《Pengganti Paling Setia ✔》Bab 16 ~ Perkahwinan ~
Advertisement
dan Manis berjalan di sisiku macam gerabak kereta api. Ke mana saja aku pergi, mereka melekat sama. Manis sememangnya seorang pemalu, kalau dia nak berjumpa dengan Adi, sekali dengan aku dia angkut. Baguslah macam tu, jaga batas pergaulan. Tapi aku pula yang rasa serba-salah, terasa macam orang ketiga.Third wheel.
"Kau okey tak, Didi? Ada plan lain ke?" tanya Adi tiba-tiba. Meskipun dia tengah tekun berbincang dengan Manis mengenai kerja berpasangan mereka, ketajaman matanya tak dapat disangkal.
Aku angguk perlahan. Tak boleh nak bohong lagi. Ada orang dah tunggu.
"Ha'ah. Lagi 15 minit macam tu. Korang habiskan dulu discussion. Aku boleh tunggu. Urusan aku ni pun tak adalah penting sangat."
Mata aku halakan ke arah jam tangan. Dia dah tunggu ke? Taipan pada keyboard komputer riba, aku teruskan. Sekali lagi, aku merenung jam di tangan. Tangan aku mula meliar ke belakang leher. Risau si tukang tunggu itu akan mengamuk. Satu universiti ini tahu yang dia bencikan manusia yang tak tepati masa.
"Kalau Didi ada hal lain, kitorang boleh je sambung esok," ujar Manis tersenyum nipis, mula mengemas laptop dan buku-buku notanya.
"Eh tak apa..." Perbuatannya cuba aku hentikan.
"Tak apa kejadahnya kalau kau asyik tengok jam dari tadi. Tembus jam tu karang baru tahu. Kau ada nak jumpa orang ke?" omel Adi. Ringan tulang betul dia membantu Manis menyusun segala barangan.
"Sorry, geng..." Dengan berat hati, aku berdiri terlebih dulu. Panaskan kaki siap-siap. Bersedia nak pecut macam atlet pecut negara.
"Sokay, Didi. Awak pergilah dulu. Saya nak ke surau kejap."
"Okay, thanks Manis. Adi, aku ciau dulu tau."
"Ish, pergi jelah, takyah mintak izin. Aku bukannya laki kau. Bakal menantu mak aku ada sebelah ni. Manis je orangnya." Adi sudah mula mengusik, salah satu simptom penyakit ulat bulu.
Mata Manis membundar, memandang Adi dengan riak cuak. Meskipun sudah beberapa bulan mereka berkawan, dia masih susah nak terima lagak terlebih genetik merapu Adi. Main cakap saja, toleh kiri kanan pun tidak.
Tubuh aku pusing ke arah bertentangan, mahu membuka langkah ke destinasi berlainan. Nafas panjang, aku tarik. Tak sempat aku buka langkah kuda, cepat-cepat aku brek mengejut. Hampir saja terbelaga jejaka lampai yang berdiri tegak di situ.
"Oh mak nenek dah sampai!" Aku termelatah. Semput melihat gerangan manusia yang tiba-tiba muncul tanpa khabar berita.
"Muka saya nampak macam mak nenek awak ke?" tanya Khairul dengan muka masam. Gula habis dekat rumah dia gamaknya.
"Tak adalah. Doktor handsome sikit. Nenek saya cantik banyak," jawabku selamba. Tersengih. Salah satu cara nak ceriakan suasana tegang antara kami. Ini bahayanya bila aku sudah berasa selesa dengan seseorang, main sembur saja. Walau bagaimanapun, masih aku kawal sebaik mungkin. Lelaki itu, dia masih pensyarah yang harus aku hormati.
Masih tidak ada sebarang reaksi di wajahnya. Pandangan sekosong-kosong alam diberikan. Monyok saja gayanya.
Aduh, takkan Pak Cik Zen ni merajuk kut? Ish, minta simpang.
"Dr Khairul cari siapa?" soal Adi. Bersama Manis, dia kembali menghampiri.
Oh tidak. Nadiku memecut. Aku telan air liur yang terasa payau. Terlupa yang dua manusia itu belum pergi jauh.
"Diana," jawabnya sepatah. Wajahku dipandang sekilas, tanpa perasaan.
"Oh, orang yang kau nak jumpa tu Dr Khairul ke? Asal tak cakap? Nak kitorang temankan ke?" tawar Adi, terlebih prihatin.
Senyuman paling kekok terukir di bibirku. Kehilangan idea untuk jelaskan situasi ini.
