernah jumpa. Sepanjang hidup I, I tak pernah nampak lelaki respect perempuan macam dia respect you. Sebab tu tak mudah untuk I lepaskan dia untuk mana-mana perempuan. Nobody hardly deserves him. I don't want him to get hurt again."
Terpaku aku mendengar tutur kata Enne. Masih samar-samar untuk aku mengerti. Anak mata dia dan Khairul seakan-akan menyampaikan makna yang sama. Akan tetapi, makna mendalam itu sukar untuk diinterpretasi. Again? Adakah dia maksudkan aku... Ataupun orang lain?
"Maksud awak, dia setia dan romantik.... Tapi dia tak tahu?"
Senyuman Enne kembali memekar.
"Aha. That's what makes him so special. How lucky you are, Didi."
saja mata, aku terjaga dari mimpi panjang. Tak. Ianya bukan sekadar mimpi. Ia merupakan perbualan aku dan Enne beberapa hari yang lepas. Pelik. Tak ada ribut, tak ada hujan, tiba-tiba aku termimpikan momen tersebut. Padahal, tak ada yang istimewa pun.
Aku perhati kawasan sekeliling. Bilik aku dan Khairul disirami cahaya lampu tidur yang malap. Alhamdulillah, setelah beberapa hari tidur bertemankan lampu ini, rasa takut aku semakin pulih. Di sebelah kiri dan kanan aku kosong tak berpenghuni. Tubuh aku ditempatkan di tengah-tengah katil. Buatkan aku nampak macam manusia tamak haloba.
Seingat aku, kali terakhir aku tersedar ialah ketika berada di ruang tamu. Khairul tengah sibuk mencuci luka dengan antiseptic spray dan sapu krim, nak elakkan luka aku jadi parut. Nak jadi parut apanya, calar je. Tak teruk pun. Khairul yang suka benar buat teruk.
Comforter tebal, aku tendang ke tepi. Panas. Kemudian, aku bangun dari pembaringan. Seperti biasa, sejak berkahwin, bangun-bangun saja, pasti Khairul yang aku cari dulu. Sekejap saja, aku dah berjaya cipta tabiat baru. Sama erti dengan buang tabiat.
Sayu rasanya hatiku di saat melihat Khairul lelapkan mata di sofa. Kaki panjangnya dilunjur hingga ke hujung sofa itu. Televisyen terbuka tanpa suara. Cerita Kungfu Panda tengah ditayangkan.
Aku lepaskan nafas berat. Boleh pula dia pergi tidur atas sofa, sedangkan katilnya boleh memuatkan lebih daripada dua orang. Anak gajah pun boleh tidur sebelah aku. Apa alasannya untuk tidur di atas sofa?
Kaca mata tergantung di hidung mancung Khairul ingin aku capai, namun aku batalkan niat terlebih dulu.
Dalam diam, senyuman manis terbentuk di bibirku. Dia nampak seribu kali lebih bijak setiap kali mengenakan cermin mata. Tahap ketampanan usah dikata, meningkat secara mendadak. Bersyukur juga sebab dia tak pernah tampil sebegini ke kelas. Kalau tak, habis cairlah kaum Hawa yang melihatnya. Fokus pun melayang ke kelas sebelah.
Tak mahu terus terleka dengan keindahan terhidang di depan mata, kaki aku ayun ke bilik mandi. Nak bersihkan diri dan otak dulu. Lepas kejadian lampu terpadam tadi, kelenjar peluh aku jadi terlebih aktif. Habis dia perah segala air yang ada dalam tubuh.
Advertisement
- In Serial42 Chapters
As The World Catches Fire
Rozin Kain never wanted a daemon - nor to love one. In the world of Itrera, the human nations stand united against a powerful magical threat: the daemons, creatures of untold cruelty and destruction. To protect themselves, humans bind these creatures to their souls, claiming their magic for their own. A young soldier with a difficult past, Rozin has hated the daemons since they stole her life many years ago. Since joining the great Canavar military, she has dedicated her life to protecting the innocent by any means necessary. So when a routine mission goes awry and she is forced to bind herself to a mythical High Order—a cruel, beautiful daemon so powerful that she cannot be controlled—Rozin finds herself sharing a soul with her worst enemy. Thrust into a deadly game of politics, Rozin must navigate the newfound perils of royal succession, coming war, a fiery love, and a dangerous realization: that her world's great evil may not be as it seems. A map of Itrera and a list of the coalitions can be found here, or at the head of every chapter. DOES contain: WLW/lesbian romance, political drama, sexual content, swearing, diverse cast, enemies to lovers. Please note that this romance does contain sexual scenes. DOES NOT contain: sexual abuse/assault etc, graphic depictions of gore, homophobia, or sexism. Support me on Patreon or follow me on twitter!
8 97 - In Serial9 Chapters
A Promise Marked by Fire
Join us on a tale of exploration and self-worth, where the young Ebony Montagu is brought into a life not known by the mortals around her. A world with dragons that seek the doors within the world that harbors their own freedom. As well as a secret is not yet known by our unsuspecting heroine. A choice between life and death, love and loss, and a risk that may cost her her life.
8 154 - In Serial4 Chapters
BENEATH THE STARS. ashara dayne
she laughed; head thrown back, throat to the stars; is this what they call bliss? §~º° eliartyrell roberts rebellion origins : wylanvanecks
8 125 - In Serial19 Chapters
LADY CHATTERLEY'S LOVER (Completed)
Lady Chatterley's Lover is a novel by D. H. Lawrence, first published privately in 1928 in Italy, and in 1929 in France and Australia. An unexpurgated edition was not published openly in the United Kingdom until 1960, when it was the subject of a watershed obscenity trial against the publisher Penguin Books. Penguin won the case, and quickly sold 3 million copies. The book was also banned for obscenity in the United States, Canada, Australia, India and Japan. The book soon became notorious for its story of the physical (and emotional) relationship between a working class man and an upper class woman, its explicit descriptions of sex, and its use of then-unprintable words.
8 91 - In Serial7 Chapters
The Dark Curse of Tails' Dark Diary|Yandere!Tails x Male!Hedgehog!Reader
Y/n L/n was just a normal F/c hedgehog with a passion for being a professional rapper and he is just as awesome and heroic as Sonic the hedgehog himself, only that he sometimes come in at the wrong place and at the wrong time. He's also great friends with Tails the fox as they both shared a brotherly bond together, unaware of what kind of dark secret that Tails has been keeping in his own diary and started killing anyone that gets in his way of being together with Sonic. Then Y/n finally saw what happened to Tails, he decided not to interact with him and not read his diary, knowing that Tails might try to murder him, even in his sleep.However, Tails actually has some other plans that he has in store for Y/n once they see each other again as the young F/c hedgehog is about face the Dark Curse of Tails' Dark Diary.
8 128 - In Serial71 Chapters
Another World: Book I
In the novel "The Prince and the Peasant", the male lead prince Chen Heng Li was once betrothed to the Western Border's General first daughter, Bai Fan. But the male protagonist never really liked Bai Fan as she was rude and unruly. As the plot unravels, Chen Heng Li met the female lead, Ming Shu, who was an orphan. Both the leads went against the world just to prove their love for each other. As for Bai Fan, she ended up dead as a result of her own wicked schemes.As you can guess, I am not the female lead.In this world, I am Bai Fan, daughter to Western Border's General Bai Long He. I am one of the countless villains in the story. Add up the fact that in the story, I won't have a happy ending.So I decided to change my fate. How tiresome.original story•••
8 480

