《Pengganti Paling Setia ✔》Bab 7 ~ Hantu ~
Advertisement
terakhir bersama Zack, aku baca kembali bait-baitnya. Langsung tak ada tanda-tanda lelaki itu akan pernah meninggalkan bumi Allah ini selamanya. Adakah aku yang terlupa erti reda akan ketentuan-Nya? Sehingga hari ini, masih berat hati ini hendak melupakan si dia.
Masih jelas hari di mana Zack pergi dan berpaling dariku. Kerana ingin menunaikan tanggungjawab sebagai seorang kepercayaan Dato' Uzzam, nyawa sanggup digadaikan.
"Kalau Abang Zack tak pergi tak boleh ke? Saya yakin Dato' Uzzam ada lagi ramai orang yang hebat-hebat belaka. Haikal dan Titanium pun ada. Kita dah nak kahwin, bang. Kalau jadi apa-apa nanti, saya tak sanggup hilang abang..."
Zack sekadar tayang senyuman yang terlihat sangat menyenangkan.
"Didi percaya kan jodoh di tangan Allah?" Dia bertanya lembut.
Aku angguk perlahan. Menyahut renungan redupnya.
"Kalau abang jodoh Didi yang dah tertulis sejak di Luh Mahfuz lagi, insya-Allah, kita akan disatukan dengan apa cara sekalipun. Datanglah orang ketiga ke, keempat ke, mak mentua durjana ke, takkan ada yang boleh halang."
Angguk lagi. Namun, ada satu hal yang membelenggu keamanan mindaku. Kata-kata Zack sedikit sebanyak buatkan aku rasa takut. Tak mampu aku bayangkan lelaki lain, melainkannya. Dan dia saja lelaki yang ingin aku bahagiakan sehingga ke hujung hayatku.
"Tapi..."
"Tapi... Kalau tak, maknanya abang bukan jodoh Didi. Mungkin ada lelaki yang jauh lebih baik tengah tunggu Didi. Kalau semua orang dah tahu jodoh awal-awal, tak adalah kes putus cinta, putus tunang, dan cerai-berai. Tak semua jodoh yang kita sangkakan tu ialah yang terbaik untuk kita. Sama macam Asiah yang diseksa suami sendiri, Firaun."
Riak penuh kebosanan, aku tampalkan di wajah.
"Alah, sudah-sudahlah tu membebel. Tak ada maknanya saya nak tukar calon suami last minute macam ni. Saya tunggu abang balik. Take care. Tolong selamatkan Ina ya. Doa saya akan sentiasa iringi abang."
"Jangan risau, abang akan belasah semua orang-orang Syed Kamal dan selamatkan Fathina. Lepas tu, abang akan balik jumpa Didi, okey?"
Aku mengangguk laju. Hanya Allah saja yang tahu betapa tak tenangnya perasaanku buat masa ini. Tak sanggup membayangkan hal-hal tak baik menimpa Fathina dan Zack. Mereka berdua adalah antara orang terpenting dalam hidupku.
Zack berjalan cepat menuju ke keretanya.
"Abang!"
"Hmm..." Dia menolehkan wajah, bertentang mata denganku.
"Jangan lupa tau, saya tunggu abang dengan Ina balik. Kalau abang tak balik, saya tak nak kawan dengan abang dah!"
"Roger, lady boss!" Dua jari tangan kanannya diayunkan ke kepala.
Dan tanpa aku sedar, itulah kali terakhir kami berbicara, sebelum dia pulang kembali kepada Ilahi. Lelaki hebat bergelar tunang itu pergi selepas bertarung nyawa. Peluru yang menembusi dadanya adalah bukti perginya seorang insan sejati. Hari di mana aku menanti dia di luar bilik bedah dan ICU masih menyesakkan dada sehingga ke hari ini.
Mata ini sendiri menjadi saksi dadanya ditekan-tekan buat di ruangan ICU. Di saat mesin yang menunjukkan degupan jantung itu berhenti berfungsi dan doktor melafazkan waktu kematiannya, janji hanya tinggal janji. Percaya hanya tinggal percaya.
