《Pengganti Paling Setia ✔》Bab 12 ~ Ikhlas ~
Advertisement
dingin membasahi tubuhku. Bukan itu saja, aku turut menggigil ketakutan. Memandang kosong setiap manusia yang lalu-lalang. Naura masih lagi mendapatkan rawatan kecemasan. Sekuat mana sekalipun aku cuba berfikiran positif, ia langsung tak membantu. Peristiwa tadi diibaratkan sebagai mimpi ngeri yang tak mungkin aku lupakan.
Aku sedar itu bukankan kali pertama aku berhadapan dengan situasi begitu. Sebelum ini, Fathina juga pernah mengelar lehernya di depan mataku sendiri. Namun, momen itu tidak seberat sekarang, kerana doktor yang merawat Fathina hadir tepat pada masanya. Sekurang-kurangnya, beban itu tak harus aku pikul sendirian.
Mataku terpejam, tak mampu membayangkan kisah hitam itu lagi. Air mata yang menitis, aku tepis. Ya Allah, Engkau selamatkanlah Naura. Bagaimana mampu aku tempuhi hidup seperti biasa jikalau teman sebilik sendiri meninggal bersaksikan mata ini? Tak ada orang lain yang boleh dipersalahkan, melainkan aku. Terlalu cuai dalam memahami situasinya.
Sejak pertama kali kami bertemu, Naura sudah menunjukkan simptom orang depresi. Berat badannya yang turun mendadak, tidur telalu banyak dan hilang motivasi ke kelas mahupun belajar. Malah, dia turut menyampai mesej yang dia nak mati beberapa hari lepas. Tapi aku yang terlalu buta untuk nampak semua tu. Aku buta.
"Anak saya mana? Naura! Naura!" laung seorang wanita sejurus memasuki pintu ruangan kecemasan. Itulah ibu Naura, Dr Zetty. Dia hadir bersama suaminya, Dr Mahmud. Mereka berdua merupakan orang hebat. Seorang pensyarah sains dan doktor pakar perubatan yang dihormati ramai. Mungkin sebab itu, Naura dipaksa mengikut jejak langkah mereka.
Aku bangun. Berjalan perlahan mendekatinya dengan penuh debaran. Air mata cuba aku sekat sebaik mungkin daripada menuruni pipi. Di depan keluarganya, aku harus tampil kuat. Jikalau bukan aku, siapa lagi?
"Erm... Doktor tengah check Naura..."
Mata Dr Zetty mengembang. Seolah-olah ingin mengeluarkan bebola api.
Pang!
Terpaku aku seketika. Pipi kanan yang terasa perit, aku sentuh. Terkesima akan tindakan Dr Zetty. Langkah kakiku terdorong ke belakang dek penangan kuat itu.
Dr Mahmud kemudian menarik kasar lengan isterinya yang melakukan cubaan kedua untuk menampar wajahku. Wanita itu meronta-ronta, minta dilepaskan.
"Saya dah suruh awak tengok-tengokkan anak saya kan?! Pelajar course psychology jenis apa awak ni? Berbulan awak kongsi bilik dengan Naura, takkan budak sakit macam tu pun tak nampak, hah?! Dah nyawa-nyawa ikan baru nak sedar!" jerkahnya tanpa mempedulikan orang-orang yang memandang.
"Sa..saya min...ta maaf..." Bibirku terketar untuk meluahkan rasa. Titisan yang jernih yang aku tahan mula menuruni pipi. Begitu berat ujian kali ini. Teramat berat untuk digalas seorang diri. Kenapa aku yang dipilih, ya Allah?
"I don't need your apology. Semua salah awak. Kalau apa-apa jadi dekat anak saya, I'll make sure that someday, you'll be punished accordingly." Habis berkata, dia kemudian cuba menolak bahuku.
Walau aku sudah bersedia dilayan seperti sampah, satu tangan berurat menampar tangan Dr Zetty daripada menyentuh tubuhku.
