《Pengganti Paling Setia ✔》Bab 19 ~ Pain ~
Advertisement
. Ia merupakan salah satu bandar besar yang terkenal di Kanada. Lebih tepat, terletak di wilayah Ontario. Macam mana aku tahu? Sudah pasti tukang kaji sejarah bernama Dr Khairul Zenith yang beritahu. Jikalau nak harapkan aku kaji sendiri, alamatnya, tak berkembanglah kepakaran menggali idea-idea bodohku.
Lagak Khairul persis seperti seorang pemandu pelancong, dari tempat paling menarik sampailah restoran yang hendak kami lawati, semua dia tahu. Bukan itu saja, dia mampu menjawab segala soalanku secara terperinci, tak gagap mahupun sekali. Toronto mahupun Kanada boleh dikatakan makanannya.
Mungkin dia pernah belajar di Kanada agaknya. Ergh, kenapa tadi tak terfikir nak tanya?
Kereta yang dipandu Will menelusuri satu gerbang besar. Ada dua pengawal berbadan tegap tundukkan tubuh sejurus kereta yang kami naiki melintasi mereka. Kawasan sekeliling, aku amati dengan rasa teruja yang tidak dapat disembunyikan lagi. Pepohon memacak ke langit menghiasi sepanjang jalan. Tampak seperti taman yang terjaga dengan sempurna.
Tatkala mataku dijamu dedaun berwarna merah dan jingga, aku buka tingkap kereta.
"Dr Khairul, tu maple leaves kan? Pokok-pokok besar tu, pokok red maple ke?" Aku bertanya manja, memegang lengannya. Sekejap saja, aku dah terlalu jatuh hati dengan tempat itu.
Khairul angguk bersahaja.
"You got it right."
Bebola mataku mengembang, sengihan melebar.
"Awak dah tak pening kepala ke? Rasa nauseous lagi tak?" Dia bertanya lembut. Menyentuh dahiku.
Geleng. Sebelum mendarat di bumi Toronto, memang kepalaku terasa seperti dilanda puting beliung. Rasa pening dan loya tak payah cakap, kalah orang mengandung. Bila lama bertapa di dalam perut kapal terbang, itulah yang terjadi. Hampir sehari, lebih kurang 20 jam.
"Nauseous? What's wrong? Is she already pregnant or something?" tanya Will setelah lama mendiamkan diri.
Aku terkesima. Sedikit terasa hati dengan soalan semberono Will. Apa yang buatkan dia terfikir aku mengandung sehari lepas kahwin? Dia ingat aku perempuan jenis apa?
"Told you, Will. We're not like that. Canada and Malaysia are completely different in so many ways," tegur Khairul, masih bernada relaks. Seperti sudah terbiasa menjawab soalan aneh Will.
"Oh, okay. Sorry. Just asking," balas Will, menjongket bahunya.
Malas nak ambil kisah perbualan pelik mereka, fokus aku kembalikan ke kawasan permai itu. Keindahannya mampu menenangkan sekeping hati yang sedang gelisah. Sangat sesuai dijadikan tempat melancong ataupun istirahat. Kalau datang beramai-ramai lagi, mesti lagi meriah. Sayang sekali, keluarga Khairul yang lain memilih lokasi berlainan dengan kami.
Pemanduan Will kian perlahan apabila kereta memasuki satu lorong yang menempatkan sebuah rumah sederhana besar, reka bentuk moden. Hanya sebuah, dikelilingi pokok-pokok yang dijaga dengan baik. Pintu garaj berwarna putih terbuka secara automatik.
"Wow..." Aku teruja lagi. Pertama kali saksikan pintu garaj yang melipat ke atas.
"We're here. It's Deanna. Zenith's favourite," ujar Will sejurus mematikan enjin kereta. Tubuh diregangkan serupa burung baru nak belajar terbang.
"Deanna?" Aku pandang wajah encik suami di sisi dengan penuh tanda tanya, mahukan penjelasannya.
Khairul membalas panahan mataku dengan wajah tidak berekspresi.
"Deanna tu nama rumah ni. Named it a couple of years ago. Got no idea that it's gonna sound similar to my wife's name."
Keningku terangkat bersama senyuman minta kaki.
