《Pengganti Paling Setia ✔》Bab 18 ~ First night ~
Advertisement
doa dibacakan dengan jelas, setiap insan beragama Islam menadah tangan, mengaminkan doa tersebut. Tanganku menggigil sepanjang akad dilafazkan. Mana tidaknya, lebih daripada lima ratus pasang mata menghala ke arah aku. Semua ni salah Khairul. Jemputan keluarga aku tak sampai seratus. Dia bolot habis lebihan empat ratus kerusi.
Mataku meliar merata tempat. Hilang fokus. Kalau orang lain, menangis dah agaknya. Aku? Entahlah, banyak sangat menangis sebelum akad nikah tadi. Kolam air mata pun sudah kering-kontang. Perhatian aku alihkan semula pada Khairul. Dia tampak tekun berbicara dengan orang sekelilingnya.
Ya Allah, benarkah dia sudah bergelar suamiku? Terasa seperti masih di awangan. Lafaz akad tadi kedengaran sayup-sayup di halwa telinga meskipun sudah ada bantuan mikrofon dan speaker besar yang mengelilingi luxury hotel ballroom ini. Mungkin sebab terlalu gementar, deria pendengaran pun terjejas. Selagi tak pekak, kira okeylah tu.
Khairul toleh ke sisi, sempat lagi dia memberikan renungan yang sungguh mengasyikkan.
Majlis perkahwinan yang bertemakan Magnificent Whity Winter itu mencuri banyak hati, termasuk aku. Kerana sibuk dengan tugasan hujung semester, aku sekadar bersetuju dengan setiap butir yang dijelaskan oleh wedding planner. Berkaitan baju yang ibu jahit, designer mereka ada buat sedikit penambahbaikan, menaikkan lagi seri baju yang melekat pada tubuhku agar terlihat lebih sesuai dengan tema yang dipilih.
Tiada cacat cela sama sekali. Segalanya sangat sempurna di mataku, meskipun sedikit lari dari apa yang aku bayangkan sebelum ini.
"Alhamdulillah, selesai sudah ijab dan qabul. Sekarang, dipersilakan pengantin lelaki kita, Dr Khairul untuk menemani isteri tercinta di atas pelamin. Kesian Didi, tengah tunggu encik suami dia dari tadi." Adi, selaku pengacara majlis, kembali membuka mulut bisingnya.
Aku tarik nafas panjang. Menyesal pun ada sebab suruh mamat senget ni kendalikan majlis. Kepetahannya dalam berbicara memang tak dapat disangkal. Sangat berpengalaman bab-bab jadi MC, moderator, pengendali majlis dan sebagainya. Tapi itulah, mulut becoknya susah nak ditapis.
Tibalah waktu yang mendebarkan, Khairul berdiri tegak, mengemaskan pakaiannya. Dia kemudian mengatur langkah ke mahligai kecil bagi setiap pengantin, iaitu pelamin serba putih yang sedang aku duduki. Dia mengenakan baju melayu putih, siap bersongkok dan bersampin lagi. Tampil dengan sangat gah dan tampan.
Breathe in. Breathe out. Sekarang baru rasa nak amalkan deep breathing techniques yang aku pelajari selama bergelar pelajar psikologi.
Dengan tenang, dia melabuhkan punggung di sisiku. Begitu rapat, sehingga lutut kami berlaga. Aku semakin cuak. Tangan yang bergetar, aku ramas kasar. Kehadiran Enne yang segak menggayakan baju kurung moden sedikit sebanyak meredakan gelojak hatiku. Bekas hantaran berisi cincin itu dihadapkan buat aku dan Khairul.
Sejurus itu, Khairul mencapai tangan kananku. Wedding gloves yang diperbuat dari kain lace itu, dia tanggalkan perlahan. Kini, jari-jemari berinai kami benar-benar bersentuh. Cincin yang dihiasi bintik-bintik berlian berkelipan itu disarungkan di jari manisku. Cincin perak turut aku sarungkan pada jari manisnya.
Tangan yang sudah sah menjadi milik aku itu, aku kucup mesra. Beban yang berat mulai menggalas bahu ini. Khairul kemudian meletakkan tangannya di atas kepalaku. Lama kami berkedaan begitu sebelum aku dongakkan kepala. Di saat mata kami bertaut, senyuman terukir dengan sendirinya. Begini rupanya rasanya, menyentuh lelaki bergelar suami.