Kepala aku dongakkan ke sisi, wajah Will hadir, memenuhi pandanganku. Dia kemudian mengambil alih, berdiri tegak berhadapan kedua ibu bapa Naura. Seperti seorang abang yang hendak mempertahankan adiknya.
"Don't mindlessly touch her if you don't wanna book a place in jail."
"Kau siapa nak ajar aku? Hidup baru berapa hari dah nak mengugut orang tua. Biadab."
"She's my master. And believe me, you don't wanna deal with her. 'Cause she's untouchable. Not someone within your reach, old woman." Will melontarkan kata-kata berunsur provokasi.
"Untouchable?" Dr Zetty tersenyum sinis. Kemudian menyambung kata-kata pedasnya.
Itulah dunia. Tak semua orang yang berilmu mempunyai sahsiah yang indah. Hanya yang benar-benar mengamalkan ilmu dengan cara yang betul saja yang tak akan rugi di dunia mahupun akhirat.
"Lantaklah master atau monster kau ke. Beritahu dia, kalau apa-apa jadi dekat anak aku, aku akan pastikan dia bertanggungjawab sampai mati. Sekarang, aku nak kau berdua berambus jauh-jauh, meluat aku tengok dia dekat sini."
Advertisement
"Mak cik ni..." Will menapak ke depan. Sudah hilang sabar. Sampaikan terkeluar akhirnya perkataan Melayu dari mulutnya.
"Will... Tak apa, saya nak balik...," Aku berkata lemah, lalu gelengan kecil, aku berikan. Menyerah kalah.
Tak kuat lagi hendak mendengar maki-hamun ibu Naura. Bicara wanita itu membuatkan aku berasa gelisah, terlalu menusuk tajam ke dasar hatiku. Belum ditambah lagi dengan pelbagai persoalan negatif yang menerpa benakku. Macam mana kalau ibu dengan abah tahu? Apa nasib aku lepas ni? Naura, bisakah dia diselamatkan?
Fikiranku celaru, berputar tanpa arah tujuan.
"Didi, let's go, I'll take you home," ujar Will sesudah kami berlalu keluar dari ruangan kecemasan hospital itu. Hospital sama yang merawat abah beberapa minggu lepas. Terlalu banyak pengalaman mengerikan di situ.
Aku geleng lagi. Berikan senyuman lelah. Mana berani nak balik berdua dengan lelaki itu. Sebaik mana pun dia, aku tetap tak berani, melainkan Khairul ada di sisi. Betapa besar impak kehadirannya, begitu mudah membuatkan aku berasa selamat di mana saja berada.
"Saya boleh balik sendiri. Thanks Will, for helping me out." Tanpa menunggu jawabnya, aku terlebih dulu membuka langkah meninggalkan kawasan itu.
"Tapi Didi..." Will kembali mematikan langkahku.
"Jangan risau, saya okey je. Saya balik dulu ya." Lambaian tak bermaya, aku ayun. Dia akhirnya akur, membiarkan aku berlalu dari tempat yang menyesakkan dada itu.
Aku berjalan dan terus berjalan dengan fikiran yang menerawang ke merata tempat. You will find me, right? Tak mampu menidakkan rasa ini. Dalam diam, aku masih nantikan kehadiran Khairul, tapi apakan daya, dia sibuk agaknya. Sebab tu hanya Will yang dihantar.
Sungguh, aku buntu. Tak ada tempat aku boleh pergi. Dompet tak bawa, telefon hampir mati dan kini, aku tak ada apa-apa. Tangisan kuat aku lepaskan. Terduduk mencangkung aku di tepi jalan. Hilang harapan untuk berbuat apa-apa.
Kenapa begitu berat ujian yang Engkau berikan, ya Allah?
Telefon yang dilumuri darah, aku hidupkan semula. Bateri hanya tinggal dua peratus. Kelas yang berlangsung dari pagi tak beri aku peluang untuk mengecas telefon. Salah aku juga, terlupa nak bawa beg tangan sewaktu naik ambulans bersama Naura.
