《Pengganti Paling Setia ✔》Bab 13 ~ Syarat ~
Advertisement
yang menayangkan drama cerita Ejen Ali, aku layan. Dah tak ada selera nak tengok cerita yang mampu menambahkan stres. Hidup sendiri pun sudah cukup bermasalah. Seminggu telah berlalu sejak peristiwa aku dituduh melakukan perkara terkutuk bersama Khairul. Selepas kejadiaan itu, hubungan aku dan ibu kian dingin. Tahap beku dah agaknya.
Pelbagai cara aku lakukan untuk membetulkan segalanya, namun, tak ada yang berubah. Semua orang berkeras dengan keputusan masing-masing. Keras kejung. Tak mampu aku lenturkan lagi. Apa yang aku cakap, semua salah. Mereka saja yang betul. Berlagak maksum betul.
Khairul pun sama macam ibu dan abah. Tak mahu menarik kembali kata putusnya.
Tak dinafikan, memang hati ini mulai tertarik padanya. Namun, pernikahan tak semudah itu. Ia merupakan penyatuan dua jiwa, dua keluarga, dua keturunan, dan dua kehidupan yang jauh berbeza. Semuanya dua. Tiada lagi satu. Itu yang aku takutkan. Jika kahwin semudah kau nak aku, aku nak kau, ianya takkan jadi serumit ini.
Aku pun tak perlu rasa runsing tahap mak nak terberanak.
Demi Allah, aku tak mahu tersilap percaturan. Sepanjang hidup, aku sudah pernah saksikan dua jenis perkahwinan. Bahagia dan derita. Keperitan yang ibu lalui sepanjang bergelar isteri kepada suami pertamanya masih berlegar di minda. Malah, rasa trauma masih bersisa dalam diri ini.
"Nak tengok cerita Ejen Abu tu sampai bila? Meh makan sini," arah ibu dari dapur.
"Tak nak. Tak lapar," ujarku masam mencuka. Mogok. Suka-sukinya saja nak ubah nama anak orang daripada Ali ke Abu.
"Ibu cakap sekali lagi je. Kalau tak..."
Aku bangun sepantas mungkin. Akur. Risau akan nada berbaur ugutan itu. Sesudah basuh tangan, aku mengambil tempat berhadapan ibu. Walaupun tak ada selera, kecur air liur jugalah tengok masakan-masakan legend ibu. Kalau tak kawal nafsu serakah, mahu licin dua pinggan nasi sekejap lagi.
"Nak tarik muka tu sampai bila? Pergi cermin muka awak tu dulu. Ingat cantik ke?" perli ibu, lalu menciduk nasi ke dalam pinggan.
"Sampai ibu berhenti suruh Didi kahwin dengan Dr Khairul." Aku berkata dengan suara mendatar.
Ibu tersenyum sinis. Bukan aku saja, hantu pun boleh tersedak dek terperanjat. Senyuman itu terlalu menggerunkan.
"Berhenti? Ingat sikit ye, kalau kamu tak buat perangai, ibu pun takkan buat keputusan yang tak masuk akal ni," ucapnya tegas.
Aku lepaskan keluhan sebesar gunung-ganang.
"Kenapa ibu nak salahkan Didi je? Dr Khairul yang salah. Didi tak pelawa dia tidur dekat rumah kita pun. Lagipun, Didi tak sihat waktu tu, dia yang pandai-pandai ambik kesempatan. Takkan ibu nak lelaki macam ni jadi menantu ibu? Kalau dia kenal halal haram, dia takkan sesuka hati je tidur sebelah Didi."
Mata ibu terjegil keluar. Petanda paling tak baik.
"Jangan kerja nak tunding jari dekat orang aje kalau awak tu pun ada salah. Sebab tu agama kita tak bagi perempuan dengan lelaki duduk berdua-duaan. Bila berdua, mulalah iblis berbisik. Bukannya kamu tak tahu, kerja iblis memang rosakkan anak-anak Adam."