Rasa yang tidak boleh digambarkan dengan kata. Luar biasa.
Iringan lagu Can't Help Falling in Love, versi nyanyian Haley Reinhart mula dimainkan. Ia merupakan lagu pilihan Elena. Agak enggan juga aku pada awalnya, namun permintaan itu tidaklah sebesar mana jika hendak dibandingkan dengan penerimaannya terhadap aku.
Wise men say
Only fools rush in
But I can't help falling in love with you
Membuntang mataku sejurus lampu terang berwarna putih bertukar kebiruan. Sedar-sedar saja butiran putih bak salji menuruni segenap ruangan ballroom. Berbunga mekar hatiku menyaksikan para tetamu jemputan melonjak gembira. Anak-anak kecil juga seronok bermain-main dengan salji buatan manusia itu. Meraikan penyatuan dua buah keluarga.
Advertisement
Shall I stay?
Would it be a sin
If I can't help falling in love with you?
"Ya Allah, cantiknya..." Aku berkata separa sedar. Masih memproses kejutan yang dihadapkan buat aku dan Khairul.
Seusai menikmati keindahan sekelilingku, wajah Khairul menjadi santapan mataku pula. Sepasang mata hazel grey itu tidak lekang daripada wajahku.
Dia tersenyum tipis. Cukup manis untuk mencairkan mata yang memandang.
"Not as beautiful as you." Khairul berbisik.
Aku geleng, menahan malu. Menahan diri agar tidak termakan dengan usikannya.
Like a river flows
Surely to the sea
Darling, so it goes
Some things are meant to be
"Tahniah sekali lagi diucapkan buat kedua-dua pengantin baru kita. Marilah kita sama-sama berdoa agar pasangan ini sentiasa diberkati oleh-Nya serta dikurniakan belasan zuriat yang akan menggegarkan rumah tangga mereka pada masa akan datang."
Terlopong aku mendengar bicara galak Adi. Belasan? Belasan! Gelak orang ramai berdendang. Adi... Adi... Patutnya aku suruh dia masuk Maharaja Merapu Mega terus.
"Amin," tutur Khairul tiba-tiba.
Gelengan kuasa halilintar mengawal pergerakan kepalaku. Bahunya aku tampar perlahan.
"Doktor janganlah aminkan!"
Khairul tergelak kecil.
"Ayuh para hadirin sekalian, jemputlah menjamu pelbagai juadah yang sudah terhidang di meja masing-masing. Kita bagi chance dekat raja sehari kita saling bermain mata dulu. Sekejap lagi kita akan teruskan majlis dengan sesi fotografi. Stay tuned!"
Take my hand
Take my whole life too
For I can't help falling in love with you
Tatkala Adi meletakkan mikrofon yang dipegang, Khairul bangun. Tangan yang dihiasi cincin perkahwinan kami itu dipanjangkan. Huluran tangannya aku sambut dengan hati terbuka. Lantas itu, kami berjalan berpegangan tangan. Manis rasanya apabila setiap sentuhan sudah mencapai reda-Nya.
"How are you feeling?"
"Erm... Rasa macam nak kena anxietylah, doktor," luahku.
"No worries, amora. You're simply nervous..."
jurugambar mematikan rasa selesa yang mula bertamu di hati. Kalau tak hormatkan kerja dia, dah lama aku memberontak. Tak tahu kenapa, semua gaya aku dia tolak mentah-mentah. Susah sangat, biar aku tangkap gambar, dia duduk sebelah Khairul.
Lelaki bersama kamera DSLR itu geleng lagi. Kepala digaru. Nampak sedikit tertekan.
"Erm... Encik dengan puan boleh berdiri rapat sikit tak? Kan dah halal, kalau duduk atas riba pun dapat pahala."
Aku tersenyum kekok. Duduk atas riba? Dia teringin nak tengok pengantin perempuan pengsan waktu majlis ke?
Khairul mengeluh. Penat agaknya. Bukan salah dia. Masalah paling besar sekarang ialah aku. Setiap kali dia nak pegang, aku yang rungkaikan tangannya. Sudahlah tak terbiasa kena sentuh dengan mana-mana lelaki, disuruh berposing depan mamat kamera ini pula. Seganlah! Tak jauh dari situ pun ada ramai kenalan kami yang sedang asyik menonton.
"Come, Diana." Khairul cuba datang dekat.
Aku berundur ke belakang.
