《Pengganti Paling Setia ✔》Bab 5 ~ Loathe ~
Advertisement
aku nak mesej Khairul lepas apa yang aku saksikan beberapa hari lepas. Sungguh tak sangka, rupanya, dia spesies lelaki yang tak pandai menjaga batas. Memang sejak awal kami berkenalan, dia jarang-jarang bercakap soal agama. Fikirku sebelum ni, mungkin itu bukan kepakarannya. Tapi, lepas apa yang jadi... Entahlah.
Ah, lantaklah dia nak peluk anak jiran sebelah sekalipun. Apa kena mengena dengan aku? Bukan aku yang tanggung dosa dia pun.
Aku kemudian baca beberapa mesej daripada rakan sekelas. Satu hal pula nak dengar luahan hati mereka. Masalah aku yang bertimbun pun belum diselesaikan. Sekarang, kena hadap pula masalah orang.
Dengan berat hati, aku memujuk juga jari-jemari tak berapa nak runcingku menaip. Aku sertakan nama dan sebab-sebab mereka tak dapat hadirkan diri ke kelas esok. Bila terkenangkan kembali tempoh aku bergelar tunangnya, tak pernah aku mesej dia dulu.
Chat sebelum ini, aku baca. Hanya dia yang beria-ria hendak menyelamatkan hubungan kami. Aku? Layan dia ala-ala cekodok basi saja. Kerap juga dia bertanya tentang aku dan keluarga, manakala aku tak pula pernah ambil tahu tentang dirinya.
Anak panah hantar, aku tekan. Lantas itu, telefon aku campak ke tepi. Kebarangkalian untuk lelaki itu tak balas amat tinggi. Bukannya penting sangat pun nak melayan salah seorang daripada ratusan pelajarnya.
Tatkala terdengar bunyi notification masuk, aku terus melompat dari katil. Perlahan-lahan, telefon aku capai. Debaran di jiwa terasa amat asing. Tak pernah lagi jantung ni nak buat kerja lebih masa semata-mata nak baca balasan mesej seseorang.
Okay. Thanks.
Aku mengeluh.
Tak, masalahnya, apa yang aku harapkan sekarang ni? Bukan ini ke yang kau nak, Didi? Aku mulai tak faham dengan kemahuanku sendiri. Tanpa sedar, hati ini membenihkan rasa kecewa sesuka hati bapaknya. Sedangkan, tuan dia ada saja dekat sini. Hidup lagi.
You're welcome, dr.
Aku teruskan kehambaran kami.
Sleeping?
Haih, kalau tidur, tak ada maknanya ada hantu nak mesej dia. Hantu pun takut makhluk spesies terminator macam Khairul.
Nope. Kenapa dr?
Nadiku kian tak menantu. Menanti dia membalas sesuatu.
Never mind, see you tomorrow. Sleep tight.
"Aishh..."
Okay, you too, dr.
"Argh! Aku aku rasa nak gila!" Tubuh aku gulingkan atas katil. Ke kiri dan kanan. Nak waraskan dan cuci habis-habisan kembali otak aku dari segala rasa sangsi yang mula menapak di hati.
Dia bukan sesiapa. Kau tak rasa apa-apa. Dia bukan sesiapa... Aku mengulang-ulang mantra yang sama. Nak hapuskan bayangan Khairul dengan perempuan kerek hari tu. Rasa ni terlalu aneh dan tiba-tiba. Kenapa dengan Zack, tak pernah rasa macam ni?
Masuk tanpa dipelawa, datang tanpa dijemput.
Gedebuk!
Tangan aku bawa ke dahi, pasrah lepas jatuh katil. Mata aku pejamkan seketika, cuba merasionalkan otak. Bagi ruang nak kumpul semangat.
"Zack is the only one. And he's not. That's for sure." Ayat yang sama, aku ulang beberapa kali. Selepas lima minit berkeadaan begitu, aku bangun ke meja belajar. Satu buku bertajuk Abnormal Psychology, aku belek. Nak baca tajuk yang bakal dibincangkan esok.