"Ikut suka ibulah. Didi memang langsung tak boleh buat keputusan untuk hidup sendiri. Nanti ibu cakaplah nak berapa orang cucu, Didi boleh tolong mengandungkan," tuturku bernada meluat. Kecewa dengan tutur kata ibu.
"Ini ke cara ustazah kamu ajar bila bercakap dengan ibu?" uji ibu, menikam anak mataku.
Geleng perlahan. Kesal. Sungguh, aku langsung tak bermaksud hendak melukakan hatinya.
"Tapi kenapa Dr Khairul, bu? Didi tak rasa dia lelaki yang boleh bimbing Didi. Dia tak macam Zack yang pandai pelihara batas. Didi pernah nampak dia peluk perempuan seksi dekat universiti. Itu baru dekat tempat awam, kalau tempat lain macam mana? Didi..."
"Cuba bagi tahu ibu, kenapa tidak dia?"
Aku kehilangan idea. Ibu memang bijak memusing fakta sehingga saraf otakku tersesat jalan.
"Sebab... Sebab Didi tak suka..." Lidahku mengeras, tak mampu meneruskan bicara tersebut.
Advertisement
"Betul ke kamu tak suka Khairul?" tanya ibu lagi. Merenung lama anak mataku.
"Didi tak berani nak ambik risiko... Tak sedia lagi..." Alasan demi alasan, aku lemparkan. Nak menutupi pergolakan perasaan yang bertamu di hati.
"Habis tu, bila kamu nak sedia?"
Jongket bahu. Hilang kata. Nasi di dalam pinggan, aku pandang kosong.
Usai riak berang di wajah ibu kian mengendur, tubuh disandarkan di kerusi.
"Didi...," panggil ibu perlahan. Mengangkat wajah sayunya.
"Ya, bu."
"Ibu dah pernah lalui dua perkahwinan yang jauh berbeza. Ibu dapat nilai mana lelaki yang baik dan mana yang tak baik. Walaupun ibu tak tahu apa niat sebenar Khairul nak kahwin dengan anak ibu, tapi ibu dapat rasakan ketulusan dan keikhlasan dia. Ibu kagum tengok kematangan dia setiap kali bercakap dengan ibu dan abah," ujar ibu panjang lebar.
Mata berair ibu, aku tatap penuh kasih.
"Tapi ibu, ni soal masa depan Didi. Didi tak nak terburu-buru dalam hal kahwin ni. Didi tak nak tersilap buat keputusan."
Tak mempedulikan bicaraku, ibu tetap meneruskan katanya.
"Kalau dia kurang ilmu agama, Didi ajarlah dia jadi insan yang baik. Kalau dia ada kekurangan, terimalah dia macam dia terima kekurangan kamu. Lelaki yang akhlaknya baik, pasti boleh dibentuk dengan ilmu agama. Ibu kenal anak ibu. Ibu tahu Didi dah mula suka dia, kan? Tapi sebab rasa bersalah dengan Zack, kamu rasa sangsi. Betul tak apa ibu cakap?"
Buat kesekian kalinya, aku terkelu. Membatu tubuh ini mendengar setiap bait yang ibu ungkapkan. Adakah aku terlalu mencari yang sempurna? Bukankah tugas membimbing itu juga boleh dimulakan dari perempuan? Bila difikirkan semula, abah juga menjadi ketua keluarga yang lebih baik setelah menikahi ibu.
"Bila dah ada rasa sayang, eloklah kahwin. Halalkan yang haram, betulkan yang salah. Ada sebab Allah bagi perasaan tu. Dalam jutaan orang, Allah buka hati kamu untuk sukakan dia. Dan Allah bukakan hati dia untuk terima kamu."
"Ibu yakin ke dia betul-betul ikhlas nak kahwin dengan Didi? Kenapa Didi sendiri tak yakin?" Terketar-ketar aku bertanya. Entah kenapa, hati yang kental ini kian rapuh.