Tak hiraukan riak beruk tertelan biji durian di wajahku, dia menarik laju lenganku. Tangan hangat itu kemudian mengelilingi pinggangku. Terlalu kejap, sehingga aku tak mampu bergerak, mahupun seinci.
"Apa doktor buat ni? Jangan nak pelik-pelik eh," bisikku di cuping telinganya. Tak mahu didengari orang lain.
"Okey ke macam ni?" tanya Khairul. Dia abaikan terus kewujudanku.
"Cantik!"
Tangan Khairul semakin gatal meliar ke merata tempat. Dari pinggang, naik ke leher, turun ke sisi pinggul.
"Wo wo wo..." Aku cepat-cepat tarik tangan Khairul ke wajahku. Membiarkan dia membelai pipi, bukan tempat lain.
"Okay nice, next," arah lelaki itu lagi.
Aku mendengus kasar.
"Ish, tak habis lagi ke?" gumamku dengan rasa tak selesa tahap petala tujuh.
Mataku membulat apabila terasa tangan Khairul berlayar naik turun ke bahagian lekukan tubuhku.
"Tangan... Tangan jangan sentuh tempat lain..." Aku merayu dalam nada berbisik. Rasa nak terkena serangan mental dah ni.
"Okey, puan boleh letak tangan dekat dada suami."
"Hah? Buat apa?"
Advertisement
Terkebil-kebil photographer itu tengok muka aku.
"Just do it, Diana. You're seriously getting on my nerves." Khairul bersuara serius.
Kedua tanganku ditarik, lalu ditempatkan di atas dadanya. Melihat tampang tak berperasaan Khairul, aku dibelenggu rasa bersalah. Apa masalah kau ni Didi? Semua dah halal kan? Selepas itu, aku tak lagi menolak mahupun merungut. Apa yang Khairul lakukan, aku turutkan saja.
menyenaraikan segala tips untuk menjadi isteri solehah, sementara aku menukar pakaian di bilik persalinan. Otakku masih sarat dengan pelbagai kemungkinan. Meluatkah Khairul dengan perangai aku? Aduh, awal-awal kahwin dah kumpul saham dosa.
"Aku tak bolehlah orang pegang-pegang aku..." Bait penyesalan meniti bibirku. Meluahkan sesuatu yang takkan mampu aku luahkan pada orang lain.
"Aku faham kau tak biasa. Kalau kau slow talk dengan Dr Khairul nanti, mesti dia pun faham. Tapi kau kena ingat, orang yang kau cakap tu bukan lelaki gila tepi jalan tau. Dia suami kau. Kalau suami kau tak meraba kau, habis kau nak dia meraba perempuan lain?" Fathina melemparkan soalan pedas di hujung ayatnya.
Tak berkedip aku memandangnya. Agak terpegun dengan kata-kata yang meluncur dari mulut Fathina. Semakin hari, sisi budak baiknya semakin pudar. Lesap.
"Amboi bahasa kau, bombastic betul. Helo cik kak, saya anak dara lagi ya. Awak tu tak apalah anak satu dah!"
Gelak terbahak-bahak kami meletus kuat. Susah benar nak berlagak normal dengan minah ni.
"Awal-awal kahwin dulu, aku pun macam kau, Didi. Relakslah, nanti lama-lama kau pun boleh jadi pro. Everything takes time. Just take it easy. Okey, beb?"
Aku angguk dalam terpaksa. Memaksa diri untuk terima hakikat bahawa Khairul sudah berhak ke atas diri ini. Dan aku juga ada hak ke atasnya. Fair and lovely, bukan? Nafas panjang aku tarik dan hembus. Kerja aku bukan susah pun, terima dan balas balik sentuhan dia saja. Susah ke? Tak susah pun!
ya amat. Pasang surut dadaku berada dekat dengannya. Jari-jemari kami yang terjalin kemas, aku pandang. Hidung aku pun sudah dihuni oleh wangian Khairul saja. Dia juga sudah tukar baju pengantin kepada kemeja biru laut. Orang segak, pakai apa pun tak terjejas keseriannya.
"Thanks for coming, bro." Khairul berjabat tangan dengan sahabat baiknya, Dato' Uzzam.
"Not a big deal. Enjoy your honeymoon. Jadi kan pergi Canada?" tanya Uzzam sambil menyambut Aariz dari pelukan Fathina. Tubuh anak kecil yang dibuai lena itu ditepuk perlahan.