Nombor telefon Fathina mencuri anak mataku. Namun, cepat-cepat aku matikan niat tersebut. Tak mungkin. Kawanku itu sudah punya keluarga sendiri. Masakan aku nak ganggu dia malam-malam macam ni. Dengan anak kecil dan baru balik kerja lagi, tak tergamak nak ganggu masa rehatnya.
Tapi... Apa saja pilihan yang aku ada sekarang ni?
Aku bangun. Tak mahu terlihat seperti orang gila di tepi jalan.
Baru saja ingin mengorak langkah, deruan kuat enjin kereta BMW mematikan niatku. Kereta itu kemudian diparkir secara senget di tepi jalan, berdepan denganku. Seorang lelaki bertubuh lampai yang mengenakan sepasang sweatsuits hitam keluar dari perut kereta tersebut. Tulisan K.Z. berwarna putih terpancar jelas dari bajunya.
Nampak saja wajah Khairul, aku terus alihkan tubuh secara mengejut. Ingin melarikan diri. Apa dia buat di sini? Kenapa dia...
"Diana Eirina..." Dia berjalan laju, memotong langkahku. Raut penuh kerisauan menghujani wajahnya.
Sekarang, hanya jarak satu meter memisahkan tubuh kami.
Berbekalkan cahaya lampu jalan serta kereta-kereta di jalan yang samar-samar, anak mata kami bertaut. Sekelip mata, ada air jernih menuruni pipiku. Tak tertahan rasanya hendak melepaskan segala rasa yang terbuku di hati.
"Dr Khairul..." Namanya aku sebut dengan bibir yang terketar-ketar. Begitu mudah aku memperlihatkan kelemahan di hadapan lelaki ini.
"I'm here, Diana. You're not alone anymore."
"I messed up, doctor. So... So badly... Sebab kebodohan saya, Naura kena bertarung nyawa dekat hospital sekarang ni. Kalau dia meninggal, macam mana saya nak jawab nanti?" Terhenjut-henjut bahuku menangisi mimpi ngeri tadi.
"No, you didn't. You helped her just now, Diana. You did the right thing."
"Tak, doktor. Saya ni memang pembawa malang kut. Ayah kandung saya sendiri sanggup buang saya. Kawan saya pun pernah cuba bunuh diri. Abah kena langgar lari baru-baru ni. Sekarang, kawan sebilik saya pulak dalam keadaan kritikal. Mungkin saya sebenarnya yang tak layak hidup dalam dunia ni..."
Advertisement
"Tu semua ujian, Diana. Ujian yang berat tak bermakna awak tak bernasib baik ataupun malang. Bila susah, ingatlah saat-saat indah dalam hidup awak. Walaupun saya ni tak pandai soal agama, saya yakin Tuhan ni sentiasa adil. Cuma kita yang kurang bersyukur dengan pemberian Dia."
Tangisanku semakin kuat. Tersedu-sedan aku menangisi nasib diri. Tak tahu kenapa, Khairul ada di dalam saat-saat indah yang tergambar dalam kotak memoriku. Buat seseorang yang telah aku kecewakan, tak layak untuk aku letakkan di dalam kenangan indah ini. Kerana buat dia, aku hanyalah mimpi buruknya.
"I'm sorry. Saya tak boleh buat apa-apa untuk redakan apa yang awak rasa. Sebab saya bukan sesiapa."
Aku geleng. Menghadiah si dia senyuman penuh kehampaan.
"Doktor tak salah. Saya yang tolak tuah. I deserved it."
"Saya hantar awak balik asrama dulu. Dah lewat ni. Angin pun kuat, macam nak hujan."
"Tak... Tak apa, Dr Khairul. Ma...maaf sebab susahkan doktor hari ni. Doktor baliklah, dah lewat ni," ujarku dengan nafas tak teratur. Kepala tiba-tiba terasa berat. Benar kata Khairul, angin malam ini lain macam sejuknya. Rasa macam nak terhuyung-hayang tubuhku tatkala disambar angin yang berderu kencang.
