《Pengganti Paling Setia ✔》Bab 17 ~ Powerful ~
Advertisement
satu kelebihan kelas pada minggu-minggu akhir ialah semua pelajar dilepaskan awal. Ada juga kelas yang memang tak lagi harus dihadiri. Cuti percuma. Teruja aku berjalan, mendekati kereta. Hari ini, aku pandu sendiri. Alang-alang kelas lewat, aku yang ditugaskan hantar dan ambil ibu abah dari pejabat.
Manis dan Adi membuntuti aku dari belakang. Sengaja aku nak tumpangkan mereka ke asrama masing-masing. Kalau berjalan panas-panas macam ni, mahu lencun ketiak.
Usai menekan butang unlock, kami memasuki perut kereta. Manis ambil tempat di sisi aku manakala Adi duduk di belakang.
"Kau bawak elok-elok eh. Ada tiga nyawa dalam ni." Adi beri peringatan dengan mulut becoknya.
"Teringin nak balik jalan ke?" perliku. Meluat.
Soalan sadisku dibalas dengan jelingan maut. Macam manalah Manis boleh tahan buat kerja mamat terlebih hormon ni?
"Grandpa Khalid? Apa dia buat dekat situ?" Aku bercakap sendiri. Memperlahankan pemanduan. Dia tampak sedang berbual sakan dengan seorang pengawal keselamatan. Mudah saja lelaki berumur itu mempamerkan senyumannya. Manis sentiasa.
"Wowwers, Grandpa Khalid? Kelas betul atuk kau. Siap panggil grandpa lagi." Mulut puaka Adi kembali buat kerja.
"Dia bukan atuk akulah."
"Habis tu, asal kau panggil dia grandpa? Dia atuk kejiranan grandma kau ke?"
Aku merengus kasar. Sudahlah tengah datang bulan. Boleh pula dia buat kenyataan lapar penerajangnya. Silap hari bulan, ada juga orang kena tanam hidup-hidup dengan aku.
"Didi dengan Adi tak kenal dia ke?" soal Manis tiba-tiba.
Adi geleng manakala aku angguk. Gila tak kenal, dia datuk Khairul kut.
"Tu Prof Khalid. Chairman universiti kita..."
"Hah?"
Sejurus itu, aku tergelak. Chairman? Prof? Biar betul. Tak mungkin. Aku menidakkan fakta yang terpacul keluar dari bibir Manis. Meskipun aku tahu bahawa Manis seorang yang sangat jujur, payah untuk aku telan berita itu begitu saja.
"Awak silap orang kut, Manis."
"Mungkin. Tapi takkan nama pun kebetulan jugak?"
Dek tak mahu meneruskan perbualan mengenai perkara tersebut, aku menukar topik. Risau terlepas cakap tentang hubungan Khairul dan Grandpa Khalid. Nampak gayanya, mereka pun masih tak tahu tentang hubungan dua beranak itu.
silih berganti, menambahkan lagi debaran di jiwa. Tak tentu hala aku memikirkan pelbagai perkara tidak bernoktah yang menakluki kepala hotak ni. Sudahnya aku berada di hujung semester, kerja tak usah cakap, macam cendawan tumbuh selepas hujan. Setiap pensyarah memberi tekanan, memaksa para pelajar siapkan kerja sebelum minggu 14 tamat.
Lepas tu, final exam pula. Siapa bijak sangat nak berkahwin waktu belajar? Ha, padanlah dengan muka tak berapa nak siap aku ni. Nasib baik semester depan terus praktikum. Tak adalah kena berperang dengan bab-bab belajar ni lagi.
Dalam deretan course yang aku ambil semester ini, Abnormal Psychology saja yang sudah tiada kerja. Licin. Bahasa Arabnya, khalas. Memang abnormal pun. Ada baiknya juga Khairul paksa kesemua pelajarnya siapkan assignment sebelum week 12. Kerajinan lelaki itu kian terserlah apabila carry mark juga sudah dimasukkan dalam sistem.