Kemudian, Khairul muncul, menyatakan hasrat hatinya untuk memilikiku. Sungguh aku tak sangka, pertemuan singkat di universiti Fathina membawa satu makna yang jauh lebih mendalam.
Akhirnya, sewaktu di rumah Fathina, aku tewas dek ketulusan Khairul yang jelas terpancar. Mudah saja aku membenarkan dia bertemu dengan ibu dan abah. Sewaktu ibu beria-ria hendak memenantukan seorang pensyarah, aku sekadar terima tanpa berfikir panjang.
Namun, hati tak semudah yang disangka. Ianya sangat licik. Setiap hari, aku dihantui rasa sangsi, memikirkan sama ada keputusanku yang aku buat betul atau tidak. Sehingga ke satu tahap, aku sendiri yang memutuskan untuk leraikan hubungan kami.
"Fikirkan apa lagi tu? Tak habis-habis lagi kau ni kan? Kalah orang tengah angau bercinta!" ujar Fathina, tengah sibuk menyusukan Aariz. Perempuan ni memang, kalau suami dia tak ada dekat rumah saja, mesti menempel dekat rumah aku.
Advertisement
"Tengah fikir nak jadi beruk atau monyet. Mana lagi best eh?"
Pap!
Paha kiriku menjadi mangsa penamparnya.
"Mulut tu kan. Dah elok Allah bagi kau jadi manusia, makhluk terbaik. Boleh pulak kau teringin nak jadi binatang."
"Bosanlah nak melawak dengan kau. Tak boleh kompromi langsung." Aku tarik muka. Berbeza dengan aku, Fathina sangat menjaga tutur bicaranya. Tak main serbu saja.
"Cincin tu, kau nak pakai sampai bila?" soal Fathina, matanya tertumpu pada cincin pemberian Zack yang tersemat di jari manisku.
Jongket bahu. Tak ada jawapan untuk soalan itu.
"Aku tahu susah untuk move on, Di. Because I've been there. Hampir tujuh tahun aku berperang dengan depression. I know it ain't easy to move on from our darkest past. Tapi susah tak bermakna mustahil, kan? Kau strong. Jauh lebih kuat daripada aku. Aku yakin kau boleh. Bagi peluang dekat diri kau sama."
Nafas berat, aku hela perlahan.
"Aku tak sekuat yang kau sangka, Ina. Sekuat-kuat harimau mengaum pun, mesti ada benda yang dia takutkan jugak."
"Come on, kau ingat aku baru kenal kau sehari dua ke? Warna tahi hidung kau pun aku dah tahu. Sampai bila kau nak tipu hati kau sendiri?"
"Aku tak pernah tipu."
"Aku tak pernah tipu." Fathina mengajuk cakapku. Siap datang dengan pakej muka hodoh lagi.
Besar kecil saja aku tengok mak orang anak satu ni.
"Kau ni, lepas selalu kena belai dengan Dato' Uzzam, makin melampau, kan?" Aku lontarkan perlian pedas.
"Lah, jealous ke? Aku memang selalu kena belai, hug, kiss..." Dia kemudian membaringkan tubuh si kecil atas tilam yang dibawa. Sempat lagi dia mengucup selamba bibir Aariz.
Cis, mentang-mentang muka Aariz sejibik macam suami dia. Saja nak tayanglah tu!
"Mana pergi Fathina malu-malu cap ayam yang aku kenal dulu? Apa Dato' Uzzam dah buat dengan kawan aku?! Kembalikan Fathina yang lama cepat!" Bahunya aku goncang kuat, sehingga tubuhnya tergedik-gedik macam sotong.
Tawa kami meletus. Usai gelak kami kian reda, dia menyambung bicara.
"Rahsia, orang tak kahwin mana boleh tahu," bisik Fathina. Senyuman penuh makna tersirat terukir di bibirnya.
