《Pengganti Paling Setia ✔》Bab 2 ~ Terminator ~
Advertisement
aku hempas ke atas katil. Betul kata abah, lepas minta maaf berkali-kali selama seminggu, ibu dah boleh terima kenyataan. Tapi masalahnya, mulut ibu masih berat nak bercakap dengan aku. Hanya perkataan penting yang dilontarkan. Selebihnya, angguk, geleng, tunduk, dan dongak saja. Buat dosa punya pasal. Padanlah dengan muka ni.
Salah satu sebab rajuk ibu hilang ialah Fathina. Dia yang telefon ibu dan terangkan segalanya bagi pihak aku. Meskipun kecewa dengan keputusanku, dia tetap ada dikala susah. Nama pun Fathina, marah dia mana lama.
Headphone di sisi katil, aku capai. Mencari salah satu lagu kegemaran sahabat baikku. Fathina suka benar dengan lagu nyanyian Jong-kook dari Running Man. Padahal, dia bukanlah peminat Kpop. Katanya, terpengaruh dengan encik suami. Dia pula pengaruh aku. Pengaruh rakan sebaya.
Lagu Jong-kook bertajuk Addiction, aku pasang. Sejurus itu, badan aku herotkan ke sisi. Nak hayati lagu yang sudah aku hafal liriknya dalam bahasa Inggeris. Bila Zack dah tak ada, makin kerap aku dengar lagu itu. Lirik lagu itu seakan-akan memberitahu keperitan yang aku tanggung.
I try to live without you,
Believing that I will forget you,
But it's not as easy as stop drinking coffee,
When I open my eyes, I will remember you again.
Perhaps it is like this,
I'm addicted to you,
If I can't see you for one day,
I can't stand it.
I love you and I don't have any regrets,
Even though I don't say a word,
How could I forget you,
When my heart is still full of tears.
Tak pernah seharipun aku menyesal kerana pernah menyayangi dia. Lelaki yang membesar di rumah anak yatim. Dia juga lelaki yang pernah dipandang rendah oleh saudara-maraku, sebab dia tak macam menantu mereka yang hebat-hebat belaka. Dia tak ada apa-apa untuk ditayang pada mereka.
I love you even if you are not here,
Even if you're dead, even if it's hopeless,
Because I miss you,
I would never blame you.
Baby never can see you again,
So I just can't forget of my life,
Everything in my life for your love I can give,
Anything left in my life.
Kalau abang nak pergi pun, sekurang-kurangnya, bagilah Didi minta maaf dulu. Kenapa pergi tiba-tiba macam ni? Sampai bila Didi nak hidup dalam bayangan abang? Otakku berkata sendiri. Mengeluarkan kata-kata yang sama saban hari.
"Didi..."
Panggilan Dalia sedarkan aku dari lamunan panjang. Aku toleh ke belakang. Tersenyum. Boleh nampak kepala Dalia dan Daniel terjengul di sebalik pintu bilik. Headphone di kepala, aku cabut.
"Kenapa? Bukan tak nak kawan dengan Didi ke?" Aku ungkit kata-kata Dalia tempoh hari.
"Mana ada Dalia cakap macam tu. Ni mesti tak korek telinga, Didi salah dengarlah."
"Eh eh, dia yang cakap, salahkan tahi telinga orang pulak. Mulut tak gosok gigi awak tu yang cakap ya, cik kak."
Mataku beralih pada Daniel yang sedang berdiri tanpa sepatah kata.
"Daniel buat apa? Esok kan kena pergi school. Homework dah siap? Ada tak yang nak Didi ajarkan?" Aku bertanya, risau. Kalau Dalia awal-awal lagi dah minta tolong ajar. Semua benda dia tak tahu. IQ lepas pergi sekolah dengan balik sekolah sama saja. Dasar Mrs Bean.
"Daniel dah siapkan. Senang kacang je," ucap si budak bijak.
Mereka kemudian mengatur langkah memasuki bilikku dengan sengihan penuh makna. Dalam sekelip mata, ruang kosong di kiri dan kananku lesap. Dua budak ni memang pakar pengganggu ketenteraman hidup umat manusia.
