《Pengganti Paling Setia ✔》Bab 20 ~ Hug ~
Advertisement
alarm menggegarkan segenap bilik. Serupa nak gempa bumi. Dek rasa menjengkelkan yang tidak terhingga, aku meraba-raba sisi katil. Mencari jam loceng lapuk yang sering aku gunakan sejak zaman sekolah rendah. Kalau dapat nanti, aku campak terus dari atas bangunan. Biar mampus.
"Mana ni..." Aku berkata mamai, dengan suara baru bangun tidur.
"Diana janganlah..."
Sejurus terdengar suara garau angsa jantan, mataku terbeliak.
"Angsa!" Aku menjerit. Memori aku dikejar angsa waktu di kampung kembali hadir. Habis aku tolak segala benda yang ada berdekatan, seperti orang disampuk hantu.
"Diana Eirina! What's wrong with you?!" marah Khairul setelah tidurnya diganggu. Dia matikan alarm telefonku.
"Dr Khairul... Saya ingatkan angsa tadi...," rengekku. Terlupa yang berada di Canada, mana ada jam loceng.
Aku merapati tubuhnya. Sedikit takut sebenarnya. Bilik masih gelap, hanya ditemani lampu tidur yang malap. Boleh tahan lama juga aku dan Khairul bertekak semalam. Seorang boleh tidur ada lampu, seorang lagi pula pantang nenek moyang dia tidur dengan lampu terbuka.
Kata putusnya ialah tidur dengan lampu tidur yang hidup segan tapi mati tak mahu. Kesian Khairul, semalaman aku ganggu tidurnya. Setiap kali dia nak lelapkan mata, adalah jiran sebelah akan tanya 'Doktor dah tidur ke?'. Oleh itu, dia yang tidurkan aku sampai terlena. Siap tepuk macam budak lagi. Seronoknya jadi kanak-kanak!
Agaknya, kalau esok aku buat perangai lagi, kena halau keluar rumah tak?
"Jangan datang dekat," arah Khairul. Tangan diangkat, menyuruh aku berhenti.
"Kenapa? Doktor buka lampu dulu, baru saya tak datang dekat." Tak pedulikan arahannya, aku tetap merangkak menghampirinya. Diana Eirina dengan arahan, mana ada keserasian.
"Diana!" laung Khairul, lalu menarik lenganku.
"Aaa!"
Tubuh kami terdorong ke bawah.
Gedebuk!
Mata yang terpejam rapat, aku buka. Tak rasa sakit sama sekali. Patutlah selesa, aku landing punya cantik di atas tubuh Khairul. Mata kami bertaut seketika, sebelum aku rasakan degupan jantungku mencanak naik dek satu aura yang senakkan dada.
Dada...
Bebola mataku hampir terlucut keluar apabila mendapati tangan Khairul betul-betul terletak pada buah dadaku.
Lantas itu, aku bangun dari tubuhnya. Pipiku hangat, bagai disalai di atas pemanggang berapi. Mataku turut berpeluh. Tiba-tiba rasa kotor, tak suka disentuh seperti itu. Rasa murah dan jijik
Dia turut melakukan hal yang sama. Bangun lalu sandarkan tubuhnya pada almari kecil di sisi katil.
"I'm sorry... Saya tak sengaja. Waktu awak datang dekat tu, saya dah ada dekat hujung katil. So..."
Aku geleng. Tak dapat menerima penjelasannya.
"Saya benci doktor!" amukku, bersama deraian air mata. Aku kemudian memeluk dada dengan kedua belah tangan.
"What?" Khairul masih kelihatan keliru.
"Doktor... Doktor raba dada saya tahu tak? Saya tak suka. Geli. Jijik..." Aku berkata dengan dada yang berombak kencang.
"Raba? Awak cakap saya raba awak?"
"Habis tu? Kalau bukan raba, apa lagi?"
"Habis awak meraba satu badan saya tak apa pulak?" Khairul memulangkan bebola api yang aku lontarkan.
"Bila masa saya raba doktor?!" sangkalku.
"Tadi... Atas katil... Awak pegang badan saya dari atas sampai..."
"Stop!" Kedua belah telinga, aku tutup. Tak mahu dengar tuduhan tak masuk akalnya.
