《Pengganti Paling Setia ✔》Bab 10 ~ Out ~
Advertisement
menjelang, aku banyak habiskan masa di bilik Manis. Nak siapkan kerja khusus berkumpulan. Yang pasti, Adi memang sah-sah tak boleh datang ke asrama perempuan melainkan dia tukar jantina. Oleh itu, kami banyak berkomunikasi dengannya melalui group WhatsApp.
Hazel pula... Huh, jangan mimpi dia nak munculkan diri. Mimpi pun belum tentu jadi kenyataan. Malas nak kisah, asalkan dia dan Aiden siapkan kerja, itu dah lebih dari cukup. Bersyukur juga sebenarnya. Nasib baik lepas kena gertak hari tu, kerja mereka tetap jalan.
Pintu bilik aku buka seperlahan mungkin, nak elakkan Naura terjaga. Bukan apa, sejak dua menjak ni, dia macam susah nak tidur malam. Dek kerja yang bertimbun, dia makin kerap berjaga sampai lewat malam. Tapi yang stresnya, siang tidur pula tak ingat ke dunia.
Plastik berisi nasi goreng yang aku pesan di kafe tadi, aku tempatkan di atas meja belajarnya.
"Awak dah balik?" tegur Naura yang bangun tiba-tiba, menenyeh-nenyeh matanya.
"Ha'ah. Sorry. Awak terjaga sebab saya ke?"
"Taklah. Lapar. Tu awak belikan untuk saya eh?" tanyanya ceria. Jari telunjuk ditujukan pada bungkusan nasi tersebut.
Aku angguk. Lega melihat riak respons positifnya. Mahal betul senyuman teman sebilik aku tu. Elok sangatlah laga kepala dengan Khairul. Sama-sama lokek nak tunjuk ekspresi macam manusia biasa.
"Temankan saya makan kejap boleh?"
Senyuman lebar terukir di bibirku. Kami kemudian berjalan ke ruangan kecil di hadapan pintu bilik. Jam sudah terpacak 11 malam. Sebelum mengambil tempat di sisi Naura, aku terlebih dulu membuka pintu. Nak hilangkan sikit rasa bahang.
Tak banyak bercakap, aku perhati tindak-tanduknya. Satu demi satu suap nasi goreng diisi ke dalam mulutnya. Kami jarang berbual santai macam roommate yang lain. Masing-masing ada jadual yang berbeza, sebab tu susah nak bersua muka selalu. Bercakap pun bila perlu saja. Namun, aku tetap biasakan diri belikan makanan untuknya.
Biasalah Naura, bila dah belajar, kafe pun dia tak nampak dah. Kalau ada seratus pelajar macam dia, boleh gulung tikar segala kafeteria di universiti kami. Sejurus menelan suapan terakhir, bekas makanan itu diikat kembali, lalu ditolak ke tepi. Kepala didongakkan, menatap ke langit yang dihiasi butiran bintang-bintang.
"Didi..." Dia panggil perlahan. Tersenyum hambar.
"Hmm..."
"Lately ni kan, saya rasa penat sangat belajar. Rasa macam nak give up je. Kalaulah saya tahu ambik degree akan jadi sesusah ni, saya tak nak sambung belajar terus. Tak habis-habis dengan kerja dan assignment. Kalau macam ni, baik mati lagi bagus. Tak payah nak stres-stres dah," luahnya panjang berbanding hari biasa.
Mulutku terkunci seketika. Sedikit tersentak dengan pengakuan jujurnya.
"Inilah asam garam belajar, Naura. Tak ada yang mudah. Tapi kan... Apa yang buat awak fikir mati lebih baik daripada hidup?" Aku bertanya pula.
"Bila mati, saya dah tak payah nak fikirkan expectation family, kawan-kawan, pak cik mak cik apa semua ni. Saya tak perlu sambung belajar dalam bidang yang saya langsung tak minat. Parents saya dapat apa yang diorang nak, tapi saya... Saya rasa masa depan saya dah gelap. Segelap-gelapnya...."