"Kalau tak yakin dengan manusia, yakinlah pada Allah. Buat istikharah. Ingat pesan nabi, salah seorang golongan yang pasti dibantu Allah ialah lelaki yang ingin menikah untuk menjaga kehormatan diri. Perkahwinan itu sendiri menyempurnakan separuh agama. Didi kahwin dengan dia, ya?" kata ibu, penuh pengharapan.
Buat kali terakhir, aku ingin meraih kembali kepercayaannya.
"Ibu percaya kan yang Didi dengan Dr Khairul tak buat benda bukan-bukan? Didi tak nak kahwin sebab salah faham ni... Kalau boleh, Didi nak kahwin sebab kemahuan diri." Aku berkata lembut. Berharap agar ibu percayakan penjelasanku.
Ibu tersenyum nipis. Anggukan lemah diberikan.
"Ibu percaya. Khairul dah jelaskan perkara sebenar dekat abah, dan abah dah beritahu ibu. Termasuk pasal Naura. Dia minta maaf sebab tertidur sebelah kamu. Dia tak sengaja. Tapi, Khairul tetap nak bertanggungjawab dan jadikan kamu isteri dia. Dan jujur ibu cakap, ibu pun dah tak ada kudrat nak menolak."
"Ibu betul-betul nak Dr Khairul jadi menantu ibu? Abah pun nak?"
Sekali lagi, bersungguh-sungguh ibu angguk.
Aku amati raut wajah ibu yang melahirkan serta membesarkan aku sehingga ke hari ini. Tanpa mengeluh. Tanpa secebis penyesalan. Tanpa mengungkit. Pada saat itu, rasa tenang menempah tempat teristimewa dalam sanubariku. Mungkin itu petunjuk yang dihantar oleh-Nya. Bukankah reda Allah bergantung kepada reda ibu bapa, manakala kemurkaaan Allah bergantung kepada kemurkaan ibu bapa? Maka dengan itu, aku rela memilih reda-Nya.
tadi, aku menerima khabar baik daripada Naura. Alhamdulillah, kondisinya sudah semakin baik, meskipun masih berada dalam fasa pemulihan, mental dan fizikal. Yang lebih mengejutkan, ibu Naura, Dr Zetty turut bertanya tentang khabarku. Dia memohon maaf atas kelancangan mulutnya tempoh hari.
Advertisement
Pelik benar. Cepatnya manusia berubah. Dia juga ada meminta tolong aku kembalikan semua seperti sedia kala. Tapi masalahnya, nak kembalikan apa? Cakap pun sekerat, tersangat berlapik di depan Naura, mana aku nak faham. Naura dah sedar dan dibenarkan pulang ke rumah, apa lagi dia nak?
Masalah lain yang mengganggu fikiranku sekarang ialah berkenaan Khairul. Sudah dua minggu dia batalkan kelas atas sebab tak sihat dan terpaksa hadiri seminar. Tak datang dua minggu pun bagi kerja serupa tak datang sebulan. Hampeh betul. Bukannya makin bahagia, sengsara adalah! Tak pasal-pasal kena buat article review setiap minggu.
Dari jauh, aku ternampak kelibat dua manusia melangkah laju ke tempat parkir kereta. Khairul dan Will. Mereka tampak sibuk berbincang tentang sesuatu. Berkerut dahi Khairul mendengar penjelasan rakan terlebih rapatnya itu. Nampak seperti rimas. Kalau tersilap gaya, mungkin Will akan dibelasah secukup rasa.
Keningku terangkat. Terasa canggung melihat Khairul berpakaian formal, lengkap dengan sut serta tali leher. Setahu aku, dia biasanya hadir ke universiti dengan gaya semi-formal saja, iaitu berkemeja lengan panjang, seluar slack serta kasut hitam bertutup. Namun tak dapat disangkal, penampilan versi ini nampak lebih mengancam. Sekali tengok, terus boleh toleh. Saraf leher dan mata tersekat di skala enam.