Alhamdulillah, keputusan aku tak adalah mengecewakan sangat. Lebih kurang dengan Adi dan Manis. Beza satu atau dua markah saja. Aku sendiri pelik, jika dibandingkan dengan aku, dia sejuta kali ganda lebih sibuk. Boleh dikatakan hal berkaitan majlis akad nikah kami, dia yang uruskan. Aku hanya muncul diri bila diperlukan. Macam Ultraman gitu. Tapi dia tetap mampu siapkan kerja-kerjanya on time. Impressive as usual.
Minggu lepas, telah aku nyatakan dua syarat terakhir. Syarat ketiga, majlis perkahwinan dan akad nikah harus berlangsung sekali. Dan paling penting, hanya melibatkan kaum kerabat dan kenalan rapat saja. Nak mengamuk jugalah dia waktu tu. Memang salah aku, tercakap last minute. Nasib baik masih sempat ubah rancangan asal.
Sebagai manusia berotakkan udang galah, aku tak mahu bazirkan terlalu banyak wang buat majlis perkahwinan kami. Hidup masih panjang. Aku tak mahu bebankan kewangannya semata-mata untuk buat majlis kahwin besar-besaran. Ramai sangat nak buat apa? Semakkan otak ini saja.
Advertisement
Lagipun, kahwin itu ikatan suci, tak sepatutnya dijadikan lubuk pembaziran.
Syarat keempat, iaitu syarat terakhir. Aku adakan permintaan khas untuknya. Syaratnya, dia tak perlu bagi hantaran canggih. Mahar sudah cukup. Yang aku mahukan ialah, selepas kami kahwin nanti, dia jemput seorang ustaz ataupun ustazah ke rumah sekurang-kurangnya seminggu sekali. Untuk ajar baca al-Quran dan ilmu agama.
Syarat itu ialah bekal saham akhirat kami. Aku masih muda, ilmu pun masih kurang di dada. Apatah lagi selepas memasuki alam universiti, kebanyakan mata pelajaran berteraskan ilmu dunia. Mahupun begitu, tujuan utama aku hanyalah buat si dia. Aku nak Khairul jatuh cinta dengan agama ini, Penciptanya dan kekasih Allah, Nabi Muhammad.
Hampir setengah jam lamanya aku membebel mengenai syarat-syarat itu, dia tekun mendengar. Kepala diangguk beberapa kali. Entah faham, entah setuju, aku pun tak pasti.
"Fine. Nanti saya akan inform wedding planner kita. Untuk ustaz tu, saya akan deal dengan ustaz yang ajar saya solat. Uzzam yang kenalkan. Tak silap saya, isteri dia pun ustazah. Kalau kita boleh ajak diorang berdua, lagi baik. Awak pun lebih selesa."
Aku tatap wajah itu sampai puas. Terharu. Sempat lagi fikir sama ada aku selesa atau tidak. Tak tahulah Allah makbulkan doa aku, ataupun lelaki ini memang jenis tak reti nak menolak permintaan orang. Dia iyakan saja dari awal sampai akhir.
"So, syarat-syarat awak, sampai sini jelah?" Dia bertanya, kelihatan tenang seperti kebiasaannya. Kulit muka dia pun segar, jauh lebih berseri.
Angguk. Aku harap dia faham, semua ini aku lakukan untuknya. Demi masa depan kami.
Dia sedut air Iced Americano yang dipesan. Senyum tipis menghiasi bibir basahnya.
Berkerut aku melihat tampang Khairul. Americano? Fikir dan tengok pun dah rasa nak tercekik. Pernah sekali aku rasa kawan punya, habis rosak mood sehari. Pahit! Tak sedap! Tawaq! Nasib baik dia belikan minuman normal sikit untuk aku. Fra...frappuccino? Nama fancy, tapi rasanya biasa saja. Harga tetap cekik darah.