Akhir sekali, memang belek sajalah. Sepatah haram pun tak masuk otak.
" a group of 4 and it shouldn't exceed 5 members. I've shared the rubric and course outline for this course with Diana. You guys may create your own WhatsApp or Telegram group without me, okay. It will save time for Diana and her assistant to share all the materials given."
Selepas siap bersyarah selama sejam setengah, Khairul berlalu dengan muka ketatnya.
Keluhan besar, aku lepaskan. Sukar untuk aku faham kenapa kami ditemukan kembali dalam keadaan macam ni. Daripada tak pernah mesej dia, kini, setiap kali ada kerja mahupun persoalan berkaitan subjek yang Khairul ajar, akulah yang kena mulakan perbualan terlebih dahulu.
Advertisement
Betulkah apa yang aku buat ni? Kalau girlfriend Khairul tahu yang dia masih contact bekas tunang macam mana? Ya Allah, serabutnya!
"Sis Diana, kan?" tegur satu suara kecil.
"Ya, saya."
"Saya Manis. Kalau saya nak group dengan awak boleh? Saya dah tanya orang lain, tapi diorang dah ada group sendiri. Tapi kalau awak tak boleh, tak apa. Saya boleh cari yang lain," kata Manis, takut-takut.
"Eh, boleh je. Saya dengan Adudu pun belum cari sesiapa. By the way, panggil saya Didi je."
Senyuman ringkas aku hadiahkan buatnya. Tertunduk-tunduk badannya, tampak sangat segan. Ni mesti jenis introvert. Sesuailah dengan aku dan Adi. Adi sememangnya seorang extrovert, manakala aku pula ambivert. Tengah-tengah, antara introvert dan extrovert.
Dahinya berkerut.
"Adudu?" Dia bertanya pelik.
"Oh, Adudu ni mamat kuat main game budak sekolah sebelah saya ni. Nama dia Adibah sebenarnya. Tapi kalau awak sakit kan, cakap je aduhduhduhduh, confirm Adudu sampai nanti."
"Didi!" pekik Adi dengan mata masih melekat pada kaca telefon.
Gelakku meletus, seronok tengok muka berangin Adi. Barulah nampak jantan sikit. Haih, main game Plant versus Zombie pun dah stres ya amat. Hilang balik aura jantan tu.
"Taklah, Manis. Saya gurau je. Nama dia Adi. Adudu tu nama manja dia je," ujarku dengan tawa bersisa.
Mata bulat Manis membesar sedikit. Dia pandang Adi sekilas sebelum tundukkan kembali pandangannya. Tak seperti perempuan sekelasku yang lain, dia nampak sangat tertib mengenakan tudung dan skirt merah jambu tidak bercorak.
"Oh, okay...," jawabnya perlahan.
"Hai, sweety. Nice to know you." Adi menutup telefonnya, menatap wajah Manis bersama senyuman lebar.
"S...sweety?" Tergagap-gagap Manis berkata. Sekelip mata saja, wajahnya bertukar merah.
Pap!
Fail yang aku pegang bertemu bahu Adi. Sudah tahu Manis tu pemalu orangnya, diusik juga. Karang kalau dia pengsan, aku juga yang susah.
"Sakitlah, Didi. Betullah nama dia Manis. Universiti kita kan fefeeling internasional gitu. Aku translatekan nama dia siap-siap je. Itu pun salah ke?" rungut Adi, tak puas hati.
"T...ak tak apa. Nice to know you too, Adi."
Aku ternganga. Terkejut tatkala nampak Manis turut tersenyum lebar melihat Adi.
"Ehem... Sakit tekak..." Aku buat-buat pegang leher. Bak kata Misha Omar, macam baru lepas nampak bunga-bunga cinta jatuh di pusara. Rasa macam kacau daun pun ada.
"Hello guys, I'm Hazel and this is my cousin, Aiden."
Dua manusia lagi pula datang menyapa. Semakin ramai manusia mengelilingi aku dan Adi. Dah macam kenduri kesyukuran pun ada.
"We would like to be a part of your group. Boleh ke?" Hazel berucap lembut. Tanpa segan silu, dia mengambil tempat di sisiku, lalu mengenggam erat jari-jemariku.