"So, doktor nak cakap nama ni kebetulanlah?"
Khairul turut mengulum senyum, lalu kenyitkan mata kanannya. Jantungku berhenti berdegup seketika. Mana datang pula sisi nakal ni?
"Awak rasa?"
Mata sengaja aku julingkan. Kalau Khairul sudah bermain kata, sampai lusa pun belum tentu dapat jawapan. Kami kemudian berjalan beriringan, memasuki rumah itu. Will tak turut serta. Katanya, dia nak bertemu dengan insan teristimewa.
Sama seperti reka bentuk luar, sisi dalamannya juga luar biasa. Khairul tunjukkan aku setiap ruangan yang ada di situ. Tempat yang paling aku tak sabar nak terokai ialah entertainment room dan kolam renang. Bahagia rasanya bila semua yang aku idamkan sudah ada depan mata. Tak perlu nak keluar bersiap bagai dan berebut dengan orang lain.
Advertisement
Sebahagian sisi dan belakang rumah itu dikelilingi kaca lutsinar. Nama pun rumah jenis separa kaca dan separa konkrit, atau lebih dikenali sebagai glass house. Membolehkan penghuninya menikmati alam sekitar.
Khairul di sebelah kelihatan ralit memandang kolam renang yang terbentang luas di sebalik kaca tersebut.
"Erm... Saya bukan nak jaga tepi kain doktor, sebab saya tahu doktor ni jenis tak pakai kain. Tapi saya ada banyak sangat soalan nak tanya dekat doktor. Kalau saya tanya, doktor tak kisah kan?" Aku bertanya, memecahkan kesunyian rumah itu.
Dia toleh ke sisi, menghadiahkan senyuman tipis.
"You don't need my permission, Diana. Feel free to ask."
"Oyeah. Ready tau, bila-bila masa je saya boleh terkam doktor dengan soalan-soalan saya."
Khairul angguk, tak nampak risau sama sekali.
"For your information, your husband spends most of his time answering questions."
Mendengar kenyataan itu, aku terangguk berkali-kali. Mudah benar terlupa yang lelaki di sisi aku ini merupakan seorang pensyarah. Mungkin sebab perangai Khairul Zenith yang bergelar suami ini berbeza dengan Dr Terminator yang ditakuti para pelajar.
"Ha'ahlah. Bila duduk berdua dengan doktor kan, saya tak rasa macam bercakap dengan lecturer pun. Doktor diam, tak cakap banyak. Kalau dalam kelas, saya dengar doktor je yang membe... Erm... Bercakap. Kenapa bila dengan saya, doktor cakap sikit sangat eh?" Senyuman olok-olok tertampal di wajahku. Fuh, nasib tak terlepas cakap.
"Awak pun apa kurangnya. Cakap banyak sangat, tak macam student dalam class," balasnya dengan mata membara.
Rahangku ditarik graviti. Terkena setepek.
"Jom, saya nak tunjukkan awak bilik special."
"Ada bilik lagi ke? Doktor dah tunjuk semua kan tadi?"
"Nope. I'm saving the best for last."
HOUSE TOUR kami berakhir di satu bilik yang terlindung di penghujung tingkat dua. Sangat ringkas dan tak padat. Sliding door di hujung bilik menempatkan balkoni. Sama macam pemandangan di ruang tamu, balkoni master bedroom juga menghadap kolam renang dari atas.
Haih, rasa macam nak terjun gaya somersault saja, ala-ala ratu terjun negara, Pandelela Rinong. Tapi itulah, risau juga kalau terjadi ratu buat malu negara. Tak pasal-pasal ada orang hilang kewarganegaraan.
"Ah, penatnya... Nak tidur..."
Aku melepaskan nafas berat. Niat hendak menghempaskan tubuh di atas katil terbantut. Segan melihat Khairul terlebih dulu berbuat begitu. Dia juga tampak lelah selepas seharian melayan kerenah aku. Lengan sasa itu direhatkan di atas dahi.
Sofa panjang berhadapan TV menjadi target. Aku duduk di situ, membiarkan Khairul berehat di katil sendirian.
"Kenapa duduk situ? This is your space, Diana," kata Khairul. Menepuk ruangan kosong di sisinya.