Keluhan berat, aku hembus perlahan.
Sebelum ini, aku ingatkan Naura benar-benar meminati bidang yang dia ambil. Ternyata, tanggapanku salah. Sekarang, terjawablah kenapa dia selalu sangat nampak lesu dan tak bermaya. Mempelajari sesuatu bidang yang tidak diminati bukanlah mudah, perlukan keazaman yang kuat. Apatah lagi hidup dikelilingi ekspektasi manusia.
Namun itulah lumrah kehidupan, tak semua yang diidamkan menjadi nyata. Sebaik-baik nikmat yang boleh dihargai ialah peluang untuk menimba ilmu. Hal ini kerana tak semua orang dianugerahkan nikmat ini. Terutama sekali mereka-mereka yang tak berkemampuan.
"Awak minat apa?"
Berbicara soal minat saja, senyuman besar terbentuk di wajahnya.
"Drawing. I love to draw. Dulu, saya nak sambung dalam bidang art. Tapi parents saya bangkang, diorang cakap pelukis ni tak ada masa depan. Setiap kali saya nak lawan cakap, ada je yang diorang tepis. I was never right and always be the wrong one."
Advertisement
"Hmm... Mungkin parents awak tak kenal kut pelukis-pelukis yang hebat dekat dunia ni. Awak kenalah kenalkan diorang dekat Leonardo Da Vinci ke, Teme Abdullah ke, dan ramai lagi pelukis legend yang awak tahu. Rezeki ni luas sangat, Naura. Tak jadi doktor tak bermakna tak boleh berjaya. Being a doctor is just a profession. They need to know that passion is important as well."
Tubuh digerakkan sedikit, fokusnya beralih padaku.
"Macam mana awak boleh selalu fikir positif? Memang semua student course psychology ni apply positive thinking ke dalam kehidupan seharian?"
Gelak halusku terpacul keluar dari mulut.
"Tak adalah. Semua student fakulti psikologi pun stres macam awak jugak. Bila penat kan, almost 80% budak kelas saya cakap nak berhenti belajar. Mengeluh itu dan ini, sama macam pelajar-pelajar lain," ucapku tanpa selindung.
Aku tarik nafas panjang, sebelum menyambung bicara.
"Saya pernah ada seorang kawan ni tau, dia ada depression sejak sekolah lagi. Dia ambik ubat lama jugak, dalam 6 hingga ke 7 tahun macam tu. She attempted suicide a few times, even after she got married to a very good husband. Tapi alhamdulillah, sekarang dia dah okey. Siap ada anak lelaki sorang lagi."
Sedar ataupun tidak, kerana kawan baik itulah, aku memilih untuk mempelajari bidang ini. Pulihnya Fathina dari kemurungan menyakinkan aku bahawa lebih banyak orang yang mampu aku bantu di kemudian hari.
"She's so lucky...," gumam Naura perlahan.
Aku geleng laju. Tak setuju akan kenyatan itu. Kerana sewaktu Fathina susah, aku ada di sampingnya. Sakit yang ditanggung bukan kepalang. Bahagia dia sekarang bukan sekadar tuah. Malah, lebih dari itu.
"Definitely not..."
"Hah?"
"She fought for today's happiness. Never stop trying. Dia susah, Naura. Mak dia jual nasi lemak je dan ayah dia meninggal sebab kena bunuh. Dia tak pernah mengeluh langsung pasal family dia. She always did her very best. Bukan tu je tau, dia hampir nak berhenti belajar sebab dah penat cari duit. Tapi alhamdulillah, dia dah grad sekarang."
Matanya sedikit membundar.
"Awak bayangkan Naura, kalau dia give up dengan hidup dia yang dulu, dia takkan dapat bahagia yang sekarang. Di sebalik semua ujian, Allah nak hadiahkan something yang lebih bermakna untuk kita. Memang hidup di dunia ni tempat kita berpenat. Sebab ini dunia, bukannya syurga." Aku berucap lembut. Turut memujuk diri untuk sentiasa ikhlas akan kehendak-Nya.