Teringatkan sesuatu, aku cepat-cepat mengejar kelajuan mereka.
"Dr Khairul!" Namanya aku laung sejurus ternampak tangan panjang itu sudah menyentuh pintu kereta.
Anak mata kami bertaut. Di bawah sinar mentari, mata hazel grey miliknya jelas kelihatan. Sangat indah. Pintu kereta ditutup kembali. Kedua tangan dimasukkan ke dalam poket seluar, lalu tubuh disandarkan pada kereta BMW. Kereta sama yang digunakan pada malam keramat minggu lepas.
Kerja pensyarah saja, tapi kereta Mazda dan BMW dia sapu. Hmm... Mungkin sebab dia dah tua kut. Tua ke? Tualah! Umur 34, belum ada anak dan isteri, jadi tak ada masalah nak laburkan duit ke jalan yang tak membawa manfaat sangat ni. Tanggungan pun tak banyak.
"Talk." Dia berkata sepatah.
"Erm... Pasal apa yang doktor cakap dekat parents saya... Saya rasa doktor patut ubah..."
"I won't change my mind, Diana. Are you done? 'Cause I'm not free." Khairul keluarkan senjata utamanya. Taktik melarikan diri.
"Boleh tak dengar dulu saya cakap sampai habis?" Aku mencekak pinggang. Orang cakap, dia nak cakap. Lepas tu, ajak gaduh.
Will dan Khairul saling pandangan. Tampak blur.
"Saya nak doktor ubah tarikh akad nikah kita. Sehari lepas habis final exam sem tu dah macam melampau sangat. Ingat kahwin olok-olok ke? Saya nak sekurang-kurangnya dua minggu lepas sem ni habis."
Mata lelaki tampan itu membundar, seakan tak percaya. Dia berdiri tegak. Teruja. Siap tanggalkan butang sutnya lagi. Tengah mengembang kut.
"Sekejap, maksud awak..."
"Saya akan kahwin dengan doktor." Aku memberitahunya. Kepala aku tundukkan seketika. Segan.
"O.M.G." Will sudah melopong. Siap bertepuk tangan lagi.
"Are you drunk?" Khairul bertanya, masih sukar untuk percaya.
Ternganga sekejap aku mendengar soalannya.
"Doktor tengah tuduh saya mabuk ke?" Aku mencerlung tajam wajah itu. Terkejut pun tetap tenang. Yang gelabah biawaknya aku.
"Eh tak..." Khairul kedipkan matanya beberapa kali. Terkedu.
Aku tergelak kecil. Tak tahu nak jawablah tu. Apa dia ingat pensyarah saja yang boleh bagi soalan KBAT? Pelajar pun boleh. Cuma versi agak bodoh sikitlah.
"Wah, saya boleh jadi seksilah lepas ni?" Lancar dia bercakap Bahasa Melayu, walaupun ada slang ala-ala mat salleh celup.
"Hah?" Pandangan pelik, aku tayang. Seksi? Apasal dia nak seksi pulak ni?
"Ergh, it is called 'saksi', Will. Not sexy." Khairul membetulkan tutur kata Will dengan nada menjengkelkan.
Terangguk-angguk aku tengok gelagat mereka berdua. Sebelum ni, nampak macam normal. Makin meningkat hari, sisi kurang normal mereka semakin jelas kelihatan.
"Okey, tak kisahlah saksi ke seksa ke, itu belakang cerita. Saya nak cakap hal penting dengan Dr Khairul."
Seakan faham, Will memberi ruang buat aku dan Khairul.
"Awak nak cakap apa?" Usai bertanya, dia menanggalkan sut yang terletak cantik pada tubuhnya. Selamba badak saja, sut itu dilempar pada Will yang sudah bersedia hendak menyambut. Tangannya kemudian meliar pada leher, dicabut pula tali leher yang tak berdosa itu. Dilempar lagi.