"Doktor memang sengaja tukar nama kita ke apa?" Aku turut menyedut air harga emas itu. Dekat cawan dia tulis nama Diana. Cawan aku pula Zenith. Ni mesti belajar daripada ibu, main tukar nama orang saja.
"Saja nak awak minum bagi pihak saya."
"Aik, kenapa?"
"Sebab saya tak suka air tu."
Aku tercengang. Apa dia ingat aku ni longkang ke apa? Main suruh orang sedut saja air yang dia tak suka.
"Kalau tak suka buat apa beli? Huh, saya pun tak suka air yang doktor minum tu!" Aku tak mahu kalah.
Dia tergelak. Sikunya bertemu meja, dagu ditongkatkan pada tangan.
"Diana..." Dia memanggil dengan suara malas.
Tak jawab, menunggu dia menyambung bicara. Mata itu tampak sangat penat, seperti menggalas beban yang teramat besar.
"Diana Eirina...," panggilnya lagi. Persis anak kecil kehilangan ibunya.
Angguk. Sedikit terkesan dengan perangai Khairul. Hampir saja aku terbuai dek kedalaman suara itu.
"Ya, Dr Khairul."
"Awak sedar tak semua syarat yang awak buat tu untuk kepentingan saya? Awak nak jumpa family saya, awak nak saya belajar jadi imam, awak tak nak saya bazirkan duit untuk wedding kita dan awak nak saya belajar agama. Awak sedar tak semua ni?"
"Tahu," jawabku mendatar. Terkelu. Mata Khairul kelihatan berair. Ya Allah, aku ada salah cakap ke? Atau dia mengantuk? Tapi tak nampak pula dia menguap.
"Kenapa awak macam ni? I don't get it." Dia meraup wajah, serupa orang serabut.
Tanganku menggeletar. Cawan plastik berisi air coklat itu, aku genggam kemas. Tak faham apa yang Khairul cuba sampaikan. Dia rasa terbebankah? Dia marahkan aku ke?
"Um... Doktor jangan salah sangka. Syarat-syarat yang saya minta ni untuk kepentingan kita berdua. Makmum perlukan seorang imam. Dan seorang imam perlukan makmumnya. Walaupun semua syarat ni untuk kepentingan doktor, hasil kebaikkannya akan terpalit dekat saya jugak," jelasku.
Advertisement
Khairul termenung seketika, lalu kembali berkata.
"You... You're the first..."
"Hah?"
"Awak orang pertama yang betul-betul peduli pasal saya... Pasal agama saya... You're the first and the only one who actually concerned about me."
Aku tersentak. Kehilangan kata. Buat kali pertama, aku mendengar luahan hatinya. Luahan yang kedengaran begitu sukar diungkapkan. Begitu menyedihkan.
"I'm so glad that I met you, Diana. I guess, in my entire life, I've been waiting for you to complete the other half of me," ucapnya perlahan. Melihat ke tempat lain.
Khairul tersenyum, menundukkan wajahnya. Senyuman yang mampu membuat orang yang tengok turut berkongsi rasa pilu. Berat rasanya hati ini menjadi saksi sisi asing yang dia sembunyikan dari pandangan orang lain. Bukankah dia ada segalanya?
hari berikutnya, aku didatangi seseorang di universiti. Itulah manusia yang tak pernah aku jangkakan. Dr Zetty, ibu Naura. Tak berkedip aku memandang wajah tak berdarahnya. Walaupun belum cakap apa-apa, aku dapat baca yang dia sedang dilanda masalah besar. Air muka itu memberitahu segalanya.
"Didi kena tolong aunty," pinta Dr Zetty separa merayu. Tanganku digenggam erat.
"Tolong apa ya, aunty? Kalau mampu, insya-Allah, saya bantu."
Gusar aku dibuatnya sejurus melihat air mata menuruni pipi Dr Zetty. Tak pernah aku nampak dia terdesak sebegitu rupa. Naura sakit lagikah?