Naura lantas tundukkan kepala.
"Tak tahulah Didi, kadang-kadang mati je nampak tak penat."
"Apa jaminan mati tu lebih baik? Mati nanti, kita tak ada sesiapa. Hanya amal ibadah yang boleh selamatkan kita. Kalau malaikat tanya dekat kubur nanti, boleh ke kita jawab dengan lancar? Mampukah kita lintas Titian As-Sirat tanpa dibaham api neraka? Waktu kena hisab nanti, selamatkah kita?"
Ternyata, bila dibincangkan, hidup dan mati, kedua-duanya mencabar. Tanpa sedar, air mata aku dan Naura gugur. Bayang-bayang Zack tersenyum indah mula hadir, menghiasi pandanganku.
"Untuk bahagia sampai bila-bila, pilihan kita hanya satu, Naura. Syurga. Itu saja pilihan yang kita ada. Tapi kita selalu lupa, jambatan untuk kita ke syurga ialah apa yang kita buat di dunia."
Naura tersenyum lagi. Menghapuskan air matanya.
"Terima kasih, Didi. Saya tak pernah rasa setenang ni. Baru saya faham kenapa Tuhan hantarkan awak untuk duduk sebilik dengan saya. Saya bersyukur sangat."
"Alah, semua ayat tu saya curi daripada ustazah saya dekat sekolah. Let's fight for it, Naura. Setahun je lagi. Let's bear till the end, okay? Tak bestlah kalau saya tak boleh konvo dengan roommate sendiri. Kalau saya kahwin nanti, siapa nak bagi hadiah?" Aku berseloroh.
Dia tergelak kecil.
"Seteruk mana pun hari ni, kita percaya pada hari esok. Sebab kita tak tahu hari mana yang akan buat kita tersenyum bahagia."
Advertisement
yang melekat pada kepala, aku buka satu per satu. Seperti yang selalu berlaku sejak kebelakangan ni, aku bergaduh dengan Fathina lagi. Salah aku juga, terlalu bertapi-tapi sangat. Kan mak cik singa dah mengamuk.
Sesudah menanggal serta menyangkut tudung bawal yang aku pakai sebentar tadi, tubuh aku henyakkan di atas katil bujang yang tak berapa nak empuk itu. Mengeluh buat entah kali keberapa.
Lamaran Khairul tempoh hari masih berlegar dalam benakku. Ya, aku tahu, tak selayaknya aku fikirkan soal ini. Bukankah tali yang terputus sepatutnya dibiarkan berakhir saja? Tapi, masalahnya, setiap kali aku nak bernafas dengan tenang, kata-kata yang sama muncul lagi.
How about us getting married once this semester is over?
Gelak berunsur sinikalku meletus.
Mudah benar dia berkata. Tak terfikirkah dia akan persepsi dan tanggapan orang lain? Apa pula kata keluargaku serta keluarganya? Nanti mereka ingat kami sekadar main-main soal kahwin pula. Sekejap nak kahwin, sekejap batalkan.
Semalam, lepas berkongsi perihal ini, aku berperang mulut dengan Fathina. Seperti biasa, soal masa depanku yang masih kabur dan gelap-gelita.
"Kau sukakan Dr Khairul kan? Apa masalahnya sekarang ni? Terima jelah, dia dah beranikan diri lamar kau untuk kali kedua kut," omel Fathina sambil bercekak pinggang. Dah macam boss besar. Dengan berpakaian pejabat lagi, menyerlahkan lagi sisi tegasnya.
Salah aku juga. Siapa suruh jumpa dia di pejabat?
"Cakap senanglah, yang nak hadap semua pancaroba ni aku, Ina. Suka saja tak cukup untuk dirikan rumah tangga."
Fathina mendengus kasar. Dah tertekan sangat gamaknya.