Kata-katanya sekadar aku balas dengan jelingan manja. Eleh, ingat orang single tak tahu ke? Pigidah!
"Sebenarnya kan, aku ada benda nak cakap dekat kau pasal Dr Khairul. Tapi, aku tak nak kau salah faham. Benda ni dah lama jadi, almost two years. Kau jangan fikir bukan-bukan pulak. Aku dah minta izin Uzzam untuk cerita pasal benda ni. Dia pun setuju."
Keningku terangkat. Menjadi satu perkara pelik kalau Fathina mula tayang wajah serius.
"Apa kau bebel panjang-panjang ni? Cakap jelah."
"Sebelum aku kahwin dengan Uzzam, Dr Khairul pernah luahkan perasaan dia dekat aku..."
Mataku membundar. Terkesima akan kenyataan itu. Dadaku terasa senak. Khairul pernah sukakan Ina? Jadi, sebelum ni, aku... Aku hanya pengganti kawan aku sendiri? Macam tu?
"Hah?" Dalam banyak-banyak persoalan, hanya satu kata yang terluah keluar.
"Dia cakap yang dia sukakan aku waktu tu," ujar Fathina tenang. Dia tak nampak suka mahupun benci.
Terdiam. Kepala aku tundukkan ke bawah. Masih alami kesukaran nak hadam perkara tersebut.
"Tapi kau kena ingat, suka dan cinta ialah dua perkara yang berbeza."
"Apa bezanya? Sama je." Aku berkata dingin. Terasa hati dengan pengakuan Fathina. Tergamak dia rahsiakan perkara ini.
"Meh aku bagi situasi, bagi kau senang faham." Fathina mula menyingsing lengan bajunya. Gayanya dah macam doktor pakar cinta.
"Usually, kita akan suka seseorang sebab dia tengok benda baik-baik je. Contoh paling mudah, suka sebab luaran, rupa paras ataupun personaliti. Tapi cinta ni lain. Cinta ni bila you have seen the worst of him, but still love him anyway. Contohnya, macam cerita Doraemon tu, Shizuka tetap pilih Nobita walaupun tahu Si Nobita tu banyak kekurangan."
Advertisement
Aku geleng. Susah nak faham makna sebenar di sebalik bicara anehnya.
"Tak, sekarang apa kena mengena segala definisi cinta Doraemon dengan cerita tadi?"
"Haih, slow macam snail pulak kawan aku ni. Dr Khairul cuma sukakan aku. Bukannya cinta. Perasaan suka ni boleh berubah-rubah. Macam budak-budak muda sekarang. Sekejap suka oppa ni, esok tukar oppa lain pulak sampai pening kepala aku dibuatnya."
Aku lepaskan keluhan besar.
"So? Point dia aper?" Gaya Lailer Kampung People bercakap, aku tiru.
Jari telunjuknya ditekankan pada dadaku.
"Check balik hati kau. Siapa yang kau suka dan siapa yang kau cinta. Satu lagi, cinta bukan simpati. We don't love someone simply because we sympathise for what has happened in their lives. Kau bijak kan? Jangan campur adukkan semua benda alah ni. Fikir betul-betul. Jangan bias. Jangan ikutkan hati. And be rational." Fathina meneruskan pesanan panjang lebarnya.
Wajahnya aku pandang tanpa perasaan.
"Kalau aku sedar dan tahu pun, tak ada apa-apa yang akan berubah."
"Siapa cakap? Bila kau dah sedar, you can start to take the right action."
Geleng.
"It's too late, Ina. Maggi pun dah kembang semangkuk dah. Tinggal nak buang je."
"Helo, sis. Lepas buang tu, belilah yang baru. Bukannya mahal pun. Kedekut betul. Lepas beli tu, kau masaklah balik. Make it taste even better. Senang je kan resipinya?" tuturnya bersahaja. Menjongketkan kening beberapa kali.
"Meluatlah cakap dengan kau."
