《Pengganti Paling Setia ✔》Bab 21 ~ Jealous ~
Advertisement
harinya, Khairul bawa aku jalan-jalan di sekitar bandar Toronto. Selepas perang dingin antara kami, aku ikut saranan Fathina untuk mengenali suamiku terlebih dulu. Sebelum ini, aku fikir, Khairul lebih suka berahsia. Ternyata tidak, dia cuma sejenis makhluk Tuhan yang takkan buka mulut jika tiada orang bertanya.
Apabila aku buka hati untuk berkenalan semula dengan dia, rasa kekok antara kami semakin berkurang. Pendek kata, kami belum sampai fasa dating, baru nak blind date. Wajah tenangnya, aku pandang sekilas. Dari segi personaliti, perangai kami tersangatlah berbeza. Nak korek cari persamaan pun payah.
Tapi aku percaya, kami tidak bersendirian. Mana ada pasangan yang seratus peratus sepadan. Kerana lelaki dan wanita, sememangnya Allah ciptakan berbeza. Dan perbezaan yang banyak tak menjaminkan keburukan. Bukankah magnet juga mencantum dua kutub yang berbeza? Jikalau bukan terbaik, masakan Allah ciptakan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik?
Biarlah dia Terminator, aku Powerpuff Girl. Ha, ingat aku takut?
Haih, pejam celik saja, bermalam-malam sudah berlalu. Tinggal lagi dua hari sebelum kami pulang ke negara tercinta. Khairul pun dah tak memang tangan nak siapkan kerjanya. Setiap hari, mesti ada panggilan masuk. Aneh, kerja pensyarah, waktu cuti sem pun sibuk ke?
Motor dipandu Khairul menembusi angin-angin petang. Sangat nyaman.
"Kenapa doktor berhenti depan sekolah?"
Aku tolehkan wajah pada satu bangunan besar, sebuah sekolah. Kenapa dia tiba-tiba bawa aku ke sekolah? Nak 'sekolahkan' aku ke apa?
"Ni sekolah saya."
"Wah, seriuslah? Maknanya, doktor membesar dekat sinilah kan? Bukan dekat Malaysia?"
Angguk.
"Private school? Doktor memang warga kayangan eh? Yang ada orang kipas-kipas tu. Macam anak raja." Aku mengusiknya. Siap kipas-kipaskan muka dia lagi. Mana nak dapat isteri rajin macam ni? Rajin menganjing.
"Just to let you know, even 'warga kayangan' has their own struggles too." Dia mencuit hidungku.
"Tapi tak sebanyak warga marhaen kan? Because money can fix things." Aku tayang wajah monyok. Sekurang-kurangnya, orang kaya dah tak perlu fikirkan satu beban yang teramat besar. Iaitu beban kewangan yang selalu menjadi titik kerisauan kebanyakan orang.
"Well, money can fix things, but not everything, amora. As time passes by, you'll start to realise that money can't fix things like anxiety disorder, cancer, depression, autism, down syndrome, divorce, unhappy family, loneliness, failed marriage and even death..." Dia berkata tenang.
"Hmm..." Aku terangguk-angguk. Ada benarnya apa yang Khairul katakan.
Lagipula, ustaz aku juga pernah berkata bahawa orang kaya ini berat tanggungjawab mereka. Oleh itu, di akhirat kelak, amalan mereka akan lebih lama dihisab. Peristiwa Israk dan Mikraj, iaitu lawatan Rasulullah ke syurga dan neraka telah memperlihatkan bahawa di syurga, terdapat ramai golongan fakir miskin berbanding orang berada.
"So, dekat sinilah doktor mula pasang cita-cita nak jadi lecturer?" Aku tukar topik. Tak mahu hangatkan suasana yang sudah pulih. Lagipula, Khairul tak salah. Hujahnya benar. Kerana kemewahan juga boleh jadi salah satu bentuk ujian daripada-Nya.
Khairul terngadah seketika. Seolah-olah mencari kembali memori silamnya.
"Entahlah... Waktu tu, saya tak fikir sangat pasal cita-cita atau impian. Saya tengah fokus dekat benda lain," ujarnya, bersahaja.