"Kan aku dah cakap, setiap keputusan yang kau buat sebelum ni, tak kiralah sekecil mana sekalipun akan tinggalkan kesan dalam hidup kau. Macam manapun, kau tetap kena hadap benda alah ni. Takkan kau nak sia-siakan peluang kedua ni lagi? Kau ingat ni lagu Nabila Razali ke apa?"
"Aku... Aku tak sanggup nak tinggalkan Zack..."
"Pulak dah...," ujar Fathina, lalu mengurut dahi. Dia kemudian mengambil tempat duduk berhadapan denganku.
"Apa yang kau fikir sekarang ni, Didi? Kau fikir apa? Aku ingatkan kau dah cuba buka hati untuk terima Dr Khairul dalam hidup kau."
"Kalau aku terima Dr Khairul... Zack macam mana, Ina? Zack..." Suaraku mulai bergetar. Menahan rasa yang menghempap dada. Terlalu banyak hati yang ingin aku jaga, sehingga aku tak tahu mana satu yang patut aku utamakan.
"Kenapa dengan Zack?"
"Dia tak ada siapa-siapa, Ina. Zack tak bertuah macam kita. Kalau suatu hari nanti aku lupakan dia, apa akan jadi dekat dia? Kalau aku sendiri tak ingat dia, siapa lagi yang akan ingat? Kalau aku tak sayang dia, siapa lagi nak sayang? Dia tak ada family, dia tak ada sesiapa, Ina. Kalau bukan aku, siapa lagi..."
"Apa yang kau merepek ni? Tak ada sesiapa yang lupakan lelaki sehebat Zack. Aku, Uzzam, bonda, Titanium, dan ramai lagi, kitorang tak pernah lupakan dia, Didi. Dan kau pun boleh teruskan hidup kau tanpa lupakan dia. Tak ada sesiapa suruh kau buang Zack daripada memori kau."
"Tapi kalau aku dah sayangkan Dr Khairul nanti, Zack mesti sedih. Aku tak boleh kecewakan dia." Persoalan yang lama tertanam di benak, aku lontarkan. Melupakan sememangnya lebih mudah daripada mengingati. Bagaimana jikalau suatu hari nanti, Zack dah tiada di hati dan mindaku?
Itulah hari yang aku takut-takutkan sejak munculnya Khairul. Setiap kali Khairul merapatkan jurang antara kami, rasa sayang yang aku pelihara buat Zack kian memudar. Dan aku tak bodoh untuk sedar, perasaan aku mula beralih arah.
Fathina bangun, bertukar tempat ke sebelahku. Sejurus itu, bahuku dipegang erat.
"Tengok aku, Didi. Tengok aku."
Dek dipaksa, aku angkat kepala. Air mata yang aku tahan, jatuh menuruni pipi.
"Please, kau tak boleh macam ni, Didi. Ni hidup kau, bukan Zack. Cinta pertama kita tak semestinya jadi cinta terakhir kita jugak. Kadang-kadang, Allah hantarkan seseorang sebagai pengajaran, bukan untuk bahagiakan kita. Dan jangan lupa, Dia juga yang hantarkan seseorang untuk jadi peneman hidup kita."
Tangisanku semakin tidak terbendung. Tersepit antara dua keputusan.
"Kahwin dengan Dr Khairul, jadikan dia yang halal untuk kau. Kau sendiri cakap dia hormat parents kau macam parents dia sendiri. Lelaki macam ni, kau nak sia-siakan ke? Kau sanggup ke tengok perempuan lain peluk cium dia?"
"Aku tak nak menyesal, Ina. Aku tak boleh tipu hati aku sendiri. Zack masih ada dalam hati aku dan Dr Khairul pulak... Dia cuma... Dia..."
Aku geleng. Tak boleh nak habiskan ayat. Menipu sememangnya perkara yang paling sukar untuk dilakukan. Terutama sekali di saat mata Fathina sendiri menidakkan bicaraku.