"Sebelum tu, aunty nak mintak maaf, aunty tak berniat pun nak dakwa kamu. Aunty dah tarik dakwaan tu. Sumpah. Kamu boleh maafkan aunty kan? Waktu aunty buat macam tu, aunty tak fikir panjang. Aunty yang bodoh. I'm so sorry."
Aku garu kepala. Blur. Siapa dakwa siapa ni? Mana pernah seumur hidup aku didakwa oleh sesiapa. Aku bukannya kaki buat hal.
"Dakwa? Dakwaan apa ni aunty? Saya tak faham."
"Lepas kejadian Naura cuba nak bunuh diri dulu, aunty cuba nak dakwa kamu, bawa kes tu ke mahkamah. Aunty tak boleh terima kenyataan anak aunty kena depression, sebab tu aunty salahkan kamu. Tapi sekarang aunty dah sedar, aunty yang gagal jadi mama yang baik. Kamu tak salah pun," beritahu Dr Zetty. Tertunduk wajahnya menghadap lantai.
Sungguh, aku tergamam mendengar berita itu. Rasa kecewa. Sedih. Dalam masa yang sama, aku bersyukur kerana dakwaan tersebut sudah ditarik balik. Tak mampu aku bayang jika keluarga Naura membesarkan isu ini. Pasti ibu dan abah harus menanggung malu sekali lagi. Kenapalah aku ni sial sangat?
"Aunty nak Didi tolong apa? Didi tak tahu apa-apa pasal ni."
"Tolong pujuk atuk kamu untuk terima aunty bekerja dekat universiti ni balik. Aunty dah kena buang kerja. Minggu lepas, suami aunty pun dah terima surat arahan letak jawatan dekat hospital. We can't survive without these jobs. Please help us, Didi."
"Allahuakbar..." Aku terpana. Sungguh besar ujian yang harus mereka tanggung. Dalam sekelip mata, Allah mampu menarik punca rezeki mana-mana hamba yang dikehendaki-Nya.
"Kamu boleh bantu aunty dengan uncle kan?" soalnya lagi.
Aku geleng. Bukan enggan, tapi apa sangatlah budak mentah macam aku boleh buat?
"Didi rasa aunty dah tersilap orang ni. Didi dah tak ada atuk. Tak ada apa yang boleh Didi bantu." Aku terang selembut mungkin.
"Tapi orang Tan Sri Khalid yang jumpa aunty cakap kamu cucu dia."
"Tan Sri Khalid? Grandpa Khalid..." Aku keliru. Baru saja beberapa hari lepas Manis panggil dia prof. Hari ni jadi tan sri pula. Mana satu yang betul ni? Lagi satu, apa kena mengena Granpa Khalid dengan ibu bapa Naura kena buang kerja?
Ya Allah, jangan cakap dia yang berhentikan diorang? Tak. Tak. Tak. Grandpa Khalid takkan buat macam tu. Aku yakin dia taklah sekejam yang disangka.
"Dia atuk kamu kan?"
Perlahan-lahan, aku angguk. Terpaksa akur dengan sikap Grandpa Khalid yang pandai-pandai saja mengaku aku ni cucunya.
"Erm... Ha'ah... Tapi belum official lagi."
Dr Zetty melepaskan nafas penuh kelegaan. Air mata diseka lembut.
"His family, they are too powerful. That makes everyone deemed to be powerless," gumam Dr Zetty dengan nada ketakutan. Bergetar anak matanya, seakan mengingati mimpi ngeri.
"Setinggi mana pun pangkat dan pengaruh manusia, semua tu hanya pemberian Allah, aunty. Bila-bila masa saja Dia boleh ambil balik. Tak ada sesiapa pun yang boleh menandingi kekuasaan-Nya."
Bukan nak tunjuk pandai, aku cuma mahu dia sedar bahawa kuasa manusia itu ada hadnya, manakala kuasa Sang Pencipta tidak tercapai akal manusia. Mati nanti pun, bukan pangkat dan harta yang dibawa. Hanya amal ibadah semata-mata.
Kepala diangguk beberapa kali, bersetuju.