Sisa air mata yang menuruni pipi, aku seka. Tanpa berfikir panjang, tubuh aku alihkan ke kanan, nak beredar cepat-cepat dari situ. Tak mahu terus mempamerkan sisi lemah aku pada Khairul. Aku tak perlukan belas simpati dia.
Pon pon pon!
"Diana!"
Bunyi hon mula membingiti jalan. Tanpa perasaan, aku memandang kosong ke arah bunyi hon yang terasa semakin dekat. Otakku beku, tak mampu berbuat apa-apa. Satu kereta laju meluncuri jalan yang mula dibasahi hujan rintik-rintik. Nampaknya, gerimis turut menangisi nasibku.
Tubuhku kemudian terasa ditarik laju ditarik seseorang. Sejurus itu, aku terjatuh di atas tar jalan, sebelum tubuh tak bermayaku ditarik ke dalam dakapan hangat Khairul. Tak mampu menolak, aku membiarkan tubuh kami melekap rapat. Kenapa bibir ini tak mampu ungkapkan sepatah kata?
"Saya tahu apa yang saya buat ni salah. But you need this the most, Diana. I'm sorry. Saya tak kisah awak nak cakap apa, saya tetap akan hantar awak balik asrama. Saya tak boleh tinggalkan awak dekat sini sorang-sorang. I'm not that selfish."
Kembali ke neraka itu? Tak. Tak akan sama sekali aku jejakkan kaki ke tempat itu lagi. Dada bidang Khairul cuba aku tolak sekuat mungkin, tak mahu terus-menerus mencipta dosa. Niat baik tidak menghalal apa yang telah disyariatkan.
"Lepas, doktor... Lepas... Saya tak nak balik asrama... Takut... Tak nak..."
Tanganku kian lembik, kepala pula memusing seperti gasing. Pening. Beberapa detik selepas itu, aku rebah di dalam pelukan Khairul. Sempat aku sedarkan diri di kala aku diangkat seseorang. Namun, mulutku terkunci. Dan duniaku serta-merta bertukar gelap-gelita.
mata yang terasa berat, aku buka. Sudah boleh bayang muka aku nampak macam cekodok basi. Seharian menangis, mataku sudah pasti membengkak. Rasa pedih pada kelopak mata pun masih terasa. Melihat siling bilik rumah, tempat aku membesar, jiwaku sedikit sebanyak terasa aman.
Apa yang berlaku terlalu jelas, sehingga menempah tempat yang paling pilu di dalam memoriku. Selepas perginya Zack, aku tak pernah terima tamparan sedahsyat ini. Walau apa yang terjadi, Naura sentiasa berada dalam doaku. Meskipun dia ada kekurangan sendiri, namun dialah yang menjadi saksi suka dan duka selama aku bergelar pelajar di universiti itu.
Aku cuba mengimbas semula kejadian semalam. Seingat aku, orang terakhir yang aku jumpa ialah Will. Will? Aku geleng. Silap. Bukan Will, tapi Khairul. Kerutan di dahi kian menebal. Khairul yang selamatkan aku daripada dilanggar kereta. Dek sakit kepala, aku hampir melintas jalan tanpa tengok ke kiri dan kanan. Serupa hendak menempah kubur.
Kepala yang masih terasa perit, aku pegang. Aik? Apa ni? Plaster? Baru teringat, ini mungkin kesan luka daripada batang tirai bilik Naura yang menghempap kepalaku. Patutlah bukan main pening kepala dari tadi.
Aku hidu bau haruman yang memenuhi kamar. Ini bukan bau minyak wangi ke? Siapa punya?
Dengkuran halus di sisi menguatkan debaran yang terasa. Kuat jantungku memalu getaran asing ini. Perlahan-lahan, aku pandang ke sisi katil, ingin melihat dari mana bunyi itu datang. Mataku mengembang, manakala tangan aku bawa ke mulut. Tercengang. Hampir saja terjerit, namun aku tahan.