Khairul bangun dengan muka bengang.
"Okay fine, I'm sorry. Though you're my wife, sorry for touching your breast or whatsoever. If you don't like it, I won't touch you at all. Are you okay with that? Fair enough."
Aku terdiam. Air mata semakin laju menuruni pipi. Kata-kata Khairul seperti angin panas yang menyemarakkan lagi api kemaharanku. Sakit. Amat menyakitkan.
"Guess what, Diana? I hate you too. You wanna know why?"
Geleng. Mendengar kata-kata benci dia juga sudah cukup memedihkan.
"'Cause you enter my heart, and don't wanna get out. You let me own you, but never touch you. I hate you for that."
Advertisement
Khairul berlalu dari kamar kami. Meninggalkan aku sendiri, duduk di atas lantai tanpa teman. Husbandless. Selama 22 tahun aku hidup, tak pernah sekalipun aku rasa sesunyi ini. Perginya dia dari bilik, membuatkan sekeping hatiku bernafas dalam kesunyian.
tampak mendung, seolah-olah menggambarkan hubungan aku dan Khairul tika ini. Seharian kami berdiam diri, buat hal masing-masing. Hilang terus makna bulan madu. Bulan pahit adalah. Solat jemaah masih kami lakukan bersama, namun, tak sekalipun dia menyentuh aku. Bertentang mata juga dia tak lalu.
Baru sekejap, aku sudah rindukan sentuhan hangatnya.
Dari sofa, aku memerhati tindak-tanduknya. Khairul bersiap, sangat tampan menggayakan pakaian kasual. Haruman tubuhnya juga meliar hingga memasuki rongga hidungku. Rindunya nak mencium bau ini dengan lebih dekat. Sekarang, dia buat tiga meter jarak sosial, langsung tak bagi peluang untuk aku menghampirinya.
Aku sedar, tak sepatutnya aku marah dia sedemikian rupa. Sudahlah dia yang tanggung sakit belakang, aku pergi sakitkan hati dia lagi dengan bicara tak ingat dosa. Kadang-kadang, aku terlupa, dia adalah suami. Setiap kali Khairul ingin menyentuh secara intim, jiwa ini masih menolak. Sukar untuk diterima dalam tempoh sesingkat ini.
Tatkala Khairul mencapai kunci kereta, aku berdiri tegak. Dia nak keluar? Habis aku macam mana?
"Doktor nak pergi mana?" Aku bertanya. Rasa resah menyelubungi diri. Takut ditinggal seorang diri.
"Saya nak jumpa grandpa," beritahunya. Dingin.
Aku mara dua langkah ke depan.
"Saya... Saya nak ikut doktor, boleh?" soalku dengan hati yang remuk. Aku memaksa diri rendahkan ego, bertanyakan soalan tersebut. Hati isteri mana tak sakit, ditinggal begitu saja tanpa beritahu apa-apa.
"You don't have to. Just enjoy yourself here."
Bibir aku ketap rapat. Menahan seribu rasa yang memanah ke hati.
"Okey...," balasku dengan suara bergetar. Sedaya upaya aku tahan air mata dari menitis.
"Kenapa? Awak tak suka ke?" Dia bertanya. Tetap kedengaran beku-sebekunya.
"Tak..."
"All right, then... I'll go now." Khairul membuka pintu, bersedia hendak meninggalkan kediaman yang dinamakan Deanna ini.
Diana duduk dengan Deanna. Elok sangatlah.
Setitis air mata menuruni pipiku. Entah kenapa, hati wanitaku rasa dirobek-robek. Padahal, tak ada kata kesat pun yang terkeluar dari bibir Khairul. Namun, layanannya terlalu berbeza dari sebelum ini. Dia seperti sudah jauh dibadai arus angin, tak lagi mampu aku gapai.
Usai mengikat kemas tali kasut, Khairul halakan semula wajahnya padaku.
Aku lekas-kelas hapuskan sisa air mata, membalas tatapannya. Lama kami berkedaan begitu. Khairul hanya perhati, tanpa sepatah bicara.
"Erm... Kenapa doktor?"
"Nanti Enne datang, nak ajak awak keluar shopping baju. I don't wanna make you uncomfortable, so it's better for you to be with Enne."