Aku termangu sekejap. Berbulan madu? Canada? Apa kebenda ni?
"Wow, Canada. What a nice place," usik Fathina, menjongket-jongketkan keningnya.
"Ha'ah, jadi. Flight kejap lagi. Pukul 11 malam," jawab Khairul tanpa ragu.
Ternganga. Ma... Malam ni?
Khairul bertindak pantas, membuatkan aku terpaksa mengikut rentaknya. Sebelum bertolak ke lapangan terbang bersama Will dan ahli keluarganya yang lain, kami meluangkan masa dengan keluargaku. Ibu dan abah tampak begitu bangga memperkenalkan Khairul kepada saudara-mara kami.
Kata-kata yang Khairul muntahkan buat Mak Long Nor dan Mak Ngah Ila sedikit sebanyak meredakan amarahku sebelum acara akad nikah siang tadi. Hanya Allah saja yang tahu betapa malunya aku apabila Khairul terdengar perbualan lancang kedua adik-beradik pungut ibu.
"Aku peliklah. Kau terfikir tak, macam mana student boleh kahwin dengan lecturer sendiri? Bukan kerja pensyarah tu sibuk mengajar ke? Ada masa pulak nak mengurat student, siap ajak kahwin lagi. Yang student tu pun, menggedik sangat. Elok sangatlah diorang berdua. Sekepala." Mak Long Nor melepaskan cemuhan berbisa.
Aku terkaku. Pergerakanku lumpuh. Seteruk itukah aku di mata mereka? Genggaman tangan Khairul, aku kuatkan. Tak terdaya rasanya dituduh sehina itu. Sakit yang teramat sangat.
"Itulah. Kalau tak pelajar yang menggatal, mesti pensyarah yang miang. Zaman sekarang, siapa tak tahu malu, dialah yang dapat. Buat wedding besar-besar pun, kalau dasar dah kotor, takkan pergi jauh punya. Tengoklah setahun dua lagi, bercerailah diorang," kutuk Mak Ngah Ila. Menyemarakkan lagi perbualan tak membawa manfaat mereka.
Enne yang berdiri di belakang aku dan Khairul mara ke depan.
"Gosh, your aunts are interesting. Their crappy mouths deserve a crappy award. Crazy bitches," bicara Enne lantang. Cukup kuat untuk menarik perhatian kedua wanita berumur separuh abad itu.
"Enne, don't say a word." Khairul bersuara tegas. Rahangnya bergetar, menahan marah.
"Disgusting." Will pula berkata. Tona kulit cerahnya bertukar merah padam.
Aku mengurut kepala, berdenyut. Seharian menghadap pelbagai perwatakan manusia. Letih. Sungguh meletihkan. Tanpa aku sedari, air mata berlinangan. Ibu dan abah hanya menundukkan kepala. Tak berani berkata apa-apa. Sepanjang hidup mereka, hanya sabar pilihan yang ada. Kerana keluarga, kerana tiada kuasa, mereka diperlekehkan. Disisihkan.
"Dr Khairul... Kita pergi sekarang ya?" Aku menarik lengannya.
Geleng.
"Now? No way, Diana. We gotta teach them a lesson." Khairul memasang langkah besar, merapatkan jarak antara kami dan dua wanita berwajah tegang itu.
"Sebelah ni, isteri saya. Belakang tu, ibu dengan abah, orang yang besarkan isteri saya. Saya harap mak long dengan mak ngah dapat hormat keluarga kami sama macam kami hormat keluarga mak long dan mak ngah. Saya bukan nak biadab, tapi sabar pun ada hadnya. Jangan sampai saya hilang rasa hormat."
Mak Long Nor dan Mak Ngah Ila tercengang. Diam membisu.
Usai berkata, mata cantik Khairul merenung lama wajahku. Air mata yang bergenang, dia seka dengan kedua ibu jarinya. Beza benar orang yang cakap pakai akal jika hendak dibandingkan dengan orang berfikiran sempit.
"Let's go, Diana. Canada's waiting for us."
"Abang Arul! Nanti beli hadiah dekat kitorang tau!" Daniel muncul dari belakang, memeluk mesra pinggang abang iparnya.
Khairul hadiahkan senyuman tipis.
"For sure, lil bro." Kepala Daniel digosok perlahan.
