《Pengganti Paling Setia ✔》Bab 11 ~ Amora ~
Advertisement
" kau nyah, aku dah cakap tak payah masuk, kau pergi gatal langgar traffic light merah tu jugak. Kan polis trafik terminator kegemaran semua tu dah marah," leter Adi, lalu melabuhkan punggung di kerusi. Dua cawan air diletakkan di atas meja.
Sebentar tadi, sejurus kelas ditamatkan lebih awal, Adi terus mendapatkan aku. Katanya, naik hairan satu kelas. Khairul selalunya susah sangat nak lepas keluar awal. Dia suka manfaatkan masa sebaik mungkin. Tapi entah kenapa, lepas seronok marahkan aku depan seluruh warga kelas, sesedap ubi keledek saja dia bagi kelonggaran sebegitu.
"Bila masa kau cakap? Aku tak pernah dengar pun," ujarku. Masih tak berpuas hati. Straw hitam yang terhias itu, aku main aci tarik masuk keluar.
"Ish, aku taruk julap jugak dekat air minah ni karang. Memanglah aku tak cakap. Tapi aku dah bagi bahasa isyarat cukup punya jelas kan tadi? Orang bisu dengan pekak pun boleh faham. Kau je yang spesies tak faham bahasa," sembur mulut berbisanya.
Wajahku bertukar monyok. Rasa malu dan geram masih bersisa. Ingat aku seronok-seronok nak tertidur ke? Kalau dia tak suka aku datang lewat, aku sejuta kali lagi tak suka! Sudahlah aku datang ke kelas berlari dengan kaki berlemak ni. Dia tak apalah naik kereta besar gedabak tu!
Adi merampas cawanku. Cara biasa digunakan untuk menarik perhatian.
"Nak marah tak apa. Tapi kau janganlah berdendam dengan Dr Khairul. Dia memang tak ada mood sejak awal-awal masuk lagi. Classmate kita pun diam je, langsung tak berani nak menyampuk cakap dia. Sebab tu aku cakap jangan masuk, kan kau dah kena sound."
Nafas yang melemaskan dada, aku lepaskan.
"Tak ada selera aku nak berdendam dengan dia. Aku tak adalah buta perut sangat. Sedar diri yang aku pun salah."
Adi angguk. Bersetuju. Langsung tak ada gaya nak membela nasib malang kawannya.
"Kau dengan Dr Khairul ada hubungan teman tapi terlebih mesra kan? Aku punya teman ah ah ah... Teman sepermainan ah ah ah..." soal Adi dengan riak penuh curiga, lalu menyanyikan lagu Taman Tapi Mesra. Kening tak berapa tersusunnya digoyang-goyangkan.
Kalau suara sedap tak apalah juga. Ini dah macam ayam berkokok baru nak cecah akil baligh.
"Jangan nak ah ah ah sangat. Aku lempang karang. Berapa ribu kali aku nak cakap, tak ada maknanya nak berteman tapi mesra. Dr Khairul layan aku sama je macam kau dengan yang lain." Aku tetap berdalih.
"Hok aloha. Eh, tu pizza favorite aku. Hok aloh. Toksahlah mung pura-pura naik perahu kalau dah tahu tu. Ingat aku Shin-chan ke apa? Tahulah aku korang tu ada hubungan. Walaupun aku ni kadang-kadang suka belakon bodoh sikit, tapi aku tak buta lagi tau."
"Sorry sikit eh, bodoh banyak." Ucapannya, aku betulkan.
Jelingan maut kuasa tiga, dilemparkan padaku, sebelum dia meneruskan kata.
"Kau perasan kan aku duduk dekat seat hampir belakang sekali harini? Tak guna betul. Tempat yang kita selalu book tu kena caras dengan orang lain."
Aku angguk. Sebab itu susah sikit aku meneropong nak cari kelibatnya sebentar tadi.
