《Pengganti Paling Setia ✔》Bab 3 ~ Ring ~
Advertisement
pertama kalinya, ada pensyarah bersusah payah terangkan itu dan ini pada hari pertama mengajar. Selama aku belajar di institut pengajian tinggi, kelas pertama selalunya tak berlangsung melebihi 40 minit. Pensyarah hanya muncul untuk tayang muka sendiri dan catat kehadiran pelajar. Lepas tu, pelajar dibenarkan berambus ke mana saja yang diinginkan.
Sekarang, hampir sejam Khairul menerangkan etika kelas yang dia tetapkan. Abnormal Psychology. Itulah subjek yang akan dia ajar sepanjang semester. Padan sangatlah dengan dia, memang sangat lain daripada lain pun.
Tengok caranya saja, aku tahu, hidupku takkan normal selepas kelas ni. Segala tutur katanya sangat, tersangat tegas. Itu tak boleh, ini tak boleh. Entah apa yang dibolehkan pun aku tak tahu. Patutlah Fathina hampir terkena mental sewaktu menjadi pelajarnya dua tahun yang lalu.
"Is he a married man? He's looking so fine, man!"
"I know, right? Sayang dia tak bagi kita pergi bilik dia. Kalau tak, dah lama aku goda habis-habisan."
Aku toleh ke belakang. Geram pula dengan dua minah gedik itu. Baru sejam kelas, dah fikir nak menggatal. Jelingan mautku mengenai wajah mereka.
"Gila." Aku cakap lepas, memandang selamba kedua perempuan itu. Pandangan orang sekeliling, aku buat-buat tak nampak. Puas jiwa dan ragaku melihat wajah kelat mereka.
Aku kembali tumpukan sepenuh perhatian pada penerangan Khairul. Peraturan ialah hal yang patut diberi penekanan, sebab setiap pensyarah ada sel-sel otak yang berbeza. Tak semua sukakan peraturan yang sama. Ada yang tak kisah datang lambat, ada yang memang pantang nenek moyangnya jika berbuat demikian.
Kalau tak ikut, sama saja macam menempah kubur kegagalan.
Adi di sisi, sudah meraup kasar wajahnya serupa kain buruk yang digunakan untuk lap meja kotor. Ditenyeh-tenyeh dengan penuh penyesalan. Hormon perempuan period pun tak seover dia.
"Ni kelas abnormal psychology ke kelas nak psiko orang? Kalau aku tahu dapat Dr Khairul, baik aku ambik course ni sem depan. Ah, menyesalnya aku!" bisik Adi dengan suara yang ditekankan. Keluar habis suara jantannya.
"Aku dah cakap nak ambik sem depan. Tapi kau tu yang puji Prof Liza melambung sangat. Last sekali, nilah Prof Liza kau. Bukan perangai je lain, jantina pun berubah terus," perliku meluat. Dah terlambat nak tangisi keputusan sendiri.
Argh, serabutnya! Dalam langit yang luas terbentang ni, kenapa dekat sini juga kami nak bersua muka? Sebagai seorang pelajar dan pensyarah pula tu. Klisenya hidup aku ni. Kalau buat drama, nak dapat satu tontonan pun susah.
"So, let's conclude the slides just now..."
Tubuhku menegak tatkala mata helangnya mula mencari mangsa. Dia membetulkan lipatan kemeja yang dipakai. Dup dap dup dap. Yang anehnya, kenapa jantung tak reti duduk diam ni? Kelas dia dengan kelas maraton sama saja. Menguji ketahanan kardiovaskular.
"Firstly, you don't come late, you don't skip more than two classes, and you don't forget to put your phone in 'silent' mode. You also don't wanna be a free rider, 'cause if I catch you, your mark will be zero. No compromise. Lastly, you don't personally message me, and questions regarding assignments and whatnot can only be asked during lectures. Understood?"
"Yes..." Beberapa suara cengkerek mati tengah melantunkan vokal masing-masing. Selebihnya, sekadar terangguk dan tersengguk.