Aku geleng. Tetap mengeras di sofa. Tak mahu cari nahas di siang hari.
"Saya tahu awak penat. Come here and have a good rest. Kalau awak tak baring sini, saya takkan jawab semua soalan awak," ugutnya.
Muncung pada bibirku memanjang. Tak adillah macam tu. Bermacam perkara aku tahan selama ni. Sengaja aku simpan untuk tanyakan selepas hubungan kami sudah halal. Kerana kini, aku sudah ada hak untuk tahu sekecil-kecil perkara tentangnya.
Akhirnya, aku akur. Lantas itu, aku menapak menghampiri katil besar tersebut. Perlahan-lahan, aku baringkan tubuh bersebelahan dengannya.
"Kenapa doktor datang lambat waktu akad nikah kita? Mati-mati ingat doktor tak jadi datang... Saya takut doktor nak balas dendam dekat saya," luahku, melepaskan rasa. Bila berada dalam situasi itu, baru aku faham perasaan Khairul selama ini. Perit rasanya ditinggalkan tanpa sebarang alasan yang kukuh. Meskipun tak sampai setengah jam dia datang lambat, luka itu masih terasa.
"Bila bercakap, tengok muka suami awak, Diana," arah suara garau Khairul. Menekan perkataan suami.
"Tak nak."
Tak terima jawapan itu, bahuku disambar. Sesaat kemudian, aku sudah mengiring ke arah kiri, menghadap tubuh Khairul.
Anak mata aku dan Khairul bertaut. Seperti ada tarikan magnet, kami selami anak mata masing-masing. Sangat asyik sehingga Khairul baru tersedar yang dia belum menjawab pertanyaanku.
Advertisement
"Waktu nak sampai hotel, saya dengan Will nampak satu kereta terbabas tepi jalan. Pemandu kereta tu perempuan mengandung. Kitorang tolong apa yang patut dulu sementara tunggu ambulans datang. Sebab tu sampai lambat sikit," jelasnya.
"Allah... Waktu doktor tolong tu, tak ada orang lain yang bantu ke? Ibu mengandung tu okey tak?"
"Thank God, she was fine. Ramai jugak orang yang yang tolong dia waktu tu."
"Ooo... Kalau macam tu, kenapa doktor tergerak hati nak tolong jugak?" Aku korek lagi. Hati aku kuat mengatakan bahawa ada sesuatu yang Khairul cuba nak sampaikan.
Selalunya, bila ramai orang membantu, senang untuk seseorang individu terkena bystander effect. Ia merupakan salah satu teori psikologi di mana kehadiran orang lain di tempat kejadian membuatkan seseorang individu tak rasa bertanggungjawab untuk tolong. Senang cerita, mungkin terdetik di minda mereka, 'orang lain ada, buat apa aku nak tolong?'
"Bukan saya, tapi Will... Dia tak boleh tengok saja orang kemalangan tanpa bantu diorang. He couldn't stop himself from helping those unfortunate people."
Tangan Khairul pada bahu, aku capai. Memujuk suami tercinta agar berkongsi rasa yang membeban jiwa.
"Kenapa?"
"Lepas dapat tahu ayah dia meninggal sebab kemalangan, dia jadi macam tu. I can't blame him though... Our brain is so smart. It remembers those painful memories and develops the person we are becoming today. Pain could be very subjective, but no one barely likes it. Because it's pain after all. It hurts people most of the time," ujar Khairul. Senyuman hambar menghiasi bibir kemerahannya.
Angguk. Bersetuju dengan bicara matangnya. Cara dia bercakap, seolah-olah pernah lalui pelbagai keperitan dalam hidup. Tentang hidup si dia selama 34 tahun, suku pun belum tentu aku tahu. Tapi, ia tak bermakna aku malas nak ambil tahu. Aku masih menunggu masa yang sesuai untuk mengorek segala rahsia tersorok Khairul.
"Pasal apa Will cakap dalam kereta tadi, awak janganlah terasa. Will bukan orang Islam. Lagipun, dia membesar dekat Toronto, so, mengandung sebelum kahwin tu benda biasa. Mak dia pun mengandungkan dia sebelum kahwin. In fact, tak kahwin pun. Ayah dia meninggal sehari sebelum wedding diorang."