Rasa janggal mula mengetuk pintu hati. Tak tahu kenapa, senyuman yang tertampal di wajah cun Hazel nampak lain macam. Berbeza pula dengan sepupunya, Aiden. Masam, pahit, kelat, masin. Semua rasa kurang sedap terpancar di wajah cemberutnya.
"Oh, okey boleh je." Aku menjawab tanpa berfikir panjang. Orang dah minta sambil pegang tangan lagi, takkan aku nak tolak? Kalau aku buat macam tu, sama saja macam isytihar perang dengan rakan sekelas sendiri.
Jawapan ringkasku melebarkan lagi senyuman di bibir merah menyala Hazel. Dia kemudian berbalas pandangan dengan sepupunya. Tengok sekali lalu saja, aku yakin, mereka berdua bukan orang Melayu tulen. Cara bercakap juga kedengaran sedikit asing.
"Hope we can be good friends." Hazel berkata sedemikian sebelum pergi meninggalkan aku dan Adi terpinga-pinga. Datang macam ribut, pergi pula ala-ala angin sepoi-sepoi.
Melihat caranya, kenapa rasa tak sedap hati eh? Mata itu, macam menyimpan seribu satu muslihat.
tadi, tak habis-habis aku menyumpah seranah Adi dalam diam. Kononnya janji nak temankan ke program kesihatan mental yang diadakan di bawah fakulti kami. Balik-balik, aku yang mental sebab dia. Waktu aku telefon setengah jam lepas, senang saja dia cakap tak larat nak bersiap, nak tidur.
Advertisement
Tak guna punya kawan. Kalau tak dahagakan ilmu, aku pun tak hingin nak habiskan masa cuti dekat sini!
Langkah kaki aku ayun ke pintu masuk ke tempat di mana program tersebut diadakan. Boleh tahan ramai juga yang hadir. Biasalah, isu kesihatan mental memang menjadi masalah utama pada zaman serba-serbi berteknologi tinggi ini. Ditambah lagi dengan kehadiran dua panel yang berpengalaman, makin ramailah yang berminat.
Aku melilau mencari tempat. Ada juga nampak beberapa rakan sekelas aku yang lain. Tapi, malas nak bercampur-aduk dengan manusia punya pasal, aku ambil satu tempat di baris yang tak dihuni sesiapa.
"The speakers are here. We will begin the programme shortly. I repeat...." Moderator sudah memulakan sesi pembuka bicara.
Sementara menunggu, aku sarungkan earphone pada telinga terlebih dulu. Lagu Say Yes nyanyian Punch and Loco, aku pasang. Nak naikkan mood yang merudum angkara Adi.
Sabar Didi, nanti kalau jumpa, kau karate je terus mamat tu. Aku pujuk hati sendiri.
Tekun aku mencatat penerangan speaker pertama, Dekan Fakulti Psikologi, Prof. Dr Hasnah. Terangguk-angguk aku memahami soal anxiety disorders. Contoh yang diberikan sangat mudah difahami.
"Unrealistic worry and tension with little or no reason at all..." Aku ulang kembali makna yang dinyatakan. Takut otak nyanyukku lupa.
Tangan kananku tiba-tiba berhenti bekerja. Keningku berkerut. Okey, dah lupa...
"Apa contoh tadi?" Cepat-cepat aku perah otak.
Mengeluh. Hilang ingatan terus. Motivasi untuk belajar terus menjunam.
"Agoraphobia, panic disorder, and social phobia," jawab satu suara.
Ha, dah ingat! Aku tersenyum puas.
"Thank..."
Mataku membutang. Pen dan buku nota yang aku pegang menyembah lantai. Khairul tampil dengan pakaian kasual, berseluar jeans hitam, t-shirt, sweater. Tak formal seperti selalunya. Selamba saja, dia mengambil tempat di sisiku.
"Most welcome."