"Kau bayangkan eh, punyalah jauh seat aku, Dr Khairul sanggup panjat segala tangga-tangga yang menyusahkan hidup umat manusia tu semata-mata nak tanya pasal kau je. Dia tanya kau tak sihat ke sebab waktu tu class dah nak mula, tapi kau masih tak munculkan diri," tambahnya lagi.
"Habis, kau cakap apa?"
"Aku cakap aku tak tahulah. Kau ni kan, ada phone tu boleh tak jangan silent selalu sangat? Tahulah trauma lepas kes Shopee haritu. Tapi tengoklah masa sama. Aku call sampai beruban kepala pun tak angkat. Cuba kau check phone kau tu, mesti banyak missed call daripada aku." Jari panjang Adi dihalakan pada telefonku di atas meja.
Advertisement
"Missed call? Mana ada..." Tanpa berselindung, skrin telefon aku nyalakan. Air liurku serta-merta terasa macam tersekat di kerongkong. Tiga missed call daripada Adi serta empat panggilan tak berjawab daripada Dr Arul Terminator. Aku angkat kepala perlahan-lahan, memandang wajah Adi. Rasa bersalah mula bertamu di hati.
Dalam beberapa detik, gelak besar Adi meletus.
"Asal kau save number dia gitu? Wow, Arul eh? Ni memang confirm ada apa-apa ni. No need to explain, beb. Just don't deny the fact that it's true. Aku dah perasan sejak first class lagi."
Aku diamkan saja. Mengetap kuat bibirku. Rasa sakit hati yang aku rasakan terawat dengan sendirinya. Apa masalah dia ni? Kenapa begitu mudah setiap tindakannya meruntuhkan setiap tembok yang aku pacakkan? Dalam ketegasannya, ada kelembutan yang disembunyikan. Aku buntu. Sangat buntu dengan hubungan yang tiada ikatan ini.
langkah kakiku meningkat. Baru terima panggilan yang ibu nak datang melawat ke universiti. Tak pernah-pernah ibu nak datang jenguk sebelum ni. Tiba-tiba saja aku dikhabarkan bahawa keluargaku sudah ada di kawasan asrama, menanti aku hadir.
Pintu kereta, aku buka, lalu mengambil tempat duduk di sisi Dalia. Terpaksalah kami bersempit sekejap. Tangan setiap seorang daripada mereka, aku salam. Tidak terlupa akan didikan ibu sejak kecil lagi.
"Kenapa ibu datang tak cakap? Didi..." Dalam keadaan termengah-mengah, aku cuba berkata. Namun, terlebih dulu dipotong ibu.
"Kita balik sekejap boleh tak? Ibu nak cakap sesuatu dengan Didi."
"Tak boleh, ibu. Didi ada class lepas ni. Lagi sejam lebih macam tu. Kalau nak datang balik, nanti jalan jam pulak. Ibu nak cakap pasal apa? Kenapa tak call je?"
Tak peduli akan soalan yang aku lontarkan, ibu meminta abah berkunjung ke kafe yang terletak di fakulti pengajianku. Detak jantungku bernada tak tenteram. Sejak kali terakhir aku dan ibu bertekak, ibu tak pernah bercakap begitu. Ibu pun dah berjangkit dengan penyakit dingin dan beku Khairul ke?
Aku mengeluh.
Tangan kecil Dalia kemudian menggenggam erat jari-jemariku. Senyuman comelnya aku balas dengan kucupan manja di pipi kanannya. Daniel juga turut tersenyum indah, seolah-olah mengerti akan gelojak hatiku.
"Belajar macam mana, Daniel? Faham tak cikgu ajar?"
"Didi janganlah risau. I'm a smart boy."
"Acewah, sounds good already, my boy." Aku picit pipi kirinya. Berbangga dengan sikap Daniel. Sangat matang.
"Hehe. Abang Arul yang ajar Daniel cakap gini," ujarnya malu-malu.
Dalia turut angguk tiada henti.
"I'm a smart girl too!"