Aku alihkan mata ke tempat lain.
"Doktor tengah buat apa ni? Saya nak cakap benda penting, bukan suruh doktor bukak baju dekat sini."
"Huh, Malaysia is too hot. Though it has been years, I'm still not used to it," gumamnya sendirian, tanpa menyahut omelanku.
"All right, done. Awak nak cakap apa tadi?"
Aku kembali mengalihkan tubuh menghadapnya. Baru saja nak berhusnudzon, dia buat hal lagi. Butang kemeja yang mencengkam lengannya dibuka, lalu disingsing sepantas kilat. Tak siap lagi, dua butang meja teratas juga dileraikan. Kemeja berwarna blue black itu dikipas-kipas manja.
Cis, sekarang ni, bukan dia yang sejuk, tapi aku yang panas. Baru bersut pun dah merungut. Aku suruh pakai telekung nanti baru nak tahu langit tinggi ke rendah.
"Fokus, Didi. Fokus," bisikku sendiri.
"Tak boleh fokus ke?" Khairul mengulum senyum.
Laju aku hadiahkan gelengan maut.
"Kita boleh kahwin, tapi saya nak Dr Khairul tunaikan beberapa syarat dulu." ujarku serius. Hari ini, aku benar-benar bertekad untuk memelihara hubungan yang bakal terjalin ini. Aku sedar, perkahwinan perlukan usaha yang gigih. Bukan saja selepas kahwin, namun segalanya pantas dicorak dari sekarang.
Kening kanannya terjongket ke atas.
"Syarat?"
"Ha'ah syarat."
"Sure, apa dia?"
Nafas panjang, aku tarik sedalam-dalamnya.
"Syarat yang pertama, saya nak jumpa dengan family terdekat Dr Khairul dulu. Bukan setakat wakil, tapi keluarga doktor. Darah daging doktor." Rasa gementar cuba aku kawal sehabis baik. Harapnya, Khairul tak bangkang. Yang aku nak jumpa hanyalah keluarga dia, bukannya keluarga nenek moyangnya.
Mendengar keluhan terbit dari bibir merah jambu itu, aku mula tak sedap hati.
"Keluarga saya tak banyak yang ada dekat Malaysia. Diorang kerja luar negara."
"Sekurang-kurangnya sorang je. Oh hampir lupa, mesti selain Grandpa Khalid dan Zhayan. Kalau tak ada, kita tak boleh kahwin."
"Ridiculous. Kenapa buat syarat macam ni? Untuk apa?"
"Sebab saya nak kenal dengan keluarga doktor. Saya nak minta restu diorang. Bila kita dah kahwin nanti, keluarga doktor akan jadi keluarga saya. Saya orang luar yang akan ambik, culik, rompak, dan rampas doktor daripada ibu, adik, abang ataupun kakak doktor. Saya tak nak kita buat silap sebelum kahwin. Saya tak kahwin untuk bercerai."
Wajah Khairul tiba-tiba menyinga. Urat di dahinya kirim salam.
"Saya hidup 12 tahun sebelum awak lahir, Diana. Saya tak hidup selama 34 tahun untuk pilih teman sehidup semati yang salah. Dan saya tak ajak awak kahwin untuk bercakap soal penceraian. So, don't you ever utter that word again." Khairul bersuara keras.
Tak menunggu responsku, dia menyoal semula.
"Apa syarat seterusnya?"
Aku geleng. Menyembunyikan senyum. Suka melihat semangat yang membara di wajah bersihnya.
"Doktor kena selesaikan syarat pertama dulu. Selebihnya, saya akan cakap nanti, okey?" Kaki aku ayun, ingin meninggalkan kawasan itu.
"Wait. Kalau saya penuhi semua syarat awak, saya dapat apa?"
Langkahku terhenti. Aku toleh ke belakang, membalas renungan mahalnya
"Doktor akan dapat saya. As simple as that."