Mata kami bertaut seketika. Warna matanya membuatkan aku terpegun. Memang inikah warna mata dia sebelum ni? Atau aku yang tak pernah perasan dan peduli. Ini kali pertama aku saksikan warna mata seunik itu dari jarak dekat. Kalau dekat TV, mungkin pernah.
Nak kata coklat tidak. Nak kata biru pun bukan. Kelabu ke? Ish, aku dah buta warna ke apa? Tapi, kalau aku tak salah, ianya terdiri daripada kombinasi beberapa warna. Macam seni.
"Warna mata doktor..."
Mulut yang kebas tiba-tiba, aku kunci. Baru tersedar. Apa kebenda yang aku tanya sekarang ni? Apa kena warna mata dia dengan aku? Hello Cik Didi, sedar diri sikit ya!
"It's hazel grey. Genetically, took this after my grandma."
"Ooo... Erm... Apa Dr Khairul buat dekat sini?" Aku bertanya dalam nada berbisik. Keadaan jantungku agak membimbangkan. Kalau boleh, tahap pasang loudspeaker terus. Bau haruman pada tubuhnya mula tergedik-gedik memasuki rongga hidungku.
Khairul kemudian tundukkan tubuhnya, mengambil kembali pen dan buku notaku.
"To meet someone special," jawabnya perlahan, lalu mengembalikan baranganku.
"Oh, siapa?"
"Diana Eirina."
Aku terpana.
Soalan lain yang mengetuk benakku lesap ditelan degupan jantung yang kian tak terbendung. Dup dap dup dap. Aku alihkan kepala ke depan, buat-buat tak dengar. Dia ni, playboy kelas atasan ke?
dua jam mempelajari ilmu kesihatan mental, aku keluar dengan otak yang sarat dengan pelbagai informasi. Tengoklah beberapa hari lagi, slim baliklah otak ni. Ilmu kalau tak dipraktikkan, memang senang kacang bendi saja hilang. Pernah ustaz aku bercerita, Imam Syafie kata ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang memberi manfaat.
Beberapa mata yang memberi pandangan penuh makna, tak aku hiraukan. Mahunya mereka tak pelik, Khairul masih melekat di sampingku macam belangkas tak reti nak balik rumah. Pelajar demi pelajar memberikan tunduk hormat dan menegurnya.
"Kenapa Dr Khairul nak jumpa saya?"
"I don't need any reason just to see you, Diana, do I?"
"Saya tak suka doktor asyik muncul macam ni. Nanti apa pulak girlfriend doktor cakap? Saya tak nak jadi penghancur hubungan orang."
Kening tersusunnya terjongket ke atas.
"Girlfriend saya?"
"Doktor tak perlu sembunyikan apa-apa dah. Saya dah tahu." Aku berkata jujur. Tak ada yang perlu diselindung.
Wajah Khairul bertukar macam ketulan ais. Beku.
"Apa yang awak tahu tentang saya, Diana? You know nothing about me," ujar Khairul, pedas.
Tak mahu kalah, aku bertentang mata dengannya. Dia tak salah, tapi aku yang tak mahu mengalah dalam perperangan perasaan ini.
"Whatever it is, saya nak minta doktor tunaikan satu permintaan..."
"Apa dia?"
"Saya dah tak nak jadi class representative dah. This is not right, doctor. Kita tak sepatutnya terus berhubung, bermesej, dan bercakap macam ni. Kalau orang tahu, mesti diorang pelik. We shouldn't act like nothing ever happened between us," jelasku. Berharap yang dia mengerti.
Seprofesional mana pun kami, bila melibatkan perasaan, pasti ada yang akan tersungkur.
"Apa yang pernah terjadi antara kita?" tanyanya, masih dengan riak tak beremosi.
Khairul kemudian mara ke depan, cuba merapatkan jurang yang aku tetapkan.
Dia menyambung bicara.
"The thing is, nothing ever happened, Diana. Kita tak pernah kongsi rasa yang sama. Cincin? Tunang? None of them matter. You never give me the chance to win your heart. You created a huge wall between us. And we never attach to one another. So, what to feel ashamed about? Just let people know."
Aku menghela nafas panjang. Makin lama, dadaku terasa semakin sesak.