"Pergilah bilik korang! Didi nak dating dengan Cumilah." Aku mendapatkan patung sotongku yang menjadi mangsa punggung Dalia. Pinggangnya aku cubit. Sudah datang tak dijemput, lepas tu buat jenayah cubaan membunuh Cumi pula. Dengan punggung pulak tu!
"Sakitlah! Cumi tu bukannya boleh mati pun. Dalia nak tidur dengan Didi." Tangan Dalia mengelilingi pinggangku. Haih, kalau orang tengok ni, mesti aku disangkakan mak dua beranak ni.
Advertisement
"Daniel pun nak tidur sini," bicara Daniel tenang, namun tetap berkeras.
Aku mengeluh. Tak mampu menolak. Beberapa kali sebulan, mereka memang akan buat lawatan mengejut macam ni. Kadang-kadang, langsung tak minta izin. Bangun pagi esok, aku dah ditendang jatuh katil. Tidur macam beruk lapar kaki.
"Didi tak nak tutup lampu ke? Lampu tidur ni terang sangatlah. Macam lampu bilik air." Dalia mula merungut.
"Nak gelap kan? Pergi tidur bilik sendiri!"
Laju saja mereka geleng. Pelukan Dalia dieratkan dua kali ganda. Buat badan aku macam harta pusakanya.
"Lampu tu kan, Abang Arul yang repair. Abah nak buat haritu, tapi pinggang abah sakit. Kebetulan Abang Arul nampak, dia minta izin abah untuk betulkan." Daniel bercerita. Wajahku dipandang sayu.
Diam. Meskipun sedikit terkejut, aku biar saja Daniel berkata. Seperti yang aku sangka, ada hal yang ingin dia sampaikan. Dia kanak-kanak yang matang dan bijak.
"Sebenarnya, sebelum Didi cakap, Daniel tahu Didi dah putus tunang.
"Hah? Tapi..."
"Abang Arul cakap. Dia ada datang rumah sebelum hari jadi abah."
Daniel menyambung lagi kata-katanya.
"Didi betul-betul tak suka Abang Arul ke?"
Aku geleng.
"Tapi kan, Daniel pelik. Kenapa Daniel rasa macam Didi sukakan Abang Arul? Kalau dengan Abang Arul, perangai Didi sama macam perempuan dalam cerita Korea yang ibu tengok tu. Tapi bila dengan arwah Abang Zack, Didi layan dia macam kitorang je. Macam abang dengan adik, bukannya tunang," ucap Daniel, lalu menatap lama wajahku.
"Itu maknanya, Didi lagi selesa dengan Abang Zack. Sebab tu Didi tak boleh terima Dr Khairul," jelasku. Dah macam mengajar budak sekolah mengenai emosi.
Daniel angguk. Baru faham barangkali.
"Perempuan kalau malu-malu memang tak suka ke? Daniel ingatkan tanda suka. Sebab dalam drama..."
Terkesima. Aku tahu Daniel memang bermata tajam. Tapi tak sangka pula setajam bilah. Mana dia tahu aku malu-malu? Budak ni ada deria keenam ke?
"Ish, drama tak habis-habis. Didi bakar TV tu baru tau. Drama tu semua tipu je. Hati ni, hanya tuan badan dan Allah saja yang tahu. Daniel tak tahu apa yang Didi rasa, tapi Didi tahu siapa yang Didi suka." Laju aku menidakkan kata-katanya.
"Abang Arul kan, dia suka tengok Didi walaupun Didi buat tak tahu je. Dia sabar tunggu Didi dekat luar rumah walaupun Didi lambat keluar. Didi cakap kasar dengan dia pun, dia senyum je. Dia macam abah. Sebab tu Daniel suka dia lebih sikit daripada arwah Abang Zack," tambah Daniel lagi.
Aku cuba melawan beban besar yang menghempap bahu. Tanganku yang sedikit menggeletar di atas selimut, Daniel capai. Sebentuk cincin yang sangat aku kenali diletak dalam genggamanku. Aku terperanjat, terdapat tulisan kecil yang tersemat di bahagian dalam cincin bertatahkan berlian tersebut. Diana Eirina.