Tak berkedip aku memandangnya. Fokus pada benda lain? Waktu zaman sekolah, ada yang lebih penting daripada belajar ke? Apatah lagi buat orang berkerjaya sepertinya. Aku kecilkan anak mata. Merenung wajah tampan Khairul sedalam mungkin. Hati sudah panas.
"Habis tu, doktor fokus apa je? Kejar ayam? Dating? Couple?" Aku main serkap jarang. Bukan sengaja, tapi itu saja yang terlintas di benak.
Khairul tayang senyuman tipis edisi terhadnya.
"Awak ada bau sesuatu tak?"
"Bau?" Udara segar, aku sedut.
"Bau donut?" sambungku. Tersengih. Kalau dah bau makanan tu, tandanya aku sudah kebuluran.
Gelak kecil turut tercetus dari bibir merah jambu Khairul. Jejari ketamnya hinggap pada pipiku.
Advertisement
"Bukan donut. Tapi bau orang jealous," usiknya.
Pap! Tamparan manja melekap pada bahunya.
"Ma..mana ada saya jealous. Doktor janganlah tukar subjek. Jawab dulu soalan saya!"
Tangan kananku Khairul capai, lalu digenggam erat. Menarik aku agar berada dekat dengannya. Kami berbalas renungan buat beberapa detik, sebelum Khairul gelengkan kepala.
Tanpa sedar, nafas lega terpacul keluar dari bibirku.
"Nice try, but none of them are right. Saya tak ada masa untuk kejar ayam dekat Kanada ni, Diana. Years back then, someone was sick. Very sick. Saya banyak habiskan masa dekat hospital berbanding rumah," beritahu Khairul bersama pandangan kosong yang menyimpan seribu rasa.
"Siapa sakit? Mummy doktor ke?" Meski enggan, aku sebut juga gelaran ibu mentua yang aku sendiri tak tahu hidup atau tak. Entah kenapa, Khairul pasti akan ubah topik setiap kali aku cuba bertanya tentang kedua orang tuanya. Seperti ada beban yang dia tak mahu kongsikan.
Khairul berikan gelengan lemah. Sekadar tersenyum hambar.
"Later. Panjang ceritanya. Saya tak nak rosakkan mood awak."
Aku muncungkan bibir. Meluat. Khairul dan alasan, tak pernah berpisah.
"Ala, saya nak tahulah doktor..." Lengan panjangnya aku main tarik-tarik. Taktik memujuk peringkat budak sekolah rendah.
"Tak payah nak doktor-doktor sangat. Nak tengok dalam tak?"
Kening aku terangkat. Tak dapat tangkap makna soalannya.
"Dalam apa?"
"Dalam baju," balasnya selamba.
Bebola mataku mengembang. Pipi pula terasa hangat serta-merta. Jari-jemariku terus menyerbu perut Khairul. Kerana mulut tak berlapik, perutnya menjadi mangsa cubitan berbisaku. Biar kecut sikit otot-otot perut tu. Nak menggatal sangat.
Tapi, yang geramnya, dia tak tunjukkan apa-apa respons. Laki aku ni pakai perisai dekat perut ke?
"Doktor ni kan, kalau ada budak-budak... Ish, buat malu je!" bentakku.
"Mana ada orang faham. Like I said, this is Canada," bidas Khairul. Tak ada setitik pun rasa bersalah melekat di wajahnya.
"Lepas ni, anggap saya macam budak bawah umur. Jangan cakap dan buat benda bukan-bukan. Saya tak suka."
"Baiklah, budak bawah umur. Jom, masuk dalam."
Khairul menarik tangan kananku. Namun, aku cepat-cepat merentap tangannya. Tangan aku bawa ke dada. Peristiwa di bilik tempoh hari kembali menjengah mindaku.
"Eeee! Tak sukalah doktor ni. Masuk dalam apa lagi ni?!"
Tak berkedip Khairul memandang wajahku. Lepas kena marah, dia terkena renjatan orang blur.
"Masuk dalam sekolah saya, Diana. Awak fikir apa ni? Nak masuk tak?"
Aku terdiam. Malu sendiri. Salah faham paling bengap pernah berlaku dalam sejarah hidup.