Bicara Khairul terhenti seketika. Salah seorang pelajar lelaki angkat tangan. Sejurus Khairul angguk, rakan sekelasku itu meneruskan hajatnya.
"If we are not allowed to message you, how do we keep in touch?" tanyanya, mewakili isi hati semua pelajar yang sedang merenung nasib diri.
"No worries, I'll be choosing someone to contact me and help me to reach each of you. So, if you have any problem, just inform him or her." Khairul jawab dengan riak beku.
Aku mengeluh.
Satu hal pula nak kena guna orang perantara. Dua tahun sekali, memang ada pensyarah macam ni. Tak suka berkongsi butir peribadinya dengan sesiapa. Lagak macam artis terkenal. Spesies yang selayaknya hidup dalam gua.
Advertisement
"Siapalah insan bertuah tu. Semoga dia bertabah." Adi bersuara perlahan, menguap lagi buat kali kesepuluh.
"Lantaklah siapa orang malang tu, asalkan bukan aku."
"Let me repeat, though Prof Liza loves exams so much, I prefer 100% assessment. So, be happy, no final exam for this course. Aha, another fun thing..."
Sengaja dia buat suspens. Rasa tak sedap hati semakin galak gelakkan tuan badan.
"Nyah, aku lebih rela final exam kalau macam ni. Banyak gila duh assessment dia..." Adi dah buat drama tahi matanya. Acah lap mata yang langsung tak berair.
Angguk.
"Aku pun..."
"There will be a special question at the end of every class. Be prepared to answer the question and you'll get two extra marks. Remember, all the questions come from our discussion throughout classes ."
Ini bukan setakat kepala, satu badan berdenyut angkara dia. Khairul memang tak bagi chance langsung untuk orang tidur waktu kelasnya. Kalau boleh, dia nak semua pelajar sedut setiap satu ilmu yang dikongsi.
"So, before we end our class, does anyone here know what abnormal psychology is?" Soalan pertama sudah mula diajukan.
Krik krik. Hanya boleh dengar deruan pendingin hawa. Adi di sisi juga sudah tahan nafas dan kemam air liur, takut dipanggil.
Manusia yang dikategorikan normal pastinya akan tundukkan kepala sebawah yang mampu. Larikan diri daripada panahan maut Khairul. Macam mana nak jawab kalau belum belajar? Memanglah dia ada sebut tadi, tapi berbelit sangat, macam labyrinth. Entah yang mana definisi dan mana huraian pun sukar dibezakan.
"Shopee!"
Aku terperanjat. Tangan serta-merta melekat di dada. Nasib baik tak melatah.
"Uhuk uhuk..." Adi terbatuk, diperasakan dengan semburan air liur basinya.
"Shopee!"
Nafasku semakin semput. Manusia mana pula yang tak reti silent telefon ni? Tak dengar ke amaran Dr Khairul tadi? Stres pula aku.
"Bunyi telefon siapa tu?" Aku bertanya separa berbisik.
"Astaga, tu telefon kaulah, Dididudu." Suara Adi betukar sendu, jari telunjuk ditunding pada telefonku di atas meja. Ada cahaya kesuraman menghiasi skrin tersebut.
Aku urut dahi. Tak guna betul, waktu-waktu kritikal macam nilah Shopee nak buat sale!
Aku pura-pura tak tahu. Fokus pada buku nota. Berharap orang sekeliling tak perasan.
"Yes, Miss Shopee? I bet you must be really excited right now. Come on, answer my question." Khairul berkata. Nampaknya, dia sudah temui mangsa pertama.
Aku geleng. Masih dalam fasa denial. Tak boleh terima kesalahan bodoh yang aku buat di hari pertama kelas. Patutlah lancar semacam saja. Rupanya, ada kejutan lima minit sebelum habis kelas.
"Kau jawab je apa-apa, Didi. Kalau kau melalut cakap bahasa alien nanti, aku backup."
"Tapi... Err... Aaa..." Bahasa alienku muncul.
"The one with baju kurung. Oh, my mom loves baju kurung. If you answer this question correctly, I'll give you an extra mark."