"Saya dah tak kisah pasal Dr Khairul dan saya. Yang saya tahu, saya dah tak nak ada apa-apa hubungan dengan doktor. Lepas ni, saya akan minta Adi gantikan tempat saya. Saya yang akan jadi assistant dia. I don't want to contact you anymore."
"Hubungan? We are currently in a lecturer and student relationship, Diana. Strictly for academic purposes. You can't escape from it. Tukar class rep without my consent? Very bold of you. Kalau rasa repeat sem depan, trylah."
Aku ketap bibir. Menahan ledakan gunung berapi di dada yang hampir meletus.
"Kenapa Dr Khairul buat macam ni? Apa motif doktor sebenarnya? Doktor nak balas dendam ke sebab saya putuskan pertunangan hari tu?"
Dia tersenyum mengejek.
"Have you ever listened to this? It's for me to know, and for you to find out."
Sejurus Dr Khairul membuka langkah panjangnya, aku ditinggalkan termangu sendirian. Cuba mencari solusi buat bala yang tak habis-habis menimpaku. Nampaknya, patuh pada arahannya satu-satunya pilihan malang yang aku ada.
"Ahhh! Dasar terminator tak berhati perut! I loathe you!" Aku menjerkah bayangan Khairul yang seolah-olah sedang tayang tarian kuda kepang berhadapan denganku. Kaki pendek aku hayunkan ke depan, nak hilangkan bayang tersebut.
"What? Love you? Thanks for the compliment anyway!"
L...ove you? Bila pula loathe jadi love nih?
Secara perlahan-lahan, aku alihkan tubuh ke belakang. Aku ternganga. Dia... Dia ada dekat situ? Jadi... Dia nampak aku terajang bayang dia macam orang terkena penyakit schizophrenia?
Saat kereta Mazda hitam miliknya meluncur ke jalan, aku bawa tangan ke kepala. Hampir saja mengamuk macam gorila tak siuman. Kehadiran Si Terminator itu benar-benar menggugat ketenanganku. Dia langsung tak menjengkelkan, tapi kenapa rasa geram sangat dengan sikap bersahajanya? Dia terlalu tenang, aku pula yang gelisah terlebih.
Advertisement
- In Serial44 Chapters
Dynasty Boys
ELLE TAYLORSHaverhill was supposed to be a fresh start for me. The only thing I didn't expect was to grab Carter's Knight and his friends attention, the rich and mysterious boys who own the entire town. After my parents' death I thought it couldn't get worse but it was until I started getting strange texts and visits from a masked man. Who should I trust? CARTER KNIGHTI wasn't ready for Elle Taylors. Ever since she stepped on St-Williams Knight High I couldn't stop thinking about her, I wanted to own her. But it wasn't easy, I wasn't a Prince Charming. If she knew what I was capable of she would run away. Too late, I'm Carter fucking Knight and I noticed her.She's mine now. She just doesn't know yet.SINFUL BLOODLINES BOOK ONE | DB is NOT a RH
8 171 - In Serial52 Chapters
Sugar And Spice
Highest rankings:Chicklit: #1 (11th May 2020)Soccer: #1 (21st June 2020)High school: #6 (22nd August 2020)Crush: #27 (22nd August 2020)Follow my Instagram for any updates and if you have any questions:@nikki_k123Faith Hughes. As sweet as sugar. An organized, picture-perfect daughter and student. You thought. So what? She can be a little clumsy, who isn't sometimes? She's a sarcastic, likable person who loves to speak her mind, except she doesn't. She a quiet one until you get to know her. She helps her mom with organizing and setting up games and school events for the school and she's basically just known as the principal's daughter. Alex Ryder. As hot as spice. He's the captain of the soccer, lacrosse and swim team. He's known for his hot looks and player ways. He's a dick. But he's hot so, you know, girls go crazy. Here and there. Quite literally when you look here and there you will see him with one girl. A new one every week, I'm telling ya. Very cocky and devilishly charming, I must say. The sharp jawline, pretty eyes, messy but hot hair kind of guy, you get the picture.Sugar and spice don't mix well, especially these two. They despise each other but often end up dealing with each other while organizing games and events. She's got a boyfriend and he shuffles girls every week. Everything's good until she gets cheated on. Spoiler alert, her boyfriend decides to cheat on her with Alex's temporary girlfriend. Once again, the two are put together, but this time it's planned.This time he's her 'boyfriend.'This time he's helping.This time sugar and spice are perfect together because, with the right amount of sugar and the right amount of spice, you get the perfect mix for a perfect recipe.