"Allah sediakan banyak bidadari dekat syurga, Didi. Semua tu untuk lelaki-lelaki yang beriman. Kau kena terima hakikat yang kau takkan jadi bidadari Zack. Tolonglah bukak hati kau. Aku cakap banyak kali dah, cinta bukan bukan simpati. Sekarang ni cinta kau dah beralih, tapi kau masih nak kekalkan rasa simpati tu," ucap Fathina lantang. Seolah-olah mampu membaca kamus hatiku.
"Buat istikharah dan fikir betul-betul. Waktu aku kahwin dengan Uzzam dulu, kau selalu bagi kata-kata semangat. Waktu aku sangsi, kau yang ada di sisi. Sekarang, giliran aku pulak tolong kau, Didi. Bagi Dr Khairul dan diri kau peluang untuk saling kenal. Manalah tahu, dia tu sebenarnya pengganti paling setia yang kau tunggu selama ni."
Kini, aku tak lagi menjawab. Hanya membiarkan titisan jernih membanjiri pipi. Soal rahsia Tuhan, mana mampu aku ramal. Soal hati pula, mana mampu aku bohong. Fathina tahu meskipun aku tak berkata apa-apa. Bisuku tak bermakna aku diam. Tapi sang kawan sudah siap membaca segalanya.
Usai itu, tangan didepakan bersama senyuman manis.
"Meh sini... Dah, jangan nangis. Cengeng betullah kawan aku ni." Fathina menarik aku ke dalam dakapannya. Menepuk perlahan tubuhku. Dialah kawan yang bukan sahaja mengajar erti hidup, malah membentuk aku menjadi insan yang tabah saban hari.
mataku terbuka secara berperingkat. Blur. Tangan aku angkat, nak tengok jam. Hah?! Tubuhku menegak. Tadi baru pukul 10 pagi, kenapa sekarang dah pukul 12 tengah hari? Aku pegang kepala, rasa nak hempuk dekat dinding. Macam mana boleh tertidur ni?
Tak fikir lama, aku berlalu mencapai kasar tudung yang tergantung, terus gayakan di kepala. Tangan mula terketar. Selama aku belajar di situ, mana pernah aku datang lewat ke kelas. Terutama sekali kelas Dr Khairul. Kalau lambat, cari nahas namanya.
Tapi memang dah lambat pun!
Sesudah mencapai segala barangan penting, aku berlari-lari anak ke muka pintu. Masa sudah suntuk. Berkira-kira juga nak skip terus. Semua orang dah masak dengan perangai Khairul. Dia sangat anti dengan manusia tak patuhi masa. Bukan aku tak nak patuh, tapi mata ni yang tikam belakang. Tidur tak bagi salam.
Termengah-mengah aku meluru ke pintu besar yang menempatkan lecture hall. Nafas panjang aku tarik sedalam mungkin. Nak masuk ke tak? Kalau boleh, aku tak mahu mungkiri janji yang aku dah persembahkan pada ibu dan abah. Jikalau tak ada sebab yang kukuh, mereka melarang keras aku ponteng kelas.
Dengan lafaz bismillah, pintu itu aku tarik dengan lemah gemalai, nak hasilkan bunyi seminima yang mungkin. Kepala aku dongak ke atas, mencari kelibat Adi. Selalunya lelaki itu pasti akan jaga tempat aku.
Pandangan orang lain aku buat-buat tak nampak. Ikut sukalah mereka nak fikir apa, janji aku tak ponteng kelas hanya sebab tertidur. Alasan yang sangat sukar diterima oleh akal tak berIQ tinggi aku ni.
Yes, Adi perasan!
Aku curi tengok Khairul di depan kelas. Terkumat-kamit bibir merah jambunya, berleter perihal topik yang sedang dibentangkan. Pandangan aku alihkan pula pada Adi. Dia cepat-cepat gelengkan kepala dengan muka cuak. Terlihat seperti tak benarkan aku masuk ke kelas.
Setapak aku melangkah masuk, Adi tampak makin tak keruan. Tangan disilang terlebih dulu sebelum diayunkan, halau aku dengan cara sopan. Namun aku tak kira, awal-awal lagi aku memang dah berazam untuk hadiri kelas itu, walau apa pun terjadi.