"Erm... Kan aku cakap, tak penting sangat pun. Ada soalan aku nak tanya sikit. Korang pergilah dulu. Kesian Manis, dia nak ke surau tu. Kejap lagi dia ada kelas." Aku halau secara halus. Tak mudah untuk aku terangkan hubungan aku dan Khairul. Aku tak mahu mereka salah faham.
Advertisement
"Tak apa. Saya okey je," tutur Manis lembut.
Makin tertekan aku dibuatnya. Waktu inilah aku harap Manis buat-buat tak okey.
"Kau nak tanya soalan apa? Nak join sekali boleh?" Adi menapak semakin dekat. Ada riak curiga di wajah itu. Tajam anak matanya menikam wajah aku dan Khairul.
"Adi... Erm, aku..."
"Kau kenapa?" Laju dia menyoal.
"You're not joining us, Adi. We'll be having a personal conversation. Let's go, Diana. Now. No more time to be wasted again," bicara Khairul tegas. Dia terlebih dulu mengorak langkah.
"Sorry..."
"You owe us an explanation, Didi." Adi berkata serius. Habis terkeluar suara machonya.
"I know. Nanti aku explain."
Usai berkata, aku lambaikan tangan buat mereka. Rasa bersalah mula menghuni tangkai hati. Perkara ini sulit untuk diluahkan kerana Khairul bergelar seorang pensyarah. Aku tak mahu reputasinya jatuh angkara hubungan ini. Biarlah ianya menjadi rahsia dulu. Satu hari nanti, di kala aku bersedia dan segalanya sudah halal di sisi-Nya, akan aku beritahu setiap insan di bumi ini, menyatakan bahawa aku miliknya.
di tangan, aku serahkan buat Khairul. Dia tampak keliru dengan kawasan sekelilingnya. Berkerut dahi itu menyambut aiskrim tersebut. Tak hiraukan riak tak selesa yang terpampang di wajahnya, aku hulurkan pula kon aiskrim yang kedua buat Will. Dia duduk di meja berasingan, memberi ruang buat aku dan Khairul.
Tempat duduk berhadapan Khairul, aku duduki. Senyuman ringkas, aku ukirkan buatnya.
"Awak memang nak bincang dekat sini ke? Si Will tu, asal awak suruh ajak sekali?" tanya Khairul buat kali ketiga sejak kami melangkah ke situ. Sebuah warung kecil yang menjual aiskrim, minuman serta makanan berkuah.
Sengaja aku tak jawab dari tadi, ada beberapa persoalan yang hendak aku tanyakan padanya. Berkait rapat dengan soalan yang dia ajukan.
"Saya warga marhaen biasa je, Dr Khairul. Makan aiskrim warung tepi jalan ni lagi buat saya happy daripada kedai aiskrim harga mahal macam nak jual berlian. Nampak tak mak cik dengan pak cik tu? Diorang kawan baik ibu dengan abah." Aku kenalkan Khairul kepada kedua insan yang aku hormati itu. Pasangan yang aku kagumi sejak bertahun lamanya.
"How come you're so different compared to other girls out there?" soalnya bersahaja.
Aku geleng. Kurang bersetuju dengan kenyataan itu.
"Doktor mesti tak ramai kawan perempuan ni. Actually ramai je perempuan macam saya. Tak susah pun nak cari. Dekat belakang doktor pun ada je perempuan yang prefer makan dekat sini."
Dia pun ikut geleng. Tatapan berhantu diberikan.
"Saya tak perlukan ribuan kawan perempuan untuk cari seorang pendamping hidup, Diana. I only need one person to occupy this lonely heart of mine. Very lonely for such a long time."
Aku larikan anak mata ke aiskrim di tangan. Nak hilangkan gemuruh, aku bawa aiskrim tersebut ke mulut. Kalau dibiarkan lama tak dijamah, alamatnya, banjirlah tangan aku. Will di belakang pun dah habis melantak dengan senyuman besar. Puas hatilah tu.
"Erm... Saya suruh doktor ajak ikut Will sekali sebab saya tak nak kita keluar berdua je. Saya takkan keluar berdua dengan doktor sampai kita dah kahwin nanti." Aku kembalikan perbualan kami pada jalan yang benar.
Kening Khairul terjongket ke atas.
"Tapi, kenapa?"
"Selagi belum jadi suami isteri, kita masih ajnabi."
"Ajnabi?"