Angguk. Menurut kemahuannya.
"Doktor, nak salam..." Aku berjalan menghampirinya.
Akan tetapi, kata yang meluncur dari bibirnya menghentikan langkahku.
"Tak perlu. Mulai hari ni, awak tak perlu buat apa-apa yang awak tak suka. Saya tak nak awak buat sebab terpaksa."
Sejurus menghabiskan kata, dia lesap di sebalik pintu. Aku pula terduduk di atas lantai. Menutup mata dengan tapak tangan. Segala rasa yang menghempap jiwa, aku hamburkan. Mana Khairul yang semalam? Ke mana dia pergi? Ya Allah, adakah ini hukuman yang Engkau hantarkan buat isteri yang tak taat seperti aku?
saja kelibat Fathina menghiasi skrin laptop Khairul, mataku berkaca. Sapaan mesra sahabat dunia akhirat itu, aku balas dengan gelengan mendung. Sayu rasanya diperlakukan begini.
"Lah, kenapa ni, Didi? Asal muka pengantin baru sebek je?" Berkerut dahi Fathina bertanyakan soalan itu. Riak kerisauan memenuhi wajahnya.
"Dr Khairul dah benci aku...," luahku.
"Benci apa ni? Cuba kau cerita dekat aku. Korang gaduh ke?"
Aku mengangguk sedih. Segala yang terjadi, aku ceritakan pada Fathina. Dia sudah berpengalaman berkaitan hal rumah tangga. Aku yakin, dia boleh berikan nasihat yang terbaik buat aku dan Khairul. Bab-bab nak pelajari ilmu baru, aku tak bermalu-maluan. Demi masa depan, aku nak perjuangkan hubungan ini. Hingga ke akhirat.
Advertisement
"Alah, benda kecik je. Jangan risaulah. Mungkin Dr Khairul terasa hati je. Tak adalah sampai benci. Kau bagilah dia masa. Lelaki ni sekejap je marah diorang. Kau kiss sikit, terus sengih macam biasa." Fathina memberi petua extremenya.
"Kiss apanya kalau terpegang sikit pun aku dah melenting. Susah weh. Sampai sekarang, aku still nampak dia macam lecturer. Kau tak faham. Setiap kali aku nak sentuh dia dekat tempat pipi ke, leher ke, rasa macam aku ada skandal dengan pensyarah aku sendiri."
"Haih. Tu maknanya kau tak biasa lagi. It's okay, kau normal. Tak ada yang nak dibimbangkan pun. Kau dengan dia tak pernah bercinta, tup-tup kahwin, mestilah ambik masa. Kena saling kenal dulu. Kau tahu tak apa yang dia suka dengan tak suka?"
Geleng. Sepatah haram pun tak tahu.
"List out semua benda yang kau nak tahu daripada dia, then korek habis-habisan. Bab pegang-pegang tu, kau takyah fikir sangat. Tahulah Dr Khairul nak mulakan percaturan. Once kau dah terbiasa, mesti ketagih nanti."
"Ke...ketagih?" Aku kurang faham.
"Ha'ah. Ketagih nak buat pahala. Maksudnya, suka bermanja, peluk, cium semua tu. Bukannya ketagih dadah, gila! Bengap tu, sila simpan sikit."
"Ooo..."
"Satu lagi aku nak pesan, kalau dia 'nak', kau kena bagi. Kau tahu kan betapa besarnya dosa isteri nusyuz?"
Angguk. Pastinya aku tahu. Isteri dianggap nusyuz di saat dia ingkar atau derhaka dengan suami. Hukumnya haram dan berdosa besar. Fikirkan tentang dosa, nafasku memberat. Baru kahwin berapa hari, dosa dengan suami pun dah berdozen...
"Tapi... Suami pun boleh nusyuz kan?"
"Yang tak bagi sentuh-sentuh tu kau ke dia?" Fathina menggunakan teknik perlian berbisanya
"Bencilah kau!"
Selepas mematikan talian, aku termangu sendiri. Peringatan Fathina yang terakhir benar-benar menakutkan aku. Dia berkata soal malaikat melaknat isteri sehingga pagi jikalau sang isteri menolak permintaan suami untuk bersama, lalu membiarkan suami tidur dalam keadaan marah.