"You know what? When you start making a definite decision, you become the simplest yet complicated girl that I ever met."
"Agreed!" laungku. Tangan aku angkat, menghantarkan lambaian buat Khairul dan Will yang sudah bersedia hendak memasuki perut kereta.
Ya Allah, adakah ini petanda yang Engkau hantar untukku? Jiwa ini terasa begitu tenang dan syahdu. Ternyata benar, bila aku berlaku jujur dengan diri sendiri, ketenangan dapat dikecapi. Tanpa aku sedar, mungkin sumber ketenangan yang aku cari telah Allah sediakan dalam dirinya, istimewa buatku.
aku daripada lamunan panjang sebaik saja tiba di hadapan pintu masuk lobi Querencia Hotel. Ini bukan kami pertama kali aku jejakkan kaki ke itu. Itulah hotel gah milik suami teman baikku, Fathina. Orang suruh jumpa di restoran biasa saja, tapi Khairul tetap berkeras hendak bertemu di situ.
Rasa gementar itu usah dikata, dup dap dup dap saja jantung ini sejak dijemput Kakak Grab. Pelawaan Khairul untuk dijemput aku tolak awal-awal lagi. Tak mahu terlalu leka dengan hubungan yang belum pasti ini. Selagi dia belum menjadi suami, batas tetap harus dijaga. Itu pesan ibu setiap hari. Sampaikan bulu telinga pun tunduk hormat setiap kali dengar pesanan yang sama. Mangli.
Masuk saja di tengah lobi, aku dijemput oleh seorang perempuan anggun bernama Ainun. Kami berjalan beriringan ke ruang makan yang telah ditempah khas. Aku garu kepala yang tak gatal. Janggalnya! Sungguh, sampai sekarang, aku tak biasa dengan suasana hotel. Rasa macam tak layak untuk berada di situ.
"Silakan, Miss Diana. Mr Zenith dan Miss Enne dah tunggu miss di meja hujung tu."
Aku tercegat di tempat yang sama setelah mendengar nama-nama yang belum pernah menjengah anak tekak Melayu tulenku. Lama mataku jatuh pada dua gerangan manusia yang duduk membelakangkan aku. Mereka nampak seperti sepasang kekasih. Manja saja wanita berambut perang itu melentokkan kepala di bahu pasangannya.
"Aik. Zenith? Enne? Cik Ainun tersilap orang ni. Saya nak jumpa kawan Melayu, bukannya orang putih. Nama saya Diana Eirina tau. Saya bukan Princess Diana."
Tak berkedip Ainun menatap wajahku. Beberapa saat kemudian, dia lepaskan tawa kecil.
Aku pula yang terpinga-pinga. Nak makan pun boleh jadi drama. Penatlah macam ni.
"Betullah tu. Mr Zenith dan Miss Enne tengah tunggu Miss Diana Eirina," tuturnya sopan. Tubuh ditundukkan sebelum bayangnya hilang dari radar.
Meskipun tak berani, aku gagahkan jua diri berjalan perlahan merapati meja tersebut. Alangkah terkejut apabila mendapati manusia itu sememangnya Khairul. Dia bersembang mesra dengan wanita yang mengenakan seluar sendat panjang serta baju tidak berlengan.
"Ehem..." Aku berdehem. Tengah tahan diri daripada meletup.
Khairul bangun, menayangkan senyuman tipis.
Perempuan di sisinya turut berdiri, menayangkan muka masam. Ketinggiannya hampir mencecah paras telinga Khairul. Sangat tinggi. Serupa tubuh model. Yang hampir buat aku nak pitam ialah bajunya terangkat tinggi, sehingga menampakkan pusat. Dia jelas sekali orang luar negara. Etika pemakaiannya langsung tak melambangkan budaya Malaysia.