Tanpa sedar, senyumanku melebar. Meskipun balik-balik nama itu juga yang masuk dan keluar mulut mereka, hatiku terasa senang. Tak tahulah apa yang Khairul dah buat sampaikan kedua budak ini benar-benar idolakan dia.
Sesudah memarkirkan kereta, kami sekeluarga keluar bersama-sama dari kereta Axia comel milik abah. Pandangan aneh beberapa orang lalu-lalang, aku tak heran. Mana tak peliknya, datang ramai-ramai macam nak berkampung di situ. Nasib tak bawa kompang, nanti diingat rombongan meminang pula.
"Ibu dengan abah nak cakap apa?" Aku bertanya usai duduk bertentang dengan mereka. Dalia dan Daniel aku belikan aiskrim awal-awal lagi. Cara nak bagi diam.
"Ibu tak setuju..."
Keningku terangkat. Tiber. Belum apa-apa lagi, terus kena bangkang. Ini belum jadi pembangkang dekat parlimen lagi. Mak sendiri yang jadi musuh ketat.
"Ida, cuba cakap elok-elok sikit dengan anak," tegur abah.
"Tak setuju apa ni? Didi tak faham."
Ibu diamkan diri. Termenung. Seakan berada dalam dunianya sendiri.
"Abah?" Wajah kebapaan abah yang berkerut itu, aku tenung. Memohon agar dia menjelaskan situasi tegang ini.
"Khairul telefon abah dua hari lepas, minta izin nak kahwin dengan kamu," jelasnya.
"Hah?!" Terlopong aku mendengar sebaris ayat itu. Apa... Apa makna semua ini?
"Ibu tak kisah kalau Khairul jadi anak angkat ibu dengan abah. Tapi menantu, susah untuk ibu terima. Ibu dah malu nak bersemuka dengan keluarga dia. Kalau dia yang putuskan pertunangan hari tu, ibu okey lagi. Tapi pihak kita yang batalkan," tutur ibu, berbelah bahagi. Anak matanya bergetar, menandakan dia juga tidak pasti dengan kata putusnya.
Advertisement
"Tak. Didi tak tahu pun... Memang Dr Khairul ada cakap, tapi Didi belum bagi jawapan lagi."
"Ibu tahu. Dia dah cakap dekat abah yang Didi belum setuju."
"Macam mana ni ibu? Didi pun tak tahu nak cakap apa..." Tangan yang mulai bergetar, aku genggam. Remuk hatiku melihat tampang risau tertampal di wajah mereka. Tak sepatutnya aku bebankan mereka dengan masalah ini.
"Abah tak kisah. Apa pun keputusan Didi, abah sentiasa sokong. Jangan fikirkan orang lain. Sebab hal kahwin ni melibatkan masa depan kamu. Abah tahu Didi dah cukup matang untuk buat keputusan," kata abah. Meletakkan sepenuh kepercayaannya buatku.
Ibu geleng laju. Tampak tidak bersetuju.
"Abang, saya dah tak boleh nak dengar adik-beradik saya mengata anak saya sendiri. Cukuplah berkali-kali diorang hina arwah Zack, cakap macam-macam sebab dia membesar dekat rumah anak yatim. Sampaikan saya pun terpengaruh dengan cakap diorang. Kalau diorang tahu yang Didi kahwin dengan bekas tunang nanti..."
Tak sempat habiskan kata, air mata ibu menitis laju.
Aku tersentak. Dadaku senak, dirundung rasa pilu.
"Ibu janganlah nangis. Kalau ibu tak nak, Didi takkan terima Dr Khairul. Didi tak nak sakitkan hati ibu." Aku memujuknya. Jari-jemari rapuh itu, aku genggam seerat mungkin.
"Maafkan ibu. Ibu cakap macam ni sebab ibu sayang anak ibu. Sejak ibu bercerai dengan bekas suami ibu, mulut diorang tak henti-henti mengata keluarga kita. Biarlah kita je yang hadap semua ni, ibu tak nak Khairul terkena tempias sekali," tutur ibu, kedengaran sayu.