Ya Allah, takutnya...
"Ingat, Didi. Kalau kita tak cuba untuk jadi isteri yang terbaik, ramai perempuan dekat luar sana yang sanggup bagi layanan istimewa dekat suami kita. Sebab isteri solehah ni tak ada tandingannya di mata lelaki yang baik. Pesan aku satu je, pikat balik hati dia. Sehari dua nanti, redalah marah dia. Nilah taktik aku jinakkan singa dekat rumah."
Pesanan Fathina yang satu ini benar-benar menusuk kalbu. Menjadi sumber kekuatan untuk aku bangkit kembali dari jatuh semalam.
membawa aku ke beberapa butik pakaian yang boleh aku kira agak keterlaluan. Untuk orang biasa-biasa saja seperti aku, tak layak rasanya nak menyentuh pakaian-pakaian di situ. Mahal satu hal, baju yang sesuai pun tak ada. Yang ada hanyalah sejenis tak cukup kain.
"Enne, saya tak ada duit tau nak bayar semua ni. Kalau kita balik boleh tak?"
"No worries, I kan ada. And here, it's Zenift's card!" Dia berucap cerita, mencium kad abangnya. Patutnya main bayar macam anak raja saja dari tadi, caras duit Khairul rupanya.
"Baju ni cantiklah. Apa kata you try?" Enne menyentuh serta membelek satu baju yang tergantung megah. Gaun kembang berwarna hitam, jenis strapless. Bahasa pendeknya, tak berlengan sama sekali. Dari dada sampai kaki saja. Tutup aurat sekerat.
"Ni?! Hah! Nak buat apa? Boleh pengsan satu Kanada ni kalau tengok saya pakai." Aku tergelak hambar. Tak boleh bayang. Enne pakai mungkin nampak elok. Kalau aku pakai, mahu orang ingat Hantu Kak Limah berhijrah ke Kanada nanti.
"Sokay, nanti kita cari floral blazer ke untuk tutup tangan dengan bahu you. You try dulu yang ni. Mesti brother I suka."
Belum sempat aku nak bantah, Enne lebih pantas buat kerja. Dia kerah setiap seorang pekerja yang ada di butik itu untuk membantu aku mengenakan pakaian tersebut. Dia tak salah, baju itu sememangnya sempurna. Baju sajalah, badan aku belum sesempurna model.
Setelah berhempas-pulas dengan gaun hitam itu, Enne terlihat puas. Dia kemudian terus berlalu ke kaunter untuk buat bayaran. Aku yang terkial-kial nak sarung semula baju, tudung dan segala-galanya. Penat usah dicakap, habis kalori aku sudah terbakar.
Ingatkan sudah habis, dia bawa pula aku ke ruang pakaian kasual, pakaian tidur, pakaian renang dan banyak lagi. Belanja sakan, main ambil saja, cuba pun tidak. Aci campak, lepas tu bayar. Mudah benar hidupnya. Jimat masa dan tenaga. Wang saja yang tidak.
"Zen might not tell you this, but he loves sexy women. So, you better know how to impress him, okie? I mean, every man loves sexy women." Enne berucap yakin dan lantang. Toleh kiri kanan pun tidak. Main sembur saja. Lelaki lalu-lalang pun terkejut.
"Oh, okey..." Aku tayang senyuman plastik nak lunyai. Agak bencikan kenyataan itu.
Sukakan perempuan seksi eh? Ah, lelaki semua sama! Tapi... Sukakan wanita berhias itu bukankah fitrah lelaki? Kalau dia sukakan lelaki seksi, tak ke haru-biru jadinya nanti?
Enne memberhentikan langkahnya tiba-tiba. Ada sinar memancar di matanya, menghala ke satu kedai.
"Nak masuk situ tak? Tu favourite brand yang Elena selalu pakai."
Aku pandang ke tempat yang sama. Sekali lagi, dikejutkan dengan barang yang terpamer indah. Ya Allah. Tak kuat rasanya nak masuk dalam tu. Soalan Enne aku balas dengan gelengan bersungguh. Mati hidup balik pun aku tak teringin nak jejak ke kedai itu.