"Awak..." Aku ternganga. Baru sedar perempuan itu ialah orang sama yang pernah memeluk mesra Khairul di universiti. Perempuan kurang adab yang naik kereta Mini Cooper beberapa bulan lepas ialah dia.
"Wait, who the hell are you?" sergahnya tiba-tiba.
"She's Diana, Enne. Your future sister-in-law." Khairul cuba menenangkan keadaan.
Advertisement
- In Serial17 Chapters
Half a Step Away from Love
In the scheming world of palace intrigue, Inessa Antego is in her element. Being the first lady-in-waiting to the Duke's sister, she won't stop at anything to please her mistress. Cancel an unwanted wedding? Easy. Show a secret lover out of the Duchess' bedchamber? Not a problem. Steal a portrait which compromizes the Duke? All you need is ask. Never mind she does it all with a little help from the palace ghosts. It's true that ghosts' friendship comes with strings attached, but what's a few favors between friends? The only problem is, Inessa has to play her scheming game against Lord Cameron Estley. Who is smart, clever and painfully handsome. Can she successfully juggle her lady's interests and those of her own heart? Especially considering that hate is only half a step away from love?
8 139 - In Serial45 Chapters
Bride
My boyfriend has been cheating on me with my sister for two years. "We looked at each other and then lmy sister laughed. - Merry Christmas, sis! Mila said happily in the arms of my boyfriend.They grined at me on my bed, completely naked.- Screw you, Mila. I walked out of the room and slamed the door."That was my Christmas' present two years ago. The solution?Leave.Away.Far away from everyone. Maybe even forever. Out of sight, out of mind!______________________That's what I thought until my mother called to tell me that my sister and James, my ex, were getting married. I had to come back home. For better or for worse.Before that, a drunk night at the club would not be out of place. At least, that's what I thought. . .
8 383 - In Serial15 Chapters
My Little Sunshine
Adam Levinson was the CEO of a big corporation which dealt in a number of different businesses. Behind the rushing and flourishing business, was his hard work. But his life was monotonous, without any kind of enjoyment. He spent his days handling meetings and the usual office work. That was all he did. He never got to understand the true meaning of how to live his life… until a girl stumbled into his life, turning his world upside down. Stella Martin, a girl who applied to be his assistant, somehow managed to charm her way into his heart, but will they be able to live a happy life together? Join them on their emotional rollercoaster ride as they unfold some secrets related to their pasts and how Adam helps Stella to get back everything which was supposed to be hers in the first place.
8 137 - In Serial22 Chapters
marriage proposal
8 136 - In Serial48 Chapters
Cupid's Potion
Saiki K x Reader "Water." "Earth." "Fire." "Air."Sadly no, I'm no Avatar but I am a psychic! I can read people's mind and build a barrier around my own as well. I can also control the four elements and I'm able to fly. My name is Y/n aka you (yea get use to that the fourth wall is damaged in this book lol) and I was an orphan but I've been given the privilege to live on my own for the meantime with supervision of course. I'm also going to be attending PK Academy. I didn't think meeting new people would lead me towards my doom though. You wanna know what's my doom? I can't say but you can find out ;) The art for the cover is mine! Not the best but I like it! :) I do accept criticism about my writing but please be nice. I don't own this anime or characters or the pictures except for the plot of the book and my own characters. ⚠️It involves cussing, mature themes and scenes but I'll warn you before the mature scenes happen⚠️Currently editing because I'm cringing at my old jokes/grammar 🤢🤮 oh also I need to credit the artist too! Il such a bad person cause I don't think I credited them. I'll get that done in a while lol
8 179 - In Serial38 Chapters
Arranged Marriage to The Devil
How would you feel if your parents forced you to get married after the age of 18? With the guy you absolutely despise? Would you allow your parents to plan the wedding? Or find a possible way of trying to escape the agreement? Join Alexandra on her adventure of finding herself, struggling to find love and deciding her destiny. Oh yes and trying to end her crazy Arranged Marriage to the Devil.
8 152