Sebaik saja selesai berbincang, kami sekeluarga berdiri. Tubuh ibu, aku peluk. Nak redakan kegusaran hatinya. Aku reda. Mungkin aku dan Khairul sememangnya tak ada jodoh. Dan mungkin juga, solat istikharahku telah dijawab oleh-Nya.
"Didi? Finally, I could see you, honey," tegur satu suara, mematikan langkah yang aku ayun.
Aku toleh ke belakang. Janggal. Itu pertama kali aku bertemu dengan Grandpa Khalid, sesudah mendapat tahu yang dia ialah datuk Khairul.
"Erm, grandpa..." Aku tayang senyuman hambar.
"I'm so sorry about Zhayan. He's so stupid," pintanya, diiringi rasa kecewa.
Aku mula gelabah biawak. Tak sanggup nak bertentang mata dengan ibu dan abah. Takut rahsia yang aku simpan terlepas dari genggaman.
Itu belum ditambah dengan kewujudan enam orang lelaki berpakaian serba formal di belakang Grandpa Khalid. Semuanya berwajah atuk-atuk belaka. Buat apa mereka kumpul ramai-ramai ni? Baru nak buat kenduri konvo ke apa? Dua lelaki dalam lingkungan awal tiga puluhan di samping Grandpa Khalid juga aku tengok serupa nak cari gaduh.
"Terima kasih sebab bantu saya haritu. Hanya Allah yang mampu membalas jasa Encik Khalid." Abah berjabat tangan dengan Grandpa Khalid. Berkongsi senyuman lebar. Mereka sudah pernah berjumpa sebelum ini. Grandpa Khalid merupakan salah seorang insan berhati murni yang melawat abah sewaktu terlantar di hospital.
Aduh, cerita ni jadi semakin berepisod panjanglah pulak. Pelajar-pelajar nak lalu-lalang pun payah, sebab terlalu ramai orang berkumpul. Dah ala-ala family gathering dekat tengah-tengah kafe pun ada.
"Sama-sama. No hallah. Benda kecil je. Seronok saya tengok awak dah sembuh. Tak adalah muka Didi masam macam hari tu," ucap Grandpa Khalid selamba.
"What are you doing here?" tanya Khairul, tiba-tiba muncul dari celah mana pun aku tak tahu. Soalan itu nampaknya ditanya pada Grandpa Khalid.
Aku berasa kian tak tenang. Peluh dingin mula membasahi dahi. Kenapa aku boleh berkumpul dengan manusia-manusia entah datang dari planet mana ni? Ini bukan macam rombongan meminang, dah masuk tahap kenduri kahwin secara kecil-kecilan.
"Abang Arul!" Dalia dan Daniel pula menyambung melodrama yang belum tamat. Tangan Khairul mereka genggam macam tangan bapak sendiri.
Aku urut dahi. Cari cara nak berambus dari situ.
"Well, you know, meeting my old friends..."
"Yeah, funny." Khairul buat muka. Siap julingkan mata ke atas lagi.
Disebabkan otak dah gelong, gelak kecil terkeluar dari mulutku. Cepat-cepat aku tutup mulut. Berlakon macam tak ada apa-apa berlaku. Selama aku mengenalinya, tak pernah lagi dia tayang riak kebudak-budakan. Dengan darah daging sendiri, memang tak mustahil perangai sebenar boleh ditonjolkan.
"Saya nak pinjam Diana sekejap boleh?" Khairul kemudian alihkan tubuhnya pada ibu dan abah. Tampang seriusnya kendur sekelip mata.
"Eh, takyah pinjam. Ambik terus pun boleh," sampuk Grandpa Khalid, berlakon macam ahli keluarga rasmiku.
Membuntang mataku menikam wajah tuanya. Bukan hanya aku, mata abah dan ibu pun dah keluar kuasa halilintar. Tak senang dengan kata-kata tak berlapik Grandpa Khalid.