"No. Tak nak." Aku cuba larikan diri, namun Enne pantas mengikat tanganku.
Dia tersenyum penuh makna, seakan mengerti, tapi nak diusik lagi.
"Wearing this is can be a part of investment that you can make on your husband. Don't be shy. It's Zen's money. He's gonna love it for sure."
Dia kemudian menarik lenganku, memasuki kedai besar yang menjual pakaian dalam wanita. Yang serba-serbi nipis dan jarang pula tu. Sebelum kahwin, aku tak pernah rasa sebuah perkahwinan serumit ini. Tak. Ianya memang tak rumit. Namun, untuk serikan rumah tangga, itu yang memerlukan extra effort.
dipandu Enne memasuki lokasi rumah Khairul. Seperti selalu, kelibat dua lelaki menjaga pintu gerbang kawasan rumah itu kelihatan. Kali ini, kami tak lalu saja. Aku minta Enne berhentikan kereta sekejap. Sekotak pizza, donut serta minuman berkafein, aku hadiahkan buat mereka. Bukan main lebar senyuman mereka setelah menerima habuan itu.
Bukan susah pun nak bahagiakan orang lain. Sekecil-kecil kebaikan itu ada maknanya. Tak sia-sia di mata manusia, mahupun Yang Esa.
"You're loveable as always," komen Enne, tersenyum nipis.
"Enne, saya nak tanya, bangunan lain yang ada dekat kawasan ni, tempat apa eh?"
"Bangunan? Mana ada bangunan. Semua tu rumahlah."
"Rumah? Oh, kiranya ni tempat perumahan eh?" Aku menyoal lagi.
"Tak, semua ni tanah family I. Rumah yang you nampak tadi, itu rumah Elena. Sebelah sini pulak rumah Zhayan. Rumah I pun dekat sini jugak. You belum pusing-pusing area sini ke?"
Aku ternganga. Maksudnya, dari pintu gerbang tu, semua hak milik keluarga diorang?
"Belum. Tapi kenapa buat rumah sebuah-sebuah? Jauh-jauh pulak tu. Kenapa tak tinggal sekali?"
"Oh, semua rumah ni tempat privasi kitorang. Main house ada dekat hujung, sebelah tasik. Dekat situ tempat kitorang buat party and family gathering. Kadang-kadang kitorang tidur jugak dekat situ. Daddy, grandma dengan grandpa memang stay dekat sana."
"Ni rumah siapa pulak?" Aku halakan jari pada rumah agam di hadapanku.
"Rumah I. Jom masuk."
Aku tarik nafas panjang. Sedikit terkejut dengan cara keluarga mereka berfikir. Kalau tafsirkan dari segi pengajian sosiologi, iaitu satu bidang yang mempelajari struktur kemasyarakatan, keluarga Khairul lebih cenderung kepada individualist culture. Sikap kebaratan mereka sangat menyerlah. Lebih fokuskan kepada diri sendiri.
Sebaliknya, keluarga aku lebih kepada collectivist culture. Tipikal budaya masyarakat Asia. Bergantung harap antara satu sama lain. Suka bekerja secara berkumpulan dan menitikberatkan soal kehidupan setiap ahli keluarganya. Sering kunjung-mengunjung dan bertanya khabar.
Memikirkan perbezaan ketara keluarga kami, tak mudah untuk aku biasakan diri.
Reka bentuk rumah Enne yang sedikit berbeza dengan Khairul. Cukup mewah untuk tinggal seorang diri. Penat sangat, aku duduk di sofa tanpa disuruh. Enne pula berlalu ke dapur, melegakan tekak keringnya. Segala beg, jaket, kasut dan baju dibuka selamba. Dalam beberapa saat, dia sudah bersinglet hitam.
Telefon milik Enne melalak kuat, minta dijawab.
"Enne speaking."
Riak wajah Enne berubah mendadak. Apa yang dicampak tadi, dikutip semula. Dia bergegas ke muka pintu.
"I ada emergency. Kena pergi hospital. You stay here, nanti Zen sampai."
