《Pengganti Paling Setia ✔》Prolog

Advertisement

duduk di buaian, mendongak ke langit, menikmati keindahan dunia milik Sang Pencipta. Dia mengirimkan doa sebagai pengubat rindunya terhadap seorang jejaka yang pernah suatu ketika dahulu memiliki sekeping hatinya.

Demi Allah, dia langsung tidak berniat untuk menidakkan takdir Allah yang sempurna. Namun, dia hanya wanita biasa, disebalik gelak tawa dan lawak merapunya, hatinya juga rapuh tatkala terkenangkan satu ikatan yang terputus tanpa kerelaan hati.

Sehingga kini, masih tiada pengganti yang mampu mengambil tempat istimewa Zack di hatinya. Seorang lelaki yang sangat indah budi pekerti, sungguh setia. Baginya, Zack terlalu sempurna, sehingga tiada siapa boleh menggantikan tempat dia di hati Diana.

"Didi rindukan abang..." Ungkapan rindu itu meniti bibir Diana lagi.

Perlahan-lahan, air matanya gugur berjuraian. Begitulah malam-malam yang dia lalui setelah perginya satu nyawa yang dikagumi ramai. Perginya membawa hati Diana bersama. Kalaulah dia diberi peluang untuk menjadi isteri Zack, meskipun sehari, dialah wanita paling bahagia.

Namun, tak semua yang diimpikan menjadi kenyataan. Status yang dia pegang sekarang ini hanyalah bekas tunang buat Zack. Lelaki itu pergi beberapa minggu sebelum hari di mana akad bakal dilafaz. Yang lebih memilukan, dia tak sempat mengungkapkan rasa cinta dan sayang terhadap lelaki itu. Kata-kata maaf juga hanya mampu ditelan sendiri.

"Abang pergi bawa hati Didi sekali, macam mana Didi nak lupakan abang?" Bersama esakkan yang tak terbendung, dia menyentuh cincin pertunangan yang masih tak ditanggalkan, lalu dicium penuh kasih.

Separuh tahun sudah berlalu sejak hari Zack pergi meninggalkannya. Selama itu jugalah Diana mencari sinar untuk merawat luka di hatinya. Malam itu, dia bertekad. Tak ada mana-mana lelaki mampu gantikan tempat Zack. Meskipun dia harus melepaskan segalanya, mengecewakan orang-orang yang dia sayang, akan dia lakukan jua.

Kerana tiada lagi pengganti paling setia melainkan Zack. Tiada sesiapa mampu menandingi lelaki itu. Dia percaya, takkan ada.

    people are reading<Pengganti Paling Setia ✔>
      Close message
      Advertisement
      You may like
      You can access <East Tale> through any of the following apps you have installed
      5800Coins for Signup,580 Coins daily.
      Update the hottest novels in time! Subscribe to push to read! Accurate recommendation from massive library!
      2 Then Click【Add To Home Screen】
      1Click