"Ehem, saya gurau je. Jangan marah aaa..." Sengihan kecil menghiasi wajah berumurnya.
"Ibu dengan abah balik dulu. Jaga diri tau," pesan ibu.
Aku angguk, seperti selalu, tangan mereka aku salam penuh kasih. Ibu dan abah menanti Dalia dan Daniel habis membisikkan sesuatu di telinga Khairul. Geli hatiku melihat mereka ketawa mengekek saat diusik. Suka sungguh dengan Abang Arul mereka.
"Aaron, send them home," arah Grandpa Khalid tanpa memandang wajah lelaki yang digelar Aaron itu.
Belum sempat aku nak bantah, keluargaku sudah diiringi Aaron ke kereta. Aku garu kepala yang tak gatal. Wajah Khairul pula aku pandang dengan puluhan tanda tanya. Apa yang aku boleh tangkap, salah satu genetik keluarga dia ialah suka buat apa saja sesuka hati. Langsung tak pedulikan pandangan orang lain. Terlalu optimis pastinya dalam setiap perkara.
Will yang berdiri di sebalik tiang itu, aku tengok dengan riak curiga. Apa tugas dia ni sebenarnya? Dah tak ada kerja lain ke apa? Memang tak selalu, tapi sudah beberapa kali aku nampak dia mengekori Khairul ke mana saja. Mungkin setiausaha dia kut, dugaku.
"Dr Khairul nak cakap apa lagi? Saya nak ke kelas."
"Marah ke?"
"Eh, taklah. Memang seronok kena marah depan satu kelas. Pengalaman manis kut. Boleh cerita dekat anak cucu nanti," bidasku dengan senyuman plastik.
"Baguslah kalau macam tu. Cerita dekat anak cucu kita nanti supaya diorang tak ulang silap sama." Dia membalas tenang.
Aku ternganga. Anak cucu kita? Kita?! Eh eh dia ni, tengah booking rahim anak dara orang ke apa?
"Apa Dr Khairul merepek ni? Sejak bila saya janji nak lahirkan anak doktor?"
Dia kemudian tersenyum nipis. Kelihatan sangat menenangkan.
"I'm sorry. I knew I was being too emotional. Saya call, tapi awak tak angkat. Saya ingatkan awak larikan diri lepas apa yang dah jadi. Time is valuable, Diana. Every second of it shouldn't be taken for granted. Especially for education. Saya memang pantang bila orang ambil mudah soal pelajaran. Ilmu tu bukan untuk sehari dua, tapi sampai kita mati."
Bibirku terkunci seketika, tenggelam dalam panahan matanya.
"Saya minta maaf..."
"Walaupun apa sekalipun hubungan kita, ia tak bermakna awak boleh buat sesuka hati awak. Lambat tetap lambat, saya tak bagi muka dekat sesiapa. Kalau saya lepaskan awak masuk tadi, pelajar lain akan ungkit dan jadikan awak alasan untuk diorang lepaskan diri. Awak nak macam tu? Tegas seorang pengajar tak bermakna dia benci, tapi sayang."
Aku geleng laju, terkelu lagi. Tak mampu nak merangka ayat.
Lantas itu, Khairul mara ke hadapan, tanda dia mula hendak bercakap tentang pekara serius. Aku sudah dapat baca perangainya yang satu ini.
"Saya nak jawapan awak untuk soalan saya haritu. Awak dah buat keputusan?"
Tak keruan aku dibuatnya. Dada turut berkocak kencang. Pelbagai rasa mula menghuni jiwaku. Masih berdolak-dalih. Sedaya upaya aku cuba menangkis rasa tak pasti ini. Jawapan yang aku berikan sebentar lagi mungkin akan merubah segalanya. Dan hari ini, mungkin aku akan sesali sampai bila-bila.
"I'm sorry to disappoint you again. No. My answer is no. Ibu saya pun tak setuju dengan rancangan ni. I think we should end here, doctor. Thanks for what you've done for my family. Saya takkan lupakan jasa dan kebaikan doktor." Akhirnya, aku lontarkan jua jawapan yang dinanti.