Macam... Macam mana kami boleh tertidur sekatil?
Wajah nyenyak Khairul yang selamba badak sumbu saja tidur di atas katil, aku pandang dengan perasaan tak percaya. Dia dah gilakah? Kalau tak fikirkan bilik tidurku yang menghadap rumah jiran sebelah, mahu saja aku mengamuk. Berada dalam keadaan ini tanpa sebarang ikatan, sudah pasti syaitan tengah seronok bertepuk sakan.
Pakaian di tubuh serta tudung di kepala, aku periksa. Masih lengkap. Cumanya, pin yang melekat pada kepala sudah hilang. Selendang itu hanya menutupi rambut serta leher daripada berbogel.
Secara berhati-hati, aku berdiri. Cuba melewati tubuh Khairul yang terlunjur panjang. Tinggi sangat, sampaikan kakinya terkeluar dari panjang katil ketotku. Kerana terlalu banyak perkara hendak difokuskan, serta lampu tidur yang menyala ala-ala hidup segan mati tak mahu, aku terlanggar kakinya. Kesannya, aku terjatuh balik di sisinya.
Nafas aku tahan. Tak mahu dia terjaga waktu aku dalam keadaan macam ni.
"Erm... Morning...," ucap Khairul dengan suara serak basahnya. Tangan gatal itu sesuka hati saja landing di atas pinggang aku yang belum pernah disentuh mana-mana lelaki ajnabi.
"Apa doktor buat ni?!" Jeritan paduku terkeluar jua.
Pintu bilik dikuak besar dari luar. Kesemua lampu bilikku bernyala dengan jayanya.
"Apa korang berdua buat ni?!" Ternyata, jerkahan ibu lima kali ganda lebih padu. Boleh tembus sampai lima rumah.
Tubuh aku dan Khairul yang tadinya terbaring, terus menegak. Membuntang kami memandang wajah berang ibu dan abah silih berganti.
"Ibu, sumpah. Didi tak buat apa-apa dengan Dr Khairul. Kitorang cuma..." Tak ada alasan yang mampu aku cipta. Tak ada satu alasan bodoh pun yang boleh menghalalkan perbuatan haram kami.
"Kalau tak ada apa-apa, kenapa kamu pakai baju dia?" Abah pula bersuara keras.
"Hah?" Aku tilik baju di tubuh. Makin serabut aku jadinya. Abah tak silap, memang sweatshirt Khairul yang bertulis K.Z. sudah bertukar tubuh. Aku yang tak sedar dari tadi. Denyutan di kepala semakin tidak terbendung. Kenapa bala tak habis-habis menimpa ni, ya Allah? Dalam masa 24 jam saja, macam-macam dah berlaku.
"Maaf, saya yang pakaikan dekat Diana tadi sebab dia..."
Bicara Khairul dipotong ibu yang sudah mengurut kepala.
"Bangun dari katil tu dan keluar bilik sekarang, ibu nak cakap dengan kamu berdua."
"Dr Khairul baliklah. Biar saya jelaskan dekat ibu dengan abah," bisikku sejurus bangun dari katil bersamanya. Tak mahu keruhkan keadaan yang sememangnya sudah kritikal ni.
"Kamu nak orang nampak Khairul balik pukul 5 pagi macam ni ke?! Ibu dengan abah lari balik dari rumah adik-beradik kita dekat Taiping pun sebab ada jiran call cakap kamu balik rumah dengan jantan!"
"Apa?"
Terkelu aku mendengar kenyataan yang ibu ungkapkan. Nak salahkan siapa pula kali ini? Aku yang berkeras nak pulang ke rumah. Kunci rumah, tangan ini juga yang hulurkan pada Khairul. Jadi, salah aku lagikah? Tapi, aku dalam keadaan separa sedar. Tak sepatutnya dia ambil kesempatan untuk tidur di atas katil yang sama. Tapi... Ah, tapi tapi tapi!