8 196 - In Serial49 Chapters
The Demon King
*word of advice, if poorly written books annoy you don't read. If you do you better not complain in my comments lol* Never steal from kings. Especially the king of demons.She hadn't expected her young brothers to steal, she hadn't thought of that scenario or what she would do. So she does what she does best, put those who she loves the most above herself. "I'm sick of this. I'm sick of you!" He bellowed in my face. I took the mask off, "I just need you out of my fucking system." He says as he stalks closer to me. Our chests press together, I look at him coldly. Tears stingy my eyes and my throat tight. "Do what you have to do, my king." He rips the necklace right off my neck.
8 99 - In Serial30 Chapters
SLAVE
Bow. Obey. Work. Those are the things Caydrick must live after. As a slave, his only purpose in life is to obey his masters commands.When Caydrick is sent to work at the Royal Palace, he ends up getting roughly tortured and soon becomes a sexslave for the Queen herself. When Caydrick fights back and refuses to work for her, the Queen is furious and takes something from him: His sight. Caydrick must now learn how to live as blind, but is determined that no one must ever find out. When he escapes the Queen's prison hold on him, Caydrick seeks to the town for a place to hide. On an impulse, he chooses to hide in a bakery. Here he meets a young woman named Bethia who decides to take care of him. She feels his pain and rushes to his aid, but the longer he stays, the closer she gets to him...How will their relationship turn out? Caydrick never tells her he's blind, nor that he was a sex slave at the Palace. But how can that be? How can someone not notice that he's blind? ***WARNING: This book is intended for an adult audience: Violent languages, Mature content, and unpleasant scenes that may disturb you.NOTE: This book is NOT authentic. It has a plot twist. The events that transpires are NOT based on real happenings.PS: I wrote this when I was young. Bad grammar and bad plot.*Cover made by the amazing @GretchenBearer!
8 105 - In Serial25 Chapters
My Beloved Mate
[MANxMAN/Mpreg]Prequel/Book 0.5 to 'My Mate' Series: Lionel Bellum wasn't the brightest and when his mother left when he was younger, he had a fear of the same thing happening to him. After his father remarried and started to focus on his new family, Lionel felt like an outsider and decided to leave after his high school Graduation and distance himself from his unwanted family. Moving to a new town and finding a job wasn't easy but he did and is happy with the life he has, he even made friends that he was sure would stick by him through thick and thin. Even if Lionel doesn't believe in love, he wants someone to be there for him, someone to hold him, and spend the rest of his life. To his surprise, it's the man he very much disliked. Zechariah Sanderson is the Alpha of the Midnight Howlers. He was strict yet kind and demand but respectful when he needs to be. Zechariah has been waiting for his mate for six years and when he finally finds out who it is, he was very disappointed and scared. Zechariah doesn't want a human mate that could put his whole kind to the world and they would be hunted for the rest of their lives. He doesn't want to take any chances but when his wolf convinced him to try, he's very cautions which causes his mate to dislike him. Soon they started to get closer but there's a new pack that threatens Lionel's safety. What would Zechariah do? What would Lionel do when he finds out the person he started to like wasn't human at all?
8 198 - In Serial7 Chapters
THE TWO SIDE OF US
(Alonzo Series)Calli Jane Rodrigues Alonzo one of the 5 children of Mrs. Kalaine Alonzo and Mrs. Cadence Alonzo. After 3 years of waiting for someone. One day she finally giving up and accepting that, that someone will never comeback. Days passed she slowly falling with someone else.What if the someone she was waiting for will comeback, what will happen?So let's explore the life and the journey of Professor Calli and with her two lovers.
8 152