Wajahnya kekal beku tak berperasaan. Dia angguk beberapa kali.
"Hmm... Okay."
"Okay?" Aku bertanya kembali. Kerutan panjang terbentuk di dahiku. Sekali lagi, dia mengejutkan aku dengan reaksinya. Tersangat tenang. Langsung tak tunjukkan ciri-ciri orang kecewa, terluka, mahupun tersakiti.
"Thanks for your honest answer, Diana." Usai berkata, figura tubuh lampainya hilang dari anak mataku.
Honest answer? Jujurkah aku?
"Erm, doktor..." Aku cuba mengejar langkah panjangnya. Dek tali kasut durjana yang tak diikat rapi, kakiku terpeleot, nyaris-nyaris wajah menyembah tar jalan. Namun, ada tangan pantas menyambut lenganku, ditarik manja, lalu memastikan tubuhku kembali stabil.
Wajah aku dongakkan, mata aku dan Khairul bertentang seketika.
"Be careful. You know that I can't always catch you when you're stumbling. Because you don't want me to be your prince. And obviously, you're not meant to be my princess either."
Ayat itu... Kenapa begitu memilukan?
", asal ramai sangat orang call ni?!" sungutku. Sehari suntuk panggilan masuk dan keluar, mahunya tak rasa nak sewel. Sepanjang dua puluh minit lepas, ibu dan kawan Naura bertubi-tubi menelefon aku.
Masalahnya, manalah aku tahu. Kelas habis pun dah nak dekat maghrib. Akhir aku nampak dia pun pagi tadi, waktu kejut dia tunaikan solat subuh. Itu pun Naura tak bangun, menggeliat beberapa kali saja dan kemudian tidur balik.
Hari ini benar-benar menguji kesihatan fizikal dan mentalku. Sebaik saja habis kelas, aku berjalan laju ala-ala atlet, menuju ke bilik yang kami huni bersama. Risau yang teramat sejurus mendapat tahu yang dia sudah tak hadirkan diri ke kelas selama dua minggu. Fikirku waktu kelas kami tak selari. Tak sangka dia berani ponteng sampai sedemikian rupa.
Entah kenapa, teringatkan sikap Naura kebelakangan ini, aku jadi tak sedap hati. Kenapa aku baru sedar sekarang? Hatiku merintih. Harapnya, apa yang aku bayangkan hanyalah bayangan semata-mata.
"Assalamualaikum, Naura! Naura?" Aku masuk ke kamar persis orang gila tengah memekik.
Tak berjawab.
"Saya masuk tau!" Tirai yang menutupi compartmentnya, aku tarik.
"Aaaaaa!" Jeritanku bergema.
Aku terduduk ketakutan, sehingga tak sedar tiang tirai itu menghempap kepalaku. Takungan kolam air mataku penuh sekelip mata. Tubuh Naura terbaring longlai di atas meja belajarnya. Tangannya kanannya terjuntai ke bawah, dilumuri darah yang merembes keluar, menitis laju bak air terjun. Ada kesan potongan besar pada pergelangan tangan tersebut.
Geleng. Tangan aku bawa ke mulut. Ya Allah... Ya Allah...
"Naura! Bangun, Naura! Tolong! Tolong!" Aku memekik kuat, cuba dapatkan bantuan dari rakan-rakan di bilik berhampiran kami.
Advertisement
- In Serial78 Chapters
Rejected by Who Knows Who..