Ya Allah, kenapa aku tak nampak pun sebelum ni? Terlalu rapat sangatkah aku tutup mata dan hatiku untuknya?
"Abang Arul cakap, walaupun dia dengan Didi dah tak ada apa-apa, kitorang boleh minta tolong dia bila-bila masa. Cincin tunang ni, dia tempah khas untuk Didi. Ada tulis Diana Eirina dalam tu. Jadi, dia tak boleh bagi dekat orang lain, nanti kena tampar. Oh ha, Abang Arul cakap jugak yang dia nak pergi ke... Erm... Ke...ke..."
"Kelas?" Aku meneka. Nama pun pensyarah, mana lagi nak pergi selain kelas?
"Tak tak. Nama negara..."
"Kedah?"
"Ish, tu negerilah! Didi tak berlajar ke kat sekolah dulu? Oh, Daniel dah ingat. Kanada! Abang Arul balik Kanada..."
"Ooo... Dia pergi jalan-jalan kut." Nada suaraku kian samar-samar. Aku ralit melihat cincin yang menjadi saksi putusnya pertunangan aku dan Khairul.
"Didi, Ustazah Daniel cakap kan, kalau orang buat baik, kita kena balas baik-baik jugak. Tapi kenapa Didi tak pernah buat baik dengan Abang Arul? Tak baik tau Didi aniaya orang, nanti Allah marah."
Advertisement
Aku melopong. Mukanya aku pandang dengan riak tak percaya. Dia tengah sekolahkan kakak dia ke?
"Ish budak ni, Didi... Kejap, ni bau apa eh? Macam bau mayat hidup pun ada." Aku sedut bau busuk yang datang dari sisiku.
"Dalia kentut eh?! Bau Tarzanlah!" Daniel mengamuk. Bantal dicapai, lalu dibaling ke wajah adiknya.
"Alamak..."
Yang geramnya, bukan muka tukang kentut, tapi mangsa kentut yang kena. Aku cengkam bantal yang terpelanting ke mukaku.
"Didi cekik korang berdua!"
Aku bangun, menggulung kedua budak melampau itu dalam selimut. Huh, biar puas hati aku! Tidurlah dalam selimut tu sampai esok!
hari lagi, semester baru akan bermula di tempat baru. Pihak penaja pengajianku telah menawarkan pertukaran pelajar ke salah sebuah universiti swasta terkenal bertaraf antarabangsa. Siapa sangka, aku terpilih dan diberi peluang belajar di situ. Peluang sekali seumur hidup. Bahagianya!
Ramai pelajar impikan nak jejak kaki ke situ. Tapi disebabkan yuran tinggi tahap nak bagi makan anak-beranak tujuh keturunan, kawan-kawan kelas ekonomi macam aku awal-awal lagi dah tarik diri dari mimpi tak berapa nak indah tu.
Sekarang, alang-alang ditaja, akan aku manfaatkan duit yang dilaburkan sebaiknya. Tak main-main dah lepas ni. Walaupun aku tahu, semangat nak belajar ni hilang sebaik saja terima kerja khusus. Lepastu, mulalah ada orang nak terjun bangunan nanti.
"Awak dah habis kemas bilik ke? Saya nak tutup lampu boleh? Dah ngantuk," tanya Naura. Teman sebilik baru yang boleh tahan banyak songeh.
"Ha'ah, dah. Tutuplah."
Beberapa saat selepas itu, lampu terpadam. Gelap-gelita. Aku cepat-cepat mencapai suis lampu belajar. Dahiku mula dibasahi peluh dingin. Dari dulu lagi, aku tak suka tidur dalam suasana gelap. Rasa sunyi dan tak selamat.
"Awak nak kemas lagi ke? Jangan lama sangat ya, saya tak suka tidur berlampu. Esok kelas saya pagi. Awak tak apalah pukul 12."
Aku angguk.
"Okey. Nanti saya tutup," bohongku. Jangan mimpi aku nak tutup!
" aku dah beli lampu tidur terang sikit dekat kau. Kira hadiah hari jadi sekalilah. Birthday kau kan bulan depan," kata Fathina. Dia kalut menidurkan Aariz yang asyik merengek daripada tadi.