Aku tertekan. Apa kena mengena masalah dunia ni dengan baju kurung?!
"Soalan apa tadi?" Aku mula gelabah. Baru sedar diri yang semua orang tengah nantikan responsku.
Adi pegang buku nota catatan, jari telunjuknya ditujukan pada perkataan abnormal psychology.
"Stand up," arah Khairul, bernada tegas.
Aku berdiri terpacak. Jari-jemariku mula tak reti duduk diam.
"Erm... I'm sorry if I got it wrong. Erm... Based on my understanding, it's not easy to define something whether... Erm, it is normal or abnormal because it depends on many factors like you said just now, culture, social norms, and so on."
Dia angguk. Mata kami bertaut seketika, sebelum aku larikan anak mataku ke merata tempat.
"Erm.... So, I would say, abnormal psychology is a classification of psychology which studies something related to abnormalities. This includes the unusual patterns of emotions, behaviours and thoughts. Oh, and you said just now, it could also be considered as mental or psychological disorders like depression, eating disorder, phobia, anxiety, and such. Erm... That's all from me."
Advertisement
Habis bercakap saja, buku nota aku turunkan kembali. Selesai huraikan definisi beserta contoh yang aku salin sebentar tadi.
"Well-explained, Diana," balas Khairul tenang. Tangan diangkat, beri isyarat tangan untuk duduk.
Tak tunggu lama, punggungku bertemu kerusi. Rasa nak memekik. Nervousnya!
"Daebaklah, Didi! Kau fokus eh tadi? Nanti pinjamkan nota tau."
Jelingan maut, aku lempar ke muka jambunya. Banyak cantik dubur kau!
"Eh, kejap. Diana? Mana Dr Khairul tahu nama kau Diana?" soal Adi tiba-tiba.
Tubuhku bagai ditanam ke dalam Kutub Utara, membeku. Baru tersedar yang tadi Khairul ada menyebut nama sebenarku. Aish, sebab mulutnya, nama baik aku yang binasa.
"Erm... Aku ada cakap kan tadi? Kau tak perasan kut. Atau dia nampak kad matrik aku..." Aku hentikan bicara. Alasan bodoh mana aku kutip ni?
Mulut Adi mengembung, menahan gelak yang hampir pecah.
"Kau ingat dia Do Min Joon-shi ke?" Nama watak utama My Love From The Star itu dipetiknya. Perut turut dipegang. Seronok gelakkan aku tanpa suara. Sampaikan muka pun dah kemerahan.
"So, to make it easy for everyone, Sister Diana will be the one who contacts me, and the brother who sat beside Diana will be her assistant. That's all for today's class. You may go now. The course outline and rubrics will be shared in the next class."
Aku ternganga, berbalas pandangan dengan Adi. Jadi, dua manusia malang tu, aku dengan dialah? Argh! Ikut suka dia saja nak tetapkan. Langsung tak tanya pendapat mahupun persetujuan kami terlebih dulu.
Malas nak buang air liur melafazkan rasa tak puas hati, aku dan Adi bangun serentak. Meregangkan segala otot-otot pancit. Pelajar lain dah bersurai. Bab nak keluar kelas memang laju, pelumba antarabangsa pun boleh kalah.
Kelibat Khairul, aku amati dari jauh. Tangan kirinya sibuk menjawab panggilan, tekun benar bercakap dengan seseorang, manakala tangan kanannya pula ligat menyimpan komputer riba. Seperti dulu, dia masih kelihatan sangat membosankan. Terlalu sibuk dengan dunianya.
Entah kenapa, tampang itu nampak sedih dan tidak bermaya. Atau perasaan aku sajakah?
"Jangan usyar lama-lama sangat, kalau kau jatuh cinta nanti, aku jugak yang susah."
"Ceh, asal pulak?" Aku mencebik. Dah penat melayan lagak merapunya.
"Yalah, aku sorang je kawan kau dekat sini. Jadi, akulah yang kena jadi orang tengah. Lepas tu, katakanlah korang berjodoh dan ada anak ke depan. Bila anak kau tanya, akulah yang cerita... Son, this is how your mom met your dad during Abnormal Psychology class."