Aku mengeluh. Tahu cepat atau lambat, aku kena berdepan dengan salah satu kekurangannya yang harus aku telan sedalam-dalamnya.
"Ajnabi ni maksudnya bukan mahram. Orang asing yang boleh kita kahwin, macam saya dengan doktor. Sebelum kahwin, kita tetap kena jaga aurat dan pergaulan dulu. Saya nak cerita lebih-lebih pun tak berani. Takut sesat nanti. Tapi lebih kurang macam tulah. Doktor faham tak?"
Advertisement
"Ooo, okey... Mahram tu apa?" soalnya lagi.
Mendengar soalan itu, otakku beku pada tahap maksima. Agak keliru dengan situasi ini. Siapa pensyarah sekarang ni? Kenapa aku pula yang kena bersyarah? Jujur, aku juga tak tahu bagaimana hendak diterangkan. Cakap memang mudah, tapi makna sebenarnya, aku juga tak pasti. Ilmu aku pun tersangatlah cetek.
"Erm... Dia macam... Macam mana nak cakap eh? Erm, apa kata kita habiskan aiskrim ni dulu? Nak jadi air hujan dah ni." Fokus kami, aku halakan pada aiskrim yang sudah menitik lebat.
Dia sekadar angguk. Tak bantah sama sekali.
Sepaket tisu basah dari dalam beg, aku keluarkan. Dua helai tisu aku letakkan di atas tangannya yang sedikit comot. Sesudah dia bersihkan tangan, jari telunjuk aku halakan ke sisi bibirku, hantar isyarat agar dia lap mulutnya juga. Ada sedikit kesan aiskrim di situ.
Lain yang hendak aku sampaikan, lain pula yang dia faham. Tangan dipanjangkan secara tiba-tiba, lalu bibirku dilapnya perlahan. Mata kami bertembung. Dup dap dup dap. Bukan sekadar bergetar, rasa bergegar jantung bak dilanda badai ombak yang kencang.
"Makan aiskrim pun comot," gumamnya.
Kepala aku gerakkan ke belakang, menjarakkan tangan itu dari bibirku.
"Tapi dekat mulut doktor pun..."
"Oh, dekat mulut saya pun ada ke?" Tisu yang sama itu diguna pula untuk membersihkan sisa aiskrim di bibirnya.
Aku tergamam. Ah, lama-lama, boleh gila aku menyaksikan tingkah lakunya.
saja menyerahkan reflection essay melalui aplikasi Google Classroom, aku berjalan laju ke dapur. Lebihan masa pada malam itu aku habiskan bersama ibu. Dialah satu-satunya insan yang boleh bantu aku sekarang. Siang tadi, usai berdrama di warung, sudah aku suarakan syarat kedua yang harus Khairul turuti.
Ya Allah, adakah aku terlalu kejam? Di saat aku meletakkan pelbagai syarat, dia hanya menurut tanpa banyak soal. Terlalu mudah lelaki itu bersetuju. Kesungguhan dia membuatkan aku tersentuh. Khairul Zenith, dia terlalu istimewa. Ketenangannya, kematangannya, dan kebijaksanaannya, sangat mengagumkan.
"Doktor pernah imamkan solat tak sebelum ni?" Meskipun terasa enggan, aku muntahkan juga soalan itu. Semua ini demi kebaikan bahtera yang akan kami dirikan tak lama lagi.
Dia tampak sedikit terpana dengan soalanku. Jawapan yang ditunjukkan hanyalah gelengan tak bertenaga.
"Alhamdulillah, syarat pertama dah berjaya. Kalau saya nak cakap pasal syarat kedua, doktor okey ke? Kalau tak okey, kita boleh tangguh..."
Dia berikan anggukan laju. Sangat okey nampaknya.
"Sebelum tu, saya nak tanya soalan. Apa definisi doktor tentang perkahwinan? Apa expectation doktor untuk perkahwinan kita?"
Dia tersenyum pendek. Senyuman orang terkena renjatan mental.
"You really know how to put me under pressure, aren't you? You scare the hell out of me with all your never-ending questions and requests, Diana."
"Ala, doktor janganlah stres. Doktor bagi je jawapan paling jujur. Tak ada yang betul dan tak ada yang salah. Saya janji, saya akan terima dengan hati terbuka seluas-luas dusun durian."
Khairul tarik nafas panjang. Sudah bersedia nak jawab.