"Tak nak masuk, tapi nak pergi..." Aku mengubah ayat, meskipun maknanya sama saja. Dalam masa beberapa minit, Khairul dah berjaya menodai otak suci aku yang terjaga sangat baik. Bencinya!
aku memanjat tangga, membuntuti langkah Khairul dari belakang. Stamina aku semakin merudum sejak akhir-akhir ni. Gatal sangat terima pelawaan Khairul nak jejakkan kaki ke bumbung sekolah, padanlah dengan muka aku.
"Uwah!"
Sejurus melintasi pintu yang dibuka Khairul, aku berlari-lari anak di atas bumbung itu. Angin sepoi-sepoi bahasa menyapa segenap tubuhku. Pemandangan dari atas buatkan aku terlupa terus akan penat tadi.
"Kalau dekat sekolah, saya banyak lepak dekat sini," bisiknya, sejurus merapatkan wajah kami.
Aku membatu. Sedikit terkesan apabila nafasnya menyentuh pipiku. Tak tahu kenapa, sejak kebelakangan ni, sekecil-kecil perbuatan Khairul mampu menggetarkan naluriku. Mungkin aku pun dah berjangkit dengan hantu gatal agaknya.
"Doktor selalu datang sini dengan siapa?"
Kami berjalan berpegangan tangan. Kali ini, bukan dia yang mulakan dulu. Tapi aku yang dahagakan sentuhannya.
"Erm... Sorang-sorang. Waktu belajar, saya tak banyak kawan sangat. Awak orang pertama yang teman saya naik atas ni."
Di hujung bumbung, kami nikmati bumi Toronto di kala musim luruh. Dari kejauhan, Toronto Island terbentang luas. Dedaun cantik bertaburan, menghangatkan hatiku. Angin berebut-rebut, ingin menolak daun-daun itu.
Advertisement
"You must be very lonely."
Aku meramas tangannya yang sedikit dingin. Dalam masa yang sama, aku ingin memberitahunya bahawa dia tak sendirian lagi. Kerana mulai detik ini, aku akan temani hari-harinya.
Wajah dikalih perlahan, lalu mata itu menangkap anak mataku. Dikunci kejap, sehingga aku tak mampu mengelak daripada renungan berhantu tersebut.
"I was. Tapi, sekarang tak lagi. Sebab saya dah ada awak."
Dup dap dup dap. Degup jantung kami bernada tak berirama. Meronta-ronta, minta disatukan dua hati yang sudah menagih kasih. Khairul perlahan-lahan mendekatkan wajahnya. Melihat bibir itu kian menghampiri, aku tak lagi menolak. Kerana hati ini turut mahukan yang sama.
"Sekejap. Tapi awak nak saya layan awak macam budak bawah umur... Maksudnya, saya tak boleh cross the linelah kan?" Khairul menjarakkan wajah kami.
Terlopong aku menikam wajahnya. Kecewa kerana apa yang aku harapkan tak menjadi. Aku terlupa. Khairul bila sudah berjanji, memang takkan dicapati. Masalah juga bila dapat suami spesies terlalu berpegang pada janji. Takkan dia tak tahu kut. Kalau perempuan tak cakap apa-apa, tandanya dia naklah tu!
"Damn...," gumamku. Menyumpah seranah diri sendiri. Kan dah melepas...
"Erm... Diana, awak boleh lepas tak?" soal Khairul. Pipinya berona merah.
Aku terpinga-pinga. Lepas? Lepas apa?
"Tangan awak..."
"Astaghfirullahalazim..." Sepantas kilat, aku rungkaikan tangan aku dari perutnya. Patutlah Khairul tak selesa, tangan aku bukan main cantik mencengkam perutnya. Serupa buaya nak terkam mangsa untuk sarapan.
"Ma...maaf, doktor. Tangan saya kena tarik dengan graviti, sebab tu terbang ke perut doktor. Perut doktor okey kan? Sa...saya nak check je tadi. Ingatkan doktor sakit perut..." Tergagap-gagap aku menjelaskan. Padahal, aku sendiri tak sedar bila masa tangan pembelot ini berlayar ke tubuhnya.