Tak tahan lagi, tawaku pecah. Tahap gila mamat ni memang sangat sukar ditafsirkan. Buku di tangan aku ayun ke atas. Saja acah nak hempuk kepalanya. Suka sangat cakap macam mesin. Langsung tak pakai otak.
Sewaktu menuruni tangga, baru aku perasan, Khairul tak ada di situ. Sudah keluar barangkali. Aku mengeluh hampa. Kenapa semakin nak dijauhkan, rasa nak tengok dia semakin membuak-buak? Hati ni suka sangat berperang dengan otak. Sehingga aku tak tahu, apa yang aku nakkan sebenarnya.
Tapi aku tak mahu lupa diri. Aku ingatkan bahawa semuanya dah terputus. Dan aku orang yang bertanggungjawab memutuskan ikatan itu. Mungkin aku kena belajar untuk membezakan cinta dan simpati, agar aku dapat memahami kemahuan hati.
" aku letak eh?" Aku berjalan, mencari kotak hadiah pemberian Fathina. Tadi rancak sangat bersembang dengan Adi, sampai terlupa nak angkat plastik berisi kotak lampu itu. Terbongkok-bongkok badanku periksa meja-meja di baris ketiga dari bawah.
Kepala yang tak gatal sama sekali, aku garu. Tak jumpa. Ya Allah, jangan cakap aku dah hilangkan lampu tu. Mahu mengamuk kalau Fathina tahu nanti. Sudahlah baru aku terima tak sampai
Baru saja nak berjalan mengelilingi lecture hall buat kali terakhir, puluhan lampu di situ terpadam, pintu dewan yang terbuka luas juga tiba-tiba tertutup rapat.
Aku berdiri kaku. Terkejut. Kenapa ni? Blackout ke? Setiap penjuru dewan itu, aku panjang sepi. Tak nampak apa-apa. Gelap gelita.
"Si...siapa tu? A...ada orang ke?" Suaraku bertukar serak, cemas. Ruangan gelap sememangnya kelemahanku sejak kecil. Aku tak suka berada di tempat gelap, rasa tak selamat. Tambahan lagi kalau tak ada sesiapa di sisi.
Tak ada jawapan.
Dengan keberanian berbaki, tanganku meracau ke depan, meletakkan beg di atas meja berhampiran. Peluh dingin sudah memercik di segenap dahiku.
"Ada sesiapa ke dekat sini?" Aku tanya lagi.
Aneh. Masih tak ada orang yang balas. Tapi, firasatku kuat mengatakan ada derap kaki yang aku dengar tadi. Takkan makhluk ghaib kut? Hantu mana ada kaki. Aku sedapkan hati walaupun detak jantungku semakin kuat memecut. Adrenalin pun dah bagi petanda tak baik.
Bersama tangan sedikit menggeletar, aku gagahkan jua untuk mencapai telefon bimbit di dalam beg sandang. Yang sakit hatinya, asyik terpegang dompet dan kotak pensil saja. Telefon ni buat malu-malu kucing ke apa?
"Mana ni... Argh!" Aku terjerit tanpa sedar. Dadaku berombak. Ingatkan suara orang. Rupanya, gema suara sendiri. Aduhai, buat malu saja.
Berkat pertolongan Allah hantarkan, nada dering telefonku memekik. Ha, jumpa pun! Laju saja aku berjaya mendapatkan telefon yang sudah bercahaya dan bergetar. Tak tunggu lama, panggilan daripada Fathina, aku jawab.
Fuh! Nafas lega, aku hela. Tak ada yang lebih aku syukuri melainkan kehadiran satu suara yang mampu menenangkan aku.
"Kau dah sampai bilik ke?" tanya Fathina, bernada prihatin.
"Aku..." Kata-kata yang aku susun, mati sekelip mata. Bulu romaku memacak. Dapat rasakan kehadiran seseorang di belakang.
"Kau okey tak? Ada apa-apa jadi ke?"