"Buat masa sekarang, saya belum ada peluang nak jumpa Grandpa Khalid lagi. Insya-Allah, bila saya jumpa grandpa nanti, saya akan cuba pujuk dia. Tapi aunty kena tunggu dulu, mungkin akan makan masa sikit. Saya tak janji yang saya boleh bantu aunty tapi saya akan cuba sehabis baik."
"Tak apa, aunty terima apa saja keputusan yang grandpa kamu tetapkan. Yang penting, aunty dah usaha. Butanya aunty menilai kamu, Didi. Pandai ibu bapa kamu didik anak. Nanti kalau Naura dah sembuh, jemputlah datang melawat dia. Dia ada cakap yang dia rindukan kamu," ujarnya, tersenyum lebar.
Aku bersalaman dengannya sebelum wanita itu melangkah pergi. Tak sampai lima langkah, dia toleh kembali, menatap wajahku seperti seorang ibu memandang anaknya.
"Terima kasih sebab dermakan darah kamu untuk anak aunty. Doktor cakap, kalau kamu tak bertindak cepat, mungkin Naura takkan dapat diselamatkan. Aunty dengan uncle takkan lupakan jasa kamu sampai bila-bila, Didi. Thank you so much."
" buat apa tu?" Ibu bertanya. Baru muncul dari bilik dengan kain putih di tangan. Yang pasti, bukan kain kafan. Itulah dress labuh yang akan aku pakai waktu majlis akad nikah nanti. Ibu tengah bertungkus-lumus menyiapkan jahitan yang belum menampakkan hasil itu. Orang nak beli, ibu pula sibuk nak tunjukkan kepakaran menjahit. Kan dah susah.
"Siapkan assignment, bu. Kena submit esok." Mata aku besarkan. Cuba untuk fokus. Sikit lagi, Didi. Sikit lagi. Itulah mantra yang aku gunakan saban hari untuk siapkan kerja khusus yang terakhir.
"Lah, bukan tengah study week ke?"
"Alah ibu ni, macam biasa. Study week tu sama je dengan stressful week. Ada sorang lecturer ni ha, dia sambung tarikh luput... Eh, tarikh submission. So, Didi kena siapkan malam ni jugak. Esok nak study last paper. Lepas tu, merdeka! Di sisi lahirnya sebuah cinta... Yeyeyeh!" Lagu Warisan nyanyian Sudirman itu aku nyanyikan persis majlis opera.
"Abah! Didi nak kahwin dengan Abang Arul lagi dua minggu kan? Nanti Abang Arul boleh tidur rumah kita eh? Seronoklah Didi, boleh tidur dengan Abang Arul. Kalau Daniel nak tidur sekali boleh tak?" Daniel dan soalan aras tingginya sudah muncul.
Rahangku jatuh. Tergamam mendengar soalan itu. Tidur dengan Khairul? Degupan jantungku mencanak naik. Renungan salam terakhir aku menikam anak mata Daniel. Kembang kempis saja aku tengok budak ni. Lapar jejari ketam agaknya.
"Daniel, lepas Didi dengan Abang Arul dah kahwin nanti, baru cakap pasal ni ya." Abah menegur anak terunanya.
"Itu bukan grandpa Didi ke?" Jari telunjuk sebelah kanan Dalia terarah pada kaca TV.
"Ha'ahlah. Atuk tu yang datang melawat abah dekat hospital kan?" Daniel menyokong kenyataan yang meluncur dari bibir adiknya.
Laptop aku baringkan di meja kecil yang terletak di tepi sofa. Botol berisi air masak, aku capai laju, sebelum separuh botol aku telan rakus. Kalah orang baru balik dari hiking.
"Didi... Apa kata kamu tengok depan?" arah abah.
Secara automatik, anak mata aku halakan ke depan. Air yang masih bersemadi dalam mulut tersembur keluar. Tersedak aku melihat nama dan gerangan manusia yang muncul di situ. Apa... Apa dia buat dalam TV ni?