In a world where Soulmates exist, people are born with or without one.I, Aera Irene Whitfield a 20-year-old Actress who is studying business have been blessed by not one but SIX soulmates. But something happened.At the age of 16, I met one of them. I only saw their eyes through the pulled down window of a black Mercedes car. The eyes of those who found their soulmate glow of a blue color. I could feel my eyes changing color but then the car drove off. Not even a day later, my eyes turned into a pure silver color. That means I've been rejected, not by one but by all SIX soulmates.I'VE BEEN REJECTED BY WHO KNOW'S WHO!******************************I DO NOT OWN ANY OF THE PHOTOS USED, CREDITS TO THE ARTIST, IF YOU KNOW WHO THEY ARE PLEASE TELL ME SO I CAN GIVE THEM CREDITS, I ONLY FOUND THE PICTURES ON PINTERESTThe story is thought and created by yours truly 😉++++++++++++++++++++++++Upload schedule: Once a Week, Twice if I feel like it.Started: August 20, 2021Ended:The Third Book I made
8 228 - In Serial10 Chapters
Boopie.com
I fell in love with someone I never thought I'd fall for - a chatbot from Boopie.com"The beauty of love is, you can fall into it with the most unexpected person at the most unexpected time." -AnonymouspoopinghinsilCopyright©2017All Rights ReservedStarted: January 13, 2017 / 9:26 PMEnded: May 4, 2017 / 2:11 AM
8 248 - In Serial8 Chapters
ReaperTale sans x goddess of love ( reader )
(Y/N) the goddess of love ,she was made by her mother,The goddess of life and was loved by everyone.She always hid her from one god that she disliked. One day the ruler of the underworld,Sans found out about her and you and went to see you and was surprised to see how beautiful you were. So beautiful at he wanted you all for himself! In the night, he went in your room,grabbed you and left. Her mother vowed if her daughter wasn't returned, The world would burn by her rage. You only saw this in a dream,but could it be real?
8 135 - In Serial67 Chapters
Blind By Love
"This is Rumaan's child" I heard mama said. I didn't look up at her. I keep my head lowered. because I didn't have the courage to face her."This is not my child," he said abruptly.I looked at him with wide eyes. I was beyond shocked. What he just said.Did I hear him right? No, he can't say that. How can he?But as he looked away from me, my heart beats stopped. my breath hitched.And that's where he broke me completely"HOW DARE YOU RUMAAM" mama yelled and slapped him."Mama..." he was shocked that his mother slapped him" don't call me mama.," she yelledand was about to hit him again but I stopped her"no mama," I said and they all turned to me I slowly get up and went in front of them" he's right.. this is not his child" I put my hand on my stomach and said I had tears in my eyes but I did not let them fall in front of him whom I loved with my everything because now I was tired of crying for his love. I was blind. Blind by love but not anymore.Everyone looked at me shocked even Rumaan couldn't believe what I just said★★★Hana Rafeeq Mirza a beautiful innocent kind-hearted 20 years old girl Everyone loves cared and respect her but the one she loves since childhood her cousin her love of life, didn't love her neither he respects her.Rumaan Ahmed Mirza a hot handsome and flirt 23 years old boy. He was famous as a playboy in America.He never cared for those things which he gets easily and that's what Hana whom he got so easily. And he just wanted to get rid of her at any cost.He knew that Hana was crazy for him that's why he always took her advantage.Will Rumaan ever realize his mistakes or if he realised it will be too late???Want to know?? Yes? Then join their journey with meWarning: this is my first story and English is not my mother tongue. so it maybe has a lot of grammar mistakes. So read it at your own riskStarted: 26/1/2020Finished:16/6/2020#1 in heartbreak#4 in betrayal #3 in spiritual#1 in innocent#1 in spiritual
8 130 - In Serial43 Chapters
Somewhere Only We Know
[FREE STORY WITH EXCLUSIVE CHAPTERS]When George Shaw tries to find a plan for the last fifteen days to spend with his best friend, who he's had a crush on for as long as he can remember, all he needs is a map to plot out a road trip and his daily horoscope to boost his confidence.On a trip full of adventure, he needs to decide what's next: will he confess his feelings to Abby or let her slip from his fingers?2018 © beautlies
8 126 - In Serial27 Chapters
The Letters I Never Sent || completed
I like someone but he doesn't like me back
8 121