Diam. tak berani buka mulut. Ayat Qursi aku alunkan berulang kali di dalam hati, memohon pelindungan daripada Yang Maha Besar. Kelopak mataku bergetar, takutkan sebarang hal buruk yang akan menimpa diriku.
Baru saja nak alihkan tubuh ke belakang, bahuku terlebih dulu disentuh seseorang.
"Aaaaa!" jeritanku bergema, sebelum leher menjadi mangsa jerutan sahu tangan yang bersarung.
"Didi? Didi?!" laung Fathina.
Telefonku tercampak ke lantai.
"To...tolong..."
Berbekalkan ilmu seni mempertahan diri yang aku pelajari daripada Zack, aku cuba melawan, sehingga terhasil pergelutan antara aku dan manusia bertopeng itu. Hoodie yang dipakai, aku cabut. Rambut lebatnya juga aku tarik sekuat mungkin.
Bunyi pintu dihempas kuat mengejutkan aku dan manusia durjana itu.
"Bye bye...," bisik suara itu sebelum bahuku ditolak kasar. Sedar-sedar saja, aku hilang imbangan, lalu jatuh bergolek pada tangga. Memusing macam tengah beraksi dalam mesin basuh.
"Diana? Diana? Awak okey ke?" Ada suara bernada kerisauan menyapa halwa telingaku di tangga yang terakhir.
"Syaiton nirojim punya manusia!" Aku menjerkah kuat.
Sejurus itu, aku bangun dari pembaringan, memegang bahu yang terasa berat.
"Awak betul-betul okey ke?" Khairul lakukan cubaan hendak mencapai bahuku.
Tak mahu disentuh, aku undurkan dua tapak ke belakang.
"Apa doktor buat dekat sini?" Aku bertanya dingin. Yakin yang dia boleh nampak aku baik-baik saja. Kena tolak daripada baris ketiga, apalah sangat. Risiko nak mati pun tak capai satu peratus.
Tanpa pedulikan soalanku, dia masukkan tangannya ke dalam poket seluar. Sapu tangan dikeluarkan, lalu ditempatkan di dahiku. Berkerut aku memandangnya.
"Awak kenal orang tu?"
"Kalau kenal, saya tak panggil binatang tu syaiton nirojimlah," jawabku dalam nada geram. Lengannya cuba aku tolak, namun langsung tak terjejas.
"Jom, masuk bilik saya."
Terkesima aku menatap raut wajahnya. Waktu kelas tadi, bukan main tak bagi sesiapa melawat biliknya. Sekarang, diajak macam tak ada apa-apa pula. Dia dah lupa ke?
"We got to treat your wound first," ujarnya dengan mata masih melekat pada dahiku.
"Dr..."
"Saya call ibu awak nanti..."
Bicara lajunya, aku potong. Nampak gaya, dia benar-benar lupa.
"Dr Khairul!"
Matanya mengembang, terperanjat barangkali ditengking pelajar sendiri.
"Saya bukan tunang awak lagi. So, please, don't treat me like you know me. Kita dah tak ada apa-apa hubungan."
Dia terdiam sebelum gelak kecil terlepas, menampakkan jelas ketampanannya. Namun, seketika kemudian, wajah itu dibekukan semula dengan suhu berdarjah negatif.
"It's called humanity, Diana. To help someone, it doesn't have to be my fiance nor my friends. As long as you're human, I'll help you. I'm not confused right now, you are."
Kata-kata itu sangat mudah difahami, tapi sukar ditelan.
"I...I'm not."
"But your ring tells me otherwise, amora. That is obviously not the one from Zack."
Mata indah milik Khairul melekat pada cincin di jari manisku. Aku turut lakukan hal yang sama, cuba memahami makna sebenarnya. Aku terpempan. Ni... ni cincin pemberian Khairul, bukan Zack. Tapi... Macam mana boleh tersalah pakai?
Hanya bertemankan cahaya dari muka pintu dewan yang terbuka, mata kami bertembung. Pipiku terasa bagai disalai. Renungan dia berikan, sangat mengasyikkan. Mampu membuatkan sesiapa saja tenggelam. Atau hanya aku yang sudah termasuk dalam perangkap yang tercipta?