"Hah?" Terpinga-pinga aku melihat Enne lesap dari muka pintu. Hilang begitu saja.
terganggu apabila terdengar suara-suara manusia berteriak sakan. Aku bangun dari kain sajadah, berlalu ke ruang tamu dengan telekung di kepala. Enne dah balik ke? Sebaik saja kaki aku bertemu kawasan ruang tamu, aku dikejutkan dengan empat orang manusia. Dua lelaki dan dua perempuan bermesra-mesra seperti dunia ini milik mereka.
Kerutan panjang terbentuk di dahiku. Apa semua ni? Sakit mata aku melihat lelaki dan perempuan bersekedudukan macam tu. Sudahlah ini rumah Enne, apa mereka buat dekat sini?
Seorang perempuan alihkan wajahnya dari TV. Tengok aku dari atas sampai bawah.
"Oh, that's her maid. Hey you, cook something for us. We're starving. Make it fast," arahnya.
"But I'm not..."
"Just do your job, woman. Stop complaining," arah lelaki bersuara besar itu.
Aku diburu rasa takut. Gerun melihat dua lelaki bertattoo itu. Telinga dan hidung mereka juga bertindik. Mahu aku tak takut. Selama aku hidup, tak pernah aku berhadapan dengan manusia-manusia begini sendirian.
Tak berani melawan, aku mencari bahan untuk dimasak. Quinoa? Oat? Nak masak apa dengan menatang ni? Bahan selebihnya, aku teliti lagi. Tak banyak yang aku tahu. Yang ak kenal hanyalah ayam dan spaghetti wholemeal. Sos apa pun aku tak jumpa.
Peluh menuruni dahi. Apa yang aku cari, semua tak ada.
Seorang lelaki berambut merah bangun, lalu menapak ke dapur.
"You haven't even started yet? Are you kidding me? 10 minutes have passed and all you did was nothing?"
"There's no ingredients..." Aku beranikan diri untuk berkata-kata. Namun, tatkala mata melihat kekura tangannya dipenuhi tattoo, bibirku tertutup rapat.
Advertisement
- In Serial425 Chapters
Rise
Su Xue, a woman in her mid 20s, is struggling both in paying rent and finding her path in life. Her latest stint has her trying to become a popular League of Legends streamer, though to poor results. One day, she is interrupted in the middle of a livestream by a surprise visit from her landlady. She is informed that she will be having a new roommate. The landlady’s nephew, Lin Feng, a 18 year old boy who has just transferred over to Shanghai for his last year of high school.Though initially opposed to it, Su Xue reluctantly agrees to the arrangement. She learns that the two share a common interest—League of Legends—and that he’s really amazing at the game. Lin Feng also reveals to her he wishes to become the best professional League of Legends player in the world.The next day. Lin Feng attends his first day of school as a transfer student at High School 13. He meets Ouyang and Yang Fan, and the trio find a common passion in League of Legends. Lin Feng is then introduced to Ren Rou, the president of the esports club with a fiery personality, and Tang Bingyao, a quiet bookworm with a love for money and a surprising talent for the game.A little about Lin Feng’s past is revealed. He was a once pro player, the youngest in history and a contender for the best player in the world. Until the finals of the Season 1 World Championship. There, he lost to his arch-rival, an equally brilliant Korean youth. That was the peak of his career, and also the turning point in his life. He stepped down from his team and disappeared from competitive play altogether. Now, after a four year long hiatus, he aims to make a comebackOver the next couple of weeks, Lin Feng learns about the upcoming Shanghai 16 School Tournament, and that his school’s esports club had performed especially poorly the previous year. He agrees to coach the club’s team and help them win the first place trophy this year. And so, he starts the members of the club out on an intense training bootcamp.Meanwhile, the Season 5 League of Legends World Championship is taking place at around the same time. Tian Tian, one of Lin Feng’s former teammates and best friend, is on one of the Chinese teams playing at Worlds. After a poor showing, he is on the verge of a mental breakdown. Lin Feng witnesses everything in a viewing party with the esports club members and becomes worried.On the day of the Shanghai 16 School tournament, Lin Feng reunites with Tian Tian on the phone. He tells Tian Tian he’s going to return to the professional scene, that he’s making a new team and plans to invite him. But Tian Tian has to vow not to give up at Worlds and keep winning. Tian Tian agrees, and Lin Feng promises he’ll fight alongside him. Lin Feng then heads into his match with renewed resolve, to climb from the bottom all the way back to the top, and overcome the rival that defeated him so many years ago.