Khairul tergelak, sedikit besar berbanding kebiasaannya.
"Tak apa, bukannya salah pun."
"Cuma lain kali, awak boleh bagi hint dulu. So that I can be prepared," ujar Khairul, lalu kenyitkan mata.
Aku sekadar tersenyum kelat. Lelaki di depan aku ni ada banyak topeng rupanya. Sekejap pemalu, sekejap penggatal. Lepas tu, jadi penggaru pula. Ah, pusing!
" lagi tak, Diana? Saya turun dulu tau," laung Khairul dari luar. Lepas solat tadi, laju dia bersiap. Tup-tup dah siap mengenakan kemeja dan sut hitam. Atas sampai bawah, semua hitam. Serupa orang berkabung pun ada.
"Okay!"
Aku pula pakai dress labuh yang Enne pilih beberapa hari lepas. Patutlah beria sangat nak belikan baju gah macam tu, ada perjumpaan keluarga sebelah Khairul rupanya. Seharian aku gugup, fikirkan masalah apa pula nak jadi dekat sana nanti. Bukan nak fikir negatif. Cumanya, aku dengan masalah macam dah sebati sangat.
Masalah yang pertama ialah siapa nak zip baju ni?
Dek tak mahu ambil sebarang risiko patahkan tulang belakang, aku pakai saja floral blazer yang sudah menanti tuannya sejak azali. Zip aku biarkan terbuka separuh. Hampir kehilangan otak dah fikirkan solusi, tak juga muncul apa-apa idea yang sesuai dengan kemampuan.
Tiba saja di bawah, Khairul sudah bersandar di pintu, sambil berpeluk tubuh. Sejurus anak mata kami bertaut, dia hadiahkan senyuman mempersonakan. Kami masuk ke perut kereta bersama-sama.
"Family doktor tak seram kan? Doktor jangan tinggal saya sorang-sorang tau. Saya memang nampak macam extrovert, tapi semua tu tipu daya dunia je. Organ dalaman saya semua introvert. Kalau jumpa orang baru, mulalah dia nak buat hal," aduku. Dah tak senang duduk.
Aku betulkan postur duduk buat kali entah keberapa. Zip belakang badan mula cari pasal. Dikepit-kepit lapisan kulit di belakang tubuh. Kalau tak fikirkan dosa pahala, terkeluar habis segala carutan bahasa antarabangsa dari mulutku.
"Awak okey tak? Seat tu tak selesa ke?" tanya Khairul,
"Eh, tak adalah. Kereta mahal kan, mestilah selesa."
"Baju awak ada problem ke?" Tak endahkan kenyataanku, dia lontarkan soalan baru.
Aku hela nafas. Dr Khairul ni memang sah keturunan Ahli Nujum Pak Belalang.
Geleng. Malas nak panjangkan sinetron dress hitam yang aku pakai. Bila berjalan nanti, hilanglah sakit. Sekarang rasa tak selesa pun sebab terpaksa duduk bersandar. Ditambah dengan seat jenis leather yang sekeras batu. Hadap sajalah. Lagipula, perjumpaan ini dibuat di main house. Tak jauh sangat.
Nak tercopot jantung aku tatkala Khairul berhentikan keretanya secara mengejut ke tepi jalan yang sedikit gelap.
"Dok..doktor nak buat apa dekat sini?" Sejurus memandang kawasan yang hanya ditemani cahaya samar-samar itu, aku capai lengannya. Takut.
"Take off your blazer."
"Hah?"
"Take it off now, Diana."
Geleng. Aku belum gila lagi. Sudahlah baju ni tidak berlengan. Kalau aku buka, sama saja aku cari nahas.
"Tapi saya..." Peluh di dahi, aku lap dengan belakang tangan. Zip durjana itu semakin seronok mencucuk tubuhku.
Tak mempedulikan keengganan aku, Khairul kemudian membuka seat belt kami. Dengan panahan mata membunuh, blazer yang melekat pada tubuhku, dia cuba lucutkan sendiri.
Geleng lagi. Aku rungkaikan tangannya dari tubuh.
"Kalau awak melawan lagi, kita balik terus. You're not meeting any of my family," ugut Khairul dengan suara yang ditekan dalam.