Terkedu. Sangkaan aku selama ini tidak meleset. Sungguh, hidayah itu bukan milik sesiapa melainkan Allah. Dalam Surah al-Qasas, Nabi Muhammad juga diingatkan bahawa baginda tak ada kuasa untuk memberi hidayah buat orang yang dikasihi. Hanya Allah yang berkuasa memberi hidayah buat hamba yang Dia kehendaki.
"I wanna know you, Dr Khairul. Everything about you," bisikku.
Khairul angguk, masih mengekalkan renungan membunuhnya.
"Okay. Let's do that." Dia turut berbisik.
Degupan jantungku menggila, nafas terasa sesak di dada tatkala tangan nakal Khairul meliar ke pinggangku. Bibir cantik itu mula menghampiri, mencari mangsanya. Hampir saja aku terpukau. Pabila tersedar, aku cepat-cepat jarakkan tubuh kami. Fuh, tak boleh jadi ni. Cepat sangat.
"Erm... Saya... I mean kita kena solat dulu. Saya... Saya nak mandi sekejap."
Aku bangun dari pembaringan. Nak larikan diri dari bau manis yang melekat pada tubuh Khairul. Terlalu manis. Jikalau lama-lama berkeadaan begitu, tak ada maknanya aku atau dia akan selamat dari gelora nafsu masing-masing.
Tak sempat kaki mencecah lantai, Khairul mencengkam manja lenganku.
"Saya nak tengok awak buka tudung," bicara Khairul selamba.
Terbuntang mataku menikam tajam wajahnya. Tak sangka permintaan sebegitu rupa akan meluncur begitu mudah dari bibirnya.
"Saya nak buka dekat bilik air."
"You mean... There?" Jari telunjuk Khairul dihalakan ke bilik air yang dikelilingi kaca. Atau erti kata lain, bilik air jenis berbogel. Ada pintu... Tapi segalanya terbuka. Dari luar, bathtub, shower, sinki dan semua perkakas dalam bilik air itu dapat dilihat dengan jelas dari atas katil. Macam panggung wayang.
Ya Allah, macam mana aku boleh lupa bala yang satu ini?
"Siapa cipta bilik air tak reti pakai baju macam ni, hah? Benci betul!" bentakku. Geram. Bilik air sepatutnya tempat privasi, bukan tempat tayang body.
Gelak kecil Khairul terlepas.
"Baju? Tirai hitam dekat luar tu kan baju dia."
"Argh!" Bantal di belakang badan, aku tarik kasar. Dengan rasa bengang tak terhingga, aku sembamkan muka di situ. Benci benci bencinya!
"Saya tak faham betul. Kenapa letak tirai tu dekat luar? Orang dalam yang nak mandi. Kenapa orang luar pula yang dapat buka tutup ikut suka hati je?" Aku merengek seperti anak kecil. Tak puas hati. Mahu saja aku saman manusia yang cipta idea gila ni.
"Not sure. Maybe arkitek tu nak bagi orang luar mengendap kut," tutur Khairul, tersenyum mengusik.
"Habis... Macam mana saya nak mandi sekejap lagi?"
"Mandi macam biasa. Kenapa? Nak saya mandikan ke?"
"Bencilah cakap dengan doktor!" amukku. Bantal aku baling sehingga terkena dada Khairul.
Selepas itu, mulalah perang baling bantal dan kejar-mengejar di dalam bilik. Setiap perangai kebudak-budakan yang aku tonjolkan, Khairul layan saja tanpa mengeluh. Mahupun begitu, kematangannya dalam mengendalikan rumah tangga yang baru terbina ini sudah mencuit hatiku. Kesabarannya adalah suatu perkara yang layak dibanggakan.
lampu bercahaya malap yang menerangi kolam renang, aku perhati tanpa jemu. Aku membiarkan angin sepoi-sepoi bahasa di negara asing ini menerbangkan lebihan selendang yang menutupi dada. Musim luruh di Canada sudah mampu mencipta satu momen yang terindah dalam hidupku.