Berhati-hati aku berjalan ke arah tangga yang terletak di tengah-tengah dewan itu.
"Eating disorders are being taken lightly by our society though it is an alarming issue. I'm sure most of you must have heard the terms bulimia, anorexia nervosa, and binge eating disorder since these are pretty common. However, you guys must realise that eating disorders happen when people are too obsessed about their weight..."
Langkahku mati tatkala suara Khairul tak lagi bergema di segenap dewan tersebut. Senyap sunyi. Hanya bunyi nafasku yang kedengaran sudah tak teratur. Dengan berat seberatnya hati, aku alihkan tubuh ke belakang.
Dalam sekelip mata, tikaman anak mata memukaunya menembusi mataku. Detak jantungku terasa kian tak stabil apabila Khairul meletakkan presentation clicker yang sentiasa melekat di tangannya sewaktu mengajar.
"Come here, Diana Eirina." Namaku berdendang, memenuhi segenap dewan.
Patuh seperti robot, aku berkawad kaki ke tempat di berdiri. Setibanya aku di depannya, dia tidak berkata apa-apa. Sekadar menyelami anak mataku.
"Erm... I'm so sorry, Dr Khairul... I... I..." Ucapan panjang yang aku karang otak, tak mampu aku luahkan. Takut. Riak wajahnya terlalu kosong, tidak berperasaan. Macam berdepan dengan mannequin. Belum dicampur lagi dengan tatapan aneh manusia-manusia yang menghuni dewan itu.
"You're late. Why?" tanyanya, bernada tenang.
"Erm... I was... o..over..."
"Overslept?"
Kejung kakiku apabila dia menyebut sendiri perkataan keramat yang dibenci oleh mana-mana pelajar mahupun pengajar.
Aku angguk dengan penuh kepasrahan. Kalau menipu sekalipun, apa yang aku dapat? Saham dosa adalah.
"Out."
"Hah?"
"Get out."
Aku tergamam. Wajah bersihnya aku pandang. Gelengan lemah, aku berikan.
"But..."
"Out of this class, Diana. Talk to me later. You're distracting those who want to learn," katanya serius.
"But I want to learn..."
Khairul menapak satu langkah ke hadapan.
"If you seriously wanna learn, you won't be coming late. If you are determined enough, you should be here on time. No cheap excuses. It's just a matter of priority. This class is not your priority. Your sleep is."
Geleng lagi. Empangan mataku berair. Aku tahu dia memang jenis dingin dan beku. Tapi sebelum ni, dia tak pernah sedingin ini. Sekurang-kurangnya, tidak bersikap begini di hadapan khalayak ramai. Marahkah dia sebab peristiwa baru-baru ini?
"No, Dr Khairul..."
Bicaraku dipotong laju.
"Get. Out. Now," tuturnya keras, sepatah demi sepatah.