"Kan aku dah cakap, lampu study ada. By the way, thanks, Ina." Aku tersengih. Rezeki jangan ditolak. Satu beg plastik besar berisi lampu tidur, aku tarik.
Terjuling sekejap aku tengok isi plastik tersebut. Aku bayang kecik saja, sekali keluar, sebesar anak singa.
"Weh, ni lampu tidur ke lampu disko, Ina? Asal kau beli besar sangat. Habis meriah satu aras aku nanti."
"Overlah kau. Nanti jangan lupa cakap dekat Si Naura tu yang kau tak boleh tidur dalam gelap. Kalau kau cakap, mana dia nak tahu," pesan Fathina.
Aku tayang muka bosan. Kalau semudah tu, tak adalah aku pening kepala sekarang ni.
"Dia budak medic weh. Waktu aku jumpa kan, muka dia dah macam panda tak tidur setahun. Tak gamaklah aku nak cakap."
Jam di tangan, aku belek. Ya Allah, dah 11.50 pagi! Semua ni Fathina punya idea bergeligalah. Dia tak apalah dah habis belajar. Diajak pula aku temankan dia ke kenduri kahwin kawan kami waktu zaman sekolah dulu. Asal Dato' Uzzam tak boleh, semua masalah ditala ke muka aku yang terlajak lawa ni.
"Encik Haikal cepatkan sikit pemanduan boleh? Class saya dah nak mula lagi 10 minit." Aku mula gelisah. Takut lambat kelas pertama. Kalau pensyarah baik tak apa, tapi kalau dapat spesies keluar daripada kandang harimau, tak pasal-pasal kena halau keluar.
"Habis tempat kau siapa jaga?"
"Adi, kawan lembut yang aku pernah cerita dulu. Dia dapat jugak sambung belajar dekat sini."
"Kau jadi balik bilik tak?"
"Kau rasa? Teringin nak tengok aku belajar luar kelas ke?"
"Haikal, awak pergi ke fakulti Didi terus ya. Dah lewat sangat ni. Minah ni jenis berdendam sikit, nanti saya yang kena."
Haikal sekadar angguk. Melajukan pemanduannya.
Sebaik saja tiba di muka pintu fakulti, pintu kereta terbuka secara automatik.
"Weh, ni universiti ke mall untuk orang kaya? Kereta sport merata tempat. Tengok kawan-kawan kau tu, pakai baju macam nak pergi fashion show duh." Fathina berkata dengan mata membutang.
Pada awalnya, aku pun terkejut beruk juga. Tak terbiasa bergaul dengan golongan bangsawan macam mereka. Tapi, lama-lama kurang sikitlah kut rasa jakun tu. Harapnya begitulah.
"Tak apa ke kau pakai baju kurung? Tak salah kan kalau pakai baju kurung dekat uni ni?" tanya Fathina tiba-tiba.
"Ish, kau ni Ina. Ni Malaysialah, baju kurung kan baju tradisional kita. Kalau tak boleh, awal-awal lagi aku yang saman universiti ni. Biasalah budak zaman sekarang, mana suka pakai baju kurung. Aku pun pakai sebab kenduri. Ina, aku pergi dulu tau."
Baru tiga langkah berjalan, namaku dilaung.
"Didi! Lampu disko kau!"
Aku tepuk dahi. Terlupa. Sesudah bersalaman dan mendapatkan plastik besar gedabak itu, aku berlari ke Lecture Hall 1. Nasib baik semalam dah buat lawatan ke fakulti ni. Kurangkan risiko nak tersesat beberapa minit sebelum kelas.
Tepat dua minit sebelum pukul 12, aku menapak masuk ke lecture hall tersebut, banyak mata memandang aku dengan pelbagai reaksi. Ada pelik, ada jijik dan ada juga senyum serupa orang sewel. Ni betul lecture hall kan? Bukan wad gila?
"Didi, sini!" Adi mengangkat tangan. Mengajak aku duduk di sisinya.