"Doktor..."
"Nak pergi kan? Ikut cakap saya."
Usai habiskan kata, dia sambung semula kerja yang tergendala. Blazer aku tak ditanggalkan sepenuhnya, hanya separa tubuh. Selendang yang menutupi belakang tubuhku, dia angkat sedikit.
"Tunduk sekejap," arahnya.
Aku turutkan saja. Badan aku tundukkan sedikit, sehingga wajahku bertemu lehernya. Nafas aku tahan, manakala mata aku pejamkan. Rasa mencucuk di belakang dah hilang entah mana. Yang tinggal hanya rasa aneh yang mencengkam dada.
Bau wangian yang sering dipakai Khairul menghentam rongga hidungku tanpa belas. Mudah saja haruman itu membuatkan aku terbuai dari dunia nyata. Bukan jantung aku saja, detak jantungnya juga kedengaran semakin tak stabil pada halwa telingaku.
"Siap. Sakit lagi tak?" soalnya, separa berbisik.
Geleng. Aku tarik semula blazer dan selendang, menutupi tubuh yang terdedah.
"Terima kasih, doktor." Aku berkata dengan nafas berat.
"Lain kali, kalau tak boleh buat apa-apa, cakap je. Saya boleh tolong. Jangan takut, saya tak pandai ambil kesempatan."
"Okey...," jawabku. Meski kedengaran sangat tak meyakinkan.
Aku pandang ke depan. Tak mahu terus tenggelam dalam renungan memukaunya. Hati dan otak aku asyik hantar signal pelik sejak akhir-akhir ni. Khairul pun nampak lebih kacak dari biasa. Tak pasti sama ada hati aku yang buta, ataupun mata dah rabun. Semua tanda-tanda ni menyesakkan dada aku. Seperti melawan arus yang jalani sepanjang hidup.
"You're really okay?"
"Yes."
"Depan family saya nanti, awak boleh panggil saya Zen atau Zenith. But if you're still not used to it, just call me doctor as usual. I don't wanna force you."
Aku mengeluh.
"Why not?"
"Huh?"
"Why not just be selfish and force me to do things that you like?" Aku ajukan soalan gila. Terdesak ingin memahami isi hatinya.
Gelak kecil Khairul mula kedengaran.
Aku berperang dengan gelojak jiwa. Setiap bicara yang keluar daripada mulut aku, dianggap lawak semata-mata. Sekarang, baru aku faham. Sebab tu, aku tak pernah rasa seperti seorang isteri. Kerana Khairul sendiri masih berperangai seperti seorang pensyarah dan menganggap aku seperti pelajarnya.
Habis tu, aku kena buat apa? Mungkin... Aku kena tunjuk yang aku ni isteri, bukan sekadar pelajar yang dia lindung dan sayang setiap masa. Baguslah, aku sendiri tanya dan jawab. Bijak sangat.
"Buat apa? You won't enjoy it anyway. Mutual feeling is always a better option."
"Doktor pernah tanya saya ke sebelum ni? What if our feelings are mutual? Will you treat me like your wife, instead of your student?"
Soalan itu membuatkan dia terdiam. Ada riak terkejut terpampang di wajahnya. Aku yakin, dia mulai faham akan apa yang hendak aku sampaikan. Esok malam, kami akan pulang ke Malaysia. Aku harap, dia betul-betul faham sebelum kami tinggalkan sebuah negara yang istimewa buatnya, tempat dia membesar dan menjadi dia yang aku kenal hari ini.
aku dan Khairul disambut dengan meriah oleh kaum kerabatnya. Seperti yang dikata Khairul sebelum ini, mereka sememangnya mesra alam. Cuma ada segelintir manusia yang aku tak gemar. Dalam puluhan orang ramai, hanya aku yang bertudung. Satu situasi yang agak membuatkan aku musykil.
Iyalah, kalau keluarga Khairul, pastinya ramai yang beragama Islam. Tapi manusia-manusia yang datang, semuanya nampak terlalu bebas. Bercium, berpelukan, dan berlaga pipi macam rutin harian mereka. Hampir lima kali juga menghalang perempuan yang cuba mengucup pipi Khairul.