Selesai saja drama berpesan dan berpelukan, aku dan Khairul berangkat ke KLIA bersama sekumpulan ahli keluarganya. Ini bukan honeymoon, tapi rombongan Che Kiah. Namun, ada baiknya juga, tak adalah aku gementar tak tentu pasal. Kehadiran keluarga baru itu sepertinya sudah menempah tempat yang istimewa di hatiku.
aku dari lena yang panjang. Berdegup kencang jantungku apabila mata bertemu dengan kegelapan malam. Senyap sunyi. Nampak gayanya, kebanyakan penghuni kerusi business class sudah lelapkan mata. Lepas dijamu dengan beberapa hidangan ringan bak raja, aku terus dibuai mimpi tak berapa nak indah.
Genggaman pada satu tangan, aku ketatkan lagi. Bab-bab gelap ni, memang aku anti sikit... Atau banyak.
Teringat lagi waktu aku pergi ke Oxford sendirian untuk bertemu dengan Fathina, tanpa ditemani sesiapa. Itulah momen paling sukar untuk aku telan. Sudahlah kali pertama naik kapal terbang, terus pergi England. Dengan nak cakap omputeh lagi. Tapi, demi seorang sahabat, aku rentasi juga segala lautan. Acewah. Nasib baik Dato' Uzzam sponsor.
"Dr Khairul..." Nama itu terpacul keluar secara automatik dari bibirku.
Aku tersenyum sendiri. Terpegun melihat dia tidur nyenyak bersama kaca mata dan komputer riba di atas paha. Tangan kami yang bertaut, aku rungkaikan. Lantas itu, aku tanggalkan kaca mata bingkai besar tersebut. Laptop aku rehatkan di ruangan kosong di sisiku. Selimut yang membaluti tubuhnya juga aku tarik hingga ke paras dada.
Suami. Dialah suami. Rasa macam berdosa pula tenung wajah pensyarah sendiri. Pensyarah? Semester dah habis kan? Mungkin bekas pensyarah lagi sesuai. Tapi... Ah, stres pulak aku. Apa-apapun, dia tetap suami. Dr Terminator... Tak susah rupanya nak mengurat seorang Terminator.
Aku tersengih bangga, serupa orang dungu.
"Awak dah bangun?" Khairul bertanya perlahan. Tangan diangkat, lalu menyentuh pipiku.
Badanku membatu. Terperanjat. Hampir saja jantung terloncat keluar. Dia memang ada tabiat pegang pipi orang lepas bangun ke?
"Ha'ah, tapi nak tidur balik," jawabku, jujur.
"You sleepyhead..."
Di balik cahaya samar-samar, senyum ringkas Khairul terlihat bercahaya. Pipiku dibelai manja, langsung tak kekok dengan perbuatannya. Aku saja yang tak senang duduk.
"Are you disappointed?" tanyanya bersama tatapan redup. Penuh makna tersirat.
Geleng.
"Kenapa pulak saya nak kecewa?"
"Our first night... Let's have a proper one next time."
Tak berkedip aku memandang wajah tenangnya. First night? Gulp! Senyuman canggung terbentuk di bibirku. Itulah perkara terakhir sekali yang terlintas dalam benakku. Kalau boleh, aku nak buat-buat lupa terus. Tapi Khairul lebih bijak. Dia tak lepaskan peluang untuk ingatkan aku akan tanggungjawab baru yang harus aku pikul. Tanggungjawab yang diwajibkan ke atas suami dan isteri. Mana mampu aku lari dari malam penuh misteri itu.
Nabi Muhammad saw pernah bersabda yang bermaksud,
"Sekiranya aku boleh menyuruh seseorang sujud kepada seseorang manusia, nescaya aku akan suruh perempuan sujud kepada suaminya."
(HR. Imam Tirmizi)
Advertisement
- In Serial34 Chapters
My Soldier. My Hero. (Completed)
Mia has lived a life of abuse from her father and ex. She runs away, leaving her old life behind and creating a new one.What happens when she meets a sexy former navy seal? -------------------As I sit down, I see Aiden staring at me. "Mia, you look really beautiful. Don't get me wrong, you always look amazing. But you're breathtaking" I take a deep breath. "You know...I'm pretty sure friends don't give each other compliments like this." He smirks, "who said we were going to be just friends."