Fuh, lega. Jantungku memecut laju. Tak biasa dengan situasi asing ini. Pelik sangat ke baju aku pakai? Kenapa diorang tengok macam aku orang asli? Aku angkat kepala lagi. Dalam banyak-banyak perempuan di situ, hanya sepuluh peratus yang bertudung.
"Nyah, asal kau lambat? Nasib baik ada tempat. Kelas Prof Liza selalunya full. Lepas ni datang awal sikit tau." Adi bersuara dengan suara kurang jantannya sebaik saja aku melabuhkan punggu di situ.
"Sorry. Aku datang dari kenduri." Tisu dalam beg, aku keluarkan. Lap peluh yang membasahi dahi. Bukannya sebab berlari, sebab tak selesa dengan pandangan pelajar-pelajar di situ. Tatkala kebanyakkan daripada mereka mula fokus pada telefon mahal masing-masing, aku lepaskan nafas lega.
"Kau bawak kotak apa besar sangat ni? Hadiah untuk aku ke?" soal Adi dengan nada teruja. Badan pun dah menggedik macam sotong kurita kena baling dalam sup mendidih.
"Sila berambus. Jangan duduk dekat sangat, aku tak suka."
Segala nota dan alat tulis aku keluarkan. Beberapa orang di sisiku hanya bersedia dengan Ipad, MacBook dan tablet masing-masing. Aura pelajar di sini agak menyeramkan berbandang universiti aku sebelum ni. Hanya beberapa orang yang tersenyum selepas bertentang mata denganku. Selebihnya buat isyarat suruh aku pergi jauh-jauh.
"Nama lecturer kita apa?" Aku tanya lagi.
"Prof Liza, Prof Liza, Prof Liza. Kau pekak ke?"
Ish sotong ni, aku cabut ekor karang! Geram pulak aku.
"Aku tak pekaklah Adudu. Kau tu cakap macam pelat orang Melayu sikit boleh. Aku dengar macam Prof Lizard tahu tak? Ingatkan cicak dah tadi."
"Kita bernasib baik tau sebab dapat Prof Liza. Dia tak lokek markah. Ada satu lecturer baru ni, susah gila nak score kelas dia. Tapi jangan risau, aku dah check dekat website, sem ni memang Prof Liza yang ajar," beritahu Adi bersungguh-sungguh. Dia tersenyum puas. Suka sangat kalau dapat pensyarah baik. Sebab tu makin naik lemak.
"Tak, sekarang ni kau ambik tempat depan sangat apesal? Belakang sikit tak ada ke?"
"Tak ada. Semua manusia atas tu dah booking. Asal aku nak duduk je, cakap dah ada orang. Bebal punya pasal, sebab tu aku ambik dekat sini. Bersyukur sikit eh, ni line nombor tiga. Kira okeylah tu. Boleh cover menguap lagi dari sini."
Pukul 12 terpacak, satu gerangan ciptaan Allah masuk ke kelas. Melangkah dengan penuh yakin. Mukanya tegang, tak seperti yang digempar-gempurkan. Sut hitam tergantung pada lengannya, kemeja disingsing ke paras siku. Kelas senyap sunyi, tak ada yang berani bernafas.
Aku tundukkan kepala. Tak mampu nak tengok raut wajah itu. Apa dia buat dekat sini? Bukan dia mengajar dekat universiti Fathina ke?
"Somebody, could you please close the door for me. Bear in mind, no one enters my class after 12.00 p.m."
My class? Lawak apa pulak tengah hari macam ni?
Lantas itu, Khairul melangkah ke tempat khas buat pensyarah. Betul-betul di bahagian depan dewan kuliah.
"Hello, everyone. Nice to meet all of you. Sorry for coming late. I was just informed that Prof Liza won't be giving any lectures 'cause she took a leave for about a year. And I will be replacing her for this semester. My name is Khairul and I'm your lecturer. Give me a couple of minutes to prepare some stuff. I shall begin my lecture very soon." Khairul berbicara. Suaranya mendatar, cukup mengerikan.
"Adi, ni Prof Liza ke?" Aku ketap bibir. Menahan geram yang teramat sangat.