Aku baringkan tubuh di sisi Aariz, menepuk perlahan tubuh si kecil yang mula meregang sakan, kalah orang besar.
Fathina turut melakukan hal yang sama. Tanganku dicapai, cuba untuk menarik perhatianku.
"Setiap hari kita diberi peluang untuk jadi insan yang lebih baik, Didi. It's either you fight for it or you automatically lose in your own battle."
" kasih, kak." Senyuman nipis aku hadiah buat wanita yang itu. Bukan selalu nak guna khidmat Grab. Malas nak memandu punya fasal, itu sajalah pilihan mudah lagi cepat yang aku ada.
Aku menghirup udara segar di kawasan sekolah rendah itu. Bukan hanya Daniel dan Dania, aku juga pernah membesar di situ. Itulah sekolah yang membawa aku ke hari ini. Sebelum memasuki alam universiti, sekolah ialah tempat segalanya bermula.
Sejak semalam, kedua adikku itu bergolek sakan di atas katil, minta aku temankan mereka ke sekolah. Katanya, ada hari kantin. Siapa tak suka hari kantin? Itulah pesta paling gemilang sewaktu zaman sekolah rendah. Aktiviti jual beli kupon, makan pelbagai juadah, main pelbagai permainan dan perkara yang paling aku benci ialah... Rumah hantu.
Ergh, tak faham dengan manusia-manusia yang sukakan rumah hantu ni!
Kerana rasa malas yang membuak-buak, permintaan mereka aku tolak mentah-mentah. Sekejap lagi dah kena balik universiti, malas nak buang tenaga. Tapi aku terlupa sesuatu. Tahun ini ialah tahun terakhir Daniel bergelar pelajar sekolah rendah.
Haih, sayang punya pasal, penat pun penatlah. Balik bilik nanti, aku tidur puas-puas.
"Mana budak-budak ni?" Sudah serata tempat mataku meliar, tak nampak juga si dua ketul tu. Ramai betul manusia-manusia di situ, serupa pasar malam.
"Didi!" Dari jauh, ada satu suara menerpa gegendang telingaku.
Bersama senyuman lebar, aku alihkan tubuh ke pemilik suara itu. Dengar saja dah tahu, itulah suara nyaring Dalia. Tatkala melihat manusia bertubuh tinggi lampai di sisi Dalia dan Daniel, senyumanku memudar. Wajah itu aku tilik dengan riak tak percaya. Gelak yang aku tahan meletus.
"Apalah yang diorang buat dekat dia," gumam aku sendiri. Terhibur tengok muka Khairul yang sudah dihiasi bermacam jenis contengan. Entah kucing, entah anjing, aku pun tak pasti. Habis dikacuknya haiwan berkaki empat.
"Didi datang!" jerit Daniel.
Mereka kemudian berlari-lari anak mendapatkan aku. Bukan main tersenyum lebar lagi. Begitu mudah nak membahagiakan budak-budak seusia mereka. Perhatian dan kasih sayang yang mereka inginkan.
"I thought you're not coming," ujar Khairul malu-malu. Enggan bertentang mata.
"I've changed my mind."
Lama aku merenung wajah matang itu. Dia mempunyai tona kulit berwarna neutral. Tak terlalu cerah dan tak pula terlalu gelap. Sedang-sedang saja. Fokusku beralih pada hujung rambutnya. Ada kesan cat merah. Tanpa sedar, jari-jemariku bertindak menghilangkan cat tersebut.
Anak mata Khairul mengembang.
"Awak buat apa?"
Terkejut dengan tindakan sendiri, cepat-cepat aku menarik tangan ke belakang. Persis orang nak kena gari dengan polis.
"Ma...maaf, saya ingatkan Daniel tadi..." Aku memberi alasan, lalu melangkah setapak ke belakang.
"Daniel dekat sinilah." Daniel yang sebenar bersuara, mengangkat tangan kanannya.