Sejam yang lalu, buat pertama kalinya, Khairul imamkan solat aku. Dia seorang lelaki yang berpegang pada kata. Janji kami sebelum ini, sudah dia sematkan di minda. Kepala aku dongakkan ke langit. Berterima kasih kepada Sang Pencipta langit yang hadirkan bulan dan bintang.
Mutiara jernih, aku bebaskan dari tubir mata. Siapa sangka, perginya Zack ialah salah satu cara Allah hadiahkan Khairul untukku. Meskipun begitu menyakitkan pada awalnya, aku bersyukur akan pemberian ini. Aku tahu, masih banyak pancaroba yang sedang menanti, tapi akan aku cuba sehabis baik untuk pertahankan amanah suci ini.
Buka mata saja, aku ternampak pemandangan yang jauh lebih indah. Kelibat Khairul memenuhi pandanganku. Tak terkejut. Derap kakinya sudah dapat aku baca. Cuma, yang anehnya, bila masa dia terjaga? Setahu aku, dia tampak nyenyak tidur sewaktu aku melangkah keluar dari kamar kami.
"Why are you here, hmm?" soal Khairul perlahan. Dia kemudian mencuri lebihan ruang di kerusi santai kolam renang yang aku duduki. Jari-jemari itu hinggap ke pipiku, mengelus di samping menghapuskan sisa air mataku.
"Saya tak boleh tidur...," aduku.
"Sebab gelap ke?"
Angguk. Gelap tu satu hal. Jet lag juga satu hal. Takut nak tidur sekatil dengan dia pun satu masalah besar juga. Haish, tidur dalam kuburlah senang.
"Let's overcome your fear together, amora. You're not sleeping alone anymore, remember?"
Aku lambat-lambat geleng. Tak semudah itu.
"Doktor tidurlah dulu. Saya tak ngantuk lagi." Aku terpaksa berbohong. Tapi tak berapa nak menjadi apabila aku menguap persis serigala nak telan kepala orang.
Senyuman manis terukir di wajah tampan Khairul. Tanpa sepatah kata, dia menanggalkan selendang yang menutupi rambutku. Sejurus dengan itu, rambut panjangku dibuai tiupan angin, terbang bebas dari kepompong yang aku cipta.
Nadi memecut laju. Suhu tubuh meningkat secara mendadak. Selendang di tangannya, cuba aku rampas. Namun tak berjaya.
"Tak ada sesiapa dekat sini. Security yang jaga area rumah ni pun ketat. Awak ingat ada orang boleh panjat tembok tinggi tu ke?"
"Tak."
"Clever." Tangan Khairul yang tak reti nak duduk diam itu mula membelai rambutku, lalu disikat dengan jemari panjangnya.
Aku cuak tiba-tiba, tak berani membalas tatapan penuh pesonanya. Dia... Dia tak 'tuntut' janji haritu malam ni ke? Alamak, aku tak bersedia lagi ni... Ibu! Nak balik!
"Sebelum doktor terfikir nak buat apa-apa, saya... Saya dah mengantuk. Nak tidur. Ibu cakap perempuan tak baik tidur lewat, nanti hilang seri. Doktor mesti tak suka perempuan tak berseri kan? Apa kata kita tidur dulu? Jom." Alasan demi alasan, aku sembur. Nak atur ayat pun tak boleh. Bertabur sana sini.
Baru saja pasang niat nak tinggalkan kerusi itu, bicara Khairul lebih cepat mematikan pergerakanku.
"Tahu tak cara nak bagi isteri nampak berseri dekat mata suami?"
"Tak... Tak tahu. Doktor nak jawapan sekarang ke? Kejap, saya nak pergi Google." Aku mencuba nasib lagi sekali, nak lari dari suasana romantik lain macam itu.
"Let me show you the answer."
Habis berkata, tubuhku dicempung. Jeritan yang hampir terkeluar, aku telan begitu saja. Pahit. Malu yang teramat sangat kerana bibir aku baru saja tak tersengaja mengucup dadanya. Tampang tak berperasaan Khairul menakutkan aku. Sangat misteri. Nak tanya, tapi seribu kali lagi takut. Oleh itu, aku reda saja. Mimpi baik atau buruk, jawapan itu akan diketahui juga nanti.