Advertisement
- In Serial60 Chapters
The rightful Luna
*'I-I am sorry your highness I touched ...!' She was trying to apologize, but she fell silent as she could not utter with her mouth that she accidentally touched his lips.'But I am not sorry!' He said calmly looking straight at her. What was she supposed to say after hearing his words?'I did not mean to touch your highness's ...' she said with great difficulty.'That was not a touch.' He said not permitting her to brush it off as an accident, even though it clearly was.'It was a kiss.' He said with a hoarse determined voice.She widened her eyes, as her face flushed even more than it did when she realized what she had done. He dared to say the word she avoided.'That was not! I...' she tried to refute. 'What is a kiss Celia?' She could not answer. How could she say the definition of a kiss with her own mouth, it would only confirm his words.*'It was an accident. I am truly sorry, I did not mean any discourtesy towards your highness. If I can make up for my error somehow?' She quickly said. She did not know of his personal life, as he had a tight security around him and nobody knew much of the king outside official visits and business. He must have felt insulted.'Please don't call it an accident. For a first kiss of a person to be called an accident ...' He said again with a dejected tone, but did not continue. It was like he had already gotten his point across.'Ahhh. I am so sorry! It really was an ...' She wanted to say accident but, because of his pleading she could not actually say it. To have committed the blame of taking the king's first kiss and then not acknowledging it, how would he think of her?At this point she did not even realize that their roles had reversed, or that it was her first kiss also.PS: If you like loyal mates... then please proceed further :D
8 2240 - In Serial70 Chapters
Psycho
Katie is a psychologist for criminals, and is very good at her job. But what happens when she is faced with a new challenge that is Jason McCann, America's most wanted criminal, who's finally arrested? Can she change him, or will he change her?Cover by @Ma_Raa*Currently Editing*
8 304 - In Serial38 Chapters
His Silly Student - Love Story Between A Teacher & A Student | ✓
''Rasha, if it's not you, it's not anyone. And if I have to fight for you, I'll do that. Even if it takes years to get you back, I'll still wait for you.'' I want to cry, cry my lungs out. How, how is he still being like this? Why won't he give up on me? ''I love you Rasha, I fucking love you.''Rasha Hamadini is a 17-year-old teenage girl who just became a senior, she thinks this year is another boring school year with just homework and exams. But what happens when her history teacher quits and they replace her with Mr.Bashar. The popular and hottest teacher that everyone loves.Will she like him to? Or will they fight the whole year?
8 188 - In Serial25 Chapters
Ice Cold ~ Toshiro x Reader
You were a normal human, as far as you knew.Went to school, had a sibling and friends, slept, ate...That was found to be untrue, to your shock, when a certain white-haired Captain found his way into your life.~ωε αяε αℓℓ ℓιкε ғιяεωσякs. ωε cℓιмв, sнιηε, αη∂ αℓωαүs gσ συя sεραяαтε ωαүs αη∂ вεcσмε ғυятнεя αραят. вυт εvεη ιғ тнαт тιмε cσмεs, ℓεт's ησт ∂ιsαρρεαя ℓιкε α ғιяεωσяк αη∂ cσηтιηυε тσ sнιηε... ғσяεvεя
8 253 - In Serial33 Chapters
A Silent Lover
Jung TaekWoon, otherwise known as Leo of Vixx, is famous for his chic silence in the world of loud and attention seeking idols. Never the most out-spoken person, being around cameras sends his shy personality into overdrive. It's been almost four years since his debut and he's finally beginning to come out of his shell in public, but it's still something he struggles with in his personal life. So when he sees a beautiful foreign girl in his favorite coffee shop, all he can do is look.Imani Taylor is a woman on a mission and she has a well thought out plan for how her life will go. Step one is expanding her tutoring business into a full scale teaching center. Step two is adopting the little Korean boy who has stolen her heart. And Step three is living happily ever after. Imani is determined to make life work for them in Seoul, and she can't let anything get in her way, even if a darkly handsome man is vying for her attention. With TaekWoon just starting to open up to the world, will a love between himself and a woman dedicated to fighting for what she wants be able to succeed? Or will the past come back to haunt them both?Highest ranking:#1 in Jung TaekWoon🌟🌟🌟🌟 #1 in Vixx🌟🌟🌟 #3 in ambw🔥🔥🔥🔥 #9 in interracial#2 Blackwoman#40 in Kpop#1 blackfemale🔥#1 in bwam#1 in blasian🔥🔥🔥#2 in Asian🔥🔥🔥🔥#2 in African American🔥🔥🔥
8 217 - In Serial52 Chapters
Killing Me To Love You | ✓
Just one slight mistake threw me into a world that knows nothing but crime, violence, betrayal, and death. Just one slight incident led me into the life of the most alluring man with nothing but the look of murder in his eyes. Just one slight incident was all that was needed to change the course of my entire life. My fragile heart isn't made for his tough world and his corrupt soul isn't made for my naive world. But he won't let me go. And suddenly, my life wasn't about living, it was about surviving.- Full Summary Inside -
8 125