Gelak kecil terpacul keluar dari bibir mahal Khairul. Membuatkan aku terpesona seketika.
"Cepat betul Daniel besar, kan Daniel?" Kepala Daniel digosoknya perlahan.
Aku keluarkan tisu basah dari beg tangan. Tisu tersebut aku hulurkan buat Khairul, memberi isyarat untuk dia mencuci muka yang dah tak serupa orang tu.
"Thanks." Huluran aku, dia sambut tanpa banyak bicara,
Selepas menjernihkan suasana yang agak tegang, kami berjalan beriringan ke gerai-gerai yang tersedia. Kata Khairul, dia tak sampai hati hendak menolak permintaan Daniel yang mengajaknya semalam. Pandai budak tu senaraikan seribu satu alasan sehingga Abang Arulnya terpaksa mengalah.
Melihat kemesraan Khairul dengan Daniel dan Dalia, dadaku terasa lapang. Macam ada satu kekosongan mula terisi. Dalam masa yang sama, rasa risau hadir tanpa diundang. Tak selamanya Khairul boleh melayan mereka seperti itu. Serapat mana pun mereka, dia tetap orang luar.
"Rumah hantu! Abang Arul jom masuk rumah hantu ni. Kawan Daniel cakap best. Banyak gila hantu dalam tu. Ada yang comel jugak."
Tekakku tiba-tiba rasa nak tercekik. Benda paling aku nak hindar dah muncul. Perasaan cuak mula menguasai segenap tubuhku. Hantu dengan Didi menang tak sebulu dari dulu lagi.
"Kalau hantu tu comel, tak adalah orang takut hantu..." Aku gumam perlahan. Cuba menutup rasa gementar.
"Didi kan takut..." Mulut Dalia cepat-cepat aku tekup. Budak perempuan ni, satu rahsia pun tak pernah selamat daripada mulutnya.
"Takut?" Khairul bertanya.
"Takut? Tak adalah. Semua yang ada dekat sikit berjiwa Hang Tuah. Mana ada takut," dalihku dengan mata bergetar. Sedaya upaya aku menutup rasa takutku.
Bertemankan pelbagai persoalan tak terjawab, Khairul angguk perlahan. Nampak gayanya, buat-buat faham saja.
"Erm... Saya tak minat sangat dengan hantu siang-siang macam ni. Kalau Dr Khairul tolong temankan adik-adik saya boleh? Nah, ambik kupon saya. Kalau tak cukup, nanti saya beli baru."
Lebihan kupon dalam genggamanku dirampas Dalia.
"Kupon Dalia dah habislah, Didi. Dalia nak masuk dengan Didi."
Lengan kananku sudah digari tangan kecil Dalia. Selama hampir sepuluh minit, Khairul terpaksa tadah telinga, mendengar perang mulut antara aku dan Dalia. Geram betul dengan budak ni, orang dah cakap tak nak, dia paksa orang ikut sekali. Kalau benda bermanfaat tak apalah juga. Ini tidak, diajak aku jumpa hantu-hantu jadian.
Habis bertekak, aku tersentak sendiri. Tahu-tahu saja, aku sudah berada di baris depan. Peluh dingin semakin rancak berjogging di dahi tatkala aku mendengar suara manusia-manusia normal menjerit macam kena sampuk hantu.
Ibu, Didi nak terkencing dah ni!
Aku membuntuti langkah Khairul, Daniel, dan Dalia dari belakang. Tak berani nak berdiri di depan sekali. Risau pocong buatan tu main cuk cak di muka pintu. Karang, bukan aku yang pengsan, tapi dia yang nazak sebab makan penerajang.
"Dah cukup lima orang, akak kena masuk round seterusnya." Selamba gajah saja budak itu menghalang langkahku.
"Tapi akak datang dengan diorang." Jari telunjukku terarah pada ketiga-tiga insan di depanku.
"Tak boleh kak..."
"Apa tak boleh? Bolehkan jelah." Aku berkeras nak masuk sekali, namun tetap dihalang. Kupon di tangan aku pun di tak mahu terima.