"Eww, Didi!" amuk Daniel dan Dalia serentak.
"YBhg. Prof. Tan Sri Dato' Dr. Khalid Abdullah, Pengerusi Universiti..." Berita tersebut memaparkan kelibat Grandpa Khalid merasmikan majlis yang diadakan di universiti aku pada tengah hari tadi.
Terlopong aku membaca barisan pangkat yang dikumpul macam gula-gula. Baru faham akan maksud Dr Zetty tempoh hari. Grandpa Khalid, dia bukan kategori orang biasa.
"Didi tak tahu ke?" Ibu pula bertanya.
Geleng.
"Didi ingatkan dia orang biasa-biasa je. Banyak kali dah Didi nampak dia rembat motor pak guard dekat universiti. Asal tiba-tiba jadi YB nih," rengekku. Berita itu, terlalu mengejutkan. Selama ni, sesedap rasa saja aku bercakap dengan pengerusi universiti. Siap panggil grandpa lagi. Ya Allah, oksigen. Mana oksigen?
tetamu sudah memenuhi dewan hotel itu. Baru ratus, belum ribu lagi, tapi gemuruh yang aku rasakan lain macam. Seperti yang dijanjikan, majlis ini hanya dihadiri lebih kurang lima ratus tetamu yang diundang. Tak undang, sila berambus jauh-jauh dari bumi Isketambola ini.
Aku hendap para tetamu dari dalam bilik khas yang disediakan buat pengantin. Kalau manusia berterusan masuk, aku mungkin kena dapatkan mesin bantuan pernafasan dekat hospital. Oksigen makin berkurang dalam badan dek karbon dioksida yang terlalu banyak dikeluarkan oleh orang sekeliling.
"Patutnya pengantin lelaki dah ada dekat sini. Mana bakal menantu kau ni, Ida? Tak muncul pun lagi. Semua orang dah tunggu." Adik-beradik bermulut nenek kebayan ibu sudah mula menekan-nekan kami sekeluarga.
Aku mula diburu rasa resah. Khairul tak pernah datang lambat. Dia seorang yang berpegang teguh pada masa. Tapi... Mana dia sekarang ni?
"Didi, percaya cakap aku, he will come. Kau buat pekak je apa yang mak long dengan mak ngah kau cakap. You know him better than them, right?" Fathina membisikkan kata semangat. Jari-jemari berinaiku digenggam kemas.
"Entah-entah, Si Khairul tu lari. Tetamu pun berapa kerat je. Kalau tak jadi pun tak adalah malu sangat." Mak Long Nor berkata pedas. Langsung tak memikirkan hati dan perasaan orang yang mendengar bicaranya.
Air mataku mengalir deras. Sepuluh minit dah berlalu. Mungkin benar cakap Mak Long Nor dan Mak Ngah Ila. Khairul takkan datang. Inikah cara dia nak hukum kesalahanku? Sampai hati dia buat macam ni.
"Didi, janganlah nangis. Habis rosak makeup kau nanti."
"Dia takkan datang, Ina. Dr Khairul tak pernah lewat..." Aku terduduk di atas sofa.
"Mungkin ada apa-apa terjadi. We never know. Uzzam tengah call dia, kau kena percaya dekat dia. It's not over yet," pujuk Fathina. Memeluk erat bahuku.
Aku geleng. Tak mampu lagi berfikiran positif. Ruangan bercahaya yang memenuhi segenap ruangan hotel itu terasa malap.
"Apa kata kau batalkan je majlis ni, Ida. Bukannya tak biasa. Dah dua kali kan?" perli Mak Ngah Ila pula.
Tangisanku semakin tak terbendung lagi. Kata-kata mereka bagaikan sebilah parang yang menusuk tajam ke dalam hati. Pedih. Sangat pedih.