"Erm... Perkahwinan ialah perjanjian untuk setia dan bercinta hingga ke akhir hayat. For the expectation... If I were given a chance by God, I'd love to grow old with you, spending our precious time together with the kids. Sounds like a fairytale, right? But yeah, that's my kind of impossible dream," ujarnya penuh emosi. Pandangan ditundukkan ke meja.
Aku diamkan diri. Menyelami anak matanya. Kata-kata itu sangat mendalam, berbaur indah dan sedih dalam masa yang sama.
"Impossbile? We can make it possible though." Aku berkata tanpa berfikir panjang. Ingin memujuk sekeping hati itu.
Dia kembali tersenyum. Mengangguk manja.
"How about you? Apa definisi dan expectation awak?"
"Bagi saya, perkahwinan ni ialah sebaik-baik sunnah nabi untuk mudahkan jalan kita mengejar reda Allah. Expectation saya pulak... Saya impikan syurga dengan bakal suami saya. Perjanjian setia yang doktor cakap tadi, saya tak mahu terhenti di dunia saja. Jadi, untuk syarat kedua, sudi tak kalau doktor jadi imam solat saya bila kita dah kahwin nanti?"
Krik krik. Tak ada kata terucap dari bibir itu. Aku tahu, syarat ini pastinya sukar untuk dia terima.
"I'm not a pious man, Diana. Saya tak macam Zack...." Keyakinan yang sering Khairul pamerkan, hilang sekelip mata. Terpancar hakikat bahawa dia hanya lelaki biasa, tidak sempurna.
Kedua tanganku naik ke atas meja, nak dia dengar dengan jelas akan apa yang hendak aku sampaikan.
"Tak, doktor. Dr Khairul tak perlu jadi Zack untuk jadi seorang imam. Kita ada lagi sebulan. Saya yakin, kalau doktor betul-betul sudi nak pelajari agama, Allah akan permudahkan segalanya. Saya percayakan doktor, sama macam doktor percayakan saya," tuturku. Meletakkan kepercayaan buatnya. Kerana aku percaya, dia bukan lelaki yang lemah, mahupun mudah menyerah. Hatinya kental, sekental panah yang memacak langit.
Dua minit berlalu. Dia masih terlihat sugul.
"Dr Khairul..."
"Okey, saya cuba..." Akhirnya, dia bersetuju.
Kelebaran senyumku memuncak. This incredible man, can't believe the fact that he's gonna be my man.
Rasanya, syarat selebihnya tak akan menjadi masalah besar buat Khairul. Insya-Allah. Yang tinggal hanyalah sebahagian kecil. Namun, ianya tetap memerlukan persetujuan si dia. Kalau dia tak suka... Akan aku buat dia suka juga. Bak kata orang, perempuan tak pernah salah kan?
"Ibu rasa permintaan Didi melampau sangat ke? Kalau ibu jadi Dr Khairul, ibu ada rasa macam nak belasah Didi tak?" soalku. Masih kurang pasti. Risau juga pengantin lelaki hilang waktu akad nikah nanti. Masa terus berlalu, hari yang dinantikan bakal tiba. Mampukah aku harungi alam rumah tangga?
Gelak kecil ibu terlepas.
"Tak adalah. Dia mesti faham kenapa kamu letakkan syarat macam tu. Perkahwinan yang Allah berkati bukan saja dapat bahagia di dunia, tapi juga terjamin di akhirat. Ibu rasa kamu dah buat keputusan yang terbaik. Jadi imam, tak bermakna dia kena baca surah al-Baqarah yang panjang tu. Baca yang wajib saja pun dah memadai," kata ibu berhikmah.
"Ha'ah, Didi dah cakap dengan Dr Khairul. Didi tak nak dia stress."
"Kalau dia tak tahu arah nak dituju nanti, Didi kena bersedia untuk tunjukkan dia jalan yang betul. Suami dan isteri, kedua-dua memainkan peranan yang besar dalam perkahwinan. Tak bertepuk tangan kalau sebelah je saja yang bertungkus-lumus," pesan ibu bersungguh-sungguh.
Dia kemudian menepuk lembut tanganku.
"Baiklah, ibu. Didi takkan lupa pesan ibu."
Jari-jemari ibu, aku genggam erat. Setiap hari, aku pohon doa, bermohon agar Dia memudahkan urusan bagi menghalalkan hubungan ini. Sebulan, hanya sebulan yang tinggal, sebelum statusku berubah. Cik menjadi puan. Bujang menjadi kahwin. Satu menjadi dua.