Di kala aku sudah tak senang hati dan nak larikan diri, Khairul tiba-tiba muncul.
"Dik, wife abang ni takut sikit kalau masuk tempat gelap-gelap macam ni. Sorang je, boleh ya? Ni abang bayar lebih sikit. Nanti awak guna kupon ni beli makanan untuk kawan-kawan." Tiga kupon penuh dihulurkan pada budak itu.
Aku terlopong. Asal 4 kupon jadi sampai 30 nih?! Yang dia beli banyak-banyak nak buat apa?
"Bolehlah, bang. Terima kasih. Jaga isteri abang elok-elok."
Lututku terasa lembik tiba-tiba. Nak lawan tipu daya Khairul pun dah tak mampu. Gelengan aku tak dipedulikan Khairul. Dia tetap memaksa aku masuk sekali. Dan di situlah mimpi ngeri bermula...
tekakku hampir terputus dek menjerit serupa kucing tercabut ekor. Air mineral yang Khairul beli sebentar tadi, aku ambil. Nak teguk air pun terasa perit. Dengan tekak rasa pedih, tangan pula menggeletar. Teguknya sikit saja, tumpah yang banyak.
"Sudah-sudahlah tu menangis. Macam budak keciklah awak ni." Macam Doraemon, dia hulurkan pula sapu tangan pula. Banyak betul koleksi barang dia. Tak habis-habis.
Sapu tangan itu, aku rampas kasar. Cerlungan tajamku menikam wajah tenangnya.
"Orang tak ada perasaan macam doktor mana faham. Saya ni kecut perut waktu dalam rumah hantu tu. Doktor boleh pulak berdiri macam pokok kelapa, goyang pun tak. Buat sakit hati je," bentakku. Orang lain sibuk menjerit, dia jadi tour guide. Sekejap suruh belok kiri, sekejap belok kanan.
Dia gelengkan kepala.
"Benda tak takut pun, budak-budak sekolah je dalam tu. Awak sedar tak awak ada tendang kepala budak bawah meja tu. Nasib baik tak gegar otak dia."
"Dia pegang kaki saya, doktor tahu tak?! Ibu!" Tangisanku bergema lagi. Masih terbayang muka hodoh setiap hantu yang ada dalam tu. Sudahlah hodoh, perangai macam jebon pulak tu.
"Sudahlah, Didi. Daniel dah beli gula-gula kapas ni."
Rasa takutku sedikit reda. Daniel dah kenal sangat perangai aneh aku yang satu ini. Kalau lepas tengok cerita ataupun benda seram, hanya gula-gula kapas saja yang boleh jadi penawar.
"Apalah Didi ni, kesian Abang Arul tau. Didi peluk dia kuat sangat, sampai dia tak boleh gerak. Tengok baju Arul dah koyak."
Membuntang mataku mendengar celoteh si adik. Peluk Khairul? Gila ke apa? Sepenakut aku pun, tak adalah aku nak melepasi batas yang Islam tetapkan. Melihat kesan koyak kecil di lengan kemeja Khairul, aku gelengkan kepala. Mana mungkin aku ada kekuatan nak koyakkan baju orang. Ingat aku superwoman ke apa?
"Mana ada Didi peluk Dr Khairul. Didi peluk Daniellah tadi."
"Peluk Daniel? Mana ada sesiapa peluk Daniel," jawab Daniel, tayang muka blur.
Air liurku serta-merta terasa payau.
"Tu bukan warna gincu Didi ke?" tanya Dalia pula. Jari telunjuknya ditalakan ke dada bidang Khairul. Ada kesan lipstick merah lembut.
"Betullah apa diorang cakap tu, awak terpeluk saya...," ujar Khairul setelah lama mendiamkan diri.
Advertisement
- In Serial79 Chapters
The Male Main's Uncle Is Openly Obsessed With Me
It was only after Su Yayan's death that she realized that she was a malicious cannon fodder female character who became a scapegoat in a Mary Sue story.