"Ibu, Didi minta maaf. Tapi sumpah, bu. Didi dengan Dr Khairul tak ada apa-apa hubungan. Kitorang tak buat apa yang ibu fikir tu. Percayalah..." Tangan ibu yang cuba aku sentuh, ditepis kasar.
Tindakan ibu membuatkan aku terkedu. Tiada lagi pandangan penuh kasih sayang yang sering aku dahagakan. Yang tinggal hanyalah mata berapi yang mungkin akan merentungkan aku sebentar lagi.
"Tak cukup lagi ke didikan agama yang ibu dengan abah bagi? Ibu kumpul duit hantar kau pergi mengaji dekat sekolah agama, pergi KAFA... Semua tu tak cukup lagi ke sampaikan kau nak malukan ibu macam ni? Suka sangat ke tengok maruah keluarga kita kena pijak dengan orang? Patutnya kau bagi contoh baik dekat adik-adik. Bukan macam ni..."
Air mataku berjuraian lagi. Duniaku terasa seperti musnah dalam sekelip mata setelah mendengar luahan hatinya. Tak kuat melihat ibu menitiskan air mata kerana silap bodoh yang yang aku lakukan.
Aku geleng kepala tanpa henti. Menidakkan segalanya.
"Kau tahu tak betapa hancurnya hati ibu tengok kau elok berbaring dengan Khairul macam tak kenal halal dan haram? Tapi sebab tak nak adik-adik kau tahu waktu sampai tadi, ibu tidurkan diorang dulu. Ibu tak nak diorang ingat apa yang kau buat ni betul. Kenapa kau sanggup buat perangai macam ni? Kau nak tengok ibu mati ke baru kau nak sedar?!" hamburnya lagi.
"Ibu... Dengar dulu apa Didi nak cakap, bu. Jangan cakap macam ni. Didi minta maaf. Didi salah. Maafkan Didi, bu. Abah... Tolong didi..." Melihat ibu yang membatu, aku menggoncang tangan abah yang sentiasa memberikan kata sokongan. Namun, respons yang diberikannya juga negatif.
"Abah tak tahu nak cakap apa. Abah kecewa sangat dengan Didi dan Khairul," kata abah tanpa memandang wajahku. Seolah-olah terlalu jijik dengan perbuatan anaknya.
"Tak. Tolong jangan. Didi minta maaf. Maafkan Didi, abah ibu..." Aku meraung. Memeluk kaki yang menempatkan syurgaku. Jika harus berbuat demikian semalaman sekalipun, aku sanggup. Asalkan permohonan maafku diterima. Tak mahu aku hidup tanpa keberkatan di dunia dan akhirat.
"Ibu akan maafkan Didi dan Khairul. Tapi korang berdua kena buat solat sunat taubat dulu. Minta maaf dekat Allah, bukan ibu dengan abah."
Laju saja aku angguk.
"Didi janji, Didi akan ikut cakap ibu."
"Dan ibu nak korang berdua kahwin. Haritu memang ibu tak setuju. Tapi ibu tak sangka yang korang sanggup buat perbuatan hina ni dekat belakang ibu dengan abah. Kahwin secepat mungkin sebelum perut tu ada isi."
Terbeliak mataku menikam raut wajah bengang ibu. Perut ada isi? Ibu tengah tuduh aku berzinakah?
"Apa ibu cakap ni? Ibu! Didi tak berzina dengan dialah. Didi tahulah halal dengan haram. Kalau nak kahwin pun, Didi tak nak kahwin sebab ni. Kami tidur atas katil je, bukannya buat apa-apa pun," bentakku, mempertahankan maruah diri.
"Oh, tidur sekatil je? Fikir tak kalau Allah tarik nyawa waktu tidur sekatil tu?! Kalau kau tak nak kahwin dengan Khairul, kau bukan anak ibu dengan abah lagi. Ibu tak ada anak jenis bawak lelaki balik rumah macam kau," tempelak ibu.
Advertisement
- In Serial83 Chapters
Always Him.