8 1144 - In Serial479 Chapters
Phoenix's Requiem
Painfully shy and conflict-averse, Yun Ruoyan is a scion to a noble house only in name, a puppet embroiled in political machinations beyond her ken. At the tender age of eighteen, poisoned and at death’s door, she finds herself thrown out into the streets. Her relatives have all been executed, betrayed by her dear husband and her cousin. With her dying breath, she curses her own weakness and swears revenge.When Yun Ruoyan awakens once more, she is thirteen, transported five years into the past by the will of the heavens. Her death-defying experience has changed her: no longer is she the malleable creature she once was. But more questions await at every corner—what is the truth behind the birthmark that disfigures her appearance? What are the circumstances surrounding her mother’s mysterious death?Will the phoenix rise from the ashes, or will she fall once more in thrall to fate?
8 653 - End489 Chapters
Poison Physician Consort
Follow Bai Luochu on a journey back to the peak as she reincarnates into the body of an orphaned daughter of the former great general of the Cloud Water Nation.With the Three Great Immortal Sects in front of her, her mortal enemies who caused her death, how would she rise to the top again?With her astounding medical skills and ability to create heaven defying poison, Bai Luochu heals the crippled meridians of her new body and attracts the attention of all three princes of the Cloud Water Nation!
8 1755 - End413 Chapters
Rebirth of a Fashionista: This Life Is Soo Last Season
Cinderella went from rags to riches, but when you are already at the top, fate is more than happy to kick you down. A car accident kicks off Sheng Jiaoyang's reverse Cinderella story by trapping her soul in the body of a poor girl, leaving her to succumb to fate and wait for her Prince Charming to come to her rescue -- obviously not!Like a phoenix rising out of the ashes, Sheng Jiaoyang forges her own way back up to the upper echelons of society, clearing obstacles, taking revenges, and bagging her handsome and rich childhood friend on the way.If you are tired of reading about poor damsel in distress waiting for a man to rescue her, and wants a female lead that can carry herself to the top, Rebirth of A Fashionista is the novel for you!
8 282 - End448 Chapters
The Attack of the Wastrel
Her rebirth gave her a second chance at life. She was back with a vengeance and wanted to make those that had harmed her pay. But to those that helped her, she wanted to repay them. Her evil stepmother? She would slowly pull out her claws, one by one. Her evil stepsister? She would crush her pride. She thought that by getting her revenge for her past life, she would be happy in this life. However, she never would have thought that danger would chance upon her time and time again. The hatred from her clan and whether their bloodline would continue to exist, lay solely on her shoulders. Luckily, on this thorny path, someone had always been protecting her. "Third Prince, have you ever regretted being with me?" That person laughed lightly and peered at her with a loving yet weary look, "As long as I am together with you, I have no regrets."
8 1466 - End401 Chapters
Demoness's Art of Vengeance
Jun Xiaomo, notoriously known as “Lady Demoness”, finds herself chained and bound in a dungeon. Her hard-earned cultivation has been completely crippled, and she has no means of escape. Qin Shanshan, a lady she used to called her “close friend”, mocks Jun Xiaomo, revealing that Jun Xiaomo had been used by the people around her. Even her lover, Qin Lingyu was one of the masterminds scheming against her. Jun Xiaomo watches her life flash before her eyes and realizes that she had indeed blindly placed her trust in people. Her naivety had led to her current predicament. Jun Xiaomo wanted to end it all. However, she is determined to deliver a swan song. Over the hundreds of days tormented in that very dungeon, Jun Xiaomo had painstakingly painted a complicated formation array with her own blood. With a determined look, Jun Xiaomo burns her life force to activate the array. Her sole intent? To bring with her as many schemers to the gates of hell as she could. The bright red light from thearray intensified, and the end was nigh.…or was it? Jun Xiaomo opens her eyes and finds herself alive again; time had rewound right back to when she was sixteen years of age, albeit only at the eighth level of Qi Cultivation. Armed with the knowledge and memories of her previous lifetime, Jun Xiaomo is determined to learn from her mistakes and bring retribution to those who so deserve…
8 379