"Apabila seorang hamba itu berkahwin, maka sesungguhnya dia telah berusaha menyempurnakan sebahagian agamanya, oleh itu hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada sebahagian lagi yang berbaki."
Advertisement
- In Serial16 Chapters
In Return [Sesshomaru × Reader]
After [Y/n] miraculously saves the life of the cold hearted demon Sesshomaru, he falls deeply in love with her. He searches for his beloved for years, until one night he finds her dead body alongside his human companion, Rin. He revives [Y/n] and drags her back to his lair, where he claims her as his mate and they live happily ever after. Atleast for a little bit... Unknown to Sesshomaru, [Y/n] has an admirer that would do anything to take her away from him.WARNING: Very cute
8 191 - In Serial43 Chapters
Multiple and Indie
The only reason I deleted my prompt was to write it as a story.
8 215 - In Serial33 Chapters
Vo Gali Thi Ishq Ki (TELEPHONE BOOTH)
Previously known as 𝑸𝒖𝒓𝒃𝒂𝒕 - 𝑪 𝑳 𝑶 𝑺 𝑬 𝑵 𝑬 𝑺 𝑺💓𝐷𝑒𝑒𝑤𝑎𝑟𝑒𝑖𝑛 𝑧𝑎𝑟𝑟-𝑧𝑎𝑟𝑟 𝑡ℎ𝑖 𝑗𝑎ℎ𝑎𝑛,𝑝𝑟 𝑒𝑒𝑒𝑡 𝑑𝑖𝑙𝑜𝑛 𝑘𝑖 𝑚𝑎𝑧𝑏𝑜𝑜𝑡 𝑡ℎ𝑖.𝐾𝑎𝑐𝑐ℎ𝑒 𝑚𝑎𝑘𝑜𝑛 𝑠𝑒 𝑔ℎ𝑖𝑟𝑖,𝑉𝑜 𝑔𝑎𝑙𝑖 𝑡ℎ𝑖 𝑖𝑠ℎ𝑞 𝑘𝑖...._𝑡ℎ𝑒𝑐𝑙𝑢𝑒𝑙𝑒𝑠𝑠𝑛𝑖𝑏𝑏𝑖---------------------------------A collection of short stories, that will take you to a journey of love and passion.>>Qᴜʀʙᴀᴛ (completed- on going translation)>>Fɪᴛᴏᴏʀ. (Complete and translated)>> Tʜᴇ ᴛᴇʟᴇᴘʜᴏɴᴇ ʙᴏᴏᴛʜ (ongoing)>> Mᴏʜᴀғɪᴢ(coming soon)
8 226 - In Serial44 Chapters
Little Dark Age ◆ JeonJungkook✔
"Dying was NOT on today's agenda.""Dying shouldn't be on any days agenda.""Oh, since when are you the one making the plans, huh?"❖Surviving the apocalypse is hard and all but have you tried getting along with a scythe swinging, sociopathic maniac? Yeah. THAT'S hard. Too bad that said sociopathic maniac is your only insurance of staying alive in this absolute mayhem.Highest Ranking:#2 post-apocalyptic
8 118 - In Serial63 Chapters
The Healer | ✔
Important:- You Need To Read The Heartbreaker to understand the plot. Away from everyone, Rivaah is content living a life of single mother and a successful Advertising Head. Her love story didn't had that sappy happy ending, but the little bundle of joy she received was all worth it. She has it all set. Spending her whole life making her son's life better is her ultimate goal. But it seems God doesn't love her enough. When two choices land her in a state of either everything or nothing, she definitely goes for the first one. After all, her son is all she has. But the price she has to pay to make her son's life better, is huge. Will she get her sappy happy ending this time? Or will she be left the same, alone and all on her own. ______"Isn't he my daddy?""He is.""I wanna meet him.""He don't want us.""Why? Was I a bad boy?""No, darling. You're the best.""Mommy, please.""He doesn't remember us, son."He is definitely God's favourite. After ruining three lives, he forgot everything and is happy. He remembers nothing about the past, only the others affected are carrying the scars he inflicted.
8 206 - In Serial95 Chapters
His Maid | Kim Taehyung
[cover made by @kimtata12301995 thank you so much] Everything was fine until Kim Taehyung, the classmate who definately doesn't like you, found out about you working at a maid caffee.And you're afraid of the way he might use it to his benefit.Highest ranks:#1 on btsv#1 on kimtaehyung#1 on jungkook#1 on jhope#1 on reader*Inspired by the anime Kaichou wa maid-sama!**BTS V Fanfiction*
8 108