"Tak weh, ni lecturer yang aku mention lepas Prof Liza. Dr Terminator. Habislah result first semester aku..." Dahi Adi bertemu meja. Murung secara drastik. Buat pelajar biasiswa, dapat keputusan yang tak memberangsangkan merupakan mimpi ngeri terburuk sekali.
Setelah lama menundukkan wajah, aku angkat jua. Perkara pertama yang menjamu mataku ialah slaid yang terbentang di skrin putih bertajuk Lecture Etiquette: Do's and Don'ts. Kedua, mata Khairul sudah menikam anak mataku. Dia tak nampak terkejut. Relaks seperti selalunya.
Pada saat itu, aku sedar, nak lari dah terlambat. Sembunyi pun tak masuk akal. Pilihan yang tinggal hanya berdepan dengan masalah yang aku cipta. Aku sendiri tak pasti masalah ni akan membawa aku ke mana. Asalkan bukan neraka, mungkin aku boleh bertahan.
Advertisement
- In Serial9 Chapters
Ha'suru Lab Life!
Some say that it was lonely at the top. These two interns begged to disagree. For the first time in years, there were two medical science interns that stood at the top of the prestigious Ha’suru National Hospital. And they hated it. Alexa Fuse was the homegrown prodigy. Kaiba Quivers was the foreigner with great skill bred from hard work. They headed their class of interns. They commanded the previously dormant intern committee. Everyday led to constant opposition. Ideals differed. Endless clashes. Two minds. One singular goal: To be the only top intern in this entire institution! And their daily lives spiraled into scheming towards one-upping the other. It was only a matter of time before someone caved in... For only one could claim victory. Whatever it took, they fought for the top! Story: Doji (me) Cover art: ig @themawt.arcision
8 114 - In Serial50 Chapters
The Billionaire's Personal Shopper
Nina Merigold found her calling. She loves her job as Mr. Blackwood's personal shopper. As his personal shopper, she gets to know all his secrets. She gets a glimpse of his life no one else does and it excites her.Jacob Blackwood gets bored with the women he's dating easily. No one holds his interest. He is searching for the one who gets his heart racing. Then one night at a party he is certain he finally found the one. Yet she is so eager to run away from him. Is that why she intrigues him?
8 211 - In Serial39 Chapters
Terra: Dawn of War
Crown Prince Valamar - who had just returned from crushing a tiring rebellion - is thrown into a political marriage set up by his father to solidify an alliance with a neighbouring kingdom and in the midst of rising tensions between his Kingdom of Rumasil and the Kingdom of Provaria, Valamar must ready himself to fight in a war he may not be prepared for... A war that might just be the dawn of an even larger conflict, one that may plunge Terra once again into a state of near global destruction...
8 221 - In Serial14 Chapters
Their my life (sequel to he's my mate)
Read He's my mate first if you don't you might not understand many things. It's been a couple of months since the war started and things haven't changed. No one has gained anything from the fighting. Not a good description but please read both books.
8 172 - In Serial8 Chapters
TodoBaku - Soulmate
Soulmate AU where you get your soul mark after both you and your partner use your quirk for the first time.Todoroki x BakugoTodoBaku[Completed]
8 91 - In Serial38 Chapters
The Billionaire's Hired Girlfriend
AlexandraFamily oriented Alexandra Stewart is in desperate need of money for her dad's surgery. She is stoked when gorgeous billionaire Jayden unexpectedly barges into her life and offers to help. On one condition. She must pretend to be his girlfriend.One look at Jayden tells her to run in the opposite direction. The man is too good-looking, successful, and wealthy. He's way out of her league. Then again, the proposal is too enticing and desperate Alexandra agrees. Now, the only problem is how does she prevent herself from falling in love with Jayden when the way he looks at her makes her heart tremble and his touches set her body on fire?JaydenRecently single Jayden McCartney has to bring his girlfriend to his sister's wedding in order to stop the matchmaking his grandmother has planned for him. Not in the mood for dating or a new woman after the discovery of his cheating ex, he hires a perfect candidate as his girlfriend in Alexandra. Suddenly, a new problem presented itself. Jayden finds that he's falling in love with the geeky turns sexy Alex, and he wants her, and what Jayden wants, he'd get.
8 336