Will she speak up about loving him? Will he force it out of her? Or will their love story remain untold?WARNING: MATURE LANGUAGE WILL BE USED.
8 202 - In Serial72 Chapters
The Hot Doctor
Alexandrianna Hawkins wasn't expecting to dislocate her knee during cheerleading practice. Once she's wheeled into the hospital, she's welcomed with quite the surprise. Rian Peterson is a young, very irresistible man who's devoted to being a doctor. He's never fallen for any of his patients, but when Alexandrianna arrives, that changes quickly. The doctor and his patient are possessed by infatuation.Will the high school cheerleader and the percipient doctor fall for each other? Or will Alexandrianna's past stand in the way?
8 256 - In Serial41 Chapters
Love Binds Us (COMPLETED)
Abhimanyu Malhotra and Shivani Khanna had been school mates and best of friends.....But the rejection brought them apart!!!After years both were tied in the knot of marriage....Abhimanyu clearly hates Shivani for what she had done with him in past....But was it really her fault?She was quite yet fierce...With all the blame on her she still manages to smile but that smile hides her own pain and misery.....It's the anger of rejection that made Abhimanyu a totally different man.... That now he hates the person he loved once....LOVED!?One is a stone-hearted and other one is broken soul.....••••••••••••••••••••••••••••••Is it the DESTINY or the LOVE that binded them together ❤️
8 236 - In Serial35 Chapters
[BL] Raising children in Ancient County Town
Raising children in Ancient County Town在古代縣城養兒_欲來遲Author:欲來遲Status:35 Chapters (Completed)DescriptionIn ancient times, I looked at the carpenter's husband who was nearly 1.9 meters tall and sturdy; tremblingly held the baby in his arms; the baby is so cute, it must be the first to raise a son and then fall in love.---NOTE: FOR OFFLINE PURPOSES SO DON'T REPOST MTLED IF YOU DON'T UNDERSTAND THEN IT IS IN POOR QUALITY I DID THIS FOR PEOPLE LIKE ME WHO CAN'T AFFORD PROPERLY TRANSLATED AND LIMITED INTERNET CONNECTION SO PLEASE DON'T CRITICIZE THE QUALITY NOR THE WAY I MTLED IT THANK YOU
8 164 - In Serial60 Chapters
Drowning Love
The stars in my Galaxy are drowned in tears- pihuPihu Sharma 23-year-old girl who is Loyal, devoted, Sensitive to feelings, and Caring and has a crush on eeshan.Eeshan Kapoor 28-years-old young man who is arrogant, Self-confident, Inflexible, Argumentative, and Bossy.Eeshan and pihu get married due to a promise between both of their families. Before getting married to pihu, Eeshan had a "girlfriend" named Tia. He had asked Tia for her hand in marriage, but Tia rejected him. How will Eeshan and pihu'a love story unfold?Started on 31st sep 2022Ended on 20th October 2022#1 in contract marriage#2 in forced marriage#1 in arranged#4 in arranged marriage#1 in unwanted#2 in family in 267k#1 in indian#1 in angry #1 in crush#1 in emotional
8 108 - In Serial54 Chapters
Highest ranking Millionaires No 6 (03-3-19)Deal No 3 (23-3-19)Feisty No 13 (05-6-19) ----------------------------------------------------------Kelvin Alexander the CEO of a multi-billion dollar company is a Heartthrob who has money, fame, and power, etc, he is arrogant and despises and treats women like rags as he thinks they are all after his money. Lillian Carson William an intelligent, beautiful, and hardworking non-nonsense young woman that can stand up for her right no matter the situation or person involved. He is arrogant: she hates arrogant menHe like being in control: she hates been controlled He hates women: she hates men that are full of themselves. He is rude: she is feisty What will go wrong when they are both bound together by a deal. Will there be a clash of love or a clash of war. Or will they be able to resist the Great attraction pull between the two of them? Read to find out in this heartwarming romance. Beautiful cover by @RoseHuntington23 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Warning ⚠ *under major editing*
8 97