Advertisement
- In Serial33 Chapters
The Beach House • JB
Winnie Stone is an aspiring author who is working on her first romance novel.Justin Bieber is a millionaire of Beverly Hills who wants time away from the fame.When they both decide to rent a beach house in Santa Monica, it turns out to be a disaster when their realtor sells them the same beach house for the summer.Now, forced to stay under the same roof, these opposites must attract in order for Winnie to write her novel and for Justin to get time to relax.Will they learn to get along without killing each other? Or will this summer be the worst one for both of them?COPYRIGHT © 2018 SUCKINGBIEBER| HIGHEST RANKING:#1 IN JUSTINBIEBER#1 IN JUSTINBIEBERFANFICTION |
8 113 - In Serial32 Chapters
heiress || beomryu
[ completed + edited ]in which, after years of avoiding the truth.the truth conceals itself.this book took, inspiration from "akagami no shirayukihime" or "snow white with the red hair".i advise you to read book one ("royalty"), first before this one, so you wouldn't be confused with the plot.book two of the royalty series.↦ royalty series: royalty || beomryu↠ heiress || beomryu memoirs || beomryumost impressive ranking:#69 lia: 07 - 04 - 2020#525 royalty: 07 - 06 - 2020#5 moa: 09 - 09 - 2020date published: 06 - 12 - 2020date ended: 09 - 12 - 2020date republished: 08 - 30 - 2020date edited: 08 - 08 - 2020© Center_Queen
8 208 - In Serial30 Chapters
The Immortal Cure
Her mother is an alcoholic, her job sucks, her world is complicated, but that doesn't deter Rosalie Jean from her dreams of living a normal life. Unfortunately, she's about to discover that normal, isn't her calling card. With a stubborn personality and her heart on her sleeve, trouble is bound to throw her into a world of chaos. Rosalie soon discovers that some myths, are real - Vampires.
8 170 - In Serial54 Chapters
A Dangerous Game
The year is 1942 and Europe is at the height of World War Two. Mila Goldstein, a Dutch Jew living in occupied Holland, has signed on as an informant for the British Secret Intelligence Service (SIS). However, days before her assignment, a wounded German soldier turns up on her doorstep. Will her decision to save a life prove fatal for her own? Or will the very person she has been taught to hate prove to be her greatest ally?Ranked 1 in Historical RomanceRanked 1 in World War TwoRanked 18 in History Ranked 59 in Historical Fiction (out of 34K)Ranked 100 in Historical (out of 33K)
8 200 - In Serial12 Chapters
KristSingto : SOTUS days❤️
Krist, a second year student at the Kasetsart University, was just a step closer to getting his greatest goal in life accomplished - being an actor.Already being a hazer in the university and the infamous drummer for the cheerleaders' squad, and also being surrounded by the best of friends he could ever find, there was nothing more he'd ask for. Singto just needed peace in his life. He has no idea how he got dragged to being the Lead of Cheerleaders in his second year of university, nor how he is now the Head Hazer of the Faculty in his third year. He's being called scary and rude wherever he goes, only God knows why... All he ever wanted was some space to read his novel, but apparently that's impossible.What would happen when these two worlds collide, over and over again, as if it was always bound to happen, as if it was destiny all along?(Based on KristSingto real life incidents) Canon compliant Highest ranks; #4 in KitSing #5 in SingKit #6 in ArthitKongpob #8 in SingKrist #10 in KristSing❤️#253 in University from 18k novels❤️❤️#633 among 188000 stories❤️
8 216 - In Serial19 Chapters
LADY CHATTERLEY'S LOVER (Completed)
Lady Chatterley's Lover is a novel by D. H. Lawrence, first published privately in 1928 in Italy, and in 1929 in France and Australia. An unexpurgated edition was not published openly in the United Kingdom until 1960, when it was the subject of a watershed obscenity trial against the publisher Penguin Books. Penguin won the case, and quickly sold 3 million copies. The book was also banned for obscenity in the United States, Canada, Australia, India and Japan. The book soon became notorious for its story of the physical (and emotional) relationship between a working class man and an upper class woman, its explicit descriptions of sex, and its use of then-unprintable words.
8 91