"Wanita wanita yang keji adalah untuk laki laki yang keji, dan laki laki yang keji adalah untuk wanita wanita yang keji pula. Dan wanita wanita yang baik adalah untuk laki laki yang baik dan laki laki yang baik adalah untuk wanita wanita yang baik pula".
(QS An Nur : 26)
Advertisement
- In Serial56 Chapters
The Bad Boy's Toy | ✔️
"I'm not it, I'm not her. I won't fall for this monster. I won't be the Bad Boy's Toy."Ashley Airwood.Perfect Grades. Perfect Daughter. Perfect Sister. Perfect good girl.Bain White. Bad reputation. Bad player habits. Bad temper. Very Bad Boy.Enjoy!
8 114 - In Serial11 Chapters
Kiss It Better | Dwayne Johnson
Man, fuck your pride, just take it on back, boy. ... Oh, tell me what you're willing to do? ... Oh, (tell me baby) tell me what you're willing to do?Robyn "Rihanna "Fenty ×× Dwayne "The Rock " Johnson Inspired by Rihanna's Kiss it better.***Short Story***
8 119 - In Serial16 Chapters
Here With Me (MrBeast x Reader)
I didn't really know too much about MrBeast until the day that he walked into my job at a local Wal-Mart and bought dozens of electronics... and then he somehow ended up becoming a huge part of my life. MrBeast/Jimmy x Reader.
8 112 - In Serial18 Chapters
Enslaved
"There are going to be some ground rules" Xavier said looking bored."You are going to call me master at all times and you will do as I say. If you cross any lines or disrespect me, you will be punished.""And I do not go easy on punishments.Understood? 'slave' " he spat at meAnd in that moment I realised that this will be a lot worse than I anticipated.......................................................................................Everyone in the past kept saying that the world is changing. But I'm pretty sure that no human would have visioned such a drastic Change.It is the year 2057 and the world is taken over by bloodthirsty vampires. Humans are kept in shops like toys and are bought by vampire masters. Humans are now slaves to creatures of the night.Who am I you may ask.I am Riley and I am enslaved by the vampire prince himself.When I thought all hope was lost for the human civilisation, I found out that the vicious vampire prince can also love. ***Hey guys this is my first book so please do give it a try.
8 246 - In Serial45 Chapters
Satin on the Slopes
Penelope is ready to stop living in her ex-fiance's shadow. Sure, he's one of the best players in the NHL, but she's one of the best photographers in the hockey industry. After an ugly break up she finds herself trying to stitch her career back together by taking odd jobs. This time she's keeping one rule in mind: no romantic contact with the talent. Not even when the talent is a pair of handsome snowboarders.
8 190 - In Serial50 Chapters
The Other Side Of The Lens
"That was weird, but I can't stop my heart beating ten times faster than it should be. Laying down on the bed I face away from the bathroom door not wanting him to look at me. I pull the white cover up to my nose and look at the wall. I hear the bathroom door open and footsteps reach closer to the bed. The covers are being moved behind me as Mateo gets ready to sleep. I reach up to turn off the lap on my nightstand, and when I do we're left in the dark abyss of my room. Mateo's arm wraps itself around my waist and pulls me back into his hard chest. He gently lifts my head up and puts it back down onto his bicep. I take in a shaky breath and close my eyes deciding it is best to just sleep. Feeling his breath on the crown of my head, I'm more relaxed than I was before and start feeling sleepier by the second. But before sleep overtakes my mind. I hear Mateo mutter something. "Good night sweetheart." ~~~~~~Moving on. Growing up.The fears of Mateo and Veronica. Two strangers who have been attending the same high school for the past three years. They believe they are different from each other but they have much more in common than they believe. Senior year things change when Mateo finds an interest in Veronica. She decides to give him a chance and see where the friendship goes. What she doesn't realize is that she's falling for him faster than she thought...and he feels the same.Through a camera lens, Mateo shows Veronica how to live her life to the fullest and that she is not alone in this big world. Meanwhile, Veronica is helping Mateo move on from the tragic incident that occurred in his family.Having faith and trusting that their relationship will stay strong. They decide to overcome whatever is thrown in their direction, and that there is always someone on the other side of the lens. ~~~~~~
8 171