Aku pun tak rasmi lagi, ada hati diorang nak try. Kalau tak sabar sangat nak percepatkan perang dunia ketiga, ha cubalah! Aku cekik nanti!
Sekitar kawasan tasik, aku pandang. Sangat indah. Walaupun ramai orang, nyamannya tetap terasa. Ada beberapa orang pekerja sibuk membakar hidangan barbecue. Di dalam rumah juga dilimpahi pelbagai makanan. Ada bahagian pencuci mulut, makanan Asia, Barat dan banyak lagi. Tengok pun dah kenyang. Air saja bermacam-macam warna. Rainbow.
Rumah agam itu mampu memuatkan banyak keturunan. Besar berganda-ganda berbanding rumah Khairul yang kami inap buat masa ini. Mahunya tidak. Rumah Khairul ada kolam renang, rumah ni rembat sekali dengan kolam renang dan tasik. Kegilaan apakah?
"Doktor jangan tengok eh perempuan-perempuan tu. Kalau tak, saya tak nak kawan dengan doktor," kataku, berbaur ugutan.
"I'm not looking at them, amora. Bosan. Tayang benda yang sama. Unlike you..."
Keningku terjongket naik. Eh, dia main cakap sekerat jalan pulak.
"Unlike me?"
Dia angguk. Menghadiahkan tatapan penuh makna misteri.
"Yeah, unlike you. You're looking so mysterious... And breathtakingly sexier."
"Uhuk! Uhuk!" Aku tersedak air liur. Hampir tercekik. Se...sejak bila dia belajar cakap benda-benda alah ni?
"Ehem... Le..lelaki tu... Tu adik dia ke?" Sepantas kilat, aku ubah topik perbualan kami yang sudah semakin merepek.
Jari telunjuk aku halakan ke arah dua lelaki yang tegur Khairul sebentar tadi. Tak silap aku, salah seorang daripada mereka merupakan sepupu sebelah ibu Khairul. Mereka nampak bahagia melayan seorang budak lelaki.
"Oh, Kelvin. Tu anak dia."
"Isteri dia mana?"
"Dia tak ada isteri. He's a gay. Lelaki sebelah tu suami dia. Diorang kahwin dua tahun lepas kut," ujar Khairul setenang-tenang alam.
Advertisement
- In Serial46 Chapters
ZER
Flying away to another galaxy is part of the plan. Falling for one of its natives is not. ***"If one day you choose to leave me, I'm not sure I will let that happen. I'm not sure I will be able to let you go, I'm not sure I can accept it, and moving on." His hands are moving the thin straps of my sleeping gown, sending it to fall into a puddle around me. "I'm not sure I can use my logic not to force you with all my power to stay with me." He captures me, one hand behind my neck and the other behind my waist. "Do you understand what I'm telling you?"***📚 Cover by @xazraex
8 134 - In Serial46 Chapters
Flying High ●Completed●
Neither She is a Damsel in Distress nor She need a Knight in Shining Armour#highest ranking 4 in IndiaFalling in love is easy,staying in love is tricky,But at the end of the day Anything Worth Having Is Worth Fighting For.************* "Do you really think you can make me do this?" I asked in my most intimidating voice or the least I tried to."Yes"And my dear friends I lost it"Who do you think you are? This is my life no one I mean NO ONE can make my decisions at least not any random stranger.So it's better you show yourself out before I completely lose it"and finally I looked straight into his eyes and God I never regretted anything more than that in my entire 22 years of existence not even when I accidentally spilled coffee over my haughty Principal.He got me captivated in those intimidating yet beautiful blue ocean.I knew at that moment I will never be able to look at the sky and stop myself from thinking about him.Determination,confidence,amusement is it admiration which I see?For whom?Me???"I am Abhimanyu Shekhawat.And I am not a stranger atleast not for long.Yes I can make you mine or I can never guarantee whether you will get to complete your internship as a matter of fact even start it"My breath hitched, my eyes welled up but NO not in front of this handsome arrogant Monster.No I can do better than that.So I asked what I felt right"Why?""I need a wife,I chose you".................................................................ARUNDHATHI VARMA 22 yrs old, hard headed,strong hearted South Indian girl who fought through the odds for her dreams Life is going good for her with her Three siblings for life and a somewhat supportive familyBut then Comes ABHIMANYU SHEKHAWATH a self-made Billionaire The journey through two different cultures, language, family and above all two hearts. Will he give her wings or destroy it?Join the journey of Arundhathi Varma and Abhimanyu Shekhawat.