8 338 - In Serial51 Chapters
Belle
[Highest Ranking - #5 in Teen Fiction][Highest Ranking - #1 in Teen Pregnancy]PREVIOUSLY KNOWN AS "The Best Mistake""She almost couldn't read out the symbol on the test with her hands shaking. So, she stared at it, hoping that the second line was in her imagination and it would disappear any second. She squeezed her eyes shut and prayed. She wasn't religious but, when in times of need, she hoped a god would answer her cries. But when she opened her eyes again, that second line was still there, staring back at her. A second tear rolled down her face, but she didn't bother to wipe it."After a drunken night at a party over the summer, fifteen year old Bella Carpenter finds out she's pregnant. As a freshman in high school, Bella must grow up faster than she expected. To add to the drama, the father is her childhood best friend.©2018 Copyrights*DISCLAIMER*: I wrote this story a long time ago. Since then, I've grown as a writer. This story did so well and I wanted to do it justice. I've started to completely rewrite the book. Once it's completed, I will post the first few chapters here on Wattpad and the rest will be on sell on Amazon. So if you're a new or returning reader, this will be your last chance to read this version of the story."Mistakes to Repeat" is the sequel!(Completed April 18th, 2018.)(Revised October 28th, 2021.)
8 102 - In Serial116 Chapters
Keeping The Balance
After being stabbed accidentally by a neighbor who thought he was their cheating boyfriend Hol soul was taken by a system that told him that if he does enough tasks he could be reborn again. All he has to do is take care of people from different worlds who keep on messing with the balance of the world and destroying the said world. Doing the tasks are easy but there is always this one person who keeps showing up and making him fall in love.Hol: Why are you so in love with me?!ML: I just find your personality so endearing and I want to keep you to myself.Hol : (●///▽///●) Keep me. . .System: Host! You give in so easily!
8 110 - In Serial20 Chapters
A small cloud (Complete )
အရင်က ချစ်ခဲ့တယ် အခုမချစ်တော့ဘူးကျွန်တော့်ရဲ့သေဆုံးသွားတဲ့ဝိညာဉ်နဲ့အတူခင်ဗျားကိုချစ်တဲ့အချစ်တွေပါသွားပြီXiaoZhanမင်းဘာလို့ ငါ့ကို မုန်းနေမှန်းငါမသိပေမယ့်မင်းကို ချစ်နေမိတာတော့ ငါသိတယ်WangYiBoYiZhan ပါနော်
8 90 - In Serial44 Chapters
Love Child
Eleanor never really stood a chance.Her mother was in love with a married man and a little bit crazy. And even though Eleanor's tired mother hated children, she was convinced that he would love her too if they just had a child together. That's how Eleanor was born. And when Eleanor didn't work, when he didn't leave his wife, she decided that one baby wasn't enough and so she had another. And that's how Casey was born. When she realized that having his children wasn't going to make him fall in love with her, she remembered just how badly she hated children. Eleanor and Casey were suddenly thrown aside by their broken-hearted mother; and then their father, being the married man that he was, completely denied their existence. Which left 8-year-old Eleanor and newborn baby Casey in foster care, hidden from the world like a blemish. As Eleanor gets older, she is forced to protect her brother from the cruel world that they live in. She doesn't want him to grow up like she did, feeling like a thrown away misfit. Eleanor learns that she needs to do whatever it takes to get her brother a better life. And that's when the trouble starts for her.By the time that Eleanor turns 22, she has been consumed by a world of lies, money, and sex. Convinced that doing the wrong thing is okay for the right reasons, Eleanor is used to living with two separate identities. When it all starts to catch up with her, Eleanor has to figure out how she is going to make it out of the mess that she's created. Poor girl. She never really stood a chance.
8 215 - In Serial75 Chapters
Waters of Oblivion | ✓
FREE with Paid Bonus Content. Sometimes you just might have to die to live again. *****When art historian Reine Baldwin meets Gabe Moran, a charming journalist, she has no idea their blossoming love will shatter her comfortable life. But a series of clues lead Reine to discover that she's not alone in knowing that she was born centuries ago and-worse yet-there are many things she apparently doesn't even remember. Reine has to face a forgotten past and a forgotten ex-husband (the handsome billionaire Max Baldovini), who-like her-is immortal and cannot truly die. Should she trade her ordinary life with Gabe for the love of Max, a man who's worshipped her for half a millennium? The choice should be easy, until Reine starts to remember things that Max is desperate to make her forget.[[word count: 100,000-150,000 words]]
8 201