Advertisement
- In Serial9 Chapters
Mafia's Obsession
"I am Jeon jungkook the one and only mafia king" i gasped as his breath brushed my ears."Will you you also beat me like them? Will you also hurt me e like my uncle did?" I started tearing up and my voice shattered into pieces.."Pl-please k-kill m-me I d-don't wan---" I was cutted off by a warm hug...What will happen to them? Will she accept his love?Will she love him back even after knowing that he's a mafia king? Will Jojo be able to live happy?Is Jungkook actually in love with her or playing with her feelings??..If u r finding a thrilling mafia love story with many twist then do watch.please forgive my mistakes I'm not good at all I'm also learning hope u all will like it...It's my Own story please don't copy my work or if something in my story is same as urs that will be a coincidence..
8 190 - In Serial43 Chapters
Ashlyn’s choice
In 1830, 19-year-old Ashlyn and her friend Edith are to be introduced to London society and find an eligible gentleman to be wed to. Ashlyn’s heart is painfully torn between her love for Edith’s brother Jared and a commitment to her father – to marry a wealthy man with an enviable title and save her family from bankruptcy.Ashlyn’s world comes crashing down when her father promises her hand to a wealthy but dull Duke of Manchester. Is her childhood love forever lost to her or will there still be a chance for her to get back her happiness?
8 211 - In Serial22 Chapters
Music In My Heart - Dreamwastaken
A Minecraft man that speedruns everything falls for a girl that does everything in steps.Anja Moore's last-minute decision to move to Florida results in her falling for a man the opposite of her style.Content Warning: Smut{Dream x OC}Started 06/09/2021Completed 08/03/2021
8 72 - In Serial11 Chapters
Living Dead (iZombie: Livwell)
After the worst boat party in history, Liv Moore becomes dependent on eating human brains to keep her sanity. But can her life really be described as 'sane'? Blaine, the man who saved her from becoming a mindless killing machine, provides her with a regular supply of brains, but because she can't keep up with the ridiculous price tag that comes with his unconventional subscription service, she is forced to work for him. Her first job: befriending a group of daredevils at her high school and staging an accident. As her attempts at fitting in with the group of aspiring stuntspeople drag her further away from her old group of friends - and her crush, Major Lilywhite - she finds herself becoming closer to Lowell, a guitar-playing adrenaline junkie.{a winner of the High School/College AU Contest hosted by the Wattpad Fanfic profile}
8 104 - In Serial46 Chapters
Mafia Family
Ryan was holding my arm and with other arm he was ready to pull my sleeves up again. I immediately held his hand. "Please please do..don't" I tried to convince him with my eyes. My eyes we're again filled with new set of tears. Ryan didn't bothered and pulled my sleeves up. I lowered my head not wanting to see the hatred and disgust. Gasps were heard. ........................................... "Yo-You people are i-in mafia? " Elisa asked suddenly. "No.no.no Leave me alone. I don't want to be here. "She said. ........................................... Eliza, an abused 16 year old girl. She thinks everyone despise her and nobody loves her. But what happens when an incident reunites her with her family whom she thought despise her? What happens when she meets her real father who she thought hates her? She meets her real family, a loving father and 6 older brothers. And worst thing she hates the idea of having any other father or brother in her life. They are hiding their own secrets and she's fighting her own demons. Will she ever open up and come out of her shell!? Will she ever like the idea of having a father and brothers!? ............................................ # 3 in love🔥*Earlier chapters are not that great but I assure you they get better gradually.**Please give it a try, it's my first time writing story.*
8 304 - In Serial63 Chapters
The Bad Boy OR The Best Friend
We have all read stories about a girl falling for a bad boy.We have all also read stories about a girl falling for her childhood best friend.Well, what if she had to choose between the two?Welcome to the rollercoaster life of Adrianna Brooks!completed: 18 July, 2018 highest rankings: #1 [love triangle] 05.01.2020#8 [teen fiction] 07.03.2020#1 [teenage] 15.05.2021#9 [funny] 16.11.2020
8 286