8 224 - In Serial27 Chapters
Finding Love (King series #1)
I sniffed the room and the most intoxicating smell hit my senses with full force, never had I smelled something this addicting, not even the most delicious food can top this scent, it was so addicting, it smelt of newly cut grass mixed with the smell of the woods, it was pure bliss.I moved towards the bed to see whose scent it belongs, I looked at him and my jaw almost dropped to the floor, he was gorgeous, beautiful, perfect, no words could describe this beauty in front of me, he had soft brown hair that makes my fingers twitch, aching for me to touch and run them through his hair, he had a perfect yet sharp jawline that can cut through anything. He looked so peaceful yet handsome at the same time as he slept.I smiled at him before that smile faded and turned into a frown, a hand was wrapped around his neck that makes me feel so stupid for not noticing it earlier, I almost whimpered at the sight before I put my hand on my mouth to stop me and my wolf from howling in pain and dejection, I felt like crying, I felt like I was falling from the tallest building, I felt like my heart was torn out from my chest and no matter what I do, I cannot do anything so stop the pain♔️This is the first book of King Series♔️
8 207 - In Serial43 Chapters
Homeless (mxm)
Book 1 HomeLessBook 2 ReckLessBook 3 SenseLessBeing homeless isn't the end of the world. At least, that's what Zachary thought when he found himself on the streets after being kicked out at seventeen. It hadn't been his fault. His father had used him as a scapegoat and won his mother over, thinking that her husband was telling the truth about his cheating and that Zachary was the one who was bringing women over, trying to ruin their marriage. He'd argued his side, but once his mother decided on something, her mind would not be changed. That's how he came to live in the alley near the end of 73rd street between the old bakery and a laundromat. It wasn't anything special, but after three years he'd managed to spruce up the place and make it almost-bearable to live in. Over the years he'd made friends with random people he often passed on the streets and did manage to hold down a few random jobs, but like everything else, they came, then went. Now he was left with fifteen dollars and twenty-two cents, a torn blanket, one outfit, and a dream for a better life. He just didn't know that he'd find it somewhere he'd never thought to look... or with someone he never knew he'd want.
8 132 - In Serial64 Chapters
Lord Day and Lady Night
The rich. The powerful. Those are the men Amy has always despised, because the only thing they've ever done is use her.So...what is she doing with HIM?Lord Patrick Day, descendant of a noble line, with enough arrogance for ten kings and the looks to go with it, is exactly the kind of man Amy hates the most. And yet, now he is the only hope she has.A sinister conspiracy. A young woman, hurt and broken. And a powerful man, who was never, ever meant to be with the likes of her. Together, can they take on the darkest depths of the London underworld?
8 527 - In Serial34 Chapters
Lady Unlike Any
Reputation!For Lord William Kentshire, reputation is the one thing that he treasured the most. The one thing that took him far up the ladder. The one thing that he will do anything to save.Reputation!For Lady Kathalina, reputation is the one thing that she doesn't seem to understand. The one thing that took her far beneath the surface. The one thing she wants to break free of.Two people from two worlds collide and where there is a collision there is destruction.
8 211 - In Serial62 Chapters
Only You (gXg){Intersex}
Ana Frank a girl from another world who wakes up and is shocked to find that she is in some one else body! A useless princess's body, who everyone finds an eyesore.She is about to be married to the cold-hearted women named Marcia who is the first most powerful clan's eldest daughter and is also the second general of the Holy Dragon Empire.And ana has a dick!!Can ana face all these challenges?Read to find outA/n: I might not be good at the description but you might change your mind once you try the story so give it a try \(^o^)/(A/n: I think I should mention this: that this book is a slowburn book and it doesn't only contain romance but also a journey. This is not a typical romance book. If you are trying to find a book with romance all the time, then this is not for you. But if you wanna a read a really good story, then this is for you. I wish you happy reading (^^))
9.23 138