8 238 - In Serial39 Chapters
Boundless
She - A Woman of background, culture and color. A woman who carries pride in her strides, and triumph on her shoulders. A set of thick lips of velvet , thighs of steel, eyes of molten honey, and skin smooth like butter, and roasted to a sensuous melanin complexion. He - A Man of proudness and honor. An anti-traditionalist, stripped of the ideas that were called righteous. Taboo marks his name, in blood his own blood that he cannot wash. His skin pale as the moon and rosy like petals of the spring, the spring that only SHE, can bring him to. He who finds great euphoria and bliss at the sight of SHE, who captures his bare eyes and stolen his manhood.RANKING:#5 in tradition - 2/20/19#4 in Korean Men - 3/18/19, 11/10/19#2 in No Boundaries- 4/25/19, 11/10/19#3 in Korean Men - 4/25/19, 10/30/19#2 in Asian - 4/29/19, 11/19/19#1 in Korean- 4/30/19, 5/8/19#2 in Korean- 5/6/19, 5/10/19, 5/15/19#3 in Korean- 5/11/19#1 in Korean men - 9/26/19, 11/25/19#1 in no boundaries- 9/26/19, 10/30/19, 11/25/19#1 in Asian - 11/18/19#2 in BrianKang - 11/25/19#3 in Asian - 11/25/19#1 in BrianKang - 11/27/19, 1/31/20#5 in undescribable - 1/27/20#2 in ambw - 5/20/20
8 235 - In Serial45 Chapters
The Sun and Moon and Stars✔
Has there ever been a day when you'd ever think that your loved ones would disappear? Well, they did for June Vargo and everyone else, supernatural or human, who remained on earth. Now stuck in a world with only one fourth of the population remaining, June lives with her step dad and step brother in the woods while everyone else moved South. She learned to cope with the disappearance of her mother through writing stories about where she could have gone, but not even that couldn't tamper her soul deep loneliness; only added to by the fact that she got the Vampirism Curse while her family are born Werewolves.But the best things come out of being alone sometimes. And the day she meet him altered her future in ways she never thought possible. He led her to them. And for them, she would give up the Sun and Moon and Stars.
8 161 - In Serial47 Chapters
Who Knows?
"Watch it.""Watch it," I mock him in a whisper, feeling brave. Suddenly, he gets up from his stool and stalks towards me. His large frame towering over my sitting form. I swallow the last bit of my pancakes slowly, my eyes wandering up his body until they stop at his face. He seems displeased. Very much so. His hand grabs the part where my head and neck connect and he slowly but firmly tilts my head back, his fingers tangling in my hair. His skin is rough on mine but still oddly comforting."What did you just say?" He asks, each of his words pronounced slowly and precisely. "I-I-I j-just.. I was j-just joking." I barely choke out. "You were just joking, huh?" "Mhm." I nod, my head subconsciously leaning into his touch my eyes closing on their own accord. His thumb caresses my cheekbone and I never want him to stop. I have never had a male being make me feel this good before. Don't get me wrong I did kiss a few people but it never felt as good as what he is doing right now. "Romy?""Yes," I breathe out, biting my lip. His thumb is quick in pulling it from between my teeth. "Nevermind." He rushes out, detaching his hand from my face.Hey Guys! I hope you enjoy my story. If you do, please leave a vote, thank you :)Highest rankings:#1 in sexy#1 in hot#1 in olderguy#2 in marriage#9 in romance#1 in fiction#6 in newadult#1 in completed#4 in possessive#2 in alphamale#4 in mature#1 in mechanic#2 in details#1 in summer#6 in realistic#13 in love#10 in agegap
8 329 - In Serial36 Chapters
Fever
You're a background dancer for Elvis's '68 comeback special. Your life takes an interesting turn when Elvis takes a sudden, special interest in you.
8 210